KUALA LUMPUR: Individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’, Raja Nor Jan Shah Raja Tuah ditahan polis pada pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.
Menurut polis, penahanan Nor Jan adalah berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Dia ditahan pada jam 10.50 pagi ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali Kesultanan Melayu Melaka.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Ghazali Khan Shah ketika dihubungi menjelaskan bahawa penahanan tersebut dibuat setelah menerima laporan polis dari pelbagai pihak mengenai penganjuran beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
“Kami menerima tidak kurang dari 10 laporan dari pertubuhan, NGO (badan bukan kerajaan) yang risau dengan penganjuran majlis dan jemputan yang menghadiri majlis tersebut,” katanya.
Terdapat kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah yang dalam perjalanan menghadiri majlis kesyukuran tersebut namun tiada tangkapan dilakukan keatas mereka.
“Namun ini tidak mereka tidak akan ditahan. Kita akan pantau tindak-tanduk mereka,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan Melaka hanya akan mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka iaitu, Tun Mohd Khalil Yaakob dan menolak sama sekali segala tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai ‘Sultan Melaka’ yang sah.
Sumber asal
Berita mula diterbitkan pada: Januari 14, 2014 14:02 (MYT)
No comments:
Post a Comment