Assalamualaikum.... Setelah dekat seminggu perap... Hahahahah
Sorry for the late update. Been busy leh...
Anyways, enjoy reading! :)
Bab 18.
“Renu, if there’s any call for me, cakap I keluar, tak tau bila balik.” Pesan aku tanpa berhenti sekejap pun saat melintas depan meja Renu untuk masuk dalam bilik pejabat dan menutup pintu. Punggung kuhenyakkan atas kerusi. Telefon bimbit dari dalam poket aku keluarkan dan aktifkan skrin.
Berpuluh-puluh panggilan tak berjawab dan satu pesanan ringkas. Kesemuanya dari nombor yang sama. Aku hela nafas panjang. SMS yang satu itu aku buka dan baca.
- Pick up the phone, Fir. Mar rindu...
Galaxy Ace aku campakkan atas meja dan bersandar pada kerusi. Tangan kanan naik memicit dahi yang tiba-tiba je sakit. Degil tak faham bahasa betul doktor yang seorang ni. Sejak aku keluar dari hospital tiga hari lepas lagi, tak putus-putus dia menelefon dan menghantar sms. Dan bila aku abaikan panggilannya, penuh terus voicemailaku sampai aku terpaksa matikan khidmat peti simpanan suara. Rimas! Sangat-sangat rimas!
Aku mengeluh panjang bila tiba-tiba telefon bimbit bergetar lagi. Malas-malas aku capai dan lihat skrin. Eh! Laju-laju aku sambungkan talian dan menekap telefon ke telinga.
“Hai sayang. Apa habaq? Makan dah ka?”
“Mak ni, Chik. Bukan Husna. Aci pakai terjah jaa Achik ni pun.” Aku dah gelak-gelak.
“Achik tau laa mak. Tak buleh ka nak bersayang-sayang dengan mak? Bukan luak pun. Kedekut ngat aih mak ni pun.”
“Hish! Tak lalu mak aih nak bersayang-sayang dengan Achik. Ni mak nak tanya, nanti bulan dua satni kita bawak cincin ja ka, nak kena bawak hantaran sekali?” Spontan tangan naik menggaru belakang kepala.
“Depa nak buat majlis besaq ka? Nak kena bawak rombongan ka?” Tak sempat jawab yang sebelum tu lagi, mak dah tabur soalan lagi.
“Achik...”
“Kalau kata depa nak buat majlis, mak nak habaq laa awai-awai kat pak-pak menakan, mak-mak menakan semua. Habaq lambat-lambat sat gi kot depa ada hal lain pulak.”
“Mak tanya kat Achik, mana Achik nak tau. Mak tanya laa kat Husna ka, mak dia ka. Pak dia ka.” Telefon dah beralih ke sebelah kiri. Tangan kanan memutar pen atas meja.
“Mak saja bagi can kat Achik laa ni pi jumpak Husna tanya.” Berdesup aku terus bangun. Gelap sekejap pandangan mata. Hampir terjatuh, tapi sempat aku tahan tangan atas meja.
“Laa ni jugak Achik pi tanya!” Semangat! Mak dah gelak di talian sebelah sana. Aku ikut ketawa.
“Ha, tanya. Sat gi habaq mai kat mak. Ni Achik duk buatpa?” Beg galas bawah meja aku capai letak atas kerusi.
“Achik dekat officeni mak.”
“Aih? Bukan doktor bagi MC sampai Jumaat nanti ka?”
“Cemuih duk ghumah.” Balas aku selamba.
“Achik ni... Dah doktor bagi MC tu, rehat ja laa kat rumah tu. Duk pi gheja tu satgi jadi apa-apa pulak, masuk pulak hospit-“
“Na’udzubillah!” Laju aku pangkas. Memang taubat nasuha betul laa aku nak masuk situ lagi. Hospital lain takpe. Tapi bukan tempat doktor psiko tu. Tak hingin!
“Tau tak mau, bawak-bawak laa berehat Chik oi.” Bunga-bunga bebelan mak dah mula kedengaran.
“Alaa... Tak dak apa laa mak. Achik ok jaa. Lagipun cemuih duk sorang. Mak pun balik dah. Tu yang Achik masuk gheja tu.”
“Haii... Mak tau Achik lagu ni, memang mak tak balik SP lagi kelmarin.” Mak dah mengeluh panjang lepas tu sambung membebel lagi. Aku tadah telinga ajelah, malas nak melawan. Bukan muda remaja lagi nak buat perangai lawan cakap mak ni. Hahahahah
“Kalau tak pasai adik nak sekolah, mak tinggai sana sampai Achik sihat. Achik ni buat mak risau ja.” Over mak ni. Macamlah aku sakit teruk sangat sampai terlantar atas katil tak boleh buat apa-apa.
“Achik sihat ja ni, alhamdulillah. Mak toksah nak risau sangatlah. Eh mak, sat na? Sat, sat.” Aku tarik telefon dan perhatikan skrin bila mendengar nada dering dalam talian. Maryam. Perlu ke aku angkat?
