Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih dikenali sebagai Atilia terus mengorak langkah dalam membina kerjayanya sebagai seorang penyanyi dengan terus melebarkan sayapnya di negara seberang, Indonesia.
“Pada 9 Mac 2013 hadapan saya akan lancarkan album di Indonesia dan bermulanya tapak kerjaya saya di sana. Sekarang saya sibuk buat persediaan dan urusan berkaitan pelancaran album yang tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi untuk dilancarkan,”ujar Atilia tersenyum manis.
Apabila ditanya, bilakah perancangan sebenarnya untuk menakluki Indonesia dan apakah strateginya untuk menambat hati peminat-peminat di sana, Atilia memberitahu dia sebenarnya sudah merancang perkara itu semenjak setahun lalu.
“Sebenarnya perancangan untuk saya ke pasaran Indonesia sudah dirancang selama setahun dan bukannya mudah untuk saya melakukan semua ini tanpa perancangan yang teliti dan rapi. Memang tidak dinafikan untuk memasuki pasaran Indonesia agak sukar sekiranya tidak mempunyai strategi yang berkesan.
Tetapi Alhamdulillah dengan strategi yang ada guna pakai sebelum ini iaitu berkolaborasi dengan Kumpulan Sore , ramai yang sudah mengenali nama dan mula menerima muzik Jazz yang saya bawakan. Lagu duet saya bersama Kumpulan Sore itu berjudul ‘Silly Little Things’ dan ia sering diputarkan di stesen-stesen radio di sana sehingga berjaya memasuki carta hits di Carta Indie Indonesia.
Tambah Atilia lagi, pada pelancaran albumnya itu nanti dia juga akan menampilkan pemuzik-pemuzik khas yang dibawakan dari Malaysia untuk diperkenalkan kepada industri muzik Indonesia.
“Saya akan membawa barisan pemuzik dari Malaysia untuk mengiringi persembahan saya. Saya mahu memperkenalkan pemuzik-pemuzik ini kepada peminat muzik Indonesia,” ujar Atilia.
Albumnya berjudul ‘Indah’ di bawah edaran Demajors telah mula dijual di Indonesia pada Jun tahun lalu.
Perancangan kahwin
Sementara itu, mengenai perancangan perkahwinannya, Atilia memberitahu dia dan pasangannya memang sudah berbincang tentang hari bahagia mereka itu. Namun kesibukkan tugas membuatkan dia belum mempunyai tarikh spesifik.
“Perancangan untuk berkahwin memang sudah ada dan telah dibincangkan. Cuma buat masa sekarang ini saya tengah sibuk dengan urusan kerjaya ssehinggakan tarikh untuk berkahwin belum ditetapkan lagi. Berkemungkinan majlis perkahwinan saya itu akan berlangsung dalam tahun ini juga,” ujar Atilia berterus-terang.
Artikel Asal
No comments:
Post a Comment