Sunday, January 19, 2014

Si Mamat Jambu - Part VIII & IX

Sepatutnya apdet semalam untuk #BOTW... Dah aplod pun, tapi tertidur depan komputer sebelum sempat tekan butang publish. Heheheheh



Part VIII


“Ruuussshhhh!!”

Pintu bilik pejabat terkuak luas. Ben tayang muka cemas. Aku yang tengah elok siapkan laporan, ikut rasa cemas semacam. Dia ni dah kenapa?

What happened last week, Rush? What happened exactly?!” Dia terus serbu lepas tutup pintu.

Aku kerut kening.

“Apa kau cakap ni der? Aku tak fahamlah.”

Aku tolak Ben yang dah mengepung aku di kerusi tu kuat-kuat. Terundur dia beberapa langkah ke belakang. Gaya dia terkam aku tadi dah macam nak terkam bini. Cuak sekejap aku. Nasib baik kaki tak terangkat untuk menyepak dia dekat tempat sensitif tu. Kalau tak, puasalah girlfriend dia tu untuk beberapa hari. Heh.

“Amal.” Ben raup rambutnya ke belakang.

Aku jungkit sebelah kening.

“Kenapa dengan jambu tu?”

“Rush!! Amal dah quit!!”

“Hah?!” Melompat aku dari kerusi.

“Dia bukan MC ke dari hari tu?”

Ben angguk, kemudian menggeleng.

I don’t know for sure. Tapi tadi Dato’ call aku bagitau Amal dah quit terus.”

What?! Kau dah call Amal ke, make sure?”

Ben angguk, kemudian menggeleng lagi. Dia ni dah kenapa? Nak merasa kena backhand ke apa?

“Dah call, tapi dia reject. Aku tanya dengan Dato’ pun, he didn’t say anything.” Ben hela nafas berat. Aku ikut sama.

“Mesti ada apa-apa sangkut dengan kau ni, Rush. Baik kau cerita dengan aku betul-betul, bro. What actually happened last week sampai Amal quit ni?” Telunjuk Ben lurus depan muka aku.

“Aku dah cakap hari tu, kan? No more room available, jadi aku ajak dia balik je terus. Aku hantar dia ambik kereta kat office, lepas tu aku balik rumah. The next day aku masuk office, dia tak masuk. Kau sendiri cakap kat aku dia MC. Manalah aku tau what else happened!” Punggung aku henyakkan atas sofa tunggal. Ben ikut duduk di sofa bertentangan.

There must be something else that you’re not telling me, Rush. Takkan sebab tak jadi overnight dekat sana, dia nak quit pulak? Kau sendiri cakap dia pengkid, kan? Kau yang kata dia mengaku sendiri, kan?”

Aku garu kepala sendiri. Takkan sebab aku nasihatkan dia pulak kot? Malam tu nampak macam ok je? Macam dia boleh terima je?

I don’t know, bro. But I’ll try to find out why.” Aku bangun dan tarik Ben sekali. Aku heret dia sampai ke pintu.

“Apasal ni Rush? Hei! Rush!”

Pintu aku kuak luas, tolak Ben keluar dan tutup semula siap kunci.

“Rush! Oi! Bro! Rush!”

Ketukan bertalu-talu di pintu kaca tak aku hiraukan. Kembali ke meja dan mengambil Note II dari atas meja. Nama Amal aku cari dalam contacts. Dapat, terus dail.

Aku merengus kuat bila panggilan pertama kena reject. Sekali lagi aku dail. Berdering sekali, kemudian kena rejectlagi. Sekali lagi mencuba, tetap hasil yang sama.

Damn it Amal! Just pick up the damn phone!!” Dah rasa-rasa macam nak baling je Note II ke dinding bila cubaan demi cubaan masih tak berjaya.

“Dato’ Fuad…” Last resort.  Aku cari nama Dato’ Fuad pulak. Mujur ada. Terus dail. Sekejap je, panggilan aku dah berjawab.

“Assalamualaikum Dato’.”

Every single time, Rush. Every single time Uncle kena remind kamu. Uncle, Rush. Uncle,” tekan dia selepas menjawab salam. Serius nadanya. Aku telan liur.

“Err… sorry, Uncle. Err… Uncle dekat mana ni? Bising semacam je?”

“Dekat dengan KLIA. Hantar Amal tadi.”

Dekat airport hantar Amal? Jaw drop sekejap. Amal nak pergi mana?!

“Oh… Err… Emm.. Amal nak pergi mana?” Aku dengar Uncle Fuad mengeluh.

“Dia tak cakap pun. Dia suruh drop dia kat sini je, lepas tu dia halau Uncle balik.”

Aku pulak yang mengeluh perlahan.

“Tak faham Uncle dengan Amal ni. Hari tu bukan main seronok dia kerja. Takkanlah baru sekali kena marah dengan Tuan Haji tu, dia nak merajuk pulak? Uncle pelik. Apa dah jadi sebenarnya Rush? Rush tau?” soal Uncle Fuad.

Aku telan liur lagi. Serasa macam ada ketul batu melekat di kerongkong. Kes berat nampaknya ni sampai dengan Uncle Fuad pun dia boleh buat macam tu. Apa aku dah buat dekat dia sampai dia jadi macam ni, nih? Think, Rush. Think! Think hard!

“Err… Saya kurang pasti. Tapi… Mungkin salah saya kot…”

“Kamu buat apa dengan Amal?!” Kena jerkah terus. Terkedu sekejap aku dibuatnya.

“Err… Kita bincang boleh Uncle?”

Dia merengus kuat. Alamak. Rush, lepas ni kau kena masuk kelas komunikasi. Ramai yang marah bila kau bercakap ni, Rush. Communication skill kau zero! Haiissshhh… Aku picit dahi yang tiba-tiba rasa sakit.

