Friday, February 21, 2014

Pendedahan Pemilik sebenar Fan Page “Murtads In Pantai Timur”



Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.

Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu.

Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan.

No comments:

Post a Comment