Saturday, November 16, 2013

Iced Tea & Scones - Part 10

Masih dalam mode Battle of the Writers those two Farah & Sera.

Saja bagi Fawwaz since ramai yang mintak mamat nih kuar. Ini adalah entry terakhir ITS dalam blog. Lepas ni kena pulun siapkan manuskrip...

Takyah cerita panjang. Jemput baca ye? :)






Part 10


Pintu bilik yang diketuk bertalu-talu memaksa dia mencelikkan mata. Lembut tangan menggenyeh mata yang terasa kelat sebelum menolak kerusi ke belakang dan bersandar. Kepala rasa sakit. Berdenyut-denyut.

“Fawwaz!” suara Fai tinggi menembusi pintu yang berkunci memaksa dia bangkit dan melangkah lesu ke arah pintu. Tombol dipulas malas.

“Apa kau nak?” soalnya kasar.

Fai tolak pintu supaya terbuka luas sebelum memboloskan diri ke dalam dan terus duduk di atas settee kulit di dalam bilik pejabat itu.

Fawwaz merengus sebelum menghempas pintu dan ikut duduk atas settee bertentangan dengan si abang. Tubuh dihenyak ke belakang sambil sebelah tangan memeluk tubuh dan sebelah lagi memicit dahi.

“Kau kenapa?” soal Fai. Fail yang dibawa bersama tadi sudah diletak atas meja depan Fawwaz.

“Takde apalah. Kau nak apa ni cari aku?” Fail atas meja cuma dikerling. Tak nampak isi pun sebab fail tak dibuka.

“Tu, mama bagi. Kau pun dah tau dah nak kahwin, baliklah rumah. Senang nak bincang. Ini tidak. Dah laa telefon pun payah sangat nak angkat. Orang nak settle pasal majlis kau ni, tau tak?” rungut Fai. Geram dengan sikap acuh tak acuh Fawwaz bilamana dia sendiri yang beria meminta supaya perkahwinan diteruskan. Malah dipercepatkan.

Fawwaz merengus perlahan. Dia tunduk mencapai fail dan kembali bersandar. Satu demi satu isi fail diselak. Tak semena ada senyum nipis tersungging di bibir.

“Petang karang go and pick her up, mama dah buat appoint ment dekat Afzan Bridal pukul lima. Balik nanti mama kata mama hantar dia sebab mama nak bincang pasal majlis dengan keluarga dia. Dengar tak?” suara Fai kedengaran jengkel.

Fail yang menutup muka tadi diturunkan dan dilempar semula atas meja. Kaki disilang dan dia tarik senyum sinis.

“Aku tak pekak lagi.”

“Aku tau kau tak pekak lagi. Tapi kau suka buat-buat pekak. Sampai berbuih mulut cakap, kau buat derk je. Ni karang kau jangan lupa pulak. Haritu papa cakap kau beria nak kahwin jugak. Tapi bila nak bincang pasal persiapan, memanjang tak available. Kau nak apa sebenarnya dengan budak tu, hah? Serius kau dah... dengan dia?” Tajam sorotan mata Fai, cuba menangkap sebarang riak dari si adik yang masih terlihat tenang tanpa menunjukkan sebarang perasaan.

“Itu hal aku dengan dia. You’re out of the equation, so don’t bother to butt in,” sinis Fawwaz.

Fai hela nafas panjang dan menggeleng.

“Aku bukan nak menyibuk, tapi-“

“Tapi apa? Dah lah. Aku ada kerja nak buat ni. Appointment pukul lima, kan? Nanti aku pergi.” Fawwaz dah bangkit dari settee menuju ke meja kerjanya semula.

It’s almost three sekarang, Fawwaz. Kau kena pergi pick up bakal isteri kau tu dulu. Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi?”

Fawwaz merengus kuat. “Fine!”

Alang-alang dia pun memang dah tak betah nak duduk di pejabat lagi dengan sakit kepala macam tu, baik dia keluar saja. Dengan kasar, telefon bimbit dan kunci kereta dikaut dari atas meja sebelum menarik kot yang tergantung di belakang kerusi dan terus keluar dari pejabat.

Tak ada sebarang pamitan dia beri, terus menonong saja keluar dari ruang pejabat dan menuruni tangga. Tak ada mood nak tunggu lif sampai.

