Saturday, January 25, 2014

Si Mamat Jambu - Part X & XI

#BOTWtakde malam ni. Tapi nak post jugak.. Heheheheh :D

Jemput baca..



Part X

Congratulations Ben!” Aku tepuk-tepuk bahu Ben yang nampak sungguh berseri-seri dalam wedding suit putihnya. Dia sengih sahaja. Jelas sangat riak gembira terbayang di wajahnya.
Thanks Rush. And thank you for coming too, bro.”
“Maunya tak datang. Kau siap pakai ugut. Tak beranilah aku tak datang.” Tawa pecah.
“Ben! Tahniah!”
Aku menepi memberi laluan pada Uncle Fuad dan Auntie Shida yang baru tiba.
Thank you Dato’, Datin. Thank you for coming. How was the food? The hospitality? Semua ok Dato’?”
Everything’s perfect, Ben. Semuanya ok. Thank you for inviting us,” jawab Uncle Fuad.
It’s a shame Amal can’t join us tonight. Dah lama tak jumpa dia. How long was it now, Rush?”
Dan serentak, tiga pasang mata itu melirik pada aku. Ben, kau memang nak merasa kena backhand ni. Selama ni aku cakap je, der. Jangan sampai aku bagi betul-betul.
“Entah. Tak ingat,” balas aku selamba. Ben ketawa.
That means dah lama sangat dah tu, Dato’. Do bring Amal to the office sometimes. I heard she’s back in Malaysia already, kan?”
“Dah, dah. Baru balik last weekend. Sekarang ni mungkin tak dapat kot. Maybe in a few weeks time.” Uncle Fuad sengih.
“Takpe, bagi can rehat dulu. Nanti dah habis penat, boleh datang jalan-jalan office. Bagi kawan-kawan lepaskan rindu. Hari tu kawan tu nak kejar fl- Auch!”
Aku singgung rusuk kiri Ben. Berkerut dahi dia pandang aku.
One more word bro, aku belasah kau sampai tak boleh bangun nak perform on your wedding night, Ben,” bisik aku.
“Woah, I’m shivering in my shoes, bro.” Dan dia gelak. Kurang asam. Memang nak merasa sungguh mamat separa Cina ni. Aku ketap gigi kuat-kuat sambil sengih pada Uncle Fuad dengan Auntie Shida yang sedikit terpinga-pinga.
“Err... Ok Ben, I’ve to go now. Again, congratulations on your wedding, bro.” Aku peluk Ben sekali lagi dan menepuk-nepuk belakangnya.
Thanks, bro. Hati-hati driving.”
Aku cuma tunjuk simbol ok.
“Saya balik dulu, Uncle.”
“Sekalilah. Ada benda Uncle nak sampaikan pada kamu. Tunggu sekejap ye?”
“Saya tunggu dekat lobby bawah, boleh?”
Uncle Fuad angguk dan aku terus berjalan keluar dari dewan banquet Hotel Grand Bluewave itu dan menunggu lif untuk turun. Pintu lif terbuka, beberapa orang keluar dan aku terus masuk bersama beberapa orang lagi.
Sampai di ruang lobi hotel, aku labuhkan punggung atas sofa yang tersedia di situ. Note II dalam poket seluar jeans hitam aku keluarkan. Aplikasi Facebook aku buka dan terus masuk timelinemilik Ben. Mencurah-curah ucapan-ucapan tahniah. Sengaja aku scrollsehingga mata menangkap sebaris nama yang sememangnya selama ni aku intai-intai dengan harapan dapat melihat seraut wajah yang sememangnya dah lama melekat dalam kepala.
Tapi profil itu di set kepada private. Gambar DP pun bukan gambar sendiri. Cover? Lagilah. Gambar sunset dekat pantai mana entah. Tak berani nak meminta menjadi rakan sementelah dia sendiri tak pernah menambah aku sebagai rakan. Pesanannya pada Ben aku baca.
