Aahhh... Sorry for the late update guys....
Jemput baca naa... :)
Bab 14.
Usai dijamu dengan nasi ayam buatan Husna yang pada aku super-duper-sedap-nak-mati-makan-rasa-nak-tambah-sepuluh-kali tengahari tu, sekali lagi aku diberikan peluang untuk berbicara dengan Husna sementara mak berbincang lebih lanjut dengan mak ayah dia. Dan aku, ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal, confirmlah tak menolak.
Aku bersandar pada dinding kereta dengan memeluk tubuh. Dia pula bersandar pada tiang besi, juga sambil memeluk tubuh dan menunduk dari tadi. Hujung selipar getahnya menguis-nguis pasir di bawah. Lama berdiam tak bersuara. Aku tak pasti nak cakap apa. Sekejap kemudian dia memusingkan cincin belah rotan yang sudah tersarung di jari manis tangan kirinya. Ada sedikit riak sedih terbayang di wajah comel itu membuatkan hati aku diasak dengan rasa bersalah yang teramat sangat.
“I’m sorry.” Akhirnya aku bersuara memecah sunyi sejak dari lebih lima minit yang lepas. Dia angkat muka memandang ke arah aku dengan riak yang agak sukar aku telah. Bibir bawahnya digigit, semacam ada sesuatu yang nak diluahkan, tapi ditahan. Aku hela nafas panjang.
“Serius, saya mintak maaf. Saya tak tau. Awak pun tak pernah bagitau...”
“Awak tak tau apa?”
“That you’re just eighteen.” Dia senyum. Sinis, tapi aku nampak manis. Ah kau Daus, sempat lagi tu. Heh.
“Kalau awak tau, awak nak kahwin jugak ke?” Sarkastik. Jeda. Pandangan aku jatuh ke bawah. Dalam hati sangat kuat mengatakan, YA! Hujung kasut menyepak batu-batu kecil sebelum mengangkat semula pandangan menatap wajah sinisnya itu.
“Kalau saya cakap tak?” Riak wajah sinis itu terus berubah. Sekejap, kemudian berubah kembali. Masih sinis, tapi semacam ada sedikit yang tidak kena.
“Sayalah orang yang paling gembira sekali dalam dunia.” Katanya. Dengar sangat nada tak ikhlas dalam kata-kata tu. Aku tarik senyum senget.
“Tapi masalahnya hati saya tetap kata ye. Tetap kata nak kahwin dengan awak. Macam mana?” Jeda lagi. Aku pandang dia lama-lama. Semacam sedikit berseri je aku tengok bila aku cakap macam tu walau dia masih tayang muka toya. Confirmed. She also wants what I want. Auuhhh... Gila happymacam nih!!
“Awak nak macam mana lagi? Mak awak dah sarung cincin dah pun ni, kan?” Cincin emas di jari ditunjuk lalu dia jegilkan mata. Aku senyum dan membawa kedua belah tangan masuk ke dalam poket jeans. Aku palingkan kepala ke arah pintu rumah dan tiba-tiba ternampak kepala Anis dan Ina terjengul di muka pintu. Chiss... Skodeng! Dan demi melihatkan riak marah yang aku pamerkan, cepat-cepat kedua mereka berlari ke dalam. Kurang asam punya adik-adik. Menyibuk hal aku memang nombor satu!
Aku berpaling semula pada Husna yang sudah menunduk dengan kedua tangannya di belakang dan masih setia menguis pasir. Dah jadi busut depan kakinya. Eloklah tu, esok-esok senang semut buat sarang, boleh pindah masuk terus tak payah buat busut sendiri. Mungkin cuma perlukan sedikit renovation je. Heh.
“Husna.”
“Apadia?” Jawabnya tanpa mengangkat muka.
“Awak betul-betul ikhlas atau awak rasa terpaksa?” Dia berhenti menguis pasir. Kemudian dengan kaki bersarung selipar getah itu dia menarik timbunan pasir masuk semula ke dalam lubang yang dikuis tadi. Dipijak-pijaknya supaya pasir itu kejap sebelum mengangkat muka memandang pada aku semula.
