Tuesday, January 15, 2013

Kenapa Orang Melaka Marah Dengan Orang Negeri Sembilan


Himpunan Cerita Lawak jenaka

Tahukah anda, sejarah peperangan dahulu ada kisah yang menyebabkan orang Melaka marah dengan orang Negeri Sembilan.

Ceritanya bermula begini. Pada zaman dahulu, tentera Melaka merupakan satu pasukan tentera yang amat kuat dan hebat.

Mereka belum pernah mengalami kekalahan dalam mana-mana peperangan.

Pada satu hari, tentera Melaka diarahkan untuk menyerang tentera Johor. Mereka pun memulakan persiapan dan kelengkapan peperangan.Tiba-tiba ketua tentera Melaka menerima satu berita yang isterinya hendak bersalin (anak pertama).

Oleh kerana itu, mereka telah membuat keputusan untuk meminjam ketua tentera Negeri Sembilan.

Tentera Negeri Sembilan juga merupakan seorang ketua yang bijak dan hebat Maka bertolaklah mereka untuk berperang dengan tentera Johor. Keesokan harinya, seluruh penduduk Melaka terkejut besar kerana pasukan Melaka telah tewas dengan begitu teruk sekali.

Yang berjaya pulang dengan selamat hanyalah ketua tentera Negeri Sembilan dan peniup semboyan peperangan (Tentera Melaka). Ketua tentera Melaka menjadi hairan kerana beliau mengetahui yang tentera Johor adalah tentera yang lemah dan kekurangan ahli.

Beliau bertanya pada ketua tentera Negeri Sembilan, "Tuan!Apakah yang telah berlaku?"
Ketua tentera Negeri Sembilan hanya tersenyum sinis dan malu-malu
Ketua tentera Melaka, lalu bertanya pula pada tentera beliau yang bertugas sebagai peniup semboyan itu.
Lalu dengan nada sedih, peniup semboyan itu berkata... ... ... ... .

Tuan, apabila kita hendak memulakan peperangan, apakah yang tuan akan laungkan sebelum mulakan peperangan

Lalu ketua tentera Melaka berkata "SERANG"

Peniup semboyan lalu menjawap, Tuan... ketua tentera Negeri Sembilan juga melaungkan perkataan yang sama Jadi kalau begitu, apa masalahnya?, jawap ketua tentera Melaka..

Lalu dengan sedih, peniup semboyan mengatakan, tapi tuan kalau dalam bahasa Negeri Sembilan bunyinya jadi... ... .."SORANG"

Kita kalah kerana, setiap kali ketua tentera Negeri sembilan melaungkannya, hanya "SEORANG" tentera kita yang keluar untuk melawan musuh.
He..he... he... SMILE

p/s : cerita hanya rekaan semata-mata.

No comments:

Post a Comment