Wednesday, February 19, 2014

Wartawan China Diserang Harimau Selepas Lompat Masuk Ke Dalam Kandang


Perbuatan seorang wartawan dari negara Cihna, Yang Jinhai yang melompat masuk ke dalam kandang harimau hanya memakan diri sahaja. Kejadian terjadi apabila Yang Jinhai dilihat memiliki makanan harimau dan melompat ke dalam kandang untuk memberi harimau makan tetapi sebaliknya berlaku apabila dia diserang oleh harimau.




Menurut pelawat yang datang, mereka terkejut melihat Yang Jinhai cuba melarikan diri daripada dibaham oleh harimau yang sedang mengamuk, Yang Jinhai  cedera teruk akibat dicalar dan digigit oleh harimau sebelum penjaga zoo masuk campur.


Saksi kejadian berkata, pada awalnya mereka menyangka Yang Jinhai adalah kakitangan zoo selepas melihat dia memegang makanan harimau  berisi beras tetapi sebaliknya berlaku. Saksi lain menjelaskan, apabila Yang Jinhai melompat masuk ke dalam kandang, kedua-dua harimau, jantan dan betina dilihat cuba melarikan lari tetapi harimau jantan datang ke arah Yang Jinhai kerana membangkitkan kemarahan dan membuat kacau, akhirnya dia diserang oleh harimau jantan sebelum diselamatkan oleh penjaga zoo. 


Bagi menyelamatkan Yang Jinhai, seramai 50 orang kakitangan zoo melepaskan das tembakan water hose kepada harimau bagi melepaskan Yang Jinhai. Kini, Yang Jinhai dirawat di hospital, Chengdu. - via

No comments:

Post a Comment