Saturday, January 11, 2014

Si Mamat Jambu - Part V, VI & VII

#BattleoftheWriters.

Tiga bab sekali untuk korang baca.
Haha~




Part V

Dah dekat seminggu aku lancarkan perang dunia ketiga dengan budak Amal jambu tu. Eh, bukan. Bukan perang dunia ketiga. Lebih kepada perang dingin. Selisih bahu sebelah menyebelah pun seboleh-bolehnya aku buat-buat tak perasan. Dia pun sama. Tapi dengan orang lain dia masih buat macam biasa.
Rupanya yang tahu dia perempuan selama hampir dua bulan ni cuma Ben. Dia diamanahkan supaya tak pecahkan rahsia. Diarah supaya menyimpan cerita. Disuruh supaya mendiamkan diri sahaja. Dan sampai saat ni pun dalam syarikat yang tahu dia perempuan cuma aku dengan Ben. Dan sekarang Ben tahu aku dah tahu. Cuma dia tak tahu aku dengan budak jambu tu tengah perang dingin sekarang.
Fail laporan dari tapak projek di Kota Tinggi aku tutup dengan kasar. Kota Tinggi. Destinasi terakhir aku heret dia pergi site siap tidur hotel sebelum tembelang dia pecah. Sebelah tangan naik melurut rambut. Laporan tak lengkap. Macam mana nak lengkap kalau gini gaya punya buat kerja? Sekarang ni kalau ada perjumpaan dengan klien atau kontraktor, salah seorang je yang pergi. Dah balik karang pandai-pandai lah tulis apa-apa dan tinggalkan nota dekat meja masing-masing. Gila tak gila punya cara buat kerja.
Aku tarik laci meja. Penuh dengan sticky note berwarna-warni yang bertulis sedikit sebanyak hal tentang perjumpaan dan perbincangan dengan klien atau kontraktor daripada budak jambu tu. Dan aku yakin, dia punya laci pun penuh dengan kertas-kertas saiz A4 daripada aku tentang hasil perbincangan dan maklumat. Laci aku tutup semula. Nampaknya terpaksa lancarkan gencatan senjata untuk sementara. Aku bangkit dan menuju ke pintu.
Pintu pejabat aku kuak luas. Tangan kusilang di dada dan bersandar dekat pintu. Aku nampak dia sedang berborak sakan dengan sekumpulan pekerja perempuan dekat cubicle dia. Budak-budak tu pun bukan main tergedik-gedik lagi masa bercakap dengan dia. Dia boleh buat gaya perasan macho. Bersandar dekat dinding dengan sebelah tangan dalam poket seluar slack dan sebelah lagi memegang mug. Heh. Serius poser! Macam manalah aku boleh tak perasan selama ni budak Amal jambu tu sebenarnya perempuan? Rasa sengal gila pulak bila ingat-ingat semula.
Tapi, kalau budak-budak tu sendiri pun boleh tak tau dia perempuan, apalagilah aku, kan? Lagipun gaya pakaian dia tu takde nampak ciri-ciri perempuan pun. Memang serius nampak gaya lelaki. Deangan rambut pendek siap buat style pacak berbelang-belang. Cuma muka je jambu. Sekarang bila tengok macam ni, aku dah tak nampak dia jambu lagi. Aku nampak dia macam pengkid. Yep. Nampak macam pengkid. Itu yang paling sesuai rasanya. Tengok cara dia layan budak-budak perempuan tu pun aku dah nampak jelas selera dia ke arah mana. Heh.
“Amal! Bilik aku! Sekarang!” Dengan sengajanya aku memekik sampai semua orang terkejut. Budak-budak yang berkerumun dekat dia dah beredar laju-laju tengok muka bengis yang aku tayang. Amal masih buat selamba. Lambat-lambat dia letak mug atas meja dia. Lepas tu kemas-kemaskan kemeja jalur-jalur dia. Memang mencabar kredibiliti aku sungguh budak jambu ni.
“AMAL!! SEKARANG!!” Dah serupa halilintar membelah bumi dah suara aku dalam pejabat. Amal buat muka. Lambat-lambat dia berjalan jugak ke arah bilik aku. Aku perhati je muka budak-budak lain. Rata-rata tayang ekspresi terkejut. Mau tak terkejut. Tak pernah lagi kot selama ni suara aku naik sampai dekat 100dB macam tu. Ok, exaggerating. Tapi betul, aku tak pernah naik suara setinggi tu selama ni. Ini yang pertama kali.
Sampai depan pintu bilik aku, dengan sengaja dia langgar bahu aku masa nak masuk. Aku ketap gigi kuat-kuat sambil menarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. Relax Rush, relax. Budak tu cuma nak cabar tahap kesabaran kau je tu. Relax. You’re the man, Rush. You’re the man. Budak tak matang macam tu jangan dilayan sangat. Fuuuhhh. Nafas kuhembus semula sikit-sikit. Pintu kaca aku tutup perlahan.
