Friday, February 15, 2013

Awek Pisang Goreng - 20

Assalamualaikum semua...

Sorry for the long wait... I have been busy, dan idea tak mau mari jugak... Hahahahah :P

Anyways, silakan baca secara berjemaah...


Bab 20.


So, that’s her?”Cermin matanya ditanggalkan dan dia kesat sisa air mata dengan tisu sebelum mengenakan kembali cermin matanya. Aku pandang pada Husna, dan kembali kepada Maryam.

“Ye. Dia.” Maryam sepetkan mata dan senyum. Dia terus berjalan melepasi aku. Laju-laju aku berpusing dan pergi berdiri di sebelah kanan Husna. Risau. Rasa-rasa aku, orang perempuan ni kalau bergaduh, agak teruk jugak.

“Maryam. Doktor Maryam.” Tangannya dihulurkan. Husna pandang aku pelik. Aku sekadar jungkit bahu. Seriusnya, aku pun sedang cuba untuk memahami situasi yang tak terjangka ni. Lambat-lambat Husna sambut juga tangan Maryam.

“Emmm... Husna. Penjual pisang goreng Husna.” Husna tarik senyum. Riak Maryam sedikit berubah. Terkesan mungkin dengan balasan Husna tu. Aku senyum dalam hati. Nice comeback. Tautan salam terlerai. Maryam terus memeluk tubuh.

“Akak nak cakap dengan dia eh? Tunggu dia hantar saya balik dulu boleh? Lepas tu akak cakaplah dengan dia sampai esok pun saya tak kisah.” Aku rasa macam nak tergolek ke belakang dengar cakap Husna tu. Budak ni... Takde perasaan ke apa? Aku pandang dia tajam. Dia masih pasang muka tak ada perasaan tu. Aku kilas pada Maryam pula yang dah tersenyum.

“Hmm... Mar tunggu Fir dekat sini, ye?” Penuh selamba dia pegang bahu aku. Laju aku tepis.

“Tunggulah sampai besok, takde makna aku nak datang balik. Husna, get in. Kita balik sekarang.” Aku mengunjuk ke arah kereta.

Bye kak. Jumpa lagi.” Husna senyum siap kenyit mata. Jangan kata Maryam, dengan aku-aku sekali terpempan sekejap. Budak ni... Hati kering ke apa ni? Isk... Gila kecik hati aku dibuatnya.

Hell, no. Takde makna nak jumpa-jumpa lagi. Pergi masuk cepat, dah lewat ni.” Husna beredar ke sebelah penumpang hadapan. Pintu dibuka, tapi dia masih tercegat di luar.

“Fir!” Panggil Maryam saat aku pula mahu beredar ke kereta. Aku pandang dia.

“Ada apa lagi?” soal aku, dingin. Dia datang dekat dengan wajah sedih.

“Memang tak ada peluang langsung buat Mar?” Aku geleng.

No means no, Doc. Dari hari tu lagi saya dah cakap.”

“Sikit pun tak ada?” Jari telunjuk dan ibu jari disimbolkan depan muka aku. Sekali lagi aku menggeleng.

“InsyaAllah, tak ada.” Tak berani aku cakap confirm tak ada. Sekali kalau Allah bolak-balikkan hati ni, kan ke jenuh? Maryam gigit bibir bawah. Pandangannya jatuh ke tanah. Cermin matanya ditanggalkan dan mata dikesat dengan belakang tangan sebelum dia mengangkat wajah memandang pada aku. Senyum hambar terukir di bibirnya.

“Mar pergi dulu...” Aku diam, sekadar mengangguk. Maryam lambat-lambat bergerak beredar dari situ menuju ke sebuah Altis berwarna perak. Semudah tu dia lepaskan tangan? Bagusnya? Kalau tau macam ni, dah lama aku bawak Husna jumpa dia.

“Tak nak kejar ke?” Teguran Husna dari belakang buat aku tersedar. Berkerut kening aku memandang dia.

“Eh, takde maknalah nak kejar dia. Jom cepat, saya hantar barang, lepas tu hantar awak.” Aku bergegas ke tempat pemandu dan masuk. Enjin Civic terus mengaum garang sebaik aku menghidupkannya.

“Tadi tu, girlfriend eh?” Herks! Nak tercekik aku dengar soalan Husna tu. Aku pandang dia. Dia tayang muka selamba tak ada rasa bersalah. Pandangan aku ke depan semula. Turunkan brek tangan dan masukkan gear.

“Ada rupa girlfriendke macam tu? Memang tak laaa...” Jawab aku sambil mata fokus memerhati kenderaan di jalan. Husna ketawa kecil.

“Kalau bukan, apasal sampai keluar drama swasta siap nangis-nangis bagai? Memang buaya darat betul laa dia ni...” Aku kilas pada dia sekali yang tayang senyum sinis. Kepala aku geleng-gelengkan. Tak agak-agak betul tuduhan dia ni. Sungguh tak berasas.