-    Congratulations Encik Ben! Sorry tak dapat datang. Tengah sibuk preparing for my own later next week! ;)
ZRAAPPP!! Terasa semacam ada belati tajam menusuk ke dalam dada. Pedih. Aplikasi Facebook aku tutup. Perlahan menyisip semula telefon ke dalam poket. Tangan kanan sudah di dada kiri. Terasa sakit dan pedih yang tak mampu aku tafsirkan.
“Rush.”
Bahu aku ditepuk lembut dari belakang. Aku mendongak, kemudian bangkit.
“Uncle, Auntie.”
“Shida tunggu dalam kereta ye bang?” Auntie Shida awal-awal minta diri dan beredar dari situ bersama pemandu mereka setelah Uncle Fuad membenarkan.
“Rush, ni untuk kamu.” Uncle Fuad hulur sebuah sampul warna ungu pastel. Harum baunya. Tertera nama penuh aku dekat depan sampul. Tulisan tu... Macam kenal... Dah berbulan aku tak nampak tulisan tu. Dekat setengah tahun dah rasanya. Eh, bukan. Lebih. Dah sembilan bulan. Kalau orang mengandung, dah nak bersalin. Mungkin juga dah bersalin pun.
“Kad apa ni Uncle?” soal aku sambil menarik keluar kad berona ungu pekat bertulisan perak itu. Uncle Fuad tak menjawab, sekadar senyum. Berhati-hati aku baca tulisan yang tertera.
“Jemputan ke majlis pertunangan Shahirah Ama... lia...” Aku pandang Uncle Fuad dan menelan liur dengan susah payah. Sebuah senyuman kelat aku paksakan terzahir di bibir.
“Jemputlah datang rumah nanti. Minggu depan.” Uncle Fuad nampak happysangat. Aku tengok semula kad dalam tangan. Tarikh itu aku perhatikan.
“Tahniah Uncle. Tapi rasanya saya tak dapat datang hari tu. Balik kampung.” Alasan semata-mata. Aku baru je balik minggu lepas. Tak mungkin seawal tu aku akan balik lagi. Lagipun mama dengan abah tak ada, pergi ikut rombongan meminang katanya.
“Oh, ye ke? Uncle jemput sebab Uncle ingat lagi kamu cakap kamu anggap Amal macam adik. Takkanlah abang tak nak datang majlis bertunang adik pulak, kan?”
Merasa terpukul dengan kata-kata Uncle Fuad, aku gelak kecil.
“Nak buat macam mana Uncle. Mak saya suruh balik. Tu lebih afdhal saya turut.”
Mama, Rush mintak maaf guna nama mama untuk berbohong. I don’t like it, tapi Rush terpaksa. Aku nampak riak muka Uncle Fuad semacam sikit.
“Hmm... Takpelah kalau macam tu. Nanti kirim salamlah dekat orang tua kamu,” ujar Uncle Fuad akhirnya.
Aku anggukkan kepala.
“Uncle pun tolong sampaikan salam saya pada Amal. Cakap saya ucapkan tahniah pada dia. Bertunang ni tak dapat datang, saya cuba datang masa kenduri kahwin dia nanti.”
“Haa... Mesti tu, wajib. InsyaAllah, kenduri lepas raya nanti kot. Belum tetapkan lagi.” Oh. Tak lama. Lagi tiga bulan.
“Ok Uncle. I’ve to leave now. Dah janji dengan kawan sekolah lama nak hang out sama-sama. Jalan dulu ye Uncle. Assalamualaikum.”
Elok Uncle Fuad jawab salam, aku terus melangkah laju menuju ke tempat parkir di seberang jalan. Sakit dalam dada semakin mencucuk. Kad jemputan aku lepaskan dari pegangan dan terus berjalan pergi.
I’m sorry Amal... Sememangnya aku takkan pernah mampu pergi lebih jauh dengan kau...


