Tuesday, June 11, 2013

Iced Tea & Scones - Part 1

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Malas cerita panjang.. baca ajelah..



Part I


Fawwaz hentikan keretanya di tempat parkir Equatorial Cameron Highlands. Seatbelt dibuka lalu dia kilas pada Andria yang baru terlena kira-kira lima belas minit yang lalu setelah puas menahan kantuk. Wajah Andria yang terlentok menghadap ke arahnya diperhati, lama.

Cantik walau tanpa sebarang olesan alat solek. Nice skin complexion, mata yang bundar, tapi ada sedikit kesan lebam lingkaran hitam, letih mungkin. Pipi yang gebu, hidung yang kecil, bibir yang... Plump, full set of lips. Merah dan basah. Yang membuat dadanya bergetar semacam.

Perlahan tangan kanannya diangkat, cuba untuk menyentuh pipi si gadis yang sedang nyenyak dibuai lena. Semakin dekat jemarinya dengan pipi Andria, semakin kuat jantungnya berdetak. Andria tiba-tiba menggumam kecil, mematikan pergerakan Fawwaz. Tergantung tangannya di udara. Bibir yang bergerak kecil itu diperhatikan dengan penuh debar.

Fawwaz telan liur. Matanya mula melirik turun. Backpack yang dipeluk erat oleh Andria menghalang pandangan, tapi tak dapat menghalang imaginasi liarnya. Sekali lagi, Fawwaz telan liur. Pandangannya kembali ke wajah Andria. Sikit lagi jemarinya mahu menyentuh bibir Andria, gadis itu berkisar dalam tidurnya. Pantas Fawwaz berpaling menghadap ke hadapan semula. Jantungnya berdetak laju, mengharap Andria tidak sedar apa yang dia baru sahaja ingin lakukan.

“Hmmpphh...” Andria mengeluh perlahan. Fawwaz toleh ke sebelah. Syukur, Andria masih tidur pulas.

“Ria...” Bahu Andria yang berlapik dengan jaket denim lengan panjang itu disentuh ringan. Sekali lagi gadis itu sekadar mengeluh perlahan sambil mengusap bahunya.

“Andria.” Fawwaz keraskan sedikit suaranya. Bahu Andria ikut ditolak lebih kuat sedikit.

“Tak nak, ibu.” Gumam Andria dalam lena. Fawwaz jungkit kening. Apa yang tak nak? Tiba-tiba je budak ni?

“Andria, bangunlah. Kita dah sampai ni.”

“Orang tak nak laa ibu. Tak setuju!” Andria tiba-tiba sahaja tegak. Terkejut besar Fawwaz dibuatnya. Dipandang sahaja Andria yang duduk tegak dan pegun. Teragak-agak tangannya mahu menyentuh bahu si gadis.

“Hah! Dah sampai!” Tiba-tiba Andria berkalih pandang pada Fawwaz sebelum matanya turun ke tangan Fawwaz yang betul-betul di hadapannya, separas dada, hanya beberapa inci dari backpacknya.

“Err... Kita dah sampai, kan?” Soalnya sambil mata tak lepas dari memandang tangan Fawwaz. Backpackdipeluk semakin erat.

Fawwaz tunduk pandang tangan sendiri bila dia sedar pandangan Andria tak berganjak dari tadi. Bila tersedar kedudukannya, pantas dia larikan tangan ke stereng kereta.

“Err... Ha, ha. Dah sampailah ni. Saya baru nak kejut awak tadi.” Jawab Fawwaz, sedikit tergagap.

“Tapi alih-alih, awak yang terkejut. Haha~” Andria ketawa. Fawwaz pandang Andria tak berkelip.

Ada pesona pada gadis itu yang dia tak pernah jumpa pada mana-mana wanita yang pernah dia temui yang membuatkan dia rasa makin tertarik. Tapi... Tak mustahil juga it’s the hormone that’s talking. Dah berapa lama dia tak bersama dengan mana-mana teman-dengan-faedahnya? Dia mencongak dalam kepala sendiri.