“Kalau saya buaya, Husna, dah lama saya makan awak.” Balas aku, juga sinis, dengan perkataan ‘makan’ aku tekankan. Dari ekor mata aku nampak dia mengepal penumbuk. Alamak, salah cakap pulak. Terus keraskan badan, bersedia menerima serangan dari Husna bila-bila masa je.

“Baru lepas makan, tu pasal lambat sikit nak makan lagi. Kan?” Huh? Apa?

“Awak merepek apa ni Husna?”

“Mana ada merepek. Just stating the obvious.” Dia buat muka. Aih, dia ni dah kenapa pulak tiba-tiba je ni?

“Apa yang obvious? Mind to share?”

“Takde apalah.. So... kalau bukan girlfriend, ex-girlfriend, eh?” Hadui dia ni, tak habis-habis.

“Bukan. Bukan girlfriend. Bukan ex-girlfriend. Not even a friend.”

“Dahtu? Bini?”

“Choiiii! Memang tak laa nak buat bini...”

“Eh, kenapa tak pulak? Cantik apa doktor tu? Lembut je. Cakap pun baik je.” Aku geleng.

“Apa yang kurangnya doktor tu? Cantik pun iye. Lembut pun iye. Manis pun iye. Macam gula-gula manis dia tu.” Sambung Husna lagi kemudian menarik senyum. Aku geleng lagi.

“Saya tak ambik gula-gula yang tak ada pembalut, dah kena hurung lalat dan semut... If you know what  I meant.” Aku diam. Husna ikut diam.

“Tak baik cakap kat orang macam tu. Siapa tau dia sebenarnya berkali ganda lebih baik dari orang yang bertutup litup, kan?” Sahutnya lambat kemudian. Aku pulak diam. Civic hitam aku parkir di hadapan rumah makcik dia dan enjin aku matikan. Tuil pelepas kunci but aku tarik dan keluar, terus ke belakang. Dengan mulut berkunci aku punggah keluar barang-barang dan meletakkannya di dapur. Makcik dia tegur pun aku sekadar angguk, geleng dan senyum.

Usai memunggah barang, Husna terus mintak diri. Aku dah awal lagi memboloskan diri ke dalam kereta. Sebaik dia masuk dan menutup pintu, segera aku pandu Civic beredar.

“Kenapa tak suka doktor tu?” Aku jeling tajam pada Husna yang tayang muka tak bersalah. Tak habis lagi rupanya.

“Tak berkenan macam tu.”

“Dah tu, berkenan yang macam mana?” Aku pandang dia sekilas sebelum menarik senyum senget.

“Macam awak. Eh, bukan macam awak. Cuma awak. Saya berkenan cuma pada awak, Husna. Full stop. No further argument is valid.” Dia merengus perlahan sebelum bergumam. Terlalu perlahan, telinga aku tak dapat tangkap butir bicaranya dengan jelas.

I barely know her, Husna. Dia doktor saya masa saya admittedkat Columbia Asia Ahad haritu. Tak sampai seminggu pun kenal dia. Dari awal lagi saya dah cakap kat dia, I’m taken. Dia tu je yang degil gila. Tapi judgingdari hal tadi, I don’t think she will be a problem for me anymore.” Ayat terakhir aku katakan dengan penuh keyakinan. Husna kekal diam. Sengaja aku memperlahankan kelajuan, tak mahu cepat sampai.

“There. Saya dah explainterang-terang siapa dia dengan saya. Can you please explain your part?”

“Haa?” Aku kilas pada Husna. Nak tergelak tengok muka confused dia tu. Dengan kening berkerut serta bibir yang melopong sekejap sebelum ditutup dan dimuncungkan sedikit. Comel... ness!

“Khai tu siapa?”

“Khai tu, Khai laa... Dah tau nama, tanya pulak lagi.” Tangannya bersilang di dada dengan kepala ditoleh ke kiri, memandang ke luar. Jawapan tak ikut skema langsung. Buat sakit hati betul.

“Kira kenalah perangai awak dengan doktor tu, kan?” Aduh, dia pusing balik pergi dekat aku. Tak habis-habis! Aku ketap gigi rapat-rapat.

“Awak gila, dia pun gila. Masing-masing tak kenal, tapi sibuk kejar. Kejar ajelah satu sama lain, kan lagi sesuai tu?” Mendidih betul aku dengan budak ni laa.

“Awak jangan nak merepek dekat sini, boleh?”

“Mana ada merepek.”

“Saya dah cakap, saya dengan doktor tu cuma doktor dengan pesakit. Nothing more, nothing less. Sekarang saya demand nak tau, siapa Khai tu.” tegas, konon-kononnya.

“Kan tadi dah cakap. Khai tu, Khai laa... Awak nak nama penuh dia ke apa?” Grrr!!

“Awak ni memang suka betul jawab soalan tak ikut skema jawapan, kan?” Husna jelirkan lidah sebelum kembali membuang pandangan ke kiri. Double Grrr!!

Aku tekan brek mengejut, tukar gear dan terus buat pusingan U walau sepatutnya kat simpang depan tu dah nak sampai rumah Husna dah pun. Bingit bunyi hon kedengaran. Lantak kau. Pedal minyak aku pijak terus, Civic menderam garang dan kemudian terus menderu laju.

