Friday, February 21, 2014

3 Bahaya Penggunaan Akaun Laman Sosial Sebagai Identiti Diri Di Internet


Penggunaan akaun laman sosial sebagai identiti di internet mempunyai bahaya tersendiri. Pada hari ini, makin ramai pengguna internet menjadikan akaun lamam sosial sebagai identiti di atas talian.

Mereka merasakan aktiviti sebegitu normal hingga tidak menyedari implikasi buruk yang tersirat pada masa akan datang terhadap keselamatan diri di alam siber.

Dari kajian yang kami di iAwani lakukan, hal ini ada manfaatnya tersendiri namun mempunyai bahaya tersirat yang kita terlepas pandang. Kami senaraikan 3 bahaya terbesar di bawah.

1. Identiti anda berisiko untuk ditiru oleh pengguna internet lain.
Pengguna internet lain boleh memuat turun gambar anda lalu mencipta akaun laman sosial baharu dengan nama lain tapi dengan gambar anda juga dengan maklumat-maklumat diri anda.

2. Sesiapapun boleh menyamar menjadi anda.
Mana-mana pengguna internet boleh menyamar menjadi anda. Mereka boleh memberi komen, memuat naik gambar, mengongsikan video juga mengeluarkan status sebagai diri anda. Hal sebegini sudah terjadi di mana akaun palsu digunakan untuk memburuk-burukkan tokoh terkenal khususnya ahli politik.

3. Privasi kehidupan anda terancam.
Khusus bagi anda yang suka memuat naik gambar diri ke laman sosial, perbuatan tersebut akan memuat penjenayah siber mahu tahu mengenai anda dengan lebih mendalam Penjenayah siber akan menjejak anda di dunia sebenar melalui rangkaian kawan-kawan anda di laman sosial dan berdasarkan pendedahan lokasi di status-status yang anda keluarkan. Dengan kecanggihan teknologi hari ini, apa sahaja perkara boleh terjadi.

Bukan takut, cuma berwaspada.

Sumber - iAwani.com

No comments:

Post a Comment