Tuesday, January 29, 2013

Awek Pisang Goreng - 16

Setelah lama memencilkan... Err.. lebih tepat sebenarnya, dipencilkan dirinya, kini tibalah masa untuk dia beraksi kembali...

Malas cerita banyak... Presenting chapter baru APG... Enjoy reading! :)



Bab 16.


Sayup-sayup aku dengar suara orang berbual-bual dan ketawa. Sungguhlah mengganggu konsentrasi aku nak tidur... Eh, tidur? Aku rasa tadi aku dah keluar pergi singgah farmasi, lepas tu on the way nak pergi ambil Husna. Kenapa aku tidur pulak ni? Ke aku mimpi je tadi? Alamak, dah pukul berapa ni?

Kelopak mata terbuka laju. Pedih. Pejam semula rapat-rapat, dan buka perlahan. Tangan kanan naik menggenyeh mata dengan lembut. Macam ada sesuatu dekat tangan ni. Aik? Apasal siap ada pasang drip pulak ni? Adeh, berpinar jadinya bijik mata tengok jarum IV drip ni. Gila bapak besarnya!

“Mak, Achik dah sedaq!” Berdengung aku rasa dalam kepala dengar suara Ina dekat sangat dengan telinga aku. Aku buka mata luas-luas dan pandang keliling. Mak, Abang Salim, Acaq, Anis, Ina dan Haziq berkerumun keliling katil. Ini bukan bilik dekat rumah Haziq ni rasanya... Ini... Rasa-rasa macam pernah tengok bilik ni... Macam... Hah! Bilik dekat Hospital Columbia Asia masa Haziq kena tibai dulu!

“Anis pi habaq kat doktor.” Abang Salim keluarkan arahan. Aku cuba bangun, tapi mak tahan. Haziq yang naikkan katil supaya aku boleh duduk bersandar. Beberapa kali berdehem dek kerana tekak terasa kering gila. Cepat-cepat Acaq hulurkan segelas air.

“Macam mana Achik boleh ada kat sini pulak? Bukan Achik tidoq kat rumah ka malam tadi?” Soal aku setelah menolak gelas yang masih berbaki setengah sambil tangan memicit kepala yang terasa sedikit pusing. Tak ada yang menjawab, masing-masing diam. Sampailah Anis tiba dengan seorang doktor dan seorang nurse.

“Encik Firdaus dah sedar ye? Macam mana rasa hari ni?” Tanya doktor tu, ramah. Bibirnya mengukir senyuman manis. Aku bajet mesti ramai pesakit lelaki sembuh cepat kalau dia yang rawat. Tapi boleh jadi juga buat-buat tak sembuh-sembuh dek sebab nak berlama-lama kena rawat dengan doktor yang cantik manis ni. Hahahah

Tag nama yang tersemat pada kot putih panjang itu aku pandang sipi-sipi. Maryam. Hmm... Klasik sangat. Pergelangan tangan aku dipicitnya sikit dan tanpa lepas, dia tengok jam tangan dia pulak. Check nadi kot. Saya hidup lagi, Doc Yam...

“Err... Rasa pusing sikit. Err... Apasal saya boleh ada kat sini ye Doc?” Tangan aku diletakkan semula atas paha aku elok-elok. Lepas tu dia check mata aku pulak guna torchlight yang diseluk dari dalam poket kot putihnya. Lemah lembut gila doktor ni. Senyumannya masih tak lekang. Cermin matanya dibetulkan sedikit. Rambut yang terlepas diselitkan belakang telinga. Serius manis.

“Sarah, tolong check BP ye?” Nurse tu angguk. Velcro warna biru tua dipasang pada lengan dan punat ditekan. Adeh, sakit lengan aku kena pressure dek benda alah tu.

“Hmm... Blood pressure encik masih rendah ni. Encik Firdaus selalu buat medical check-up tak?” Dia capai clip file warna ungu yang tergantung di hujung katil. Nurse Sarah cabut semula velcro dan simpan.

“Setahun ada dua-tiga kali kot buat sebab nak renew safety passes.” Dia angguk-angguk dan mencatat dalam clip file.

Last buat bila?” Jeda. Tak ingatlah pulak. Aku garu-garu belakang kepala.

“Err... Lupa. Rasanya baru lagi dalam tiga bulan lepas kot... Ke empat bulan lepas... Macam tu laa, lebih kurang.” Ambik. Panjang lebar jawapan aku.

Exactly bila memang tak ingat, ye?”

“Tak. Unlesssaya pergi check safety passes kat dalam kereta tu, saya boleh bagi exact date bila last saya buat medical check-up kat Doc.” Sekali lagi ambik Doc Yam, jawapan panjang lebar dari saya. Puas hati tak?

