Tuesday, January 15, 2013

Zed Zaidi Tuntut TV3 Mohon Maaf



Zed Zaidi Tuntut TV3 Mohon Maaf Kepada Uji Rashid, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi hari ini sekali lagi menggunakan akaun Twitternya untuk bersuara. Kali ini Zed Zaidi menuntut stesen televisyen TV3 membuat permohonan maaf kepada pelakon dan penyanyi dan pelakon veteran, Uji Rashid atas alasan stesen televisyen itu menjatuhkan maruahnya.

Tuntutan yang dibuat oleh Zed Zaidi ini ada ekoran penganjuran Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) tempoh hari yang menggugurkan Uji Rashid daripada menyanyikan lagu 'Terukir Di Bintang', milik Yuna. Biarpun Yuna secara peribadi memilih Uji Rashid sebagai penggantinya, namun pihak Produksi AJL 27 sebaliknya memilih Aizat atas sebab-sebab tertentu.

Tindakan ini mengundangkan pelbagai reaksi, termasuklah daripada Uji Rashid sendiri. Pasangan duet Hail Amir ini dilihat tidak boleh menerima keputusan TV3 itu dengan baik.

Mungkin atas sebab itulah, Zed Zaidi tampil membela Uji Rashid. GUA akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Zed Zaidi. Sementara itu, cuba lihat entri yang dibuat oleh Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya. 




No comments:

Post a Comment