Tuesday, June 4, 2013

Iced Tea & Scones - Prolog

*Edited at 0954hrs - 05/06/2013*
Confirmed. ITS bakal jadi novel. Sekian, terima kasih. :)

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Cerita baru.. Belum pasti cerpen or a new novel bakal menggantikan APG yang akan dihentikan siaran di blog in a few days time nanti... Hehe~

Takyah cerita panjang laa eh? Kita sambung baca je terus..




Prolog




Find yourself a nice, decent woman yang ada quality wife material dalam masa tiga bulan. Kalau tak, papa yang akan arrange. I’ve had enough of your wild antics!” Kata-kata papa petang tadi masih terngiang-ngiang dengan jelas di telinga. Puas terlentang, dia bangkit dan duduk memanggung kepala di atas sofa kulit di tengah ruang unit kondominium miliknya.

Pendingin hawa yang meniup angin dingin terasa seolah tak berfungsi. Seluruh badan terasa berbahang. Tali leher yang telah dilonggarkan sejak menjejakkan kaki ke dalam rumah tadi, dirungkaikan terus dan dicampak ke tepi.

“Argh! Kalau Winnie tak datang tadi, memang tak kantoilah dengan papa!” Hampir sahaja penumbuk mendarat atas meja kopi, tapi tergantung di tengah udara. Gila. Tangan luka dia tak kisah. Tapi dia tak cukup rajin nak bersihkan serpihan kaca kalau meja tu pecah kena tumbuk. Tukang cuci baru je datang hari ni dan cuma akan datang lagi pada minggu hadapan.

Pipi kiri diusap perlahan. Masih terasa pijarnya ditampar papa tadi. Tak, bukan. Bukan sebab tamparan papa tadi. Lebih kepada rasa maruah diinjak depan Winnie. Terasa bagai egonya jatuh merudum sampai ke kaki. Dia merengus kuat. Tag Huer di pergelangan tangan dikilas sekali sebelum berdiri, tarik kemeja keluar dari pinggang seluar dan mula membuka butang kemeja satu persatu sambil berjalan menuju ke dapur.

Pintu peti ais dibuka luas. Udara sejuk menerpa ke tubuh. Mata memerhati satu demi satu penghuni peti ais sebelum akhirnya dia mencapai botol minuman yogurt lalu digoncang. Pintu peti ais ditolak dengan kaki. Penutup botol dibuka dan dilantun langsung masuk ke dalam sinki. Minuman yogurt sejuk diteguk, menuruni tekak, menyejukkan sedikit hati yang masih membahang panas. Langkah diatur menuju ke ruang tamu semula. Botol yang sudah tinggal separuh isinya diletakkan atas meja kopi dan dia berlalu ke dalam bilik.

Kemeja yang sudah seharian tersarung di tubuh dilucutkan dan digumpal, lalu dibaling ke dalam bakul di sebelah pintu bilik air. Isi poket seluar ikut dikosongkan sebelum membuka talipinggang dan melondehkan seluar slack. Tuala yang tergantung pada palang di dinding ditarik dan dibalut pada tubuh separas pinggang sebelum melucutkan boxer. Dengan kaki, longgokan seluar disepak tinggi langsung masuk ke dalam bakul juga. Di bibir sudah tersungging senyum sinis. Memang tak sia-sia setiap hujung minggu turun bermain futsal. Langkahnya diatur santai menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai mandi, dia terus balut tuala di pinggang tanpa mengelap tubuh. Melangkah keluar dari bilik air dan terus membuka almari pakaian. Pintu dibuka dan dia bercekak pinggang, meneliti setiap helaian pakaian yang tergantung dan berlipat. Tubuh yang basah dibiarkan kering sendiri dihembus udara sejuk dari pendingin hawa.

Puas bercekak pinggang berkira-kira di dalam kepala mahu memakai pakaian apa, akhirnya dia tarik sehelai seluar denim warna biru gelap dan dilempar ke atas katil yang kemas. Sehelai lagi tuala dari palang ditarik dan digunakan untuk mengesat rambut yang basah.