“Hmm... Mungkin baru lagi kot encik dapat low blood pressure ni. Ada tak pernah rasa pening-pening, kalau berjemur rasa nak pitam, cepat haus, kadang-kadang pandangan tu macam blurry?” Jeda lagi. Dalam dua-tiga bulan ni, adalah jugak kot. Alah, siapa je yang tak rasa nak pitam kalau berjemur tengah-tengah panas tu? Cepat haus? Ada jugak. Kerja berat kot. Menitik habis peluh jantan aku. Bukannya aku duduk dalam pejabat sentiasa.

“Adalah jugak...” Jawab aku lambat-lambat. Doc Yam senyum lagi. Mesti ramai pesakit dia kena diabetes ni, senyum manis gila. Aku raba dahi, baru perasan tampalan dah tak ada.

Confirmlah ni sebab low BP ni. Bukan sebab terhantuk dahi tu. Kita dah buat scansemua, memang tak ada complication.” Baru aku nak tanya, Doc Yam dah jawab dulu.

“Ok, apa perkara yang lastsekali Encik Firdaus ingat sebelum sedar ni?” Aku pandang ahli keluarga aku seorang demi seorang.

“Sekarang dah pukul berapa?” Terjungkit kening Doc Yam yang cantik manis. Tapi dia kilas juga jam tangannya.

“Lima empat puluh petang.” Aku urut dagu.

“Err... Rasa-rasanya pagi tadi dalam pukul sembilan setengah saya pergi farmasi... Lepas tu on the way nak pergi rumah... Hah! Masa tu rasa macam nak pitam, mata pun kabur! Saya berenti tepi lepas tu main callnombor siapa-siapa. Rasa-rasa aku callhang kot Ziq?” Aku pandang Haziq. Dia geleng. Eh, habis siapa? Aku rasa aku cakap loghat utara masa tu.

“Hang call aku lah pagi tadi.” Abang Salim siap angkat tangan. Dah macam budak sekolah pulak.

“Ha, macam tu lah. Lepas tu saya sedar-sedar je dah landing baik atas katil kat hospital ni siap pasang drip. Err... Boleh cabut tak? Dah rasa nak pitam balik tengok jarum besar gedabak nih.” Doc Yam ketawa kecil. Nurse nama Sarah yang juga cantik manis ikut ketawa kecil. Aku sengih. Tapi serius, memang dah rasa nak pitam semula kalau tengok tangan kanan yang kena tebuk ni. Ngilu dan ngeri!

“Hmm... Ok, nanti saya suruh nurse tolong cabutkan. Encik Firdaus boleh makan dan minum kan?” Spontan tangan aku menepuk perut. Kosong bunyinya. Pagi tadi kot last aku makan. Memang boleh pitam kelaparan dah ni. Doc Yam senyum.

“Ok, sekejap lagi saya mintak diorang serve dinner. Lepas makan nanti baru cabut drip, boleh?”

“Kalau saya pitam sekarang, boleh?” Sekali mak tampar belakang aku. Adeh. Aku pandang mak dan merungut-rungut.

“Hang ni Achik...” Marah mak dengan suara yang tertahan-tahan. Doc Yam ketawa kecil, nurse Sarah pulak kulum-kulum senyum.

“Kalau encik pitam, lagi kita tak cabut drip.” Apa?!

“Hah?! Masalahnya dripni yang buat saya rasa nak pitam sangat-sangat dah ni!” Bagilah aku apa saja Doc, but not needles. Kelemahan aku yang nombor wahid! Kalau tak sebab nak kena buat safety pass, memang mimpilah aku nak buat medical check-up segala bagai tu.

“Encik tahan sekejap je. Nanti dah lepas makan nanti saya sendiri cabutkan drip tu untuk encik, ye?” Lembut je Doc Yam ni memujuk. Nak tak nak, aku angguk jugak. Dah, nak buat macam mana? Terpaksalah aku limitkan pergerakan tangan kanan supaya tak ternampak dek mata ni.

Fine... Err... Bila saya boleh keluar?” Doc Yam senyum.

“Malam ni kita tahan untuk observation dulu. Kalau tak ada apa-apa, esok pagi insyaAllah boleh check-out. Ok, kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ye?” Aku sekadar angguk. Doc Yam dan nurseSarah terus keluar dari wad.

“Hang ni bagi malu kampeni ja laa Chik.” Dan sebaik Acaq habis cakap, pintu wad ditolak dari luar. Abah Husna bagi salam dan melangkah masuk diikuti mak dia. Aku masih memandang pada pintu yang dah tertutup rapat. Baru je nak rasa kecewa, tiba-tiba pintu ditolak. Yes! Yang ditunggu-tunggu itu muncul juga. Buah hati pengarang jantung penyejuk mata penajam fikiran... Aduh! Tiba-tiba terasa pinggang aku kena cubit. Perlahan aku gosok pinggang.