“Gila, ye?” Sinisnya berserta penampar kuat dekat paha aku. Sudahlah aku pakai seluar slackje hari ni. Pedih gilaaaa! Tombol gear aku lepaskan dan mengusap paha dengan perlahan.

“Kalau dah teringin nak accident sangat, jangan babitkan orang lain, boleh?” Aku diam.

“Teringin nak masuk hospital lagi eh? Nak jumpa balik dengan doktor tu, kan?” Sinis dia lagi. Aku masih diam tak bersuara, terus je memandu menghala keluar dari Jalan Kebun.

“Eh, kita nak pergi mana ni?” Blur betul budak ni. Masa aku buat u-turn tadi takde pulak nak tanya?

“Kita nak pergi mana ni?” Sekali lagi dia menyoal dengan suara yang dah naik satu oktaf dari biasa.

Proving apa yang awak cakap tentang saya.” Balas aku tanpa nada.

“Maksud awak?” Aku pandang dia sekilas sebelum menarik senyum senget.

“Awak suka cakap saya gila, saya buaya. Jadi, saya nak bagi bukti laa ni.”

“Bukti apa awak ni? Jangan bu-“

“Kalau tak silap, dekat-dekat area Pizza Hut ke dekat Old Town tu, yang ada hotel tu? Tak berapa nak ingatlah. Takpe, nanti kita make sure, ye?” pangkas aku laju. Aku tengok dia dah pucat.

“Awak... Awak ja... Jangan buat gi.. gila!” Tau kau cuak. Senyum senget semakin lebar.

“Awak memang dah tau saya gila. Awak pun dah tau jugak saya buaya. Jadi sekarang saya nak bawak awak pergi satu tempat, saya nak makan!”

“Firdaus!!” Dia memekik. Civic aku hentikan dalam petak parkir secara mengejut dan terus matikan enjin.

“Dah sampai. Turun.” Arah aku. Husna geleng laju sebelum terkebil-kebil memandang pada aku. Mata dia aku tengok dah basah sikit.

“Turunlaaa... Saya bawak awak makan ni. Saya lapar GILA ni dari tengahari tadi belum makan. Nak jadi BUAYA dah ni nak telan semua benda.” Perkataan ‘gila’ dan ‘buaya’ aku tekankan bersungguh-sungguh, setelah itu menayang sengih. Husna nampak terpinga-pinga. Keliling dia perhati sebelum dengan laju tangannya menampar paha aku dengan kuat. Perghh!! Pedihh!!

“Jahat! Main-mainkan orang!” Hujung lengan baju digenyeh pada mata. Aku gelak sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar dan menghidupkannya semula. Nombor ayah Husna aku dail selepas itu.

“Assalamualaikum, Pakcik. Ni saya nak mintak izin pinjam Husna sekejap. Sekejap je. Sebelum maghrib saya hantar dia balik.”

“Ha, ha, yelah. Sebelum maghrib ye?”

“Ye pakcik. Janji ni. Sebelum maghrib saya hantar.” Aku kenyit mata. Husna julingkan mata ke atas dan memandang ke arah lain.

“Yelah. Ha, ok. Ada polis kat depan tu. Pakcik tengah drive ni.”

“Ok pakcik. Terima kasih. Assalamualaikum.” Telefon aku sisip kembali ke dalam poket. Sengih lagi pada Husna yang dah tarik muncung empat belas.

“Jom?” Ajak aku lagi.

“Dah sampai baru nak mintak izin. Kalau abah kata no tadi?” Tempelak dia. Aku ketawa kecil sambil keluar dari kereta. Dagu menopang atas bumbung sementara menunggu Husna keluar dan menutup pintu. Dia pandang aku tajam. Aku tarik sengih.

“Kalau abah kata notadi, abang makan kat rumah ajelaa... Mama masakkan, eh? Lagi best, kan?” Kenyit mata sekali.

“Mama balik sekolah lambat hari-hari. Tak masak.” Balasnya laju.

“Eh, eh, bukan mama yang tu. Abang cakap mama yang kat depan abang ni...” Membuntang mata dia pandang aku.

“Bila pulak kita beranakkan dia naik pangkat jadi mama pulak ni?!” Dia dah terjerit, aku pulak selamba gelak.

“Oklaa tu... Nanti dah kahwin, ada anak, diorang panggil mama. Sekarang kita kasi biasakanlah dulu. Ok eh, ma?” Kenyit mata lagi dan senyum sumbing.

“Eeiii!! Tak boleh blah! Geli telinga ni, tau?” Dia hentak kaki sebelah dan menonong berjalan masuk ke dalam Restoran Ameer Ehsan itu. Aku dekat petak parkir masih ketawa berdekah-dekah sampai naik semput.

********************


Sendiri tulis, sendiri baca, sendiri kata tak best... Hahahahahah

Ok, sekian, terima kasih.

Eh, lupa... Silakan membuat hentaman sekarang... :D




No comments:

Post a Comment