Lepas tergesa-gesa keluar dari rumah papa minggu lepas, dia terus pergi melepak sendirian di The Library dekat Avenue K berdekatan dengan kondonya. Dah puas melepak makan dan minum sambil tengok live band perform, dia cari Winnie, perempuan punca dia terpaksa melarikan diri pada hari ini. Pandai-pandai je perempuan tu datang ke pejabat menyerang dia, menuduh curang.

Puas gunakan Winnie malam tu, terus dia putuskan hubungan. Pujuk rayu, esak tangis Winnie dia tak ambil peduli. Lagipun dari awal perhubungan lagi dia dah letak syarat sebelum membawa mana-mana perempuan naik ke katil ; No strings attached, no feelings involved. Semuanya sekadar seronok-seronok atas mutual consent. Hanya hubungan fizikal tanpa melibatkan sebarang perasaan yang lebih mendalam.

That’s it. Dah seminggu. Dah seminggu berlalu. Mungkin sebab tu lah dia rasa apa yang dia rasa sekarang.

“Hey! Berangan apa?” Andria layangkan tapak tangannya depan muka Fawwaz.

“Oh. Err... Sorry. Tak... I... Err... I teringat kerja dekat office.” Andria jungkit kening.

“Awak kata lari dari kesibukan. Teringat-ingat pasal kerja buat apa? Jomlah keluar!” Lebih dulu gadis itu membuka seatbelt dan keluar. Baru Fawwaz matikan enjin dan membuka pintu, tiba-tiba Andria menjenguk semula ke dalam.

“Kenapa berhenti dekat sini?” Fawwaz pandang muka cuak Andria. Spontan tangannya naik menggaru kepala yang tiba-tiba je rasa macam gatal.

“Err... Kita check-indululah. Letak barang. Lepas tu baru keluar berjalan-jalan?” Dia sendiri rasa macam tak yakin dengan cadangannya.

“Memanglah! But I’m on a tight budgetlah, mister! Kalau saya banyak duit, saya tak hitch-hike! I naik helikopter!” Fawwaz ketawa. Andria yang kelam-kabut dan gelabah itu pada pandangan matanya sangat menarik. Then only it struck him.

Kalau perempuan lain, tanpa banyak soal, mengikut je. Kadang-kadang masa tanya bilik kosong, siap demand nak suite kalau boleh. Dan selalunya dia akan kata, boleh. Tapi satu suite sajalah, share. Dan macam selalunya juga, saranan dia tu cuma dijawab dengan senyuman dan lirikan manja konon menggoda. Tapi, Andria ni...

“Awak takpelah. Saya ni baru je habis final. Kerja pun tak lagi. Kalau tak sebab gigih simpan duit scholarship haritu, memang tak sampai sini, tau?” Sambung Andria lagi yang membuatkan Fawwaz tutup semula pintunya dan pulas kunci menghidupkan enjin kembali.

Fine. Kita cari budget hotel. You ada smartphone? Google, I drive.” Andria terus melompat masuk dan menutup pintu. Seatbelt ditarik laju sebelum memandang ke arah Fawwaz. Wajahnya didekatkan pada Fawwaz, membuatkan lelaki itu menelan liur kelat. Terasa nafasnya bagai tersekat-sekat.

Hostel! Backpackers’ hostel!” Penuh determination riaknya, buat Fawwaz sedikit terpinga-pinga.

“Err... Hostel? Kenapa-“

“Itu je yang saya mampu. Hahaha!” Pangkas Andria dan ketawa lalu bersandar pada bucket seat Recaro bersarung kulit warna hitam dengan trimmingwarna merah itu. Fawwaz hela nafas panjang.

“Takpelah. Kita pergi budget hotel. I’ll belanja you.” Mitsubishi sudah berundur dari petak parkir.