Amal dah siap duduk bersandar kemalasan atas kerusi depan meja aku. Siap pusing-pusingkan kerusi lagi. Aku cuma jeling tajam dan kembali duduk belakang meja. Fail laporan aku buka sebelum menolaknya ke hadapan Amal. Dia berhenti pusingkan kerusi, duduk tegak sikit dan baca laporan. Diselaknya perlahan sehingga ke muka terakhir, kemudian dia senyum, sinis. Fail dia tolak semula dan bersandar.
“Kau nampak note Tuan Haji tu, kan?” Dia masih senyum sinis dan mengangguk.
So?” Soalnya acuh tak acuh.
Oh my, dia ni memang mintak penumbuk betullah!
“Maklumat kau bagi dekat aku tu tak lengkap langsung. Macam mana aku nak buat report betul-betul kalau tak lengkap?” Masih senyum sinis, kemudian menjungkit bahu, selamba.
Aku rasa darah aku ni dah mula mendidih dah. Tunggu masa nak menggelegak sahaja.
“Aku dah tulis kat sticky notes, kan? Kau jugak yang ajar aku guna sticky notes tu untuk sampaikan maklumat tu semua, kan?”
Aku terus tarik laci, keluarkan sticky note warna-warni dan lambakkan atas meja. Dia mendekat pada meja dan membelek-belek nota-nota kecil itu dengan senyuman masih tak hilang dari bibir itu. Serius aku rasa nak bagi penumbuk sebiji dekat muka berlagak dia tu.
“Kau nampak tak beza saiz notes yang aku bagi dekat kau dengan yang kau bagi kat aku? Kau faham tak ‘tak lengkap’ tu apa maksud dia? Kau faham tak?” Nada suara aku masih terkawal. Dia diam.
“Sekarang aku nak kau pergi ambik balik diari ke, buku apa sekalipun yang kau guna untuk catat whatever information you get masa meeting and give it to me. Macam ni laa perempuan buat kerja. Menyusahkan aku je. Cincai-cincai, tak teliti langsung!”
Amal terus berdiri kemudian menghentak meja.
“Oi! Perempuan are more meticulous buat kerja, ok? Yang cincai-cincai tu lelaki!” Merah dah muka dia.
Sekarang giliran aku pulak tarik senyum sinis.
“Eh, kau perempuan ke? Aku ingatkan lelaki?”
Membuntang mata dia memandang aku. Nafas dia dah turun naik dengan laju.
“Kau ada masalah ke kalau aku macam ni, hah?!” Suara dia naik satu oktaf.
Aku tarik senyum senget dan menggeleng.
“Memang aku ada masalah. Kalau dah perempuan, jadi perempuan. Jangan nak berlagak jadi lelaki pulak. Sebabkan engkau berlagak jadi lelaki macam ni lah, aku tak tau dah berapa banyak dosa aku terkumpul bertepuk tampar dengan kau. Siap tidur satu bilik walau lain-lain katil. Kau tak rasa malu, ke?”
“Bukan ada buat apa pun,” jawab dia. Tapi dengar jelas nada kurang yakin.
Sekali lagi aku menggeleng.
“Kau ada niat apa sebenarnya boleh sampai rela pulak nak tidur sebilik dengan aku ni?”
“Eh, tolonglah. Kau jangan nak bajet hot sangat. Kau bogel depan aku pun, aku tak hinginlah dengan kau!”
“Apsal? Sebab kau songsang? Suka perempuan? Sebab... Kau pengkid?” Aku nampak dia dah semacam nak melompat. Marah sangat, mungkin.
“Jadi kenapa kalau aku pengkid? Kau ada masalah? Pengkid lagi baguslah dari jadi lelaki! Lelaki ni perasan bagus je lebih!”
Aku gelak. Seriously? What the hell yang kau merepek ni, jambu?
“Memang aku ada masalah. Like, seriously? Pengkid? What the hell? Apa yang kau dapat jadi pengkid ni?” Senyum sinis dan menggeleng. Badan aku sandarkan pada kerusi dengan hujung jari mengetuk-ngetuk meja sendiri.
Amal ketap bibir dan terus ke pintu.
It’s none of your business! Jangan menyibuk!”
“Owh you’re so wrong Amal. It is my business as a muslim untuk menegur apa yang tak betul,” balas aku selamba.
Busybody!”
“Memang aku busy. So now go and get the information I need so I can get on with the report and be out of your spiky hair.”
“Argh! Bodoh!” Amal tarik pemegang pintu dan dihayun laju, berlaga kuat dengan dinding konkrit dan, PRAANNGG!! Aku terus berdiri. Kaca yang berderai atas lantai berkarpet aku pandang sebelum mencerlung tajam kepadanya yang selamba pasang muka toya.
“AMAAALLL!!”  
And there goes my reputation as the coolest boss ever...

