Saturday, December 14, 2013

Si Mamat Jambu - Part 1

Cerita ni dulu pernah siar kat blog awal tahun dulu atas cabaran seorang pembaca untuk saya tuliskan cerpen. Cerpen tak cerpen, banyak jugaklaa part nya... Kah kah kah kah :P

Setelah memeram kembali selama beberapa bulan, saya edit semula dan nak siarkan semula secara sikit-sikit... Hahahahahah :D

Ini adalah entry battle saya. Siapa pernah baca, boleh refresh memory. Tak banyak yang saya edit pun... Sikit-sikit je... 

Siapa yang belum pernah baca, bolehlah berkenalan dengan diorang ni... Heheheheheh :D

 Part I


Aku sedang sibuk meneliti laporan yang dihantar oleh kontraktor bila pintu bilik pejabat diketuk kuat. Aku angkat muka. Dari balik pintu frosted glass tu aku nampak kelibat dua orang lelaki. Fail laporan aku tutup, tak sempat nak suruh masuk lagi, pintu bilik dah dikuak sedikit. Kepala Ben terjengul depan muka pintu.
Busy ke bos?” soal Ben bersama sengihan.
“Macam biasalah. Ada apa kau cari aku?”
Ben tolak pintu dan masuk. Di belakangnya seorang lelaki ikut masuk. “Assistantkau dah sampai ni.” Ben bagi ruang untuk mamat tu ke depan sikit.
Aku masih duduk atas kerusi. Pandang mamat tu atas bawah beberapa kali sebelum berdiri.
Pergh! Jambu gila mamat ni! Dah serupa macam artis Korea pun ada muka jambu gila macam perempuan. Tak maskulin langsung! Sudahlah tinggi kurus melengkung, dressing pun nak gaya-gaya Korea jugak. Cheh. Poser! Identiti sendiri la wei, baru nampak macho!
“Aku kenalkan, ni anak partner Tuan Haji. Ni Amal. Ama-“
“Hai, Encik Rasydan.”  
Memang padan sangatlah muka jambu dengan suara pun dah ala-ala jantan kepit punya suara. Dia terus hulurkan tangan dan aku sambut bersama dengan sebuah senyuman kurang ikhlas terukir di bibir.
“Tak payah Encik, Encik. Aku tak suka nak formal sangat. Panggil aku Rush je.”
“Rush? As in Toyota Rush?” Mata dia disepetkan.
Hek elleh mamat ni. Nak merasa kena penampar Jepun ke apa ni? Aku senyum kelat. “Ye, Rush as in Toyota Rush,” balas aku, sinis.
Dia sengih. Chis. Memang dasar mamat jambu betul. Aku berjalan dari meja dan berdiri di tengah-tengah antara Ben dan Amal. Pendek sikit dari aku mamat jambu ni. Adalah paras-paras hidung aku je. Bagus, senang aku nak ketuk kepala dia nanti apa-apahal dia buat salah. Hahahahah
Cheh Rush, belum apa-apa lagi dah siap pasang niat songsang. Chett.
“Ben dah brief pasal kerja?” Aku terus direct, malas nak bersimpang-siur. Mandom gila tiba-tiba tengok muka mamat nama Amal ni. Terasa-rasa macam nak pukul orang pun ada. Dia angguk sahaja.
“Ok. Esok kebetulan ada kena pergi Kangar tengok site progress. Lusa baru balik. Aku bawak kau tunjuk terus. Boleh kan?”
Dia angguk lagi.
“Ben, booking hotel biasa.”
 Ben tunjuk simbol ok. “Two rooms, eh?”
Aku dah tayang muka pelik. “Kau apahal nak dua bilik pulak? Satu ajelah! Twin beds!”
Ben tunjuk muka serba salah. Dia pandang Amal. “Tapi Amal tu-“
“Kau ada problem nak kongsi bilik dengan aku ke?” Aku pandang Amal tajam. Dia telan liur sebelum menggeleng perlahan.
“Err... Takde...”
Aku pandang Ben semula. “See? Lagipun nak membazir buat apa? Selalu kau yang suka bersyarah panjang pasal membazir, ini kau pulak buang tebiat?” tekan aku.
Ben memang jelas nampak tak yakin. “Tapi dia-“
“Takpe Encik Ben. Saya ok,” pangkas Amal.
Aku dah ukir senyum kemenangan.
Ben kerut dahi. “You sure ah Amal?”
Hek elleh mamat separa cina ni. Aku backhand kan jugak sekali baru tau. Aku pandang Amal semula. Dia angguk walau riak wajah jelas sangat tak ikhlas. Ah, aku peduli hapa? Anak bos ke, anak partner bos ke, anak tukang kebun ke, anak siapa sekalipun, dengan aku, tak ada istilah pilih kasih. Kalau kau bagus, aku puji, kau tak bagus, aku buat sampai kau jadi bagus.
Sure, Encik Ben,” jawab Amal.
Ben pulak mengangguk.
If you say so, Amal. Oklah. Err... One room, twin beds,” kata Ben akhirnya.
Aku senyum, puas hati.
“Ok. Kau ada apa-apa lagi ke nak cakap Ben? Kalau takde, aku pulak nak brief dia.”
Ben geleng kepala.
“Ok Rush, aku hand over Amal kat kau. Jaga dia elok-elok, anak partnerTuan Haji ni.”
Over betullah mamat separa cina sorang ni.
“Taulah aku nak buat kerja aku. Dah, kau boleh keluar sekarang, uruskan bookingtu. Pergi, pergi.”
Aku tolak belakang badan Ben sampai ke pintu.
“Kau jangan macam-macam dengan dia, Rush,” pesan Ben. Eh, bukan pesan, cara dia serupa macam bagi amaran je dekat aku.
Aku gelak.
“Kau macam tak kenal aku pulak kan Ben? Like I give a damn laa pulak siapa bapak dia.”
“Tapi Amal ni la-“
Zip it, bro. Aku tak nak dengar. Dah, kau pergi buat kerja kau. Aku nak brief budak ni.”
Aku terus tolak Ben keluar dan tutup pintu. Siap tekan kunci. Aku berpaling menghadap Amal, si mamat jambu.
“Duduk, aku brief kau lagi sekali sebelum kenalkan kau kat luar.”
Amal terus duduk atas kerusi depan meja aku dan aku kembali menghenyakkan punggung atas kerusi aku. Dia senyum. Masalahnya aku rasa nak bagi penumbuk je tengok muka senyum dia tu. Boleh tak macam tu? Heh. 
Aku berdehem sekali dan mulakan penerangan secara ringkas.
“Ok, kau faham kan?”
Amal angguk laju.
“Ok, good. Esok pagi pukul sepuluh kita gerak dari office. Now let’s go meet other people outside.”
Aku keluar dan Amal mengikut di belakang. Siap sedialah kau. Hari pertama yang sengsara bermula sekarang. Hehheh.



*******************************


Sekian entry battle minggu ini... Heheheheheh :D

Dipersilakan menghentam... Hehehehehheh :D

No comments:

Post a Comment