“Eh, taknaklah macam tu. Dahlah saya tumpang kereta naik gunung satu sen pun tak bayar. Takkan nak check-in pun awak nak bayar jugak? Saya tak larat nak bayar balik kang banyak sangat terhutang budi ni.” Andria gelak lagi, tapi jelas tawanya dibuat-buat. Sebab dia memang rasa tak sedap hati. Jejaka yang sedang tenang memandu di sebelah, dikerling sekilas.

“Senang je kalau nak bayar.” Tiba-tiba Andria rasa nak terjun keluar dari kereta mendengar nada suara lelaki di sebelahnya itu.

“Temankan saya.” Andria telan liur. Memang menyesal tak sudah buat perangai terlebih mesra alam dengan mamat sorang ni tadi. Tangan kirinya perlahan menyeluk poket backpack, memegang senjata yang memang sengaja disimpan di situ.

“Teman saya pusing-pusing Cameron. Sorang-sorang ni boring, tau? Kira balas budi laa tu. Boleh?” Eh? Apa? Andria toleh ke sebelah dan tarik sengih lebar-lebar.

Deal!!” Fawwaz kilas ke sebelah. Wajah teruja si gadis buat dia rasa bersemangat nak meneroka setiap pelusuk Cameron Highlands walau dah berulangkali dia sampai ke sini. Lain kali sajalah nampaknya dia baca novel The Racketeer tu...

*********************

Fawwaz  belek-belek rambut yang sudah digayakan depan cermin beberapa kali. One or two flyaways won’t hurt. Messy bed hair pun masih ok. Tapi kalau serabai macam orang gila, itu boleh menjatuhkan sahamnya.

Puas hati, dia capai capai cap dari atas meja sekali dengan gugusan kunci dan keluar dari bilik. Tangga hotel dituruni sambil bersiul-siul kecil. Sampai dekat bawah, dia tengok Andria dah menunggu depan front desk sambil berborak dengan kakak yang bertugas di situ.

Dari atas anak tangga yang terakhir itu, dia perhatikan Andria dari belakang. Andria yang serba sederhana. Sekadar menyarung jeans straight cut warna biru lusuh dan sweater longgar warna hijau lumut. Shawl yang dipakai juga berona hijau lumut dengan motif belang harimau.

Fawwaz pandang diri sendiri. Jeans fit biru lusuh dengan koyakan di lutut kanan dan sweater longgar warna kelabu. Spontan bibirnya menyungging senyum. Langkah mula diatur mendekati Andria dari belakang.

“Hey,” sapanya dan dengan selamba tangan kirinya mendarat di pinggang Andria yang membuatkan gadis itu sedikit tersentak.

“Lambatnya awak!” Andria berkalih sambil menjatuhkan tangannya dari atas meja sekaligus menepis tangan sang jejaka yang masih tersenyum lebar. ‘Sesuka hati dia je nak pegang-pegang. Ada jugak yang aku karate kat sini nanti, free je,’ gerutu hatinya, geram. Malangnya jelingan tajam yang diberi langsung tak ditangkap maksudnya.

Sorry. Saya ingatkan awak tak siap lagi, sebab tu saya turun lambat-lambat. So, emm... Shall we?” Fawwaz sengih lebar.

Let’s.” Andria terus saja berjalan menonong keluar dari bangunan hotel dan Fawwaz mengikut rapat dari belakang.

Hey beautiful...” panggil Fawwaz membuatkan langkah Andria terhenti tiba-tiba.

Andria berpusing ke belakang, menghadap si jejaka yang tersenyum senget. Kening dijungkit sebelah, “Apadia?” Senyum sang jejaka semakin lebar.

You look like an angel...” Buntang terus mata Andria.

“Err... Terima kasih...” kurang pasti dia mahu beri reaksi apa lagi. Sang jejaka melangkah perlahan namun penuh bergaya merapatinya.

“Sama-sama kasih... Ermmm... So, does it hurt?”