Fai keluar dari bilik pejabat itu dan menutup rapat pintu di belakangnya. Kak Fiza cuma mampu senyum sambil jungkit kening. Dah faham sangat. Kalau dua beradik ni bertemu, macam memang tak pernah berakhir dengan baik setakat ni. Sama ada si abang yang keluar marah-marah. Atau si adik. Tapi biasanya si adiklah yang naik angin. Dia pun tak faham kenapa.

“Fawwaz punya schedulepetang ni, clear, kan?” soal Fai.

Kak Fiza angguk. “Akak dah clear kan pagi tadi lepas dapat arahan Datin,” beritahunya.

Fai senyum dan angguk juga. “Ok kak. Terima kasih. Saya balik pejabat saya dulu.” Dia berpusing untuk beredar, tapi terhenti bila teringatkan sesuatu. Cepat-cepat dia masuk semula dan mencapai fail di atas meja sebelum berlari keluar untuk mengejar Fawwaz.

Hampir tercungap nafasnya semput bila tiba di anak tangga terakhir di mana Fawwaz sedang berdiri menunggunya. Fail dihulurkan sebelum dia bercekak pinggang dan menarik nafas panjang, mengatur kembali nafas yang sedikit mengah.

“Ni, have a look first dengan dia. Pilih mana yang berkenan. Nanti senang dekat bridal boleh terus try fitting je,” ujar Fai dalam semputnya.

Fawwaz tak menjawab sepatah pun, sebaliknya terus laju menuruni baki anak tangga. Sampai ke basement, dia teruskan perjalanan menuju ke keretanya yang diparkir di sudut bangunan. Enjin dihidupkan dan Lancer merah dipandu keluar dari kawasan parkir bawah tanah wisma itu.

Dekat-dekat dengan Solaris, dia hentikan kereta di bahu jalan. Sony Xperia Z Ultra yang baru dua hari dimiliki bagi menggantikan Lumia merahnya ditarik keluar dari dalam poket seluar. Aplikasi WhatsApp dibuka. Profile pic WhatsApp Andria dipandang lama.

Dah dua hari berlalu sejak kejadian Andria diragut. Sejak dari hari tu, sekali pun dia tak cuba untuk menghubungi gadis itu. Dan Andria juga tak pernah cuba untuk menghubunginya.

Sebuah keluhan berat dilepaskan sebelum dia mula menaip pesanan ringkas.

+ On my way to pick you up. Be ready when I get there. No excuse.

Mesej dihantar melalui WhatsApp dan telefon diselit kembali ke dalam poket seluar. Gear ditukar dan Lancer merah meluncur laju semula di atas jalanraya.

**********************************

“Ok ke yang ini?” soal Datin Mastura sambil membelek-belek gaun pengantin yang tersarung di tubuh Andria. Andria hanya memandang refleksinya di dalam cermin besar itu. Sikit punya koboi nak kahwin, tapi masih mahu buat grand-grand. Sempat ke? Jenuh bersilat laa orang-orang dekat butik pengantin ni nak menyelesaikan segala-galanya dalam masa yang tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.

Tengok gaya Datin Mas, ada can semua pekerja butik tu akan jadi zombie dalam masa seminggu ni. Nak itu, nak ini, nak macam tu, nak macam ni. Yang kecil-kecil tak mahu, sederhana juga tak ingin. Nak yang paling besar. Mahu yang paling grand. Ingin yang paling mewah.

Kedua anak mata memandang ke atas dan keluhan panjang dilepaskan. Dibiarkan sahaja Datin Mastura dan pereka pakaian melakukan sesuka hati mereka. Tak ada hati nak mengambil tahu. Tak ada keinginan untuk ikut teruja. Tak ada perasaan untuk turut gembira.

Andria merenung kosong ke dalam cermin besar. Masih tegak kaku berdiri ibarat mannequinn memperagakan pakaian. Fikirannya menerawang entah ke mana. Sehinggalah dia ternampak kelibat Fawwaz yang dah lengkap bersut serba hitam dari dalam cermin sedang mengambil tempat di sebuah sofa tunggal di suatu sudut sana.

Tak tahu kenapa, ada debar perlahan yang dia rasakan bila melihat lelaki itu ikut merenung tajam ke arahnya. Duduk membongkok dengan kedua siku menongkat di lutut, hands clasped, menyembunyikan sebahagian wajahnya.

