Tuesday, February 5, 2013

Drama Sahara Didakwa Menghina Imej Wanita Berhijab



DRAMA terbitan sebuah saluran TV berbayar, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.

Sehubungan itu, mereka menggesa agar pihak saluran TV terbabit menghentikan penerbitan drama itu.Sebuah akaun fanpage Facebook yang berdaftar atas nama Hentikan Drama Sahara telah diwujudkan.

Pemilik akaun tersebut membangkitkan soal kesucian Islam yang cuba ditonjolkan pengarah drama terbabit. “Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nak menonjolkan kesucian Islam bukan memperlekehkan pakaian sunah.

“Mungkin drama ini konsepnya dakwah komedi tetapi harus terang perkara-perkara yang merosakkan akidah,” tulisnya. Isu ini juga mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Beliau memberi respons kepada laman fanpage itu dengan menulis, “drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab.” Zaharuddin juga menyentuh soal penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang beragama Islam sendiri.

“Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk bertemu janji, berpegangan tangan dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram. “Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Isalam sendiri,” tulisnya.

Drama 30 episod yang mengisahkan tentang seorang gadis liar yang terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok itu sudah mula disiarkan sejak awal bulan ini. - Sinar

Berikut ialah Komen Ustaz Zaharuddin Terhadap Drama Sahara Di Astro Prima :



No comments:

Post a Comment