******************

Part VI
But aku tutup kuat sebelum melangkah perlahan menuju ke lobi hotel. Kalau ikut hati, aku malas nak spend the night dekat hotel. Ikut hati, memang nak balik rumah je terus. Tapi sebab badan dah letih sehari suntuk berkejar ke sana ke mari, terpaksa jugak. Ni semua kerja gila punya pasal. Tuan Haji naik angin dan paksa aku bawak Amal jugak pergi Kota Tinggi secepat mungkin untuk selesaikan isu-isu yang berbangkit. Haaiiiihhhh...
Kaki menapak ke arah frontdesk. Ada budak perempuan receptiondah ready tayang senyum. Aku tengok bukan main lagi dia jual senyum murah-murah dekat Amal yang bertenggek dekat meja tu. Kalau dia tau lah Amal tu bukan lelaki, agak-agak dia nak jual murah-murah ke senyuman dia tu? Heh. Doubt it.
“Hai. Booking untuk Rasydan, please.” Aku paksa juga senyum keluar.
“Selamat malam. Sekejap ye Encik Rasydan, saya checkrekod.” 
Aku memusingkan tubuh dan bersandar pada meja yang tinggi tu. Jam dekat dinding lobi aku kilas sekali. Dah pukul lapan setengah malam. Padanlah perut berkeroncong sakan.
“Hmm.. Ok. Booking untuk Encik Rasydan, paid. Satu standard room, katil twin, breakfast for two included.”
Aku rasa lembik lutut sekejap. Laju aku pusing semula.
Are you sure? Sepatutnya dua bilik, kan?”
Senyuman pada bibir budak reception tu dah mula pudar. Muka dia sedikit cuak.
“Aaa... Tak lah. Betullah ni, satu bilik je. Dalam record kita macam ni.”
Damn you, Ben! Damn you! Laju aku seluk poket keluarkan Note II. Nama Ben aku cari dan terus dail. Telefon aku tekapkan pada telinga.
Yes Rush? Anything I can do for you malam-malam ni?” Suara Ben ceria gila, menambahkan lagi sakit hati aku.
“Kau booking berapa bilik for tonight Ben?” Serius nada aku.
Ben gelak. Boleh? Memang nak merasa kena belasah betul mamat separa Cina ni. Aku serius ni, dia boleh gelak pulak.
“Satu je lah, twin beds. Macam biasa,” balasnya selamba.
Aku rasa nak melompat balik Subang sekarang jugak dan cekik-cekik leher Ben.
“Gila ke apa kau Ben booking satu bilik je?”
Ben gelak lagi. Aku raup muka dan beristighfar dalam hati.
“Dulu kau kata tak nak membazir. Ni bising pulak. Gila laa kau ni, Rush.”
“Kau buat gila apa ni Ben? Budak tu pengkid ok? Bukan lelaki. Kau pun tau, kan? Kalau pun dia tak kisah share bilik, aku kisah! Kau nak suruh aku kena tangkap khalwat ke apa pegi booking satu bilik aje ni? This is not just plain crazy anymore, man. This is damn insane!! Dosa besar, kau tau?!”
Meja frontdesk hotel aku tumbuk kuat. Budak perempuan reception tu dah tayang muka takut. Siap sebek-sebek macam nak menangis. Aku pandang Amal di sebelah yang buat selamba memeluk tubuh sambil bersandar dekat dinding. Macam tak ada apa-apa pun berlaku.
Before this ok je?”
Aku rasa kalau mamat Ben ni ada depan aku sekarang, memang aku dah patah-patahkan dah tengkuk dia. Menjawab sikit punya selamba.
Before this aku tak tau lah! Bodoh!” Ringan je mulut nak maki orang. Itu pun Ben boleh siap gelak kukik-kukik lagi dekat line sebelah sana. Mamat ni memang betul-betul menduga kesabaran aku betullah!
Fine! Fine! Kau mintak lagi satu bilik ajelah. Bayar dulu. Esok balik office, claim,” jawab dia akhirnya.
Aku ketap gigi.
“Aku balik ni, aku pecat kau, Ben!”
Ben gelak lagi.
“Hah! I’m not under your authority, Rush!” Dia sambung gelak.
I don’t care! Aku belasah kau balik nanti! Kau siap!” Talian terus aku matikan. Sakit hati gila dengar Ben gelak mengilai macam hantu. Telefon aku sisip masuk poket slack sebelum memandang budak receptiontu tajam.
I need another room. Standard room,” kataku. Aku tengok tangan budak tu dah menggeletar capai tetikus.
“Kat... Katil double ke, twin... twin bed?” Tergagap-gagap dah budak tu. Kesian pulak aku tengokkan.
“Tak kisah.”
“Sek... Sekejap saya check.”
Aku diam. Pandangan menghala pada Amal yang masih selamba buat tak tau.
“Err... Bilik standard dah penuh laa encik. Err... Yang ada cuma err... family room, dengan err... suite,” kata budak receptiontu, takut-takut.
Aku tarik nafas panjang sebelum menarik senyum.
“Takpelah kalau macam tu. Cancel je semua booking.” Aku dah berpusing nak beredar.
Cancel booking, habislah burn duit deposit, Rush.” Amal bersuara akhirnya. Keras.
Aku julingkan mata ke atas. Like I care duit deposit tu burn. Aku pusing balik dan senyum senget. Pandangan pada Amal.
“Kau nak tidur ke, Mal? Tak kisah? Aku terlupa bawak seluar pendek, ah. Memang tak cadang nak bawak pun sebenarnya. Aku ingatkan aku tidur sorang je malam ni. Tapi, kau ok aje kan? Tak kisah, kan?”
Muka Amal terus tukar warna. Terus dia berdiri tegak.
“Balik!” Laju dia berjalan meninggalkan lobi menuju ke tempat parkir. Aku dah gelak sakan. Tau takut. Aku ingatkan kental sangat. Heh.
Bye. Sorry pasal tadi, eh?” Aku senyum dan kenyit mata pada budak reception sebelum ikut menapak ke tempat parkir sambil bersiul riang.