Andria telan liur. Perlahan tangan kanannya naik, melekap di dada kiri. Cuba meredakan debar yang terasa semakin kuat saat pandangan saling bertaut walau cuma di dalam cermin kaca itu.

Perfect! Ya Allah, cantiknya!” suara Datin Mas yang menjerit teruja bersama tepukan tangan buat Andria tersentak. Laju dia berkalih pusing ke belakang.

Datin Mas sibuk menunjuk-nunjuk pada skrin kamera DSLR yang dipegang jurufoto sambil berceloteh dengan gembira. Kemudian dia tarik pula sang jurufoto mendekat pada bakal menantu.

“Tengok ni, Liana. Cantik sangat gambar tadi. Kalau print lepas tu frame kan, mesti lagi cantik. Bagus betul photographer you ni, Afzan. Pandai dia capture moment-moment yang bagus macam ni...” Datin Mas terus-terusan berbicara. Tuan punya butik pengantin mengangguk sahaja mengiyakan segalanya.

Andria tunduk merenung imej dalam paparan skrin kamera. Benar, gambar itu memang cantik. Tapi sayang, moment itu salah. Kepala diangkat dan dia menoleh ke arah sofa yang diduduki Fawwaz tadi.

Lelaki itu sudah berdiri dan sedang melangkah santai mendekatinya. Beberapa tapak lagi nak sampai, tangan kanan dihulurkan. Tertunduk Andria memandang tapak tangan yang terngadah itu. Teragak-agak nak menyambut. Tapi, untuk apa lelaki itu menghulurkan tangannya?

Can I see it too?” soal Fawwaz.

Sang jurufoto angguk dalam senyuman dan kamera diserahkan ke tangan Fawwaz yang sudah sedia terhulur. Andria hela nafas lega curi-curi. Mujur dia tak terlanjur menyambut tangan itu.

Fawwaz tarik senyum senget. Lama dia telek gambar tu sebelum dengan selamba menukar settingkepada mode camera semula dan menarik Andria rapat lalu memeluk bahu gadis itu. Pipi Andria jadi habuan bibirnya dan dengan pantas dia menekan shutter. Selfie yang tiba-tiba.

Andria dilepaskan dan kamera kembali bertukar tangan. Selamba dia ketawa dan beredar tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

Terkebil-kebil sahaja Andria di situ. Terlalu pantas lelaki itu melakukannya tanpa sempat otaknya memproses maklumat. Pandangan beralih kepada sang jurufoto yang kelihatan teragak-agak hendak memberikan reaksi. Akhirnya Andria tarik senyum serba tak kena. Sang jurufoto ikut senyum dan meminta diri.

Untuk entah kali yang keberapa petang itu, dia mengeluh lagi. Mujur saja Datin Mas sedang leka bersama dengan pemilik butik. Kalau tak, dia pun tak boleh nak agak apa reaksi mak datin yang seorang itu kalau nampak apa yang anak dia buat tadi. Sweet jugakah yang akan dikatakannya? Bagus? Pandai? Comel? Oh, tolonglah!

Andria mengeluh lagi dan menggeleng perlahan lalu mengheret langkah menuju ke bilik persalinan untuk menukar kembali pakaiannya.

Satu demi satu lapisan persalinan raja sehari itu ditanggalkan dari tubuh. Kemudian dengan perlahan pula dia menyarungkan kembali pakaiannya. Sengaja melambat-lambat. Dia tak tahu bagaimana nak bereaksi. Yang si ibu teruja lebih, si anak pula acuh tak acuh sahaja. Dia? Hmm... Tak tau nak kata macam mana...

Siap salin pakaian dan mengenakan kembali selendangnya, baru Andria keluar dari bilik persalinan itu. Kelibat Datin Mas dicari. Ada, sedang duduk bersama-sama pemilik butik dan si anak terunanya di atas sofa sembil berbicara... Sang teruna... err... teruna kah? Sudah pasti tidak. Re-phrase, Andria, re-phrase.

Lelaki itu sudah menukar pakaiannya. Kembali mengenakan pakaian pejabatnya tadi. Khaki warna krim dan kemeja biru pastel. Dua butang teratas dibiar terbuka dan lengan kemeja sudah dilipat tinggal tiga suku sahaja panjangnya.

“Liana, sini duduk dekat mama,” gamit Datin Mas.

Andria perasan riak Fawwaz sedikit berubah. Teruja ke? Sebelum melabuhkan punggung di sisi wanita itu, sempat dia jeling tajam-tajam dulu pada Fawwaz.

