Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa pulak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut?
Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah :
- Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
- Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
- Selepas memakan buah-buahan.
- Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
- Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
- Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
- Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan. Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya... InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment