Assalamualaikum Semua..
Yeahhh~ Gigih nak jugak apdet... Hahahahahah
Moh baca. :)
Bab 17.
“Eh, apa? Belum boleh discharge? Biar betul? Semalam kata pagi ni boleh keluar?” Doktor lelaki yang aku kira dah hampir separuh abad usianya dengan tag nama Razif di depan aku ni mengangguk dengan senyuman. Clip file warna ungu digantung semula pada kaki katil.
“Doktor Maryam dah note down that you’re not to be discharged without her presence. Walaupun pada saya you seemed to be fine to be discharged, tapi disebabkan you’re her patient dan mungkin ada perkara lain yang dia found out and need to make sure sebelum Encik discharge. So, Encik Firdaus kena tunggulah dulu for a while.” Heiii... Apa sajalah Doc Yam ni... Cuak pulak aku rasa dengar Doktor Razif ni cakap macam tu. Aku pandang mak dengan Abang Salim yang setia berdiri di sebelah katil.
“Lama lagi ka Doktor Maryam tu nak sampai?” Doktor Razif sekadar geleng dalam senyuman dengan soalan mak tu.
“Mungkin dalam setengah jam atau paling lewat pun satu jam lagi. Dia ada meeting sikit pagi ni. Oklah, kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ye?” Langkahnya aku iringi dengan ekor mata sahaja. Pandangan aku tertumpu pada mak. Kesian pulak rasanya. Dah beria tadi mak tunggu aku nak keluar, tiba-tiba kata tak jadi pulak. Hadeh.
“Mak balik dululah dengan abang Salim. Sat gi Achik dah buleh discharge, Achik habaq lain.” Mak gelengkan kepala sebelum melabuhkan duduk atas sofa di tepi sana. Untunglah dapat bilik first class, sorang-sorang punya. Kalau tak sebab ada medical card insurans, memang tak merasalah. Nanti dah menikah kena tambah lagi satu kad untuk Husna pulak... Hahahah Amboi Daus, jauhnya berangan... Kah kah kah kah
“Achik dengaq dak mak cakap apa? Duk sengih-sengih seorang tu pasaipa? Hish!” Tak pasal-pasal penampar mak hinggap kat paha aku. Pedih! Aku jeling pada Abang Salim yang dah sengih-sengih siap angkat ibu jari. Chiss.
“Mak cakap apa?” Mak geleng kepala.
“Mak pi cafe minum sat dengan Abang Salim. Achik ada nak apa-apa ka?” Aku geleng.
“Makan dah sat tadi sebelum mak mai. Mak pi lah. Achik tunggu doktor.” Mak angguk dan Abang Salim lebih dulu membuka pintu. Sebaik kelibat diorang hilang, aku bersandar semula pada katil yang telah dinaikkan. Siaran televisyen tak menarik perhatian.
Apa sajalah Doc Yam ni, kan? Malam tadi masa aku tengah dalam rakaat akhir solat Isya’ dia tunggu atas sofa. Terkejut aku bila pusing nak naik katil semula. Dia kata nak bincang-bincang pasal cara-cara nak atasi penyakit tekanan darah rendah ni. Terpaksa aku bukak pintu wad luas-luas. Ate, gila nak duduk dalam bilik ni berdua je? Aku ni bukannya sakit sangat pun... Iman pun.. Hmm... Senipis kulit bawang... Hmm... Hmm...
Lepas bincang tu, beria dia kata aku dah ok, boleh discharge dah pagi ni. Ni tiba-tiba aku dah excited nak balik, rupanya dia taruh note kata aku tak boleh balik lagi. Nak claim insurans bayar lebih laa tu... Dasar. Chiss. Hahahahah
Pintu diketuk dari luar kemudian ditolak. Doc Yam masuk dengan senyuman mekar di bibir. Di tangannya ada sebuah kotak. Err... bukan kotak. Tapi macam kotak. Eh, bukan. Lebih tepat lagi, tupperware, dalam bungkusan plastik. Tiba-tiba rasa nak merajuk dengan Doc Yam, boleh tak?
“Morning. Dah sarapan?” Aku cuma angguk. Tupperwarediletakkan atas meja dan dibuka. Semerbak bau ikan masin tersebar. Aku intai sikit... Hmm... Tak menarik... Tak menarik... Pujuk diri sendiri, padahal kalau tadah baldi ni dah penuh dah air liur menitik. Pulut dengan kelapa parut dan ikan masin, beb! Gila lama tak makan!! Kat sini celah mana nak dapat? Fuuhh!! Gila menggoda!!
“Saya tak makan lagi, tak sempat tadi. Nak?” Dia siap kenyit mata. Kemain lagi. Aku tala habis satu tupperware tu karang, baru kau tau. Chiss. Tapi aku tetap geleng.
“Takpelah. Dah makan tadi. Tunggu nak boleh discharge aje ni.” Mengada kau ni Daus. Orang dah offer, jual mahal pulak. Kempunan kang, jangan bising kat mak, pergi buat sendiri! Argh! Ini semua Doc Yam punya pasal! Semalam kata boleh discharge, hari ni tengok-tengok kata lain pulak! Tak puas hati betul!!
“Hmm... Betul tak nak ni?” Aih, main tarik tali pulak dia. Ada jugak yang aku sekeh kejap lagi. Doc Yam oi, saya nak keluar cepatlah. Laju aku geleng kepala.
“Bila boleh dischargeni ye? Semalam kata boleh dischargepagi. Ni dah dekat tengahari dah ni saya duk melangut lagi kat sini. Ada apa-apa isu lagi ke, Doc?” Doc Yam pulak geleng kepala. Pulut dicubit sedikit, ikan masin sikit, kelapa parut sikit, dan dia suap masuk mulut. Gulp! Aku palingkan kepala ke arah tingkap yang bertutup. Dia ni memang menduga betullah. Heh.
“Encik Firdaus betul-betul tak nak ni? Bukan ni makanan favourite orang belah-belah utara ke?” Aku pandang dia balik. Dia sua tangan kanannya yang dah siap ada sejemput pulut siap condiments menunggu untuk disuap. Aku tarik senyum kelat.
“Tak nak. Saya cuma nak keluar je sekarang ni. I’ve tons to do ni.” Doc Yam tutup tupperware dan berlalu ke bilik air. Basuh tangan kot. Sekejap kemudian dia kembali dan menarik clip file. Pen dari poket di dada ditarik sekali.
“Doktor Razif tadi cakap sepatutnya saya dah boleh keluar, but due to your note over there, dia tak boleh discharge. Care for some explanations Doc?” Dia angkat muka dan tayang senyum. Tak habis-habis.
“Emm... “ Dia seluk poket kot putihnya, kemudian menghulurkan sekeping kad. Lambat-lambat aku capai jugak. Kad nama. Sebaris nama itu aku baca. Maryam Jamilah Abdul Rahman. Aku pandang dia semula dan angkat kad nama tu sambil tayang muka penuh tanda tanya.
“Untuk apa ni?”
“Kalau-kalau Encik Firdaus rasa perlukan nasihat nak control low BP tu, just give me a call. Anytime.” Aku pandang semula kad itu dan akhirnya menyelitkannya dalam wallet.
“Ok. Terima kasih.”
“Can I have yours?” terjungkit kening aku. Doc Yam masih tenang dan tersenyum.
“Please?” Sambungnya lagi. Nak tak nak, aku keluarkan juga sekeping dari dalam wallet dan serahkan padanya. Laju dia menyambut.
“Sekarang dah boleh discharge?” sinis aku.
“Sekejap je lagi, boleh?”
“Doc, please. Don’t go dilly dally, shilly shally on me now.” Serius rasa jengkel pulak walau Doc Yam masih tayang senyum manis gula berkilo-kilonya tu.
“Encik Firdaus marah ke?” Tiba-tiba dia tarik muka empatbelas. Adui... Boleh sakit jiwa aku macam ni.
“Tak marah. Kan tanya tu.”
