Zippo ialah jenama yang sering kita kaitkan dengan lighter. Sejak kebelakangan ini Zippo mengalami masalah menjual produk mereka kerana jumlah perokok dunia yang semakin berkurangan. Bagi memastikan masa depan syarikat tidak malap seperti rokok yang sudah hampir habis dihisap, Zippo terpaksa menghasilkan produk selain pencucuh api.
Hasilnya ialah Zippo 4 in 1 Woodsman. Ia menggabungkan gergaji puting, tukul, kapak dan stake puller kedalam satu produk yang kompak. Ianya dipasarkan kepada mereka yang gemar aktiviti lasak luaran tetapi tidak mahu membawa banyak barang.
Sumber : Blogserius
No comments:
Post a Comment