Saturday, February 9, 2013

Wardina Saffiyah Rasa Diri Kurang Muslim?



Pengacara, Wardina Safiyyah pagi tadi telah menulis di laman Twitternya yang dia berasa dirinya kurang Muslim. Ini kerana dia merasakan dia tidak pandai dan tidak fasih berbahasa Arab.

Tulisan beliau itu mengundang rasa kurang senang beberapa individu yang mendakwa Wardina Safiyyah sengaja meletakkan fasih bahasa Arab sebagai syarat sah untuk menjadi seorang Islam. Bagaimana pun, Wardina tampil memberikan penjelasan sebenar disebalik kenyataan beliau itu.

Beliau ingin fasih dalam bahasa Arab kerana ingin mendalami maksud sebenar kitab suci al-Quran.

“Kerana membaca terjemahan (al-Quran) tidak akan sama dengan makna sebenar,” jelas Wardina Safiyyah tentang kenyataannya.

“If you don’t bother about understanding the Quran, you won’t bother about learning Arabic,” tambahnya.


Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Twiter Wardina Safiyyah


No comments:

Post a Comment