“Uncle free sekarang? Saya pergi jumpa Uncle?”

Uncle Fuad hela nafas panjang.

“Hmph! Uncle dah nak dekat sampai rumah. Datang rumah je nanti.” Keras bunyinya.

“Ok. Dalam…” Tag Huer di pergelangan tangan aku periksa, “… setengah jam lagi saya sampai.”

“Ok.”

Tak sempat aku say bye bye dan bagi salam lagi, Uncle Fuad terus matikan talian. Marah sungguh nampaknya. Matilah kau Rush. Masak rentung kau nanti. Aduuuhhh…

Laptop aku lipat terus masukkan dalam beg dan beredar dari pejabat. Punat turun aku tekan dan menunggu pintu lif terbuka. Tiba-tiba bahu ditepuk dari belakang.

“Pergi mana?” soal Ben.

“Jumpa Dato’.”

Ben angguk. Pintu lif terbuka dan aku terus masuk.

“Apa-apahal, call me!!” jerit Ben sebelum pintu lif tertutup. Aku tarik nafas panjang dan dalam. Semoga bapak Amal tak marah kaw-kaw. Aamiinn...

Part IX

Enjin Mazda3 aku matikan dan terus keluar dari perut kereta. Pagar automatik di belakang sudah tertutup semula. Aku pandang Honda Civic Type R warna merah menyala yang diparkir elok di tepi banglo. Seakan dipukau, kaki aku melangkah mendekat.

Emblem Type R di sisi kiri belakang kereta aku sentuh perlahan. Type Rush, kata aku pada Amal dulu, sebelum aku tau dia perempuan. Siap cakap dia guna Civic Type R sebab dia minat aku, sukakan aku, idolakan aku. Padahal Civic tu dia dah guna sebelum dia masuk kerja dengan aku lagi. Mengamuk sakan dia dengan cakap-cakap tak berasas aku tu. Spontan sengih tersungging di bibir dan perlahan kemudian menghilang.

Tak tau kenapa, tiba-tiba je aku rasa kehilangan. Amal... Kau marah sangat-sangat dengan aku ke?

“Rush?”

Aku toleh ke belakang. Laju aku berjalan ke arah Uncle Fuad dan hulurkan salam. Dia tak sambut salam aku, sebaliknya terus menarik aku dalam dakapan. Belakang aku ditepuk-tepuk. Terpinga-pinga aku jadinya. Kenapa pulak ni?

“Terima kasih banyak-banyak, Rush,” katanya selepas melepaskan aku dari pelukan.

“Err... Untuk apa?”

“Amal ada call Uncle tadi. Dia pesan dengan Uncle cakap dengan kamu, dia minta maaf pergi macam tu je tak bagitau.”

Eh?

“Err... Saya tak faham ni, Uncle.” Sungguh aku blur.

“Amal dah cerita semuanya kat Uncle.”

Err... semuanya? Semuanya tentang apa?

“Err... Semua?”

Uncle Fuad angguk. Aku dah rasa tercekik tiba-tiba. Dia cerita pasal apa ni sebenarnya yang buat Uncle Fuad gembira satu macam aje ni? Laju tangan melonggarkan tali leher yang terasa menjerut.

“Betullah kamu balik jugak malam tu sebab kampeni salah bookingbilik. Betul jugaklah tindakan kamu nasihatkan Amal malam tu.”

Baru rasa boleh bernafas semula.

“Dia tak marah?” Rasa macam soalan bodoh. Kalau dia tak marah kau, Rush, dia tak lari, ok? D’uh!!

“Entahlah Rush. Susah nak jangka dia tu. Uncle pun tak berapa nak faham. Mula-mula dia kerja haritu nampak macam nak berubah. Tapi sejak Uncle pecahkan rahsia dia dekat kamu haritu... Entahlah. Nampak makin teruk pulak.”

Aku telan liur. Sebab aku lancarkan perang ke?

“Tapi lepas balik dari Kota Tinggi dengan kamu hari tu, dia berubah secara drastik.”

“Eh, kenapa?”

“Sebab kamu, Rush.”

Aku berpaling ke belakang, pada Auntie Shida yang bersuara.

“Sebab saya?” Telunjuk aku menuding pada diri sendiri. Auntie Shida mengangguk dan berdiri di sebelah Uncle Fuad.

“Sebab Amal cakap dengan Auntie, dia sukakan kamu.”

Rahang bawah terus cecah tanah. Amal suka aku? Amal. Suka. Aku?

“Rush.” Uncle Fuad paut bahu aku.

“Sempat lagi kalau kamu nak kejar dia dekat airport. Flight dia pukul lima nanti.”

Aku kilas jam di pergelangan tangan. Dah jam tiga. Kaki teragak-agak mahu melangkah.

“Uncle tak paksa, Rush. Pergi, hanya kalau kamu rasa perkara yang sama.”

Aku tarik nafas panjang dan menggeleng.

“Saya... Saya memang sayangkan Amal. Tapi saya anggap Amal macam adik saya je, Uncle.”

Riak kecewa jelas terpampang pada wajah Auntie Shida. Uncle Fuad cuma senyum.

“Tak apa. Uncle faham.”

Aku senyum kelat.

I’m sorry Amal. But I don’t think I can go further than that with you. We’re in two very different leagues. I can never go further with you, Amal. I’m sorry...


****************





Masih tak berkesempatan menjawab komen-komen kalian kerana dihambat deadline serta kerja-kerja lain. InsyaAllah, satu hari nanti. Harap kalian tak serik meninggalkan komen-komen kalian...

Ok, nak sambung tido. :)

No comments:

Post a Comment