Tuesday, March 4, 2014

Kes Sweden: 'Kami rindukan ibu, ayah'


KOTA BHARU - Empat anak pasangan Azizul Raheem dan Shalwati Norshal, masih sukar menerima pembelajaran di sekolah berikutan masalah bahasa.

Anak sulung pasangan tersebut, Aisyah, 14, berkata, dia dan adik-adiknya masih belum dapat memahami secara menyeluruh bahasa Melayu kerana sering menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

“Sekolah semuanya ok tetapi bila cikgu bercakap dalam bahasa Melayu, saya tak faham dan bila cikgu bertanya sesuatu, saya hanya akan jawab ok.

"Kami rindukan ibu dan ayah tapi kami tetap teruskan kehidupan seperti biasa walaupun mereka tiada di sisi. Kami tidak terlalu memikirkan masalah ini bagi elak tekanan emosi,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin bersama Duta Besar Malaysia di Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman.

Sementara itu, Hamzah berkata, empat beradik itu, Aishah, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, jelas begitu merindui ibu bapa mereka.

“Mereka meluahkan apa yang mereka rasakan dalam bentuk tulisan melalui buku yang akan disampaikan kepada ibu bapa mereka di sana.

“Saya akan beritahu ibu bapa mereka bahawa anak mereka dalam keadaan sihat dan amat merindui mereka," katanya. - sinarharian

No comments:

Post a Comment