Datin Mas masih berceloteh yang macam-macam. Tapi Andria antara dengar dengan tidak. Renungan tajam milik Fawwaz tak mampu dipatahkan buat dia tunduk diam menikus di tempatnya. Tangan diramas sesama sendiri.

“Ok Liana? Mama balik dulu ye? Fawwaz tolong hantarkan.”

“Eh?” Andria dah terkejut. Tapi masa sampai tadi Datin Mas kata dia akan hantar balik sebab nak jumpa ibu?

“Bukan Datin nak jumpa dengan ibu ke?”

“Datin... Datin... Panggil mama, sayang...” lembut suara Datin Mas bersama senyum yang meleret.

Andria dah rasa nak tercekik. Dikilasnya pada Fawwaz yang tersenyum senang sebelum memandang semula pada Datin Mas yang masih menunggu. Mama? Oh, tidak... Bilakah mimpi ngeri ni nak berakhir?

“Err... Bukan ma.. mama nak jumpa dengan ibu dulu ke?” Biarpun rasa nak terjerut leher, dia tuturkan juga.

Datin Mas terus berseri-seri. “Tak apa. Dah selesai over the phone. Mama balik dulu ye Liana? Papa dah nak balik sekejap lagi, tak ada orang pulak kat rumah. Fawwaz, tolong hantar bakal menantu mama ye?”

My pleasure,” jawabnya dengan senyum senget tersungging di bibir.

Oh no... Not that smile...’ Andria telan liur kelat.

*********************************

Andria yang berkisar di dalam seatnya dikerling sekilas sebelum dia menarik senyum senget. Dia dah lama perasan gadis itu sedang memprotes secara senyap dengan rancangan mama yang tiba-tiba tu. Sungguh, dia sendiri pun tak tahu mama akan buat macam tu. Nak kata dia suka sangat tu, memang tidaklah. Tapi nak kata dia marah pun, tidak juga. Biasa-biasa saja.

Fawwaz jongket kening dan kulum senyum. Well, mungkin ada sikit rasa teruja. Ligat otaknya berfikir apa dia nak buat. Sudahlah masa on the way pergi butik tadi pun dua-dua senyap sunyi diam membisu langsung tak berkata-kata. Takkan sekarang pun dia nak bagi can dekat Andria untuk kekal membisu? Bukannya mudah nak dapat peluang.

Sekali lagi dia mengilas pada Andria di sebelah. Seluruh tubuh gadis itu sudah berpaling ke kiri. Fawwaz kulum senyum lagi sebelum berdehem sekali. Tangan dihulur.

“Babe...” panggilnya perlahan sambil menyentuh ringan paha si gadis yang berseluar jeans.

Andria yang terkejut disentuh begitu, terus tersentak kuat. Tangan Fawwaz ditepis laju.

“Apa babe, babe?” marahnya. Dijelingnya tajam-tajam pada Fawwaz yang sedang senyum senget.

Why so jumpy?”

“Panggil je, tangan tu duduk diam-diam, tak boleh?” marah Andria lagi.

Senyum senget makin senget. Kali ini bersama kening sebelah ikut dijongket. “Dah lebih dari tu aku pegang. What’s the problem?”

Andria tahan nafas. Gigi diketap rapat. Dijelingnya Fawwaz sekali sebelum menyilang tangan di dada dan kembali memalingkan tubuh ke kiri. Bercakap dengan lelaki ini memang tak pernah menyenangkan hati. Balik-balik dia je yang terkena. Daripada terus sakit hati, baik dia diam. Senang! Nafas dihembus perlahan.

“Babe...” panggil Fawwaz lagi.

Andria pejamkan mata, pura-pura tak mendengar. Bibir bawah digigit-gigit, menahan diri dari bersuara.

“Andria...” Sekali lagi dia memanggil dengan lembut. Dipandangnya Andria sekilas sebelum kembali tersenyum dan menggeleng seketika.

“Babe...”

Dan kali ini tangannya melekap terus di paha gadis itu, buat Andria terjerit. Laju tangannya ditepis sebelum gadis itu menepuk-nepuk pahanya, seolah-olah ada kotoran di tempat telapak tangannya hinggap tadi. Fawwaz sudah ketawa kecil.

“Kau ni, kan...” Berkerut-kerut kening Andria menahan marah.