Andria rasa nak pening kepala dengar soalan tak ada kaitan yang tiba-tiba dari lelaki di depannya ini. Sekali lagi kening dijungkit sebelah, “Apa?”

Kali ini Fawwaz pula jungkit kening, “Does it hurt... when you fall from heaven?”

Andria terus jolok tekak. “Euuwww.... Cheesynya pick-up line!!”

Fawwaz ketawa senang. Andria meneruskan perjalanannya yang terhenti dengan diekori lelaki itu.

Dia baru nak tekan remotekunci bila dia perasan Andria tak berhenti pun. Masih terus berjalan di kaki lima blok bangunan tiga tingkat itu. Berlari dia mengejar Andria.

“Nak pergi berjalan, kan?” soalnya.

Yup.” Sepatah sahaja jawapan Andria.

“Tak naik kereta ke?”

“Tak.” Masih sepatah.

“Nak jalan kaki je?”

“A’ah.”

“Pergi mana?”

“Brinchang.”

Langkah Fawwaz terus terhenti. Rahang bawahnya terasa dah mencecah lantai kaki lima.

Are you insane?!”

Kini Andria pula yang berhenti, dan berpaling menghadap si jejaka bersama sebuah senyuman.

“Apa yang insanenya?”

Fawwaz jegilkan mata. Dia datang rapat dengan Andria.

“Brinchang is waaayyyy up! Atas lagi! It would kill your legs to walk all the way there from here!” Fawwaz tayang muka serius macam nak makan orang, tapi Andria masih kekal tersenyum.

“Saya dah biasa jalan kaki. Lagipun akak tu tadi kata tak jauh pun.”

Fawwaz rasa nak pengsan dengar cakap Andria. Tak boleh jadi macam ni. Even if gadis tu kata dia tak ada masalah nak menapak sampai ke Brinchang, tapi dia ada masalah! Tak sanggup weh! Setakat jogging lima, enam kilometer setiap pagi atau petang dekat trek yang jalannya mendatar, dia tak kisah, dia pun dah biasa. Tapi nak berjalan mendaki bukit tu... Ah! Kerja gila!

Fawwaz terus tarik tangan Andria.

“Eh! Apa ni? Lepaskan tangan sayalah!”

Berkali-kali tangannya dipukul, tapi Fawwaz buat tak peduli. Sampai dekat kereta sebelah pintu penumpang hadapan, tangan Andria dilepaskan kasar. Andria terus berpeluk tubuh dan merengus kuat. Muka masam terus langsung tak ada senyuman.

You, owe me. So you do things, on my terms. Bukan sesuka hati kau je,” ujar Fawwaz tanpa nada yang buatkan Andria menganga. Muka tak ada perasaan si jejaka dipandang tak berkelip. Woah! Ice prince much!

Remote kunci ditekan dan pintu dibukakan. Andria buat keras di situ. Enggan masuk.

Girl. You won’t like me when I’m angry. So please, don’t make me.” Suara Fawwaz masih tak ada nada. Monotone dan mendatar.

Girl dia panggil aku? Sesuka hati je mamat nih!’ getus Andria dalam hati, tak puas hati dengan jejaka dihadapannya yang tiba-tiba berubah kelaku. Macam orang lain je. Lain gila dari keadaan masa dia jumpa dekat teahousetadi dan masa berborak dalam kereta on the way naik tadi.

“Kenapa? You’ll turn into a green monster when you’re angry?” balas Andria.

Fawwaz buat muka stoned. “No. I’ll still be the handsome me.”

Jawapan selamba Fawwaz buat Andria ketawa besar.

“Ya Allah! Perasannya awak ni!”

Get in. Now,” arah Fawwaz, masih dengan muka ketat tak ada perasaan tu.

Fine, grumpy.” Dengan tawa yang masih bersisa, Andria masuk juga ke dalam.