“Awak rasa?”
“Saya tak nak teka-teka. I want to know, I need to know apa yang sebenarnya awak rasa.” Dia diam. Sekali lagi memusing-musingkan cincin di jari manis. Terdengar keluhan ringan terlepas dari bibirnya. Sedikit sebanyak rasa bersalah bertandang semula.
“Tak tau nak cakap macam mana.” Ujarnya perlahan kemudian berdehem. Aku diam.
“Banyak sangat benda berlaku dalam masa dua minggu je. Rasa macam mimpi pun iye. Macam tak real je semua ni.” Luahnya bersama sebuah keluhan yang panjang. Aku telan liur, tapi masih tetap mendiamkan diri.
“Rasa macam gila pun ada. Rasanya saya baru je lepas ambik SPM semalam... Tiba-tiba pulak dah nak habis diploma tahun depan... Tapi tak sempat habis lagi tiba-tiba ada orang gila ajak kahwin pulak... Memang gila betul orang tu...” Siot. Sempat lagi kutuk aku tu. Aku garu belakang kepala, kemudian kembali menyeluk poket dan menyilangkan kaki. Bibir masih rapat tanpa ada tanda-tanda aku mahu bersuara. Oklaa tu aku ajak kahwin time dia dah nak habis diploma dah puunn... Eh, chop! Sekejap! Dah nak habis diploma? Aik? Baru lapan belas dah nak habis diploma? Biar betul dia ni? Aku pandang dia dan kerutkan kening. Skeptik.
“Dah nak habis diploma? You’re kidding me, right? Result SPM pun baru keluar bulan tiga, kan? Ni baru bulan sebelas kot. Awak ambik certificate, kan?” Aku bertanya siap jungkit kening. Dia dah mencerlung marah pada aku. Aik? Dia yang kantoi salah pun nak marah kat orang jugak ke?
“Habis je SPM dua tahun lepas, bulan satu lagi abah terus suruh masuk kolej guna keputusan percubaan. Kolej swasta, bukannya masuk IPTA nak berkurun-kurun kena peram dalam tu.” Omel dia. Sekali lagi aku kerut kening. Dua tahun lepas? She would be sixteenmasa tu. Takkan dah SPM? Ke dia masih lapan belas sebab birthday dia hujung tahun nanti?
“Tak percaya laa tu.” Rungut dia perlahan seakan dapat membaca apa yang melintas dalam kepala aku ni. Sangat memahami. Bagus... Eh, tapi kalau bukan aku sekalipun, mesti dia boleh agaklah orang tak percaya sebab macam tak real je time line yang dia bagi tu. Jadi, tak payah nak perasan lebih-lebih sangatlah Daus.
“Kitorang semua sekolah swasta dulu. Mama daftar saya darjah satu masa umur enam tahun. Umur enam belas saya dah SPM.” Jelasnya. Terjungkit jugak kening aku. That explains everything... And... Wow! Sekolah swasta... Kolej swasta... Jauh beza kasta aku dengan dia ni... Hmm...
Tiba-tiba je rasa goyang. Mampu ke kau Daus kalau dia punya citarasa tinggi melangit? Tapi, err... kalau dia punya taste tinggi melangit, memang confirmlah kau tak jumpa dia kat gerai pisang goreng tu, kan? Memang tak nampaklah dia pakai tudung besar dengan baju kurung dengan seluar track dengan selipar getah tu, kan? Aku tarik senyum lebar. Lega sikit rasanya dalam hati.
“Hmm... Ok... Berbalik pada soalan saya tadi... Awak... Err... Apa awak rasa sebenar-benarnya? Ikhlas? Atau terpaksa?” Pasir yang sudah elok dikambus tadi, dikuis kembali. Dia ni... Suka betul buatkan busut untuk semut...