Selesai, dia ke dressing table. Membelek wajah sebentar sebelum mengenakan deodorant lalu kembali ke katil. Denim disarung dan tuala digantung semula. Sehelai kemeja fit rona putih ditarik dari dalam almari lalu dikenakan ke tubuh. Sambil membutangkan kemeja, sekali lagi dia membelek wajah di depan cermin. Tak ada sebarang imperfectionbuat masa ni. Kedua belah lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Penutup Carolina Herrera 212 VIP Men dibuka dan disembur ke tubuh. Gel rambut dicolek sedikit, kedua belah tangan digosok-gosok sebelum diratakan ke seluruh rambut. Ambil sikat dan gayakan sedikit. Sempurna. Dia tarik senyum senget, puas.

Dompet disisip masuk ke dalam poket belakang. Skrin Nokia Lumia 920 diaktifkan, memeriksa kalau-kalau ada sebarang pesanan ringkas atau panggilan diterima saat dia mandi tadi. Tak ada. Skrin dikunci semula sebelum disisip ke dalam poket sisi. Kunci kereta atas katil dikaut, jaket kulit warna hitam yang tergantung pada coat hangerditarik dan dia mula melangkah keluar.

Mitsubishi Lancer Evolution merah menyalanya terus meluncur laju di atas lebuhraya. Dia perlukan hiburan malam ini. Amaran papa dari tadi asyik terngiang-ngiang di telinga buat dia rasa rimas. Dia tau papa sebenarnya dah lama ada calon. Anak kawan papa yang entah siapa dia pun tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Jadi seberapa ramai calon bakal dia bawa pulang untuk ditayang nanti pun, dah tentu-tentu kena reject. Jadi biar sajalah. Let nature runs its course. Bila tiba masa tu nanti, taulah dia nak buat apa.

Bluetooth headset berbunyi, tanda ada panggilan masuk. Segera dijawab.

“Fawwaz.”

Hey handsome. Come over to my place tonight? I boringlah.” Dia tarik senyum senget. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tak payah susah-susah nak cari. Heh.

Sure. Give me fifteen minutes. And woman, fix me something to eat. Aku belum dinner.”

You ingat I ni maid you ke apa?”

Fine. I won’t be coming.”

“Fawwaz!” Masih senyum senget dengan kening sudah terjungkit sebelah, sinikal.

What?” Jawabnya tenang sambil perlahan menghentikan kereta di hadapan lampu trafik yang baru bertukar merah. Gear dibebaskan sebelum dia menoleh ke kanan. Sebuah Chevrolet Aveo warna pink dengan empat gadis sedang melambai sambil tersenyum ke arahnya. Fawwaz tarik senyuman paling cool dia boleh buat dengan dua batang jari diangkat ke dahi, salute. Dalam kereta sebelah, budak-budak tu dah menjerit sakan.

‘Heh. Girls. Confirm budak-budak baru nak up. Tu pasal gedik satu macam.’ Cemuhnya dalam hati tetapi dengan senyuman yang masih juga terukir di bibir.

“Fawwaz! Are you even listening?!” Suara di talian sebelah sana menjerit memekakkan telinga. Fawwaz julingkan mata ke atas.

No, I wasn’t. Kau cakap apa tadi?” balasnya acuh tak acuh, pandangan masih pada kereta sebelah. Memang dia tak ada perasaan pun nak melayan budak-budak tu, tapi macam seronok pulak tengok reaksi diorang setiap kali dia hantar senyuman, mahupun gesture yang konon cute. Mengujakan!

I cakap, on the way you datang tu, singgahlaa beli something.” Gear dimasukkan dan bersedia untuk beredar.

Babe, aku tak senang nak buat macam tu.” Lampu bertukar hijau, sempat dia melambai pada kereta sebelah sebelum terus menekan pedal minyak. Aveo di sebelah tadi membelok ke kanan, manakala dia jalan terus.

Fine. I order delivery. You nak apa?”

“Kyra, kau kenal aku kan? Perlu ke aku ingatkan-“

“Yelah! Yelah! I’ll fix something up for you. You ni, memang tau.” Kyra masih terus merungut-rungut.

“Kyra.”

“Apa?”

“Kau spend the night alone. Aku tak senang nak dengar kau merungut.” Talian terus dimatikan. Stereng diputar ke kiri. Tak sampai sepuluh saat, headsetnya berbunyi lagi. Dia tarik senyum sinis sebelum menyambung talian.

“Fawwaz... Ijanji I tak merungut. Come over, please. I miss you...”

Fine. Lima belas minit lagi aku sampai.”

What? Tadi you dah cakap lima belas-“

“Kyra.” Kyra diam seketika sebelum menghela nafas panjang.

“Ok. I tunggu you.I siapkan something special. Just for you.”

Fine. Bye.”

