Sunday, November 3, 2013

Comel Kucing yang sentiasa Menjelirkan Lidahnya

Lilbub adalah seekor kucing yang kerdil, Lilbub berukuran seperti anak kucing kerana tidak boleh membesar seperti kucing-kucing yang lain.

Kucing yang suka menjulurkan lidahnya ini juga mempunyai kes yang sangat pelik iaitu 'dwarfisme', yang bermaksud tubuhnya tidak seimbang, relatif kecil ke seluruh tubuhnya dan dia mempunyai beberapa kesukaran bergerak. 

Kucing ini bertubuh dan berkaki sangat pendek. Rahang bawahnya secara signifikan lebih pendek daripada rahang atas, dan giginya tidak pernah tumbuh, itulah sebab mengapa lidahnya sentiasa menjulur. 

Kucing ini juga mempunyai jari-jari kaki tambahan, dan dalam kesnya, satu jari kaki tambahan tiap kakinya. Bub juga mempunyai mata hijau yang besar. Berikut adalah gambar-gambar Lil Bub, kucing yang selalu menjelirkan lidahnya.







No comments:

Post a Comment