“Err... Do you mind if I call you Firdaus je instead ofEncik Firdaus?” Aku pandang dia lama. Terlebih mesra lah pulak Doc Yam ni.
“Err... Bolehlaa kot Doc.” Dia senyum, manis.
“Kalau Fir?” Fir? Apa Fir? Dah macam pokok fir pulak. Laju aku geleng. Dan berhenti tiba-tiba. Pening. Doc Yam ketawa.
“Kenapa tak boleh?”
“Tak biasalah. Tak pernah-pernah orang panggil saya Fir, Doc.” Dia ketawa lagi. Apa yang seronok sangat entah.
“Oklah tu. Let me be the only person to call you by that name. Special sikit.” Doc Yam senyum sebelum menarik tangan kiri aku dan genggam kuat-kuat. Aku dah menganga. Dia ni, selambanya? Aku sentap semula tangan aku.
“Please, Doc, don’t.” Tiba-tiba je rasa macam tak cukup oksigen pun ada. Tiba-tiba laju je jantung bekerja. Doc Yam pandang aku dengan mata kuyu. Fuuhhh... Istighfar banyak-banyak Daus. Istighfar... Astaghfirullahal ‘adziimmm....
“Fir, call meMar.” Dia datang rapat ke katil.
“Doc, can you please move just a bit further away?” Dia menggumam sesuatu sebelum menurut.
“Sorry, I got carried away. Tapi... Emm... I think I really like you. Sangat.” Dia kenyit mata dan senyum. Menganga lagi aku buat sekian kalinya. Daring gila Doc Yam nih!
“Err... I’m flattered. Tapi I think it’s better you keep it for someone else. I’m taken.” Tegas aku. Dia pandang balik clip file di tangan, kemudian pada aku semula.
“Tapi kat sini kata not married yet?”
“Err... Yelaa... Belum lagi. Tapi coming soon.”
“Dah bertunang ke?” Soalnya, laju.
“Err... belum... Next year...” Dia tarik senyum lebar.
“Means I still have a chance. Disebabkan susah nak jumpa orang sakit tapi masih jaga solat macam awak, jangan ingat senang-senang saya nak lepaskan.” Dia kenyit mata lagi sekali. Oh my! Psiko ke apa Doc Yam nih?!
“Are you-“
“Achik, doktor... Haa, Doktor Maryam. Macam mana? Anak makcik dah boleh keluaq ka?” Mak dengan Abang Salim masuk tiba-tiba. Doc Yam laju pergi salam siap cium tangan mak. Mak dah terpinga-pinga. Abang Salim pandang aku pelik. Aku jungkit bahu.
“Hmm... Anak makcik dah boleh keluar. Nanti saya uruskan semua. Makcik duduk dulu, ye?” Dia siap pimpin tangan mak duduk di sofa. Sekali lagi Abang Salim pandang aku pelik dan aku jungkit bahu lagi. Doc Yam datang semula dekat aku. Menulis-nulis sesuatu dalam clip file dan kemudian mengangkat kepala memandang aku dengan senyuman penuh maksud tersirat.
“Mar uruskan proses dischargeFir dulu, ye?” bisik dia sebelum mengenyitkan mata buat kesekian kalinya lalu keluar.
“Mar? Fir? Hang buat apa ni Daus? Baru pi risik Husna, tiba-tiba hang carik doktor pulak?” Abang Salim berbisik keras.
“Hoi, that is absurd ok? Aku tak buat apa pun. Dia yang tiba-tiba. Bukan aku duk melayan pun.” Marah aku. Abang Salim dah kerut-kerut kening.
“Hang jaga-jaga, Daus. Aku tak mau campuq. Tau kat mak satgi, hang jawablah sendiri.”
“Aku taulah nak buat lagu mana nanti. Hang jangan cakap apa-apa. Aku handle sendiri.”
“You better.” Aku angguk. Nanti. Tunggu aku sihat betul sikit hari lagi. Doc Yam tak perlu ada dalam cerita hidup aku dengan lama. Cukup setakat di sini, waktu ini. Nekad.
******************
Jeng jeng jengggg~ Haha~
Ok, boleh hentam sekarang.