“Hello, mak?”
“Haa, awat?” Deringan dalam talian dah mati. Bagus.
“Takdak pa. Ada orang call. Takpala, sat gi dia call balik laa tu.”
“Achik duk tengah sibuk ka? Kalau duk tengah sibuk takpalaa, mak letak dulu laa, na?”
“Tak sibuklah mak. Boleh jaa nak cakap.”
“Takpalaa, mak pun ada gheja sikit nak buat ni. Achik nanti jangan lupa na tolong tanya kat Husna? Habaq kat mak awai-awai, senang mak nak habaq kat adik beradik mak.”
“Haa, ok. Nanti Achik tanya.” Beg galas atas kerusi aku angkat.
“Ok, assalamualaikum.” Salam kujawab dan baru je nak sisip telefon masuk poket, ada panggilan masuk. Tengok skrin dan slide butang reject. Malas. Suis lampu aku padamkan dan terus berjalan keluar dari bilik.
“I balik dulu Renu.”
“Ok sir.” Terus keluar dari pejabat, turun dan ke tempat parkir. Enjin Civic terus aku hidupkan. Belum sempat masuk gear, telefon dalam poket bergetar lagi.
“Yes Doc? Ada apa-apa hal ke? Saya sihat, thank you. Tak payah risau, tak payah terlebih concern.” Setelah sepanjang hari aku mengelak, akhirnya aku jawab jugak.
“Fir ni, susah-susah Mar call, cakap macam tu pulak. Sampai hati...” Aku julingkan mata ke atas dan menghela nafas panjang.
“Listen here, Doc. Stop calling me. Boleh tak?”
“I can’t. Mar rindu kalau tak dengar suara Fir sehari. Sebab tu Mar call Fir selalu. Mar rindu...” Hish! Degil! Dan merimaskan!
“I have tons of better things to do selain dari pick up your calls. Sejam sekali you call. What for? Gila ke apa?” Penat cakap baik-baik selama tiga hari ni, rasanya cara kasar mungkin lebih sesuai.
“Fir! Sampai hati cakap kat Mar macam tu...” Dia merengek. Ya Allah! Kalau ada depan aku ni, memang dah sah-sah aku bagi penampar je sepuluh das.
“Stop it, damn it! Jangan jadi annoying, boleh?”
“Fir... Tak boleh ke Fir cakap baik-baik dengan Mar?” Aku hela nafas panjang sekali lagi. Dinding sabar semakin menipis, bila-bila je boleh runtuh.
“Boleh, Doc. But not when you’re being annoying like this.” Aku dengar dia merengus perlahan.
“Fir... Fir tak boleh bagi Mar peluang walau sekali pun ke?” Tak boleh fikir nak balas apa, aku terus matikan talian. Sakit kepala jadinya tiba-tiba. Galaxy Ace aku campakkan ke seat sebelah dan terus masuk gear. Civic hitam kupandu beredar dari kawasan perindustrian itu.
Tak jauh aku memandu, kereta aku hentikan di bahu jalan. Telefon bimbit aku capai kembali. Ternyata telefon sedang berdering masa tu. Panggilan dari Maryam aku biarkan sahaja sampai mati sendiri. Cepat-cepat aku taip sms sesudah itu.
- Kat mana?
Send. Sending... Sent. Belum dapat jawapan lagi aku dah siap-siap tarik senyum senget. Bila telefon bergetar tanda menerima sms, senyum di bibir semakin lebar.
- Kat England. Apsal?
Tawa terus pecah. Dia ni...
- Bestnya. Nak ikut?
Aku dah siap senyum-senyum dah dengan apa saja reply yang bakal diberikan nanti.
- Tak boleh. Sibuk je.
Argh! Semak kepala aku main sms ni. Call je, lagi senang. Laju aku tekan butang dail. Tak sampai lima belas saat, panggilan aku dah berjawab.
“Husna...” Rasa lega semacam. Aku dengar dia berdehem di talian sana.
“Hmm... Waalaikumussalam. Alhamdulillah... Abah mama sihat. Kita pun sihat... Dia tu macam mana?” Aku dah gelak. Sakit kepala yang datang tiba-tiba tadi, dah pun hilang secara tiba-tiba jugak. Memang terapi yang berkesan betul suara dia ni. Hahahahah
“Sorry, sorry... Assalamualaikum Husna.” Dia berdehem lagi.
“Waalaikumussalam. Emm... Ada apa call?” Aku tarik senyum senget.
“Rindu.” Ringkas jawapan aku dan aku dengar dia terbatuk-batuk di hujung talian. Aku gelak. Overreact betul budak nih.
“Sayang tak percaya kat abang ke?” Sengaja menggiat. Makin hebat pulak dia batuk-batuk. Ni nak bagi aku rasa kecik hati ke, rasa gelihati ni? Musykil betul.
“Hish! Geli telinga ni dengar, tau? Ni, abah suruh tanya dia sihat tak?” Aku sengih.
