Sunday, February 10, 2013

Ribut Salji di Padang Pasir Arab Saudi, Petanda Akhir Zaman?

Sesuatu yang aneh terjadi pada (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.

Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.

Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu. Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.









No comments:

Post a Comment