****************




Part VII
Nescafe o ais dalam gelas aku sedut perlahan kemudian bersandar pada kerusi. Pinggan yang sudah kosong aku tolak ke tepi. Amal yang masih perlahan mengunyah nasi aku perhatikan. Tak lama kemudian, dia letakkan sudu garfu dan menolak pinggan ke tepi. Eh, tak habis? Macam pelik. Dulu aku tengok dia punya makan macam tak cukup sepinggan. Hari ni boleh tak habis?
“Dah, jom gerak,” ajak dia. Teh o ais limaunya disedut habis.
Aku tegakkan badan dan sedut air aku.
“Sekejap ah. Aku penat.”
Memang aku penat pun. Drive tiga jam pagi tadi ke sini. Dah dekat sini, berulang alik ke sana ke mari menyelesaikan isu antara kontraktor dengan klien pun, aku jugak yang memandu. Ini nak balik tempuh lagi tiga jam waktu perjalanan, aku jugaklah yang drive. Rasa naik kematu dah punggung duduk dalam kereta lama sangat. Sudahlah pergi dengan budak Amal jambu ni. Aku rasa tension gila dalam kereta tu. Aura ego masing-masing sangat kuat!
“Bak aku drive.” Amal tadah tangan. Aku cuma pandang sepi je tapak tangan dia tu.
“Apsal taknak bagi pulak?”
“Takde pasal. Saja suka. Kereta aku, suka aku lah.” Aku tengok Amal dah ketap bibir. Tak tau kenapa aku rasa seronok pulak buat dia sentap macam tu. Rasa puas hati.
“Sebelum ni boleh je?”
“Sebelum ni lain,” balas aku selamba. Nescafe o ais dalam gelas aku kacau-kacau dengan straw.
“Apa yang lainnya? Sama je.” Dia tak mau kalah.
“Eh, lain. Dulu aku ingat kau lelaki. Rupanya perempuan. Eh, silap. Pengkid.”
Membuntang terus mata dia.
“Jadi kenapa kalau aku pengkid pun? Sama je macam kau. Pengkid boleh buat apa yang lelaki buat, ok?” Marah dia dengan suara yang tertahan-tahan. Tau pulak malu nak mengaku depan ramai-ramai dekat restoran ni.
“Eh, mana ada sama dengan aku. Lain gila kot.” Nescafe o ais aku sedut bagi habis.
“Sama je. Aku boleh buat apa kau buat.” Masih tak mau kalah.
Aku tarik senyum senget.
“Boleh buat perempuan lain pregnant? Boleh jadi imam solat Jumaat? Boleh jadi wali?”
Merah sudah kulit muka yang putih tu.
“Ok, tak payah cakap benda berat macam tu. Yang simple je aku bagi kau.”
“Apa simple-simple?” Kasar bunyinya. Sentap sungguh dia ni.
Aku gelak dalam hati.
“Sepengkid mana pun pengkid tu, habis mandi dia berkemban jugak paras dada. Takkan nak sarung towel kat pinggang macam lelaki pulak, kan?”
Dia diam terus. Rahang dia bergerak turun naik, ketap gigi punya pasal. Heh. You asked for it Amal, you’re so gonna get it laa jawab dia.
“Dan sepengkid mana pun pengkid tu, cukup time dia beli Kotex jugak. Am I right or am I right?” Aku tarik senyum sinis. Muka dia dah merah padam serupa biji saga. Tak pastilah semakin malu atau semakin marah. But seriously, I don’t give a damn. Memang silap besar lah kau nak cari pasal dengan aku.