“Entah. Buat masa ni saya rasa macam susah nak hadam semua ni. Macam mimpi je rasanya.” Jawapan dia panjang lebar, tapi tak memenuhi skema jawapan yang diperlukan. Pemahaman soalan tak betul dia ni. SPM Bahasa Melayu dapat berapa lah ni... Hahahah~ Ok, mengarut dah kau ni, Daus! Tiba-tiba nak kait-kait dengan SPM pulak, apahal? Gila!
“Apa senyum-senyum sorang-sorang? Gila apa?” Tiba-tiba dia marah. Aku tergelak kecil. Serius tak perasan aku tersenyum sendirian tadi. This has to stop, Daus. Asyik kena cop gila je dengan si Husna ni, kang betul-betul kau jadi gila kang, tak pasal je. Heh.
“Awak tak menjawab soalan.” Balasku. Dia kerut kening.
“Dah jawablah.” Aku tarik senyum.
“Saya tanya awak rasa awak ikhlas atau terpaksa. Lain bunyinya jawapan awak bagi tu.” Dia merengus. Timbunan pasir di depan kaki disepak perlahan dan pasir berserakan, kemudian dia mengangkat pandangan, merenung aku tajam.
“Saya tak akan buat apa-apa kalau saya rasa terpaksa buat.” Dia tunduk semula. Dan aku terperasan pipinya memerah. Lambat sikit baru aku perasan jawapan dia. Maknanya dia takde rasa terpaksa laa ni? Maknanya dia ikhlas laa ni? Maknanya dia suka laa ni? Rasa bersalah dah terbang melayang jauh.
“Husna.” Aku dah senyum sampai ke telinga. Dia masih diam tunduk menekur lantai berpasir di bawah.
“Husna...” lembut aku memanggil sekali lagi. Lambat-lambat dia angkat muka tapi pandangannya dihalakan ke arah lain. Malu laa tu nak bertentang mata dengan aku. Kalau tak, kemain tajam lagi macam nak membunuh je pandangan mata kucing tu.
“Are you implying that you’re not forced into this?” Dia berdiri tegak dan merengus. Merah padam sudah seluruh wajah comel itu.
“Eeii!! Faham sendiri je dahlah! Sakit hati je cakap ngan awak ni, tau? Benci!” Dan dia terus berlari masuk kedalam. Aku dah sengih-sengih. Dalam hati dah berbunga-bunga. Taman Botani pun kalah dengan spesis-spesis bunga yang berkembang mekar dalam hati aku masa ni. Hahahahah
“Hang buat apa duk ghenyeh sorang-sorang?” Abang Salim tiba-tiba je ada kat sebelah, memaut bahu aku rapat. Haziq pun tiba-tiba je ada kat depan aku, mengurut dagu. Masing-masing pasang sengih yang tak berapa pandai aku nak tafsirkan maksudnya. Jadi aku cuma turut sengih juga.
“Hang cakap apa kat dia sampai lari masuk menangis pulak tu?”
“Hah?!” Spontan aku berdiri tegak. Abang Salim sikit lagi nak tergolek kat tepi. Nasib baik dia sempat berpaut pada bumbung kereta.
“Hang biaq betui Ziq... Dia menangis?” Dah berkerut-kerut dahi aku. Alamak Daus, kau dah salah cakap kat mana pulak sampai boleh menangis lagi ni? Isk! Problem besar lah lu ni Daus!
Dalam aku kalut-kalut berfikir sendiri mana silap aku, tawa Abang Salim dengan Haziq pecah. Berdekah-dekah. Aku terus tayang muka bengang. Lagi galak pulak diorang ketawa. Siot betul. Abang ipar dengan member sama je dua-dua tak boleh pakai. Masuk air. Cheh.
“Macam ni laa member. Membohong jaa gheja. Abang ipaq pun sama.” Kataku. Abang Salim tepuk-tepuk belakang aku sambil menghabiskan sisa tawanya.
“Dah, dah. Toksah nak buat drama ayaq mata plak kat sini. Jom masuk. Mak pak dia panggey nak cakap apa tak tau.” Ajak Haziq dalam sengihan yang masih belum mati. Aku merengus perlahan lalu mengorak langkah kembali ke dalam rumah dengan diorang berdua mengekor di belakang.