“Aku apa?” Fawwaz tetap selamba.

Andria merengus. Sekali lagi dia menyilangkan tangan di dada. Menyesal tak bawak beg. Kalau tak, boleh juga letak atas paha, tak adalah jadi habuan free dengan lelaki gasang dekat sebelah ni. Eiii... Sakit hati...

“Aku tak faham. Sampai sekarang aku tak faham.” Andria renung Fawwaz dari sisi. Ada debar dalam dada setiap kali dia melihat lelaki itu. Marah macam mana pun, benci banyak mana pun, tak suka tinggi mana pun, dia tak mampu nafikan rasa yang dia rasa.

“Apa yang kau tak faham?” Fawwaz tenang sahaja. Terus memandu Lancer merahnya membelah lebuhraya.

“Ni. Kita ni. Kenapa kau masih nak teruskan? Why are you so obsessed with me?”

“Woaahhh! Hold your horses, girl! Siapa yang obsesseddengan kau ni? Hah?” Fawwaz dah ketawa sinis.

“Kau lah! Kalau tak obses, kau tak buat kerja gila macam ni, tau tak?” marah Andria, tak puas hati.

Fawwaz tarik senyum senget. Dipandangnya Andria sekejap sebelum kembali menumpukan pandangan pada lebuhraya di hadapan.

“Jawablah. Kenapa?” desak Andria.

Fawwaz kekal diam. Hanya senyuman kekal tersungging di bibirnya. Menambahkan rasa sakit hati Andria.

How long has it been since we came back from Cameron? Two weeks? No, almost two weeks now...” ujar Fawwaz tiba-tiba, seolah berbicara sendiri. Sendiri tanya, sendiri jawab.

“Jadi kenapa?” Andria jadi tak sabar. Bertangguh mamat ni. Tak tahu ke dia dekat sini dah hampir kelelahan menepis daya magnet yang begitu kuat menarik. Kenapalah these bad boys are damn hard to resist?

“Sepanjang masa ni... Have you had your period?” Lurus, direct,tepat, tak ada kias-kias langsung soalan yang Fawwaz bagi. Main soal sahaja, dan secara sembunyi-sembunyi dalam hati dia sangat berharap gadis itu menjawab belum.

Andria rasa pijar pipinya. Membahang panas saja dengan soalan tembak-tepat Fawwaz yang tak terjangkau dek akalnya itu.

“Kau... Kau sibuk, kenapa?”

“Kau jawab dulu. I’ll give you the reason later,” dalih Fawwaz.

“Tak penting untuk kau tau!” marah Andria.

Fine. Tak mahu bagitau, tak apa. I’ll just remind you.” Fawwaz kembali memegang kepala gear dan bersandar pada seatnya.

Remind apa?”

That night... I wasn’t expecting to do anyone, tapi kau datang tiba-tiba...” Dia diam. Sengaja berjeda seketika, membuatkan si gadis resah sendiri menunggu baris kata yang selanjutnya.

“I was unprepared and I didn’t have any protection on that night. So... Just in case you haven’t had your period yet... Sendiri mau ingatlah,” jawabnya mudah. Langsung tak ada nada, tak punya perasaan. Beriya saja, padahal, hakikat sebenarnya cuma dia sahaja yang tahu apa yang jadi di atas gunung sana tempoh hari.

Andria rasa jantungnya berhenti berdetak. Spontan tangan mendarat di perut. Blouse dicengkam kuat. Pandangan tak lepas dari terus terpaku pada lelaki di hadapannya yang masih berlagak selamba. Nafas Andria dah mula tersekat-sekat. Mata dah mula panas, dada rasa berat. Teringat bahawa dia baru sahaja suci dari haid beberapa hari sebelum melarikan diri ke Cameron tempoh hari.

Melihatkan reaksi Andria, Fawwaz tahu umpannya mengena. Tawa disimpan kemas-kemas. Hanya senyum sinis yang tersungging di hujung bibir.

So, masih berani nak batalkan semua ni?”

Andria kekal kaku tak bersuara. Perlahan airmatanya mengalir menuruni lekuk-lekuk pipi. Lambat-lambat kemudian, dia jatuhkan kepala. Buat masa ini, dia relakan sahaja...

******************************





Sekian. Diharap boleh sabar menunggu ITS untuk terbit pada tahun hadapan.. Bila? Pertengahan tahun kot... :D

No comments:

Post a Comment