“Datang tau?”

“Hmm. Bye.” Sekali lagi dia putuskan talian macam tu saja. Senyum tanda kemenangan. Mengalah untuk perempuan? Bukan dalam kamus hidupnya.

Mitsubishi Lancer Evolution itu terus laju meluncur di atas lebuhraya dalam kepekatan malam.

***************

Punggung dilabuhkan atas sofa tunggal di ruang menonton itu. Televisyen dihidupkan dan dia bersandar malas dengan kedua kaki direhatkan atas arm rest. Lumia ditarik dari dalam poket, aktifkan skrin dan dia layangkan jari atas skrin tanpa sebarang fokus yang pasti.

Mesej-mesej lama diperiksa sebelum memadam apa yang tak perlu. Sesekali dia melirik ke skrin TV yang sedang menayangkan kisah siri penyiasatan yang gagal menarik minatnya. Tumpuan kembali ke skrin telefon bimbit.

“Fawwaz. Air.” Kaki yang ditepuk dialihkan turun dari arm rest. Segelas teh sejuk diletakkan atas meja kopi di hadapannya. Fawwaz tarik gelas dan dibawa ke hidung lalu dihidu. Wangi. Aroma teh berperisa kegemarannya buat dia tersenyum lebar.

Thanks.” Ujarnya sebelum meneguk teh berperisa campuran buah markisa dan strawberry itu. Suku gelas lepas menuruni tekak, barulah dia letakkan gelas kembali atas meja sebelum bersandar dan kembali fokus pada telefon bimbitnya.

“Macam mana?” Fawwaz angkat kepala.

“Macam mana apa?” Soalnya acuh tak acuh.

“Calon papa suruh carik.” Fawwaz merengus kuat.

“Jangan sibuklah Fai.” Gelas teh dicapai kembali.

“Sebulan je lagi Fawwaz. Tapi kau masih macam tu. Papa hari-hari bising.” Gelas dihentak atas meja. Dia pandang tajam pada si abang yang masih tenang.

“Aku cakap jangan sibuk. Itu urusan aku. Kau jaga bini kau je, cukup!” Tona suaranya keras. Darah sudah mula mendidih rasanya. Gigi diketap rapat.

“Aku concern,Fawwaz. Sampai bila kau nak hidup macam tu? Apa yang papa buat tu pada aku memang betul dah.” Meja kopi dihentak kuat sebelum dia bangun. Telunjuknya lurus depan muka Fai.

“Aku cakap jangan campur, kau jangan campurlah! Jangan sibuk urusan aku! Taulah aku nak handlehidup aku macam mana.” Jaket kulit atas penyandar sofa ditarik kasar.

“Fawwaz! Tunggu dulu!” Lengan yang dicengkam kuat buatkan langkahnya terhenti. Berapi pandangan matanya mencerun pada Fai yang tetap terlihat tenang.

“Kau nak apa lagi?!” Fawwaz rentap lengannya. Fai hela nafas panjang dan menggeleng.

“Kau tak perlu ikut cakap papa pun boleh. Dan papa takkan paksa kau kahwin jugak. Dengan syarat kau ubah lifestyle kau. Ubah cara kau. Change for the better.” Fawwaz mendengus. Dia senyum sinis sebelum datang rapat depan Fai.

“Aku,” telunjuknya mendarat di dada sendiri, “... takkan jadi hipokrit. Dan kau,” dada Fai pula ditunjal, “... jangan campur urusan hidup aku. Faham?”

“Fawwaz, I’m being-“

“Aku cakap jangan campur tu, jangan campurlah!” Dada Fai ditolak kuat, jatuh semula atas sofa. Fawwaz terus meluru ke pintu utama banglo. Baru mahu mencapai pemegang, pintu sudah terbuka dulu dari luar.

“Pa...”

“Ha, Fawwaz. Nak keluar ke?” Dia garu leher.

“Aa.. Ha’ah. Dah lama tunggu papa tadi.” Bahu Fawwaz dipaut mesra sebelum dibawa kembali ke ruang menonton.

“Fai tak cakap papa dengan mama keluar dinner?” Soalan diaju pada Fai.

“Dia dah cakap. Fawwaz ingat papa keluar kejap je. Tak sangka pulak lama.” Tak sempat Fai bukak mulut lagi, Fawwaz yang jawab sendiri.

“Oohh... Haa... duduklah dulu. Mas, buatkan coffee.” Melihatkan si ayah sudah duduk menyelesakan diri di atas sofa, Fawwaz mula rasa tak senang.