Pintu ditutup kejap dan Fawwaz beralih ke bahagian pemandu. Muka ketat, tapi dalam hati dia sudah tersenyum. Andria memang benar-benar lain dari perempuan yang biasa dia temui. Pintu kereta dibuka dan dia masuk ke dalam. Enjin kereta dihidupkan. Pasang seatbelt dan toleh pada Andria.

“Pergi Brinchang, kan?”

“Eh, ikut awak laa. Saya temankan awak je,” jawab Andria acuh tak acuh. Dan saat jejaka itu berpaling semula ke hadapan, Andria rasa dia perasankan there’s a trace of a smirk on his face. Andria julingkan mata ke atas dan berpaling ke kiri. Aviator yang bertenggek di atas kepalanya dari tadi ditarik dan dikenakan sebelum dia menyilangkan tangan di dada.

Arrogant! Perasan bagus! Berlagak! Eeeiii! Macam manalah aku boleh terjebak dengan dia ni?’ Dia membebel sendiri dalam hati.

Sepanjang-panjang perjalanan tu Andria membebel dalam hati. Sungguh, dia tak pernah jumpa lagi setakat ni lelaki gila kerek macam ni. Boleh cop lelaki chauvinist pun. Semua nak ikut dia je. Tak boleh lawan langsung. Memang malang gila laa siapa yang kahwin dengan mamat ni nanti. Err.. ye ke belum kahwin?

Andria jeling pada tangan jejaka di sebelah. Tak nampak sebarang cincin pun. Tapi zaman sekarang bab cincin ni bukan boleh percaya sangat. Dia mengeluh perlahan dan kembali membuang pandang ke luar. Eh, kereta dah berhenti. Kalut sekejap dia perhati keliling sebelum menganga.

“Jomlah turun,” ajak Fawwaz sambil membuka seatbeltnya. Andria yang kelihatan terpinga-pinga dipandang lama sebelum dia mendekat diri pada Andria.

“Cik Andria sayang,” buckle seatbelt Andria ditekan dan tangannya perlahan mengikut talipinggang yang tertarik masuk ke dalam soketnya semula secara automatik itu, tak mahu kalau-kalau terlibas dan mencederakan si gadis berwajah polos itu. “kalau dah sampai Cameron, tapi tak pergi petik strawberry, trip tu tak bermakna, ok? Especially if it is your first time here.” Suara Fawwaz rendah.

Jejaka itu terlalu hampir dan aroma yang datang darinya juga sangat menggoda. Andria telan liur. Kejung di dalam bucket seatnya, tak mampu bergerak. Mujur Aviator miliknya hitam berkilat, menidakkan kemungkinan untuk jejaka itu tahu mata Andria langsung tak berkelip. Sudahlah tak mampu bergerak hatta mengelipkan mata, tambah pula terasa seperti ada batu besar menghempap di dada membuatkan dia tak boleh bernafas. Breath Andria, breath. Mamat Hakim ni chauvinist, not your type. Please breath Andria.

Fawwaz tarik nafas dalam-dalam. Manis sungguh bau Andria, menjentik naluri lelakinya. Bibir mungil merah basah yang sedikit terbuka itu sangat tempting. Kalaulah Andria ini miliknya...

Mata Andria tak lepas memandang tangan yang sudah hampir dekat dengan wajahnya. Dia rasa dia perlu menjerit. Atau buat sesuatu untuk menghentikan semua ni. Tapi dia tak mampu. Seluruh tubuh terasa kaku. Hanya bebola matanya sahaja yang mampu digerakkan.

“Ehem! Jom, turun.” Fawwaz tersedar sendiri. Pintu dibukakan dari dalam untuk Andria dan dia terus keluar cepat-cepat.

Andria tarik nafas dalam-dalam. Tali slingbagnya digenggam erat, mengumpul kekuatan semula. Perlahan dia tolak pintu yang dah sedia dibuka dan keluar lambat-lambat. Pintu ditutup semula dan dia pandang pada si jejaka yang sedang bersandar pada badan kereta sambil berpeluk tubuh. Andria pandang keliling sebelum kembali memandang lelaki itu. Dia berdehem sekali.