“Kemain senyum sampai telinga na? Gatai meghela sungguh aiih Achik ni.” Bisik mak. Aku sengih je. Nak cakap apa lagi? Hahahah

“Haa... Macam mana? Doktor cakap apa?” Soal abah Husna.

“Macam pagi tadi jugaklah. Doktor habaq tekanan darah rendah. Ni pun baru nak sedaq jaa ha.” Tak sempat aku nak jawab lagi, mak dah jadi jurucakap. Terima kasih laa mak.

“Eh, mak! Dah dekat pukul enam kan? Achik tak solat lagi mak. Zohor tadi pun nak kena qada’ ni. Ada sejadah dak?” Tiba-tiba aku kalut sendiri. Sungguh, baru terlintas saat memandang kopiah atas kepala abah Husna.

“Ada! Ada tadi mak bawak. Ambik sat Anis! Achik nak ganti kain ka? Boleh ambik wudhu’ ka tangan kena cucuk tu? Buleh bangkit ka? Nak mak tolong?" Mak ikut kalut. Aku gelak.

“Mak, sejak bila pulak Achik pandai pakai kain pelekat ni mak? Dari kecik sampai laa Achik tak pernah pakai pun. Tolong bentang sejadah tu sat, Achik pi bilik ayaq ambik wudhu’ sat.” Perlahan-lahan aku bangkit dari katil, sarung selipar dan tarik tiang gantung beg drip sekali masuk ke dalam bilik air.

Usai menunaikan Asar dan mengqada’ Zohor, aku berzikir dan berdoa ringkas. Lalu bangkit dengan laju. Pergh! Gelap sekejap mata aku. Lepas geleng-gelengkan kepala beberapa kali, baru pandangan kembali normal. Aku berjalan kembali ke katil. Traymakanan dah tersedia atas meja. Aku duduk bersila atas katil.

“Achik makan dulu na? Kami pi cafe sat. Lapaq pulak tengok nasik Achik tu.” Eh? Kena makan sorang-sorang? Cheh. Tak bestnya laa perasaan tu.

“Husna tadi kata tak nak makan kan? Tunggu Firdaus sekejap ye? Nanti abah dengan mama datang balik.” Aku rasa mata aku bersinar-sinar. Semangat terus naik full bar macam baru lepas makan potiondalam game. Hahahah

Lepas diorang semua keluar, Husna tolong dekatkan meja dengan aku. Penutup tray dibuka. Ok, siapa yang kata makanan hospital tak sedap? Aku tengok kecur liur. Tapi mungkin boleh jadi macam tu sebab aku memang dah kelaparan tahap nak kebulur kot. Tangan kanan mencapai sudu. Dan demi terpandangkan jarum IV drip, aku terus jadi pening-pening. Tangan melurut jatuh ke paha. Potong stim betullaaa... Doc Yam laa ni tak mau cabut drip. Adoiiii... Tidur ajelah sampai esok nampaknya. Aku mengesot sikit ke belakang.

“Err... Emm... Awak tak nak makan ke?” Baru aku nak rebahkan badan semula, Husna tegur.

“Emm... Nak...”

“Tapi?” Aku tarik senyum senget.

“Suap?” Membuntang terus mata kucing tu.

“Bagi makan penampar, nak?” Hui! Garang!

“Sampai hati...” Buat-buat sedih.

“Memang sampai sangat. Nak ke? Limited offer ni.” Sinis betul pandangan dia. Hmm... Nak jawab apa ye?

“Tolonglah. Tangan kanan saya ni dah bengkak kena cucuk drip ni. Takkan nak suap pakai tangan kiri pulak?” Takdelah bengkak sangat, boleh lagi setakat nak pegang sudu. Tapi sebab aku tak sanggup nak tengok jarum driptu, terpaksa bagi alasan macam tu. Sorry my dear Husna, abang terpaksa.

Husna pandang tangan kanan aku lama. Lepas tu pandang muka aku. Aku pasang muka kesian. Daripada muka tak puas hati, dia pasang muka pasrah. Sudu dicapainya. Yes! Yes! Yes!! Saaaayang Husna banyak-banyak!!

“Sinilah dekat sikit.” Arahnya. Aku mengesot sedikit ke depan.

“Bukak mulut cepat.” Arahnya lagi, masih garang macam tadi. Macam selalu. Takpe, aku tak kisah dia garang-garang. Janji dia tolong suap, dah cukup bahagia dah rasanya ni. Hahahahah

“Err... Kejap. Nak minum.” Lepas beberapa suap aku dah menggagau cari air. Haus sungguh rasanya. Husna kerut hidung.