“Err... SorryPa. I’ve to get going.” Dia cuba beredar.

“Fawwaz nak pergi mana? Clubbing lagi?” Langkahnya langsung mati.

“Err... Tak...”

Then? Rumah perempuan mana pulak Fawwaz nak pergi malam ni?” Merah telinganya. Perlahan dia berpusing menghadap kembali dua lelaki yang duduk di atas sofa.

“Bukan macam tu laa Pa. Fawwaz nak-“

Then who are you bringing home to sleep with tonight?”

“Pa!!” Fawwaz rasa kali ni darah dia dah menggelegak terus. Bukan tuduhan macam ni yang dia nak dengar dengan datang ke sini.

“Apa? Salah ke apa yang papa cakap?” Suara sang ayah sudah meninggi. Wajahnya juga merah padam. Marah pada si anak yang tak tahu di mana silapnya dalam didikan yang diberi selama ini.

“Memang salah! I don’t have the intention-“

“Untuk malam ni! Who knows apa yang Fawwaz buat last night, tomorrow night? Berseronok sana, berseronok sini! Mabuk-mabuk! Macam orang tak ada agama!”

“Papa!” Fawwaz ikut memetir. Turun naik dadanya menahan marah. Tajam pandangan matanya mencerlung pada sang ayah yang sudah mengurut dada.

“Pa. Sabar pa.” Fai urut-urut belakang tubuh tua itu. Sesekali dia melirik pada Fawwaz.

“Bila Fawwaz nak berubah? Mana calon yang papa suruh bawak balik?” Suara Dato’ Rahim sudah mula mengendur. Fawwaz direnung penuh kasih. Sungguh, anak, siapa yang tak sayang? Tapi perangai Fawwaz sangat mencabar kesabarannya.

I’m fine the way I am right now. Fawwaz tak cadang nak kahwin pun lagi. Sebab tu Fawwaz tak bawak calon untuk papa tengok.” Dato’ Rahim tarik nafas panjang dan geleng.

“Sampai bila Fawwaz? Sampai bila Fawwaz nak bergelumang dengan dosa macam ni? Papa taknak nanti anak papa-“

“Kubur asing-asing pa. You don’t have to sweat it.”

“Fawwaz!!” Serentak Dato’ Rahim dan Fai menyeru namanya. Fawwaz tarik senyum sinis.

Save it. Fawwaz tak nak dengar. Fawwaz balik dulu.” Dia berpusing dan mula melangkah kembali ke pintu utama.

“Hujung minggu depan!” Langkahnya pegun mendengar laungan Dato’ Rahim.

“Hujung minggu depan, papa tunangkan Fawwaz dengan anak kawan papa!”

No!! Fawwaz tak setuju!”

“Papa tak peduli! Cuma dengan cara ni nak ikat Fawwaz. Tame you down.”

I won’t accept!” Dia rasa kepalanya dah berasap. Walau dia sayang pada sang ayah, tapi pada dia ini sangat melampau!

Dato’ Rahim senyum sinis. Menaikkan lagi suhu kemarahan Fawwaz.

I will make you.”

“Gaahhh!!! I will not go!” Pintu ditarik luas dan dia memboloskan diri keluar sebelum menghempas daun pintu di belakang. Pakai kasut dan terus berlari masuk ke dalam kereta. Enjin Lancer Evolution terus mengaum garang sebaik dihidupkan. Kereta diundurkan dari kawasan rumah, kemudian dia terus memecut pergi.

Dalam rumah, Dato’ Rahim masih kekal tersenyum sinis.

“Papa confirmke?” soal Fai. Dato’ Rahim angguk.

“Tapi dia tak nak pergi, macam mana?” Bahu Fai dipaut erat.

“Baru bertunang, bukan menikah. He doesn’t have to be there.”

“Papa confidentke dengan cara ni?” Dato’ Rahim angguk.

It’s the only way. Dan papa yakin. Seratus peratus.” Fai hela nafas panjang sebelum ikut mengangguk perlahan. It’s about time. Dah sampai masanya untuk Fawwaz menukar cara hidupnya. Dan inilah caranya yang terbaik. Mudah-mudahan. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

************************

Thanks.” Gelas berisi teh berperisa dibawa ke meja yang masih kosong. Punggung dilabuhkan atas kerusi. Mata meliar melihat keadaan sekeliling. Ramai pengunjung teahouse hari ini. Faktor cuti hujung minggu mungkin.

