Monday, February 18, 2013

Kejam! Video Dera Bayi ,Terkini Bayi Terpaksa Dibawa Kembali Ke HTAA!



KUANTAN – Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.

“Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAA, hari ini.

Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.

Nina Suraya berkata, pihak hospital menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.

“Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Pada 15 Februari lalu, bapa kepada bayi itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh mengalami lebam-lebam ditangan dan cedera di kaki kiri.

BACA: Video Klip Pembantu Rumah Indon Lambung Anak Di Kuantan

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.

Pembantu rumah berkenaan ditahan pada hari yang sama. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment