Sunday, January 6, 2013

Awek Pisang Goreng - 10

Ikutkan nak apdet esok malam je. Haha~ 

Tapi atas dasar sayangkan kekawan, here's a new apdet for you guys to feast on... :)

Bab 10.


Clip file yang berisi maklumat dari site evaluation semalam aku pandang lama. Pensil tekan di tangan aku putar-putarkan. Rasa blank je kepala tengok maklumat tu semua. Tiba-tiba rasa tak pandai nak buat costing padahal dah bertahun buat kerja yang sama. Hujung pensil aku ketuk-ketuk di pelipis pula. Nafas panjang aku hela. Bukan tak reti, tapi malas sebenarnya. Nak-nak pulak dah waktu petang-petang macam ni. Kepala otak dah tepu.

Pensil aku lepaskan dan bersandar pada kerusi. Jam di dinding luar bilik aku kerling sekali. Sudah lima belas minit waktu pejabat habis. Rasa-rasanya mak jauh lagi nak sampai ni. Pagi tadi Acaq ada bagitau diorang bertolak lepas solat Jumaat, dalam pukul tiga. Abang Salim tu bawak kereta sopan santun gila. Lagi-lagi pulak mak pun ada sekali. Lagi bertambah sopan laa dia pandu. Heh. Confirmtengah malam karang baru sampai. Baru je ingat nak ajak mak pegi jenguk gerai pisang goreng petang ni. Cuci mata. Itupun kalau dia ada laa... Haha~

“Husna!” Aku petik jari sekali. Serius lupa. Malam tadi sampai rumah pun dah lewat tengah malam. Dah lebih dari jam dua belas pun. Tak ada ampun lagi, aku terus terjun tiruk atas katil. Gila punya mengantuk. Ada klien telefon lebih kurang pukul dua pagi pun aku tak sedar dah. Cuma tersedar bila alarm bunyi subuh tadi. Tengok-tengok ada tiga panggilan tak berjawab. Klien besar pulak tu. Nasib baik masa aku call balik bos dah tolong selesaikan masalah dia. Siap tolong kelentong kata aku masih dekat Langkawi. Terima kasih incik bos. Hehe~

Handphone di tepi monitor LCD aku capai. Skrin aku aktifkan dan terus ke phonebook. Namanya ku cari lalu terus masuk mode new message.

-    Rindu.
Send. Sending... Sent. Aku tarik senyum senget. Baru nak letak semula telefon atas meja, dah terima balasan. Senyum di bibir makin lebar.

-    Sorry. Awak dah salah nombor ni.
Aku ketawa kecil. Sahih dia tak ada nombor aku. Ni yang rasa nak tumbuh tanduk kat kepala ni.

-    Saya rindu awak, Husna. :)
Sepuluh saat lepas hantar aku dah dapat jawapan. Serius laju dia ni. Mesti selalu main sms. Biasalah, budak-budak, kan? Macam aku ni, agak terkial-kial jugaklah. Selalu terus telefon je, tak kuasa nak taip-taip sms. Buang masa. Segera aku periksa sms balasannya.

-    Memang salah nombor. Saya bukan Husna.
Kening aku dah terjungkit tinggi, kemudian aku kerut dahi pulak. Eh, takkan abah dia nak troll aku pulak kasi nombor salah? Ke dia yang nak main-mainkan aku? Tak boleh jadi ni.

Telefon terus aku sisip masuk dalam poket seluar. Segala file yang terbuka aku save dan tutup. Komputer aku matikan. File-file atas meja aku kemas ala kadar. Beg galas bawah meja aku tarik. Selepas mematikan pendingin hawa dan memadam lampu, aku terus keluar dari bilik. Renu di depan pun sedang mengemas barang nak balik.

“Saya balik dulu.” Ujarku berbasa-basi lalu terus keluar dari pejabat tanpa menunggu jawapan darinya. Safety boot segera aku sarungkan sebelum menuruni anak tangga dengan laju dan terus keluar dari bangunan pejabat menuju ke kereta di tempat parkir. Kunci ku buka dan terus masuk. Beg galas kuletakkan di atas kerusi sebelah. Enjin kuhidupkan, Aviator di atas dashboard aku capai dan kenakan, masuk gear dan terus beredar.

Civic hitam meluncur laju atas jalan. Destinasi sudah dikenal pasti dari dalam pejabat tadi lagi. Tak puas hati punya pasal. Sama ada aku yang tersalah salin nombor, atau abah dia salah bagi nombor, atau memang dia yang tak nak mengaku. Dalam kepala dah siap plan dah nak buat apa sejak masuk dalam kereta lagi. Haha~

Kereta aku parkir di hujung deretan gerai. Orang tak berapa ramai. Dah dekat pukul enam kot. Sekarang waktu orang sibuk balik kerja. Dari dalam kereta lagi aku dah nampak kelibat dia sedang melayan dua-tiga orang pelanggan. Aku keluarkan telefon bimbit dan mendail.