“Duduk situ diam-diam. Saya ambikkan.” Nadanya dah tak segarang tadi. Aku senyum simpul. Memang bahagia sangat-sangatlah rasanya ni tak boleh nak digambarkan. Ni cara-cara belum kahwin ni. Kalau dah kahwin ni aku tak taulah macam mana punya bahagia lagi aku boleh rasa. Doktor Maryam, tahanlah saya kat wad lama-lama pun takpe, tak cabut IV drip pun takpe. Saya rela asalkan Husna ada tolong suapkan setiap kali makan. Hahahahah

“Firdaus!”

“Aduh!” Aku gosok-gosok lengan yang diketuk dengan sudu tadi. Aku pandang Husna dengan muka tak puas hati. Dia buat selamba, hulurkan gelas berisi air masak. Lambat-lambat aku sambut juga. Nasib baik aku memang tengah haus. Sampai setengah gelas aku teguk, baru aku letak atas meja.

What have I done?” Dia suakan sudu penuh membumbung dengan nasi. Masih lapar punya pasal, aku bukak mulut jugak. Ngap! Ganas-ganas. Konon protes tak puas hati dia ketuk lengan aku dengan sudu tadi. Husna senyum. Aiseh... Tak jadi marah. Meleleh ke lantai terus rasanya...

“Suka sangat buat muka gatal kena miang buluh tu. Seram, tau?” katanya. Hampir-hampir aku tersedakkan nasi yang penuh dalam mulut. Laju-laju aku kunyah dan telan, kemudian sambar gelas dan teguk sampai habis.

“Mana ada.” Dalihku. Woo~ Nampak jelas sangat ke muka miang tadi? Buat malu kampeni sungguhlah hang ni, Daus. Cheh. Husna diam, sekadar meneruskan kerja menyuapkan nasi sampai habis. Lepas suapan terakhir, dia ambil gelas kosong dan penuhkan semula lalu diletak atas meja. Tray ditutup semula dan ditolak ke tepi. Dia tarik kerusi dan duduk jauh sikit dari katil. Aku pandang dia.

“Awak sakit apa sebenarnya sampai masuk wad pulak tiba-tiba? Semalam rasanya tengok sihat je. Ada apa-apa yang perlu saya tau?” Aku jungkit bahu.

“Entah. Tadi doktor cakap low blood pressure je.” Dia jungkit kening.

“Oh? Low blood pressure pun boleh sampai kena tahan wad eh?” Naif sungguh bunyi soalan dia. Aku tarik sengih.

“Entahlah sayang. Abang pun baru je tau.” Kenyit mata sekali. Pipi dia aku tengok dah mula naik merah. Malu laa tu. Comelnya. Hahahahahah

“Tolonglah. Tak payah nak abang-abang sangatlah. Geli, tau?” Aku gelak.

“Oklaa tu. Abang kan years older than you are.” Usik aku lagi. Dari pink samar, pipi dia dah jadi merah jambu pekat. Comelness! Comelness!

“Takde maknanya, ok? Abang saya pun saya tak panggil abang, tau?” Dalih dia lagi.

“Abang Haziq dengan Abang Salim tu? Boleh pulak awak panggil diorang abang?” Ini tidak adil, Husna. Abang terasa ni! Terasa!

“Diorang lain. Saya hormat sebagai orang yang lebih tua. Abang tu pun dah common sangat. Boring. Lagipun, awak lain...” Perlahan je dia tuturkan ayat terakhir. Lain? Lain macam mana tu Husna?

Are you trying to say that I’m special? And you’ll call me by a special name?” Senyum senget dah tersungging di bibir aku. Dari merah jambu, muka dia dah merah padam terus. Special punya pasal, tak panggil abang pun takpelah, aku redha. Hahahahah

“Belum masanya lagilah! Dah, saya nak balik!” Laju dia bangkit dari kerusi meluru ke pintu.

“Husna!” Dia berhenti memulas pemegang pintu lalu menoleh ke arah aku.

“Hati-hati balik tu ye, mama Husna sayang? Jaga diri. I love you.” Siap pakej kenyit mata sekali. Dia jelir lidah, tarik pintu dan terus meloloskan diri keluar. Tawa aku pecah. Serius rasa nak terbang melayang je. Aih mak... Lambatnya nak tunggu tahun depan. Esok jugak nikah, boleh dak? Hahahahahah

*****************


Momentum asal belum dapat lagi ni sebenarnya... Jadi ada sedikit ketidakpuasan hati untuk entri kali ini... Tapi sebab dah janji nak apdet ari ni, so, kau orang terima ajelah, eh? Hahahahah

Ok, silakan hentam sekarang. :D

No comments:

Post a Comment