Lelaki Kacak Kuat Perasan
Lelaki kacak hidup dengan rasa syukur dengan apa yang dimiliki tetapi ada yang terasa dirinya sudah bagus sehinggakan lupa diri aka berlagak. ahaha. Saya bagi contoh ”Apabila berjalan terasa mata – mata memandang dan time itu juga bahu akan diangkat setegap mungkin kasi ummpp!” ahaha. Setakat angkat bahu, itu sememangnya terlebih normal tapi tiba – tiba ada dua tiga orang menegur ”bang, zip seluar terbuka lah” tapi dirinya terasa itu sekadar umpan mengurat, saya rasa sesiapa yang menegur pastinya mahu kasi pelempang 44kali. ahaha. ”Lahai, kot yer pun terasa kacak, jangan lah biarkan burung berkeliaran tanpa berpagar”. heh!
Lelaki Kacak Memilih Bulu
Tang memilih bulu ini saya pasti anda kaum perempuan sangat setuju bukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tetapi malangnya sedar ataupun tidak, lelaki kacak pastinya tidak lagi mendapat tempat pertama dihati wanita. Seperti sudah dilekatkan dengan gam gajah persepsi ”jauhkan diri dari lelaki kacak” semakin sebati dengan jiwa wanita sekarang kerana mereka sudah maklum ”golongan kacak hanya memilih wanita yang hot, kaya dan juga menjadi rebutan lelaki lain”.
Lelaki Kacak Ikon Kasanova
Kasanova aka ramai sparepart memang tak boleh lari dengan mereka yang kacak jadi malang sebentar buat jejaka ini kerana wanita sekarang semakin bijak. ahaha. Memiliki rupa pastinya akan dilabel Kasanova dan terima lah seadanya yer. heh! Mendapat label sebegini sememangnya indah bukan tapi jangan lupa, anda kasanova pastinya pasangan anda bakal mengikuti jejak yang sama.
Lelaki Kacak Banyak Alasan
Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki kacak pula tak kurang hebatnya memberi 1001 alasan. ahaha. Alasan dicipta untuk melepaskan diri tetapi tatkala lelaki kacak mengeluarkan perkataan ajaib, perempuan boleh terlentok sehinggakan tak sedar air liur meleleh keluar tetapi yang peliknya perempuan masih lagi menerima alasan tanpa banyak persoalan. Tetapi semakin hari taktik sebegini cuma menjelikkan dan hanya helah lapuk untuk memikat mereka. ahaha. Jadi, guys, sila lah berubah sekiranya semua ini ada pada diri anda yer. Huhuhuhuhu!!!!
No comments:
Post a Comment