“Err... Hakim.” Diam tak ada jawapan. Andria rasa suara dia dah cukup kuat.

“Hakim.” Dan tiba-tiba lelaki itu berdiri tegak dan sengih memandang ke arahnya.

Let’s go, Andria. I’ll race you to the cafe dekat atas. Lambat, aku tinggal terus kat sini. Menapak laa kau balik hotel.” Fawwaz terus berjalan pergi.

Andria terkebil-kebil sahaja memandang sehinggalah jejaka itu menekan remote mengunci pintu keretanya. Terlompat Andria dibuatnya, terkejut. Selepas itu dia mula berlari anak, mengejar langkah lelaki itu yang sudah jauh ke hadapan.

“Hakim! Tunggu!”

Fawwaz toleh ke belakang dan tarik senyum sinis. Memang tak laa dia nak tunggu.


****************

Minuman berwarna oren kemerahan itu dituang ke dalam gelas kecil sebelum diteguk. Puas. Terasa segar semula seluruh tubuh setelah seharian penat berjalan. Memang tak sia-sia dia bawa kelengkapan siap-siap dari rumah. Cuma tinggal beli ais sahaja dari restoran berdekatan and he’s set to go.

Televisyen yang menyiarkan filem antarabangsa langsung tak menarik minatnya. Tumpuannya lebih kepada novel John Grisham di tangan. Selebihnya dia hanya melayan rasa cocktail yang tinggal dalam mulut. Dia bukan jenis heavy drinker pun. Dia lebih gemarkan koktel berbanding bir. Tapi koktel paling dia suka, ‘Sex on the Beach’. Campuran vodka, peach schnapps, jus oren dan jus cranberry. Served on the rocks. Perfect. Memang pergi ke bar mana pun, itu pesanan dia yang utama. Setakat segelas dua, dia masih steady.

Bukan dia tak biasa jejak kaki ke bar atas gunung ni. Tapi sebab dia rasa tempat dia menginap tak proper, jadi malas nak pergi bar. Kalau dapat teman tidur, takkan nak kena pergi check-in hotel lain pulak? Lepas tu esok pagi kelam-kabut balik hotel ni balik supaya Andria tak syak? Ah. Takde kerja. Buang masa je. Lagipun, dia memang tak bercadang untuk itu pun sedari awal lagi.

Ketukan di pintu buat dia terkejut. Tag Huer di atas meja dikerling sekali. Dah hampir jam dua belas. Siapa yang datang? Sweater kelabu disarung kembali ke tubuh sebelum bangkit membuka pintu. Terkedu bila memandang si gadis di hadapan dengan riak wajah yang... agak sukar ditafsirkan.

“Emmm... sorry ganggu awak tengah malam dah ni,” ujar Andria dengan senyuman, namun tak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya.

“Hmm...” balas Fawwaz. Dia bersandar pada jenang pintu dengan kaki bersilang dan kedua belah tangannya menyeluk poket seluar bermudanya. Pintu bilik terbuka seluasnya.

“Errr.. Emmm... Saya...” Andria berjeda. Fawwaz sekadar menjungkit kening, menanti butir bicara yang selanjutnya.

“Saya... sebenarnya...” Andria sulamkan jemarinya sesama sendiri. Tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia kelu depan si jejaka bilamana segala yang bakal diperkatakan dah siap dia karang dalam kepala tadi.

“Awak nak apa sebenarnya ni? Dari tadi saya, saya. Kalau takde apa-apa,I’d like to get back in and read my book and enjoy my drinks.”

Tak semena, Andria sengetkan tubuh, menjenguk ke dalam bilik Fawwaz. Matanya menangkap sebotol minuman berwarna oren kemerahan dan sebekas ketulan ais. Tiba-tiba je dia rasa haus.

“Tak baik mengintai bilik anak teruna weh.” Fawwaz ikut sengetkan badan, menghadang penglihatan si gadis.

