Thursday, December 12, 2013

Inilah Gambar Terakhir Paul Walker Sebelum Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri

Anda ingin tahu dengan keadaan Paul Walker terakhir kali sebelum ia meninggal secara tragik dalam sebuah kemalangan kereta, Sabtu (30/11/2013)?

Seperti yang dilaporkan oleh dari Dailymail, Selasa (10/12/2013), foto-foto terakhir Paul Walker sebelum meninggal baru saja beredar. Dalam foto tersebut Paul kelihatan sedang menggunakan cermin mata hitam dan duduk dibangku penumpang sedangkan sahabatnya, Roger Rodas, duduk di ruang kemudi kereta Porcsce merah, kedua-duanya kelihatan sedang meninggalkan acara amal di Santa Clarita, California.

Dalam rangkaian foto itu, Paul kelihatan tersenyum di dalam kereta tanpa mengetahui nasibnya yang malang hanya beberapa waktu selepas.




Dilaporkan hanya beberapa minit selepas gambar itu diambil, Paul mengalami kemalangan yang meragut nyawanya. Keretanya lepas berpandu, melanggar dan langsung meletup.

Menurut hasil bedah siasat yang baru saja dikeluarkan, Paul dipastikan meninggal kerana perlanggaran dan letupan tersebut. Sementara itu, setelah melalui banyak proses seperti bedah siasat, menunggu rakam data gigi, pihak keluarga pelakon 40 tahun ini mula memutuskan untuk mengadakan upacara pengebumian dalam minggu ini. Mereka semua masih terus menyiapkan susunan acara dan tempat peristirahatan terakhir Paul Walker.



Pengebumian Paul Walker yang akan dilaksanakan di Forest Lawn Memorial Park, Hollywood Hill, California hanya akan dihadiri oleh pihak yang diundang langsung oleh keluarga saja, termasuk teman Walker di kedai Always Evolving dan seluruh kru filem Fast and Furious. (Ars)

No comments:

Post a Comment