Wednesday, July 24, 2013

Masak Lemak Cili Api - 8

-unedited version-

Bab 8

- Esah, lama tak jumpo. Pi mano? -

Entah siapalah yang buat lawak dengan aku ni. Dahlah panggil nama klasik aku, pastu nak berdialek Negeri Sembilan yang tak jadi pulak tu. Nombor pengirim takde dalam senarai simpanan aku. Marah pun ada rasanya ni.

- Siapa ni? –
 Aku reply. Mengganggu aku nak buat assignment je. Geram betul. Aku capai semula drawing pen bila sms tak berbalas dengan segera. Bagus jugak. Kalau dia main balas laju-laju, mau tak siap drawing aku ni karang. Dahlah kena submit Selasa minggu depan. Hari ni je dah Khamis. Kalau satu je drawing, oklah jugak. Ni ada duapuluh slideaku nak kena buat. Nasib baik dah siap sepuluh.

Dah tiga minggu semester baru bermula. Minggu inilah baru bermula sibuknya dengan segala mak nenek assignment.Nasib baik jugak dah tak payah usung drawing bag besar gedabak tu. Saiz A1 ok, bukan calang-calang punya saiz. Mujur jugak semester lepas semua pass. Naya ok kalau kena repeat paper. Tak kuasa sungguh.

Telefon aku berbunyi, tanda sms masuk.

- Esah, den rindu kat awak. –

Heyyyy… aku dapat siapa yang buat lawak dengan aku ni, memang aku lipat-lipat beliau masuk dalam microwave.Geram betullah. Aku dail terus nombor tu.

“Kurang asam gelugor betullah, tak angkat pulak. Memang nak kena betul. Hiiii… bongok!” Aku tenyeh-tenyeh keypad taip sms. Geramnya tak terkata.

- Tanya tak jawab, call tak angkat. CHICKEN!!

Aku campak handphone ke atas katil. Apa ke gila nak campak kat lantai? Kau nak belikan yang baru ke?

“Shah, sibuk ke?” Kepala Wani terjengul di pintu bilik.

“Agakla. Apasal?” Aku sambung melukis semula.

“Rina dengan Fida bawak balik makanan. Banyak sangat. Kau nak?” Aku terus tutup drawing pen dan bangun. Eh, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Makan, siapa yang tak nak? Orang sakit je yang tak nak makan.

Aku terus ke depan. Tu dia atas meja. KFC, Domino’s, sebekas spaghetti, sate, dan sebekas nasi goreng juga. Pergh, heaven~~ Boleh kenyang sampai tengahari esok ni.

“Spaghetti dengan nasik goreng tu simpanlah, esok boleh panaskan buat breakfast ke, makan malam ke.” Aku berikan cadangan bernas. Ye, tak baik ikut nafsu, kan?

“Nah, pergi simpan. Kang datang bawak pinggan. Empat.” Rina serahkan bekas nasi goreng dan spaghetti kat tangan aku. Baiklah, sebagai anggota rumah yang paling muda, saya menjunjung perintah akak-akak sekelian. Wuwu~ T.T

Ecewah, mudalah sangat, kan? Padahal berapa bulan je beza. Diorang semua lebih kurang tua setahun je dari aku. Dulu aku panggil jugak kakak, masa mula-mula masuk rumah dulu. Kena marah, ok? Aku redha je, diorang yang suruh panggil nama, bukan aku yang suka-suka.

Rina dengan Fida kerja satu pejabat dekat Sungai Rasa. Kat rumah ni, diorang share master bedroom. Wani pulak dekat Klang tu je pejabat dia. Dia ambik bilik kedua. Aku ambil bilik ketiga. Sewa bilik tu sebulan RM200 je, termasuk api, air dan duit belanja dapur. Bolehlah, kan?

“Dah kenyang. Tima kaseh kakak Rina. Tima kaseh kakak Fida. Adik mintak diri dulu nak siapkan kerja sekolah ye?” Aku berdiri angkat pinggan yang penuh dengan tulang ayam dan lidi sate.

“Kang datang bawakkan air dalam peti ais tu. Dengan cawan sekali eh? Thank you adik manis.” Rina kenyit mata. Aku angguk dan berlalu ke dapur nak basuh tangan dan pinggan.

Lepas hantarkan air dan cawan, aku masuk bilik semula. Handphone yang terdampar atas katil aku ambil. Ada satu sms. Tengok nombor, pengirim yang tak dikenali tu. Huh.

- Haikal. Namo den Haikal. Bila boleh jumpo awak lagi? Den rindu. –

Haikal mana pulak ni? Ah, sudah. Siapa dia pulak Haikal ni yang mengganggu ketenteraman awam ni? Aku tak kenal orang nama Haikal. Dahlah dia boleh panggil nama klasik aku tu. Nama klasik tu cuma keluarga aku je yang panggil. Orang lain semua panggil nama aku betul-betul. Jadi, siapakah gerangannya mamat Haikal ni? Adakah mamat kurang asam gelugor? Eh, tapi hari tu dia kata nama dia Haziq.

“Bah, ni kawan den.” Aku imbas semula cerita hampir sebulan yang lepas.

“Ha, namo apo kawan kau ni Sah?” Aku pandang dia.

“Muhammad Haziq, pakcik. Apa khabar?” Dia salam tangan abah aku siap cium tangan. Itulah first timeaku tau nama dia. Tu pun sebab abah tanya. Cuba kalau abah tak tanya? Aku rasa sampai tahun depan pun tak tentu lagi aku tahu. Heh. Tapi, itulah… nama dah cukup sedap, tapi sayang pemiliknya kekurangan asam. Kesian.

Masa makan jemput-jemput petang tu, dia cerita. Katanya baru balik dari hantar barang dekat depot KTM dekat Kajang tu. Lepas tu singgah minum sekejap dekat restoran sate tu. Itu yang dia ternampak aku, lalu menegur.

“Dia terkejut kot saya tegur dia. Tu yang terjatuh skuter tu agaknya.” Padahal aku terkejut tengok dia, bukan masa dia tegur. Aku kuat semangat ok? Setakat kena sergah-sergah tu, kira small matter ajelah…

Lepas siap betulkan motor dan dia dah balik, mama terus pergi call Along dengan Angah. Nasib baik Usu sekolah asrama, kalau tak, harus dengan Usu sekali dapat dengar cerita excited mama tu. Seminggu ye aku tahan telinga dengar Along dengan Angah mengusik. Tension betul.

Dan sejak lepas balik dari Rinching, baru sekali aku jejak kaki ke kedai Pak Din. Itupun selepas seminggu kejadian. Tak bolehlah, rasa malu gila kat beliau. Malu yang amat sangat-sangat.


* * * * * * * * * * 

No comments:

Post a Comment