Chow Yun-fat menyimpan hasrat ingin menderma seluruh hartanya bernilai HKD1 billion (RM425.2 juta) untuk tujuan kebajikan apabila dia meninggal dunia. Pengumuman itu dilihat akan meningkatkan nama baiknya yang sememangnya terkenal dengan sifat rendah diri dan pemurah. Chow Yun-fat dilihat mempunyai pandangan berbeza terhadap duit hasil titik peluhnya selama ini.
“Saya merasakan duit itu bukanlah milik saya. Saya hanya bertanggungjawab menjaganya sementara waktu! Kerana itu saya akan mendermakan semuanya kepada badan kebajikan yang lebih memerlukan,” kata Chow.
Kini apabila mencecah usia 58 tahun dan tiada anak untuk dijaga, Chow mahu mendermakan kesemua harta simpanannya kepada masyarakat. Bintang yang terkenal di peringkat antarabangsa itu menyifatkan dirinya sama seperti orang biasa dan dia mendapat pujian ramai kerana sering menggunakan pengangkutan awam, tidak memakai pakaian mahal dan menggunakan telefon bimbit yang “ketinggalan zaman” walaupun dia kaya dan dikenali ramai. - via
No comments:
Post a Comment