Fawwaz hela nafas panjang. Ingatannya melayang ke rumah keluarga. Sebelum subuh pagi tadi lagi dia dah menyelinap keluar dari rumah. Melarikan diri. Kalau ikutkan, hari ini sepatutnya majlis pertunangannya dengan anak kawan papa tu. Harapannya, kalau dia tak ada ni, majlis akan dibatalkan. Harapannya lah. Sekali lagi dia hela nafas panjang sebelum bersandar pada kerusi. Novel The Racketeeryang dibeli beberapa bulan lalu tapi masih belum sempat dibaca, mula dibuka.

“Psstt! Excuse me.” Entah siapa yang tegur bisik-bisik ni. Fawwaz angkat kepala. Buku John Grisham di tangan ditanda dengan jari sebelum menutupnya. Terdiam buat tiga saat memandang wajah yang sedang tersenyum sambil menatang sebuah dulang di hadapan.

Yes? Anything I can help you with?” Tak tau kenapa Fawwaz ikut berbisik. Tapi senyum tetap diukirkannya seikhlas mungkin.

Can I sit with you?” Dulang berisi sepiring scone, jem, mentega dan krim diletakkan atas meja sebelum gadis itu terus duduk, “... I’m in need of a company, well, sort of. Just pretend that you know me, ok? Please?” Ada kedengaran nada terdesak dalam kata-katanya. Fawwaz buat quick scan ke sekeliling dan ternampak seorang lelaki dalam lingkungan umur lewat tiga puluhan memandang ke arah meja yang didudukinya dengan muka jelas kecewa, tapi masih gigih memasakkan pandangan pada gadis di depannya itu. Dia pandang gadis itu semula dan senyum sambil menggeleng.

My pleasure to help.” Ringkas, dan senyuman gadis itu terus meleret membuatkan Fawwaz benar-benar terpesona. Memang patutlah lelaki muka gasang tu ushar habis-habisan. Senyuman tu memang benar-benar menusuk ke dalam kalbu. Dengan wajah yang seayu dan selembut itu, ditambah dengan senyuman yang manis memekar di bibir yang merah merekah, memang benar-benar boleh menggoncangkan iman, mendebarkan dada.

So, emm... Going up or just coming down?” Soalannya buat Fawwaz tersedar dari terus mengamati wajah yang nampak sangat polos itu. Dia berdehem sekali. Penanda buku atas meja diselitkan dalam buku terus. Tak pasti mukasurat mana ia terselit. Tapi itu tak jadi hal. Habis-habis pun, ulang baca sekejap saja.

“Baru nak naik.”

“Ooo... Emm... Bercuti?” Ramah sungguh budak perempuan ni.

“Lari.” Jawabnya sebelum menyedut sedikit teh aisnya. Kening gadis itu berkerut.

“Lari? Awak lari dari apa? Peminat?” Kali ini kening Fawwaz pula yang berkerut.

“Peminat?” Gadis itu ketawa lepas. Fawwaz jungkit kening sebelah. Amazed.

“Yelah, orang handsomemacam awak, mesti ramai sangat peminat sampai tak larat nak tepis, terpaksa lari. Betul?” Dia sambung ketawa. Dan Fawwaz ikut ketawa.

Well, thanks for the compliment. Tapi bukan itu punca saya lari.” Ujarnya sebaik tawa reda. Gadis itu membelah scone di dalam piring dan disapu dengan butter, krim dan jam. Scone diangkat dan dibawa ke bibir.

Then?” Scone disuap ke dalam mulut. Fawwaz telan liur. Ada sesuatu pada si gadis yang buat dadanya bergetar semacam.

“Lari dari kesibukan duniawi.” Bohongnya. Si gadis senyum simpul dengan pipi yang kembung, penuh scone. Comel.

“Tak sangka pulak jumpa angel macam awak, dekat sini.” Si gadis terus tersedak. Terbatuk hebat. Mulut yang penuh ditekup dengan dua belah tangan. Merah padam kulit wajah yang putih itu. Berair matanya menahan peritnya anak tekak terpaksa menelan scone supaya tidak tersembur ke wajah jejaka di hadapan.

“Hey, chill! Nah, minum!” Gelasnya diserahkan pada si gadis bila disedari yang si gadis memang tak ada bawa air minuman pun tadi.