Andria tegakkan badan semula dan tersengih-sengih. Kedua tangannya menyeluk poket track pants yang dipakai.

“Awak yang bukak pintu luas-luas. Nothing else I can do other than feast my eyes,” ujarnya, ceria. Tapi sayang, si jejaka buat muka kerek.

Fawwaz tarik senyum sinis dan menjungkit kening.

“Saw anything that’s fancy to you?”

Andria senyum. Manis sekali. Buat jantung Fawwaz berdetak kencang. Rasanya alkohol sudah mula bertindak balas. Lagipun dia dah minum hampir tiga gelas. Fawwaz berdehem kuat, cubaan menyedarkan diri sendiri.

“Tu. Nak sikit, boleh?”

Fawwaz menoleh ke arah yang ditunjuk oleh jemari runcing milik Andria. Shit! Damn it! Rupa memang cantik menawan, tapi kalau orang tak pernah consume alcohol, sekejap je dah melayang. Alamak. Macam mana ni?

“Itu?” Fawwaz tunjuk ke arah yang sama.

 Andria mengangguk. Matanya bersinar penuh pengharapan. Serius cakap, warna air tu sangat menggoda. Dan dia yakin, mesti fruit punch. Sebab ada bau yang manis dan wangi datang dari jejaka di hadapannya ini. Ada iras-iras bau minyak wanginya, Purr by Katy Perry, wangi campuran bunga dan buah-buahan.

“Itu... tak boleh.”

“Weh, kedekutnya awak ni. Nak sikit je laa.. bukan nak semua.” Andria tarik muncung. Fawwaz tetap geleng.

Then, temankan saya pergi cari kedai 24 jam, saya nak beli air. Awak kedekut. Mintak sikit pun tak boleh. Saya haus sangat ni.”

Was that the reason you knocked on my door?”

“Err... yelah. Sebab tu lah,” bohong Andria. Padahal niat asal nak minta maaf sebab buat perangai awal-awal tadi dan juga ucapkan terima kasih sebab sudi bawak dia merata berjalan. Siap pakej dengan travel expenses. Dan juga semua keychain, fridge magnet dan lain-lain cenderehati yang dipilihnya, semua jejaka kerek lagi chauvinist di depan inilah yang membayarnya. Sampai dia naik segan.

“oh... Ingatkan ada sebab lain...” Fawwaz senyum meleret. Seram sejuk Andria dibuatnya tiba-tiba.

“Err... Takde. Mana ada. Itu je. So, emm... temankan?”

Fawwaz tarik nafas panjang, tegakkan badan dan menggeliat sedikit. Dah tengah malam ni. Sejuk pulak tu. Tak berapa rajin dia nak keluar. Dia pandang semula botol minuman koktel atas meja, kemudian pada Andria semula. Well, just a glass won’t hurt herkot.

Fine. Boleh minum. Just one glass. Jangan lebih.” Fawwaz bagi amaran.

“Yelah, grumpy.”

“Pergi ambik sendiri. I’m going to the loo. Dah sudah minum nanti keluar tutup pintu. Tau?” Melihat Andria mengangguk, Fawwaz terus berlalu masuk ke dalam bilik air.

Penutup mangkuk tandas diturunkan dan Fawwaz duduk memanggung kepala. Bukan ada hajat pun masuk bilik air ni, tapi dia takut dia tak boleh tahan tengok Andria. Budak tu memang nampak innocent, tapi her innocence is her main attraction. Lebih-lebih lagi dah sepanjang hari dia habiskan masa dengan Andria, dan sekarang pula di bawah pengaruh alkohol, dia perlukan masa dan jarak untuk menstabilkan segala gelodak perasaannya sebelum terjadi apa-apa.

Lima belas minit berteleku dalam bilik air, baru Fawwaz buka pintu. Pintu biliknya tertutup, tapi tak rapat. Baru dia nak membebel sendiri, telinganya menangkap suara Andria sedang ketawa. Fawwaz kalih pandang ke katilnya.

