KAMUNTING – Seorang lelaki warga Nepal bertindak memanjat sebuah menara dipercayai untuk membunuh diri berhampiran asrama sebuah kilang di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penguasa Bomba Kanan, Dolah Samino Koromo berkata, lelaki berumur lingkungan30-an itu difahamkan seorang operator di kilang berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12.35 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika itu mangsa berada di atas menara terbabit dengan ketinggian 20 meter dan cuba untuk membunuh diri,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memujuk lelaki berkenaan supaya turun dan akhirnya berjaya.
“Lelaki itu dipercayai mempunyai masalah peribadi dan mental yang menyebabkan dia nekad untuk membunuh diri,” katanya.
Dolah berkata, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. “Biar polis bawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaanlanjut,” katanya. - Sinarharian
No comments:
Post a Comment