“Abah yang tanya ke, dia yang tanya? Malu nak tanya direct, petik nama abah pulak, eh?”
“Eh, mana ada! Abah yang suruh tanya dia, lah!” Bersungguh dia berdalih. Aku dah gelak sakan.
“Mengaku ajelah, takpe. I don’t mind pun. Suka lagi, ada.”
“Eeiii... Tolonglah. Jangan nak perasan sangat boleh tak? Takde maknalah kita nak tanya khabar dia tu.” Memang bersungguh-sungguh betul. Dan aku perasankan sesuatu. Dia dah tukar panggilan. Kita? Dia? Tiba-tiba aku rasa macam muda balik sepuluh tahun. Kah kah kah kah
“Dia tu siapa?” sengaja bertanya, padahal memang faham sangat.
“Dia tu, dia lah. Hish!” Aku gelak lagi.
“Dia ke, dear? Dear, kan? Awww... So sweet...”
“Bukanlah! Deerrusa tu hah sebenarnya! Hish!” Tambah sakan aku gelak. Boleh bayangkan dalam kepala macam mana rupa dia tengah marah. Confirmhentak kaki sebelah, lepas tu dengan muka merah menyala. Comelness! Hahahahah
“Dia ni kan, mem-“
“Ooppss! Kejap. Ada incoming call. Tunggu kejap eh?” Pangkas aku laju bila terdengar nada dering dalam talian. Skrin telefon aku periksa. Alamak, minah ni. Suruh dia call kemudian nantilah. Laju jari aku menyentuh skrin.
“Hai. Call me back later? Much, much, much, much, much, much later?” Siap buat suara konon annoyed. Memang annoyed pun. tak berhenti-henti telefon. Aku rimas! Heh.
“Huh? Err... Ok. Takpelah... Sorry ganggu.” Eh? Apahal Husna pulak yang bersuara ni? Aku pandang skrin semula. Aduh! Dah selalu sangat reject call Maryam, tadi pun aku reject jugak rupanya. Patutlah Husna yang bersuara. Adeh. Silap besar betullah.
“Eh, Husna!”
“Iye? Janganlah jerit, sakit telinga, tau?” Fuh, lega! Nasib baik dia tak letak phone lagi.
“Sorry, sorry. Tadi tersalah tekan. Nak cakap kat orang lain, tercakap kat awak pulak.” Dan sekali lagi ada nada dering dalam talian. Tak putus asa betul minah sorang ni. Tensionaku.
“Yelaa tu. Hmm.. Takpelah, kita takleh cakap lama-lama, kredit dah nak habis.” Eh? Kredit dah nak habis? Apakah?
“Err... Tapi saya yang call awak tadi, kan?” Dia diam. Aku ketap bibir rapat-rapat.
“Eh, ye ke? Hmm... Hmm... Yelah...” Perlahan suaranya.
“Ni mesti dari tadi rasa rindu gila, nak sangat call saya, kan? Tu yang terlupa tu siapa yang call siapa.” Tak boleh nak tahan lagi, tawa terhambur juga.
“Eh, dia tu jangan nak perasan, boleh tak?”
“Yelah, yelah. Kita je yang rindu kat dia tu.” Gedik je aku rasa cakap macam tu. Tapi macam best. Hahahahah
“Bagus. Sedar diri.” Cheh. Sampai hati betul.
“Emm... Husna.”
“Ye?”
“Awak kat mana sekarang?”
“Ha? Err.. Kan tadi dah cakap, kat England. Kenapa?”
“Seriuslaaa... Kat mana ni?” Dia gelak. Auh... Cair...
“Biasalah petang-petang macam ni, kat mana lagi?” Aku tarik senyum senget.
“Ok, kejap lagi saya sampai. Tunggu situ.” Aku tarik seatbelt. Tadi lupa. Nasib baik tak ada polis berlegar-legar. Haha~
“Eh, kita nak pergi tempat lainlah. Tak kuasa nak tunggu.”
“Haip!! Jangan lari!” Dia gelak lagi. Merdu sungguh bunyi gelak dia tu. Cair... Cair...
“Yelah! Cepat sikit. Orang tengah ramai ni.” Aku tarik senyum.
“Okay sayang. Abang datang cepat-cepat. Sayang tunggu abang tau?”
“Eeeeiiiiii!!” Dan dia terus matikan talian. Aku dah gelak sakan. Telefon yang tiba-tiba bergetar tanda menerima panggilan terus aku sisip ke dalam poket seluar. Tak kuasa nak layan. Yang penting sekarang nak pergi jumpa Husna. Signal aku berikan dan memasukkan gear. Jalan clear dan aku terus tekan pedal minyak. Husna, tunggu abang, ok? Hahahahahah
***************
Sebenarnya kan, sepuluh kali taip padam, taip padam, taip padam... Inilah hasil akhir. Sangat tidak berpuas hati sebenarnya. Haha~
Papehal pun, anda adalah dipersilakan untuk menghentam sekarang! :D
No comments:
Post a Comment