Tuesday, March 4, 2014

Membaca Terlalu Dekat, Sekolah Di China Pakai Pembatas Untuk Membaca



Sebuah sekolah di China melaksanakan penyelesaian kreatif untuk mencegah pelajar sekolah dasar membaca terlalu dekat dengan buku-buku mereka.

Sekolah asas Zhanglin di wilayah Hubei, China, menarik perhatian dunia pendidikan di China, kerana sekolah tersebut membuat sebuah sekatan yang dibuat dari logam di setiap meja para pelajar untuk mencegah mereka membaca dengan jarak yang tertalu dekat.

Guru besar Sekolah, Zhang Jianming, menjelaskan bahawa sekatan itu akan digunakan untuk menghadkan jarak pandang pelajar agar tidak terlalu dekat dengan buku dan alat sederhana ini dapat membentuk kebiasaan membaca yang baik.

Seperti yang dilaporkan oleh Stomp, Kamis (27/2/2014), alat sekatan ini juga memerlukan anak-anak tersebut memegang buku mereka ketika sedang membaca. Alat yang unik ini diharapkan dapat menumbuhkan kembali peraturan jarak membaca pada anak di China.

(Stomp)

1 comment:

  1. Wynn casino floor changes will see floor change, and casino
    Wynn casino floor changes will see 김포 출장샵 floor 속초 출장마사지 change, and casino floors will 순천 출장마사지 be reduced, 익산 출장마사지 as is the state-mandated gaming 구리 출장샵 floors for the new Wynn

    ReplyDelete