Sampai semula di ruang tamu, aku duduk semula di tempat tadi. Abang Salim dan Haziq ikut duduk mengapit aku kiri dan kanan. Aku pandang pada mak yang sedang tersenyum. Nampak ada aura kegembiraan pada wajah tua itu. Aku ikut senyum. Kalau mak happy, aku yakin 800%, aku pun akan happy jugak insyaAllah. Haha~ Konfiden lebey...
“Jadi, confirmlah ni, ye?” Tiba-tiba abah Husna bersuara. Err... Apa yang confirm?
“InsyaAllah. Bulan dua nanti ada cuti raya Cina kan? Kita buat masa tu lah.” Aku pandang mak pulak. Buat apa masa tu? Eh, takkan awal sangat? Husna kan tak habis lagi final masa tu? Bukan hari tu kata nak tunggu dia habis final ke? Ish... Kalau ikut aku, memanglah tak ada masalah, tak ada bantahan, kalau lagi cepat, lagi bagus. Tapi dibuatnya budak tu menangis lagi bagai nak rak tension tak boleh nak buat final exam kang, macam mana? Mau aku yang jadi mangsa kena belasah dengan dia pulak karang. Adeh... Mak janganlah buat Achik macam ni kot ye pun tak sabar nak dapat menantu... Isk...
“Haa... Elok sangatlah tu. Bertunang masa tu lah. Lepas tu, tarikh nikah, kenduri, hantaran apa semua, kita bincang balik masa tu lah, na?” Sahut mak Husna pulak. Eh? Bertunang masa tu? Err... Habis? Hari ni belum bertunang lagi ye? Dah tu apa? Aku singgung Abang Salim di sebelah kiri.
“Tadi mak sarung cincin tu belum bertunang lagi ka?” soalku berbisik. Dia pandang aku pelik dan kemudian Abang Salim ketawa kuat. Acaq yang duduk sebelah mak dah ushar pelik dekat laki dia. Semua mata pun dah memandang ke arahnya sebelum dia menekup mulut dan meminta maaf. Aku ikut ushar pelik, konon tak tahu kenapa tiba-tiba dia gelak macam tu. Tapi memang aku tak tau pun, kan? Aku rasa aku tak ada pun selit unsur-unsur lawak dalam soalan aku tu yang boleh membuatkan dia gelak besar tiba-tiba macam tu.
“Hang laa ni... Hish!” Dia singgung aku balik, sedikit kuat.
“Aku tanya jaa kot, bang. Hang gelak apasal? Bukan aku buat lawak pun.” Rungut aku perlahan, tak puas hati dipersalahkan pulak bila terang-terang dia sendiri yang salah. Heh.
“Hat tadi tu cincin risik, lah. Nampak sangat gelojoh tak sabaq nak kahwin dah hang ni.” Dan sekali lagi tawanya pecah, kemudian malu sendiri bila sekali lagi jadi tumpuan pandangan semua orang. Tak boleh tahan betul aku lah Abang Salim ni.
“Err... Pakcik, saya nak tumpang tandas sekejap.” Aku mintak diri. Abah Husna angguk dan berikan arah tandas terdekat. Segera aku berlalu ke dapur, tempat tandas terdekat mengikut kata abah Husna tadi. Hanya ada Huda dan Huraiyah di dapur sedang duduk-duduk di sebuah meja bulat sambil berbual. Aku cuma hulur senyum sebelum masuk ke dalam tandas.
Keluar dari tandas, aku tengok semua dah berbondong-bondong depan pintu utama. Alaa... nak balik dah ke? Takde can dah laa hari ni untuk aku jumpa Husna lagi. Esok dia tolong makcik dia lagi tak, eh? Esok cari dia kat gerai, ok tak? Hmmm...