******************

Part XI
You did what?! Ma! Ya Allah... How could you?”
Suara aku naik beberapa decibel. Mama dengan abah dekat linehujung sana hanya ketawa. Seriously aku rasa macam anak pungut betul. Sesuka hati je mama dengan abah pegi masuk meminang anak dara orang untuk aku semalam, tanpa pengetahuan aku sendiri. Setakat risik tu, boleh jugak aku terima. Ini siap tunangkan dan tetap tarikh nikah dan kenduri! Insanegila!!
“Tunggu Rush bawak calon lambat sangat. Mama carikkan laa untuk Rush terus. Senang.”
Rambut yang dah sedia kusut, aku kusutkan lagi. Gaaahhhh!!
“Ma, please la. Rush tak ready lagi laaa. I’m only thirty three this-”
Only thirty three kata Rush? DAH THIRTY THREE ok? We can’t wait around for too long, Rush. Sampai bila lagi Rush nak bagi abah dengan mama tunggu?” sampuk abah.
Aku mengeluh panjang.
“Mama promise Rush, ini calon yang terbaik. That’s why we don’t wait, terus tunangkan Rush and set the date. We can’t wait around lama-lama dah Rush. We’re not getting any younger. Rush sorang je anak abah dengan mama. Do this for us, please?”
“Ma... Rush... Haiiihhhh... Susahlaa mama dengan abah ni... Ok... Ok... Fine... I’ll do it for you guys.”
“Alhamdulillah. Mama yakin Rush takkan menyesal. Nanti mama forward nomborphone dia. She stays kat Shah Alam. Ada masa nanti, Rush jumpa dia dulu. InsyaAllah, you won’t question our decision lepas tu.”
Aku lurutkan rambut yang kusut dengan jari.
“Yelah. Yelah. Ok. Rush nak pergi mandi kejap ni. Berlengas baru balik main futsal.”
“Ok Rush. Nanti mama forward ye? Assalamualaikum.”
Salam aku jawab dan matikan talian. Keluhan berat aku lepaskan. Baru semalam aku cuba lupakan seseorang dan tiba-tiba hari ini mama dengan abah buat surprise macam ni. Haiihhh... Note II aku letakkan atas meja dan capai tuala yang tergantung di belakang pintu lalu menapak masuk ke dalam bilik air.
Usai mandi dan menyarung seluar pendek paras lutut, aku capai Note II atas meja dan berbaring atas katil berbantalkan sebelah lengan. Skrin aku aktifkan. Ada sms dari mama mengandungi nombor telefon. Eh, mama ni tak letak nama pun? Macam mana aku nak panggil? Takkan nak oi, oi je pulak? Dan dalam merungut-rungut, tanpa sengaja aku tersentuh butang dail. Eh? Alamak! Err... talian dah disambung ni, nak matikan ke nak cakap? Err...
“Assalamualaikum?”
“Waalaikumussalam." Lemah lembut ayu gemalai aje suara yang menyapa gegendang telinga ni.
Aku berdehem sekali. “Err... Saya Rush... Err... Rasydan.”
“Tau.”
Eh, tau? Err.. ok, mungkin mama lagi advance bagi nombor aku dekat dia.
“Err... ok. Err... Ni siapa ye?”
“Ammm... Shira. Nama saya Shira.” 
Shira? Ok, confirm tak kenal.
“Err... mak saya suruh kenal-kenal dengan awak dulu ni. Err... saya pun-“
“Ok, kita jumpa. Sekarang, boleh?”
Mak oi, gelojoh ke apa dia ni? Kemain laju lagi. Jam yang tergantung di dinding bilik aku kilas sekali. Hmm... awal lagi. Bolehlah kot. Aku pun bukan ada buat apa-apa.
“Err... Ok. Kat mana?”
“Emmm... jumpa dekat KFC Seksyen 7? Saya datang naik cab. Nanti awak hantar saya balik, ye?”
Pergh! Berani gila dia ni!
“Awak tak takut saya buat apa-apa ke? Selamba je offer macam tu?”
Dia ketawa kecil. Eh, macam nak cair meleleh ke lantai dengar dia ketawa. Comel je bunyinya.
“Saya yakin awak bukan orang macam tu, kan Rush?”
“Awak tak kenal saya lagi.”
“Ni nak kenal laa ni.”
Amboi, melawan. Macam best je ni. Haha~ Ok Rush, stop it. Jangan naik miang tiba-tiba. Chiss.
“Ok, saya tunggu awak kat sana ye? Dalam setengah jam lagi, boleh?”
“Hmm... bolehlah.”
“Ok, see you there.”
“Eh, eh kejap!”
“Kenapa?”
How do I recognize you?”
Dia ketawa lagi. Adeh. Serius rasa macam love at first laugh. Hahahahah Ok Rush, seriously. Stop it.
“Emm... I’l be wearing black pants, black shirt and black tudung.”
Wah, all blacks. Dalam? Hoi! Rush! Astaghfirullahal ‘adziiimmmm... Aku geleng-geleng kepala. Seriously Rush, merepek-repek lagi, aku lempang pipi sendiri kuat-kuat.
“Hmm... Ok. Err... Saya pakai-“
“Takpe. Saya kenal awak.”
Terjongket kening aku sebelah. “Oh? You do?”
“Yep. Ok, see you in half an hour. Don’t be late. Assalamualaikum.”
Note II aku campak ke sebelah dan terus melompat dari katil menuju ke almari. Pintu almari aku buka luas-luas. Pakaian yang tergantung dan berlipat aku pandang silih berganti. Hmmm... She’ll be wearing all blacks, so why not I wear the same colour? Sehelai seluar jeans hitam dan kemeja hitam aku capai. Pintu almari aku tutup semula.
Usai mengganti pakaian, aku capai dompet, telefon bimbit dan kunci kereta lalu keluar dari bilik. It’s time for me to move on since you have also moved on a lot earlier than I did. Selamat tinggal Amal. Dan... Selamat datang Shira...

**************




Cerita bakal tamat next week... Stay tuned! :D

No comments:

Post a Comment