Straw dikepit tepi gelas, lalu air diteguk rakus. lega. Hilang sikit peritnya tekak. Dia minum lagi sikit.

“Urgh! Air apa ni? Tastes funny!” Fawwaz pandang gadis di depan yang berkerut muka sebelum menarik senyum senget.

Iced passion fruit tea. For a passionate man, like me.” Membuntang terus mata gadis itu.

“Urgh! Cheesy much!” Fawwaz ketawa. Senang. Sungguh, there’s something very intriguing about this girl.

And you’re sweet. Macam scones tu.” Dia sambung bagi ayat gula-gula.

“Huwaarghh!! Muntaaahhh!!” Siap dengan gaya. Lepas tu dia ketawa. Sama-sama. Entah apa sebabnya, Fawwaz rasa sangat selesa dengan gadis itu. A total stranger yang sebenarnya, tapi rasa macam dah kenal lama.

“So, awak pun baru nak naik?” Si gadis senyum dan angguk. Sekeping lagi scone disuap ke dalam mulut. Penuh.

“Awak datang naik apa?” Tanya Fawwaz lagi. Gadis itu senyum lebar.

Hitch-hiked. Seronok!” Fawwaz diam. Beraninya! Dalam muka polos, perangai macam lurus ni, beraninya hitch-hiking?

“Nak hitch-hikedengan saya? After all, same direction, kan?” Fawwaz tawarkan diri.

“Boleh jugak.”

“Ok... So... Nama awak? Err... My name’s... Kim. Hakim.” Tak tau kenapa dia bagi nama keduanya. Tangan dihulur tanda pengenalan, namun si gadis geleng. Fawwaz tarik semula tangannya, sedikit malu.

“Andria.”

“Andria? Very unique.” Komen Fawwaz. Andria bangkit dari kerusi. Fawwaz dah berkerut kening. Dia ada tersalah cakap apa-apa ke tadi?

“Err... Air apa awak minum tadi?” Fawwaz pandang gelasnya yang dah hampir kosong.

“Err... Iced passion fruit tea. Kenapa?” Andria senyum lebar.

“Sedap. Nak beli.” Dan dia terus ke kaunter. Fawwaz geleng kepala. Matanya tak lepas dari memerhatikan gelagat Andria dari belakang.

“Nah. Ganti balik air awak. Saya beli air yang sama. Takpe, kan?” Segelas teh ais berperisa itu diletakkan di hadapannya. Fawwaz senyum.

“Tak apa. My favourite flavoured tea actually.” Andria ikut senyum. Scone yang masih berbaki seketul dalam piring dibelah dan disapu butter, krim dan jem. Belahan pertama diangkat ke bibir.

And this is my favourite. Bila gabung dengan minum teh ni, memang rasa dia marvellous sangat.” Fawwaz jungkit kening sebelah.

Really?”

“Iye, betul. Nah, rasa.” Tak sempat nak elak, laju scone menyentuh bibirnya. Dalam terkejut, Fawwaz buka juga mulutnya, menggigit sedikit scone yang disua padanya.

“Amboi, manjanya. Peganglah sendiri.” Panas rasa telinganya. Lambat-lambat dia ambil sconedari tangan Andria yang ketawa senang. Habis telan, dia sedut teh. Nyaman menuruni tekak. Benar. Gabungan yang sangat serasi. Dia pandang Andria yang kelihatan teruja menunggu respon.

“A’ah. Sedap.” Komennya. Andria sengih.

Told you. Ok, cepat habiskan. Saya dah tak sabar nak naik gunung dah ni. You know? Ini first timesaya naik Cameron tau? I was...”Andria sambung berceloteh sambil menyapu butter, krim dan jem pada kepingan terakhir sconedalam piring. Dan masih juga menyambung cerita sambil mengunyah scone dalam mulut. Fawwaz setia mendengar dengan mata tak lepas dari menatap wajah teruja Andria.

Done! Let’s go!” Andria bangkit dari kerusi. Fawwaz ikut bangun.

Yes, let’s go!” Ikut teruja. Ada teman secantik bidadari menemani dalam perjalanan. Siapa saja yang tak teruja? Fawwaz tarik senyum. Beg galas Andria diangkatnya dari kerusi.

After you, my lady.” Andria keluar dari kawasan teahousemenuju ke tempat parkir dengan Fawwaz mengekor dari belakang.

*************************



Oraits.. Silakanlah menghentam sekarang.. Hehe~ :D

No comments:

Post a Comment