Rambut Andria terbuai mengikut tiupan angin dari tingkap yang terbuka luas. Dia duduk bersilang kaki di atas katil, menonton televisyen sambil ketawa sendirian. Zip leher sweaternya sudah terbuka luas. Kulit wajahnya tampak kemerahan.

Fawwaz telan liur. Perlahan dia menapak ke katilnya. Dan langkahnya tiba-tiba terhenti saat terpandang botol koktel yang sudah hampir kosong. Damn! Berapa gelas Andria dah minum?!

“Andria.” Suara Fawwaz keras. Andria menoleh dan senyum. Matanya sudah kuyu.

Hey handsome...” Dia kenyitkan mata. Fawwaz dah berdebar hebat. Dada terasa bagai mahu pecah.

Go back to your room, Andria.” Masih keras, namun sudah mula bergetar. Ada perasaan yang tak dapat dia zahirkan.

“Hakim... Cuba jangan garang-garang...” Sedikit menunduk, sedikit berkerut kening dan sedikit memuncung. Telunjuk tangan kanannya ikut digoyangkan. Fawwaz telan liur berkali-kali. Nafasnya rasa bagai tersekat-sekat.

Andria turun dari katil. Langkahnya sumbang, terhoyong-hayang mendapatkan Fawwaz yang masih tegak kaku tak jauh dari katil.

“Ni...” Dagu disangkut pada bahu Fawwaz dari belakang. Fawwaz rasa jantungnya berhenti berdetak.

“Bilik awak panas betul...” Bicara Andria sudah mula meleret-leret. Fawwaz kekal diam. Sedaya upaya dia menahan rasa yang dah mula bergelora dalam jiwa.

Andria berkalih berhadapan dengan Fawwaz pula bila dia masih terus diam tak memberi sebarang reaksi. Kedua tangannya di bahu Fawwaz. Wajahnya didekatkan. Desahan nafas hangat Andria buat Fawwaz makin tak senang duduk.

“Awak tak rasa panas ke? Saya rasa panaaasss sangat...” Manik-manik peluh jelas kelihatan di dahi Andria. Mata Fawwaz turun ke bukaan leher sweater Andria. Ada manik-manik peluh berkumpul dan bersatu lalu meleleh perlahan menghilang di sebalik sweater. Fawwaz tahan nafas. Bilik tak panas pun sebenarnya. Tapi bila alkohol dah mula meresap dalam darah...

“Andria. You better go back-“ terdiam jadinya bila Andria meletakkan sebatang jari di bibirnya.

“Shhh...” Siap geleng. “I need someone to talk to. Saya sedih...” Bibir Andria sudah tercebik-cebik. Spontan tangan Fawwaz naik membelai rambut si gadis. Tak semena, Andria terus menyembamkan wajah ke dada Fawwaz.

Fawwaz gamam. Lebih tergamam bila tangan Andria mula melingkar membelit pinggangnya.

“Ibu tak sayang Ria. Uncle pun. Sampai hati ibu buat Ria macam ni. Ria tak nak...” Andria dah mula mengongoi. Pelukannya dieratkan lagi.

Fawwaz tolak perlahan kepala Andria dari terus menyembam di dadanya. Kedua ibujarinya mengesat pipi mulus yang basah itu.

You have me...” for tonight, sambungnya di dalam hati.

“Hakim... sayang Ria...?” soalan Andria dibiar sepi. Sebuah kucupan hinggap di dahi Andria, menyebabkan gadis itu terus memejamkan mata.

I’ll love you...” for tonight, sekali lagi, disambung dalam hati. Bisikan Fawwaz di telinganya buat Andria senyum dalam pejam.

Fawwaz tarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan. Tubuh Andria yang sudah longlai dipimpin perlahan menuju ke katil.

************************




Oke, ready nak lari pecut..

Haha~

No comments:

Post a Comment