“Assalamualaikum. Hah, awat? Depa sampai dah ka?”

“Waalaikumussalam. Dak gi. Hang tolong call aku balik dalam seminit dua lagi, boleh?”

“Ni hang dah callaku, cakap teghuih lah.” Aku keluar dari kereta dan mengunci pintu. Perlahan langkah kuatur menuju ke gerai, memastikan supaya pelanggan terakhir beredar terlebih dulu sebelum aku sampai di situ.

“Hang call lah. Aku ada hal ni. Call sekarang.” Arahku, sedikit garang.

“Yalah, yalah. Aku callsekarang.”

“Ok, thanks.” Talian terus kumatikan dan menyisip telefon ke dalam poket. Langkah pegun betul-betul depan gerai, bibir melakarkan sebuah senyuman. Dari balik Aviator hitam likat, anak mataku memandang tepat ke wajahnya. Aku perasan dia buat selamba sahaja macam tak ada perasaan.

“Nak apa?” soalnya kasar. Aviator aku tanggalkan. Baru nak buka mulut, aku terasa telefon aku bergetar dalam poket seluar.

“Pisang goreng dua ringgit.” Jawabku dan terus mengeluarkan telefon dan berjalan sedikit menjauh sebelum menjawab panggilan.

“Hello.”

“Hah, ada apa?” Soalnya. Garang sekali. Aku ketawa.

“Takdak apa, saja nak buat excuse nak keluaq sat.”

Meeting boring laa tu. Kurang asam hang. Mempergunakan aku.” Tawanya pecah.

“Ok, ok. Thanks. Aku ada benda lain nak settle ni.”

“Sat, sat. Mak hang sampai pukui beghapa?”

“Lewat kot. Depa bertolak lepaih Jumaat tadi. Nanti apa-apa aku call hang balik. Aku ada hal lain nak settle ni.”

“Yalah, yalah. Assalamualaikum.” Salam kujawab dan terus matikan talian. Lepas tu cepat-cepat mencari nama Husna dan mendail. Telefon kutekap kembali ke telinga seolah masih belum tamat berbual sambil berjalan semula ke gerai. Elok aku sampai depan gerai, aku dengar lagu Big Girls Don’t Cry dari meja belakang. Husna aku tengok semacam teragak-agak je nak angkat phone. Aku matikan talian. Kemudian mendail semula. Sekali lagi lagu yang sama berkumandang. Dia dah jeling-jeling. Ding! Ding! Ding! Ding! Bingo! Talian aku matikan, telefon kusimpan ke dalam poket lalu menarik senyum senget.

“Saya-“

“Nah. Dua ringgit.” Pangkasnya tanpa sebarang senyuman. Sebungkus plastik berisi pisang goreng diletakkan di hadapan aku. Aku seluk poket baju di dada dan mengeluarkan sekeping not biru kehijauan lalu kuhulurkan padanya. Dia dah buat muka.

“Duit besar lagi takde?” Sindirnya. Huluran aku masih tak bersambut. Aku ketawa kecil.

“Ada, nak?” balasku sambil berpura-pura mahu menyeluk poket sekali lagi. Dia mencebik sekejap kemudian membasahkan bibir. Auuhhh... Berdetak hebat jantung ini. Wang kertas di tangan ditariknya kasar dan terus dimasukkan ke dalam bekas wang. Lepas tu dia terus pusing ke belakang dan mengemas. Amboi? Aku berdehem sekali. Dia buat tak reti.

“Husna.” Aku panggil dia, lembut. Tapi dia tetap buat derk, terus mengemas perkakas di meja belakang. Dia ni kang... Isshhh... Aku toleh ke gerai sebelah. Makcik tu dah senyum-senyum semacam je pandang aku. Aku senyum balik. Takkan takde angin, takde ribut nak masam muka dekat orang pulak, kan? Yang depan aku ni lainlah, memang pesen dia gitu. Dengan orang lain aku tengok kemain senyum. Sampai kat aku je, haa... berjela-jela muncung tu. Aku cium jugak karang, baru dia tau erti penyesalan. Hahahahah Eh? Astaghfirullaahal’adziimm... Ehem!

“Husna.” Sekali lagi aku panggil. Dia menunduk, mencapai sebuah bakul dari bawah meja. Masih tak mengendahkan aku. Dia ni laa kan... Haiiissshhhh... Geram aku.