Ini Rasydan Rasyid Bin Mohamad Yunus, best debater three years in a row masa zaman U dulu. Setakat senior, junior, lecturer, professor, lelaki, perempuan, semua aku kasi pukul sampai terdiam tak berkutik. Ini kan pulak budak pengkid jambu macam kat depan aku ni, hmm... Tak payah nak beranganlah kau. Aku terus bangkit dan pergi ke kaunter membayar harga makanan.
“Dah, jom gerak,” ajak aku bila melalui tepi meja.
Amal bangun laju meluru ke kereta. Aku tarik senyum senget, gelengkan kepala dan menurut dari belakang. Kunci kereta kubuka, masuk dan hidupkan enjin. Perjalanan balik semula ke Subang Jaya bermula.
“Amal. Oi. Bangun.”
Dah dekat-dekat area Dengkil aku kejutkan si jambu yang sedap terlentok dekat cermin tingkap. Terpisat-pisat dia bangun, genyeh mata dan menggeliat. Bukan main lagi. Nasib baik aku tak nampak ada apa-apa yang tersembul. Kang dengan mata-mata aku pulak sekali tersembul kang. Heh.
“Kat mana ni?” tanya dia dengan suara yang husky satu macam.
“Dengkil. Aku hantar kau ambik kereta kat office dulu.”
“Hmm...” Masih dengan suara husky tu. Dah macam mengerang pun ada jugak aku dengar. Eh? Cepat-cepat aku beristighfar panjang-panjang. Ke laut ah lu tengah-tengah malam ni, Rush.
“Macam mana kau boleh jadi macam ni?” Cuba membuang fikiran yang mengarut tadi jauh-jauh, aku main pakai petik je soalan yang terlintas dalam kepala. Aku perasan Amal jeling aku, tapi dia tak bercakap. Hanya merengus.
“Kau tak kesian ke dengan bapak kau tu?” soal aku lagi bila dia lama diam tak menjawab.
“Mana ada aku susahkan dia pun,” balas dia laju. Akhirnya. Bersuara jugak. Walaupun jelas sangat nada jengkel dalam kata-kata tu.
“Kat dunia ni mungkin tak. Tapi kau dah banyak susahkan dia kat akhirat nanti dengan dosa-dosa kau tu.” Lembut je aku bersuara. Kononnya berdakwah secara berhikmah. Aku kilas pada dia. Terkejut aku tengok pandangan membunuh dia tu. Memang menyeramkan.
“Bila pulak? Dosa tanggung masing-masing, lah!”
Aku gelak. Dangkal rupanya budak ni. Ah, kalau dia tau banyak, tak mungkin dia jadi macam ni. Fine, bapak kau tak boleh nak bagi kau straight, biar aku tolong. Rush punya style.
“Amal... Amal... Meh sini aku bagitau kau.”
“Apa?” Laju dia potong. Tak sabar betul. Aku berdehem sekali.
“Kau tau tak? Dosa seorang anak perempuan ni bapak dia pun tanggung sekali?”
“Apa pulak? Dah baligh, aku tanggung sendirilah!”
Aku tarik nafas panjang dan menggeleng.
“Amal, dah baligh memang tanggung dosa sendiri. Tapi orang perempuan ni lain. Masa bujang, ayah pun ikut tanggung dosa. Kau tak kesian ke kat bapak kau? Kalau dah teringin sangat nak merasa masuk neraka tu, masuk sorang-soranglah. Jangan heret bapak kau sekali. Boleh?” Mula-mula memang rasa nak cakap baik-baik. Tapi tengah-tengah jalan aku rasa malas. Sesetengah orang memang nak kena bagi smash kaw-kaw tepat atas batang hidung baru boleh insaf. Dan aku rasa budak Amal jambu ni salah seorang daripadanya.
