Tuesday, January 29, 2013

Gambar Azza Elite Kini Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Berlakon



Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai selebriti yang mula berhijab. Terbaru, pelakon dan penyanyi iaitu Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari. Azza dikatakan telah berhijab sejak 6 Januari lalu.

Menurut Azza, pintu hatinya terbuka untuk bertudung ketika berlakon dalam sebuah drama berjudul Mujahid yang mana dalam drama tersebut Azza memegang watak sebagai seorang wanita muslimah yang bertudung.

“Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. “Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. “Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini,”

Tambah Azza menerusi laman Twitter’nya pula, dia turut menyatakan bahawa perubahannya berhijab turut dibantu oleh pelakon dan penerbit terkenal Shiela Rusly yang menghadiahkannya dengan pelbagai jenis tudung.

Tudung ni sis Sheila Rusly bg kt kami, untuk memberi semangat agar kuat !! yg penting saya Masih berlakon dan menyanyi tau, 1 Pintu kebaikan kita buat Allah buka 70 Pintu lg kebaikan! yakin Allah bersama ku

Artikel Asal : Zonartis


No comments:

Post a Comment