“Husna sayang...” Meleret aku panggil. Tak taulah dia terkejut ke, marah ke, excited ke, Bungkusan tepung yang sedang dipegang terus jatuh atas tanah. Puk! Pecah. Dan tepung berterbangan. Putih sebelah kaki seluar track dia yang berwarna gelap tu. Aku ketap bibir menahan tawa.

“Awak ni laa kan...” Dia berpaling menghadap aku. Merah padam muka dia. Riak marah dia tayang pada aku. Aku selamba bagi senyuman manis.

“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” Jari telunjuk buat gaya memutar skru di pelipis kanan, jungkit kening dan senyum lagi. Dia julingkan mata ke atas dan kemudian menarik nafas panjang.

“Jangan sampai saya lumur awak dengan tepung lepas tu goreng dalam kuali ni.” Tuturnya mendatar tanpa sebarang nada.

“Sampainya hati?” balasku.

“Sampai sangat.” katanya acuh tak acuh sambil menyambung mengemas meja.

“Try sekarang?” aku mencabar. Tak puas hati betul dia cakap macam tu. Dia berhenti mengemas dan memandang tajam pada aku.

“Sinilah!” Ui, melawan! Fine! Aku terus berpusing nak join dia di sebelah sana meja. Bila aku masuk bawah khemah tu, aku tengok dia macam goyang sikit. Aku tarik senyum senget sambil melangkah perlahan mendekatinya. Tiba-tiba dia menunduk laju dan... PUFF! PUFF! Tepung berterbangan di udara!

“Husna!” Aku dah terbatuk-batuk. Sebelah tangan menekup hidung dan mulut manakala sebelah lagi mengipas-ngipas sisa-sisa tepung yang masih di udara. Saat telinga ini menangkap suaranya sedang tertawa lepas, aku berhenti mengipas dan membuka mata. Indah betul pemandangan. Cantik je tengok dia sedang ketawa sukahati dengan tepung yang masih berada di udara. Macam salji pulak. Memang betul-betul pemandangan yang cantik.

Lama aku pandang dia, sampai dia tersipu-sipu sendiri cuba berhenti ketawa. Dia berdehem beberapa kali sambil menepuk-nepuk tangan, menghilangkan saki baki tepung yang dibaling pada aku tadi.

“Seronok nampak?” Aku menyindir sambil kibas-kibas baju dan seluar sebelum memandang tepat ke arahnya. Dia senyum. Ikhlas. Manis. Manis sangat. Aku. Rasa. Nak. Pengsan. Sekarang. Auuhhh... Relax Daus... Relax... Chill...

“Err... Awak...” Dia bermain dengan jari sendiri. Aku sekadar diam, menunggu baris kata selanjutnya.

“Err... Awak.. Emm.. Esok tu... Err... Awak serius?”

“Awak rasa?” Dia tunduk. Hujung selipar getahnya menguis-nguis longgokan tepung di tanah. Habis putih kaki itu.

“Tapi... Err... Kenapa?” Aku senyum. Comel betul perangai malu-malu macam ni. Garang comel, malu-malu lagi comel. Ni yang buat lagi tak sabar menunggu ni. Heh.

“Husna...” Dia angkat muka memandang tepat ke arah aku.

Do you believe in love at first sight?” Dia julingkan mata ke atas.

Cliche...” gumamnya. Aku ketawa kecil.

“Kan? Clichegila...” Aku hela nafas panjang sebelum menyambung, “ But that’s what happened to me.” Aku senyum bila dia pamer riak tak percaya.

“Dan macam tu je awak boleh terus nak masuk minang? Awak tak tau apa-apa pun pasal saya. Macam mana-“

“Yep. Semudah tu. Sesenang tu. Sesimple tu.” Pangkasku.

“Tapi awak tak tau apa-apa pun tentang saya...” Tuturnya perlahan.

“Awak nak mulakan proses berkenalan sekarang? Saya on je. Anytime.” Dia menjeling tajam. Aku tarik senyum. Baru nak sambung, ada suara lelaki berdehem. Serentak aku dan dia menoleh. Erks!

“Err... Pakcik... Err... Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat?” Huluran tangan aku disambut. Ada senyum yang tersungging di bibir tua itu. Aku hela nafas lega sembunyi-sembunyi.

“Alhamdulillah. Hmm... Baru balik kerja ke?” Aku angguk.

“Aaa... A’ah... Err... Tolong Husna kemas-kemas.” Aku capai dulang-dulang yang dah kosong dari meja depan.

“Kamu tolong apa sampai bertepung atas kepala ni?” Pegun terus. Aku curi pandang pada Husna yang ikut pegun. Kemudian memandang semula pada abah dia yang sedang tersenyum, sinis. Alamak... Confirm... Kantoi!!

**********************************



TAkde mende nak cakap dah...

Boleh hentam sekarang. Hehe~ :D

No comments:

Post a Comment