Hujung minggu, hari yang paling disukai oleh semua orang kecuali orang-orang yang workaholic. Agaknyalah, aku pun tak pasti, main cakap je. Tapi aku memang suka sangat-sangat kot hujung minggu sebab tak ada kelas dan tak kerja juga. Boleh bergolek-golek malas dari pagi sampai ke malam semula. Syok!
“Wei, bangun. Hari ni turnkau dengan Wani masak.” Fida tepuk-tepuk paha aku. Oih, gila malasnya nak memasak. Makan luar boleh? Ecewah, macam banyak sangat duit aku nak belanja diorang, kan? Kalau banyak sangat duit, takdelah aku sibuk-sibuk ambik kerja part time kat pejabat depan kolej tu.
“Wani mana?” Fida jungkit bahu.
“Dalam bilik kot.” Aku serahkan remote tv pada Fida dan bangun menuju ke bilik Wani.
“Makcik oi, meh kita masak meh.”
“Kau kuarkan dulu apa ada, nanti kejap aku datang.” Ok, aku terus pergi dapur. Macam nilah kalau tinggal rumah bujang. Ada jadual masak dan kemas rumah. Dua-dua aku tak suka. Tapi aku lagi rela masak sebab aku suka makan. Hahahah :P
Peti ais aku buka. Aiseh, apa pun tak ada, nak masak mende? Setakat sawi layu dua-tiga helai adalah. Aku bukak pintu kabinet dapur pulak. Pergh, sardin pun tak ada. Wani datang. Aku pandang dia, dia pandang aku.
“Apa pun tak ada nih. Nak masak mende?”
“Kau pegi belilah sekejap kat kedai Pak Din tu.” Cadangnya. Bab mengarah budak ni memang laju. Heh. Aku ke bilik ambil kunci skuter dan tudung. Lepas tu ke almari tepi ruang dapur.
“Lima puluh cukup?” Aku ambil sekeping not biru kehijauan dari dalam bekas duit belanja dapur bulanan. Wani ambil pen dan kertas.
“Kau belilah ikan kembong tujuh-lapan ekor, ayam setengah ekor. Lepas tu sayur apa-apa ajelah.” Setakat camtu, takyah tulis pun takpe. Aku terus keluar pergi kedai.
Tak ramai orang dalam kedai Pak Din hari ni. Faktor hujung minggu, begitulah, masing-masing dah pergi pasar. Aku terus ke bahagian barang basah. Tarik plastik dan isi dengan ikan kembong tujuh-lapan ekor. Ambil sayur kobis suku biji, lobak merah sebatang, petola sebatang, cili api segenggam, sawi secekak. Kemudian semua aku longgok atas kaunter di depan.
Mamat kurang asam gelugor yang jaga kaunter hari ni. Muka dia nampak bersih dan ceria. Selalu nampak macam keruh je. Mungkin sebab penat balik kerja, kena datang tolong Pak Din kat kedai pulak kot. I feel you, man. Memang penat woo...
Mamat kurang asam gelugor yang jaga kaunter hari ni. Muka dia nampak bersih dan ceria. Selalu nampak macam keruh je. Mungkin sebab penat balik kerja, kena datang tolong Pak Din kat kedai pulak kot. I feel you, man. Memang penat woo...
“Ni ja?” tanya dia sambil timbang dan key in barang-barang aku. Aku angguk.
“Yelah. Ni... Eh, lupa! Ayam seekor! Dengan sardin!” Dia terus je timbang sayur dan key in. Dia ni dengar ke tak ni? Aku nak ayam seekor, pegilah potongkan.
“Ayam seekoq dengan sardin... tin?”
“Takpe, sardin saya ambik. Awak tolong potongkan ayam ye?” Dia terus ke bahagian barang basah, aku pulak ke tempat makanan dalam tin. Dua tin sardin aku ambik dari rak. Cukuplah tu. Bukannya hari-hari balun sardin. Tak lalu den do hari-hari ngadap sardin yo kojo. Aku tunggu depan kaunter. Apa lagi tadi Wani suruh beli. Ikan tujuh-lapan ekor, sayur, ayam setengah... eh? Aku pandang mamat kurang asam gelugor yang dah siap bungkus ayam aku mintak tadi. Dia masukkan dalam plastik dengan barang lain.
Aisehman, aku nak buat macam mana ni? Apasal boleh mintak seekor pulak tadi? Kat rumah tu dahlah ada empat orang je. Masak pun bukan hari-hari, harap hujung minggu je. Adeh deh deh... Takkan nak suruh dia keluarkan balik lagi setengah ekor? Udahlah dah siap potong plak tu. Aduilah... Aduilahh...
“Tiga puluh tujuh jaa... Tiga kupang aku bagi diskaun kat hang.” Katanya. Err.... nak cakap ke tak eh? Aku seluk poket lambat-lambat.
“Lekaih sikit. Orang lain dah beratuq panjang tu.” Sergah dia. Cepat-cepat aku hulur not RM50. Lepas dia pulangkan baki, aku terus angkat plastik.
“Tu satgi toksah duk letak bawah seat skuter tu. Barang makan tu, tak baik duduk ataih dia.” Eh, sempat pulak lagi dia bagi nasihat free. Sibuk je tau.
“Yelah.” Dan aku terus berlalu. Ayam tu goreng ajelah banyak-banyak. Makan lauk je. Huhu~ Matilah aku kena marah dengan Wani nanti. Owh, tidaaakkk....
* * * * * * * *
No comments:
Post a Comment