“Macam mana?”
Eh?  Wah, ini sudah bagus. Respon yang tak tersangka.
“Kahwin. Masa tu bapak kau dah lepas-“
“Aku takkan kahwin. Lelaki semua tak boleh harap,” pangkas dia laju dan sikit sebanyak aku terus boleh tangkap sebab apa dia jadi macam ni.
“Itu je cara dia, Amal. Lepas kahwin bapak kau dah tak tanggung lagi dosa kau. And, not all men sama, Mal. Jangan sebab terkena sekali, kau terus pangkah yang lain.”
Dia merengus kuat.
“Ah! Mesti ada cara lain!”
“Tak ada. Tapi kalau betul kau taknak lagi bapak kau ikut sama terpalit, satu je jawapan dia.”
“Apa?” Laju dia menyoal.
“Kembali pada fitrah. Kau perempuan, Amal. Allah dah ciptakan kau jadi perempuan, patut kau bersyukur. Sebab perempuan ni sangat tinggi martabat dia dalam Islam. Sangat senang masuk syurga... Err.. nak masuk neraka pun senang jugak. Tapi kita abaikan itu. Kita fokus benda baik je.”
Amal diam. Aku tarik nafas panjang-panjang sebelum menyambung.
Simple je, Amal. Tutup aurat. Solat, puasa, zakat. Taat kat mak ayah kau. Simple sangat Mal. Semacam mana bapak kau tanggung dosa masa kau jadi macam ni, samalah bapak kau tumpang senang jugak bila kau kumpul pahala tu. Kau sayang bapak kau, kan?”
Perlahan dia mengangguk. Aku perlahankan kereta bila memasuki kawasan basement tempat parkir kereta.
“Kereta kau parking mana?”
“B2.”
Dan aku halakan Mazda3 ke tingkat bawah satu lagi. Sampai dekat belakang Civic dia, aku berhenti. Handbrake aku tarik. Amal cepat-cepat bukak seatbelt dan buka pintu kereta.
“Amal.”
Dia berhenti dan menoleh memandang aku. Baru aku perasan mata dia merah dan sedikit basah. Hidung pun. Eh, menangis ke? Terkesan mungkin? Baguslah kalau macam tu. Alhamdulillah.
Sorry. Aku tau kau mesti rasa aku ni penyibuk gila pasal hal kau.” Aku tengok dia dah gigit bibir bawah.
“Tak niat pun nak jadi penyibuk. Tapi aku terpaksa jalankan tanggungjawab aku sebagai saudara semuslim. Aku tak nak kau terus hanyut sebab aku sayang kat kau.”
Bulat mata dia.
“Kau... Kau sayang... Kau sayang aku?”
Aku angguk dan senyum. Kali ni ikhlas.
“Aku dah anggap kau macam adik aku sebelum ni.”
Terjongket sikit kening dia.
“Oh...” Dia tunduk. Sekejap kemudian dia keluar dari kereta. Sebelum menutup pintu, dia menjenguk ke dalam.
“Terima kasih, Rush. Terima kasih sangat-sangat!”
DUM!! Pintu dihempas kuat dan dia terus berlari masuk dalam kereta dia. Err... Aku ada salah cakap ke?

***************








Lately kekurangan masa nak jenguk blog. Maaf atas komen2 yang belum berbalas. InsyaAllah, nanti saya akan balas jugak. Jangan lupa tinggalkan komen korang ye?

Sebarang komen, good or bad, semua saya terima. Sebab saya suka nak perbaiki diri sendiri dan mutu penulisan saya. I'm open to all criticism. :D

Oraits. Nak sambung pergi berjimba dengan family. Hehe~ :D

No comments:

Post a Comment