“InsyaAllah esok pagi dalam pukul sepuluh macam tu kak suruh Firdaus ambik lah. Boleh naa?” Kata-kata mak buat aku jungkit kening. Suruh Achik ambik apa mak ni? Mak jangan mintak yang tidak-tidak pulak mak oi. Segan laaa Achik karang.
“Boleh, boleh. Tak dak masalah. Esok mai lah ambik kat rumah, ye Firdaus?” Mak Husna dah senyum-senyum pandang aku. Argh! Mak ni nak suruh ambik apa ni? Gila seram pulak aku rasa laa. Cepat aku memboloskan diri keluar selepas menyalami ayah dengan abang dia dan menyarung kasut. Dalam-ramai-ramai macam tu, aku tak nampak pun kelibat Husna. Dia ni, suka main nyorok-nyorok dengan aku. Sayang oi, abang nak balik dah ni, tak mau say bye-bye ke? Kang rindu kang... Hahahahah Spontan tangan aku naik mengetuk kepala sendiri. Bongoklah kau Daus. Hahahahah
“Kami balik dululah na?” Aku pandang mak yang masih berbasa-basi dengan mak Husna. Dan tu dia, aku nampak kelibat Husna kat dalam rumah dekat belakang-belakang sana. Tak taulah dia memang tak perasan aku tengok dia, atau dia buat-buat tak nampak je dekat aku. Takpe, yang penting sebelum balik abang dah nampak sayang. Hehheh Gila gatal tetiba nak berabang-sayang bagai. Chiss.
“Ai, Achik tak mau balik lagi ka? Orang lain semua pakat tunggu kat kereta dah tu, dia duk tercegat lagi kat sini. Nak tumpang tidoq sini ka malam ni?” Auuhhh... Pedih telinga dengar mak sindir. Aku sengih kemudian menggaru belakang telinga. Mak ni, nak sindir pun tak agak-agak. Belakang sikitla. Jatuh saham Achik ni depan bakal mertua.
“Err... Balik dulu pakcik, makcik. Err... Esok pagi saya datanglah ambik...” Ambik apa pun tak tau, sesuka hati je cakap. Belasah ajelah.
“Yelah. Baik-baik bawak kereta tu.”
“Assalamualaikum.” Salam berjawab dan aku terus mengikut mak dari belakang ke kereta di mana Haziq dengan Kak Maira dah menunggu. Abang Salim, Acak dengan adik-adik dah selamat masuk dalam Myvi.
“Mak nak suruh Achik ambik apa esok kat rumah depa?” soal aku sebaik Civic membelok masuk ke jalan utama untuk pulang ke Bukit Rimau semula.
“Bukan apa, sapa.” Kata-kata mak buat kening aku berkerut. Aku kilas mak dalam cermin pandang belakang. Tak ada nampak riak-riak seperti nak mengenakan orang pun. Aku kilas pada Haziq pulak. Dia pun sekadar senyum biasa.
“Siapa? Ada apa?” Soal aku lagi.
“Sajalaa mak nak kenai-kenai. Nak tanya kat Achik, Achik pun haram tak kenai.” Uik? Aku pulak yang kena?
“Sapa dia Achik tak kenai? Mak habaqlaa betui-betui.” Aku nampak mak sengih. Semacam aje ni...
“Mak nak kenai-kenailaa dengan bakal menantu mak tu. nak tanya kat Achik, Achik pun tak berapa nak kenai. Terpaksa pinjam sat esok.” Aku rasa mata aku terus bersinar terang.
“Laaa... Kena tunggu esok ka? Laa ni jugak Achik pi ambik, tak boleh?” Tawa aku pecah. Haziq juga.
“Achik ni, gatai!” PAP! Mak bagi penampar dekat lengan kiri aku menyebabkan stereng terkalih dan Civic ikut laju beralih ke lorong sebelah kanan.
“Daus, lori!!” Mata aku membuntang luas.
“Allahuakbar!!”
“Achik!!”
**********************
Haaaaaaaa saspen takkk??? Hahahahahahah :D
Ok, sila hentam sekarang. :)
No comments:
Post a Comment