Assalamualaikum dan Salam petang Khamis.
Iced Tea & Scones secara rasminya bertukar tajuk pada hari ini kepada UNTIL YOU.Pestaim nih buat tajuk tak sengal. Sebab pestaim jugak buat cerita yang kurang sikit kesengalannya. Hahahahah
Ok, enjoy reading. :)
Part 4
Fawwaz tepis tangan yang tiba-tiba sahaja melingkar di dadanya dari belakang sebelum berkalih menelentang di atas tilam dengan kaki kiri terlipat ke atas. Lengan kanannya naik ke dahi. Statik buat lima saat sebelum tangan kirinya meraba perut yang tiba-tiba berasa kelaparan. Perlahan kelopak matanya dibuka. Dikelip-kelipkan beberapa kali sebelum pejam semula dan digenyeh lembut.
Dia menggeliat meregangkan urat di atas tilam empuk itu kemudian sekali lagi pegun terlentang terkebil-kebil memandang siling yang berwarna biru langit. Nafas panjang ditarik. Stuffy. Bilik tu dia rasa stuffy. Rimas, dia bangkit dan menyelak selimut sedikit. Ditolehnya ke sebelah kiri, seorang perempuan tengah sedap tidur mengiring membelakanginya dengan hanya dibaluti selimut. Toleh ke kanan pula. Terjungkit keningnya sebelah.
‘Bila masa pulak Kyra ada join ni?’ detik hatinya sendiri melihat Kyra pun ikut sama tertidur pulas dalam keadaan meniarap dengan hanya sehelai tuala menutup sebahagian tubuhnya. Itupun dah tersingkap sampai ke paha.
Rambut diraup dengan kedua belah tangan sebelum dia mula bergerak. Nak turun katil, namun terhalang. Sudahnya dengan selamba dia menampar punggung Kyra.
“Hmmmpphh...” Kyra cuma berkisar sedikit dalam tidurnya. Sedikit pun tak berganjak.
Hangin. Sekali lagi dia ulang. Kali ini lebih kuat lagi.
“Fawwaazz.. Apa you nii... Sakitlaaa...” Kyra merengek antara sedar dengan tidak.
“Tepilah. Aku nak pegi toilet ni.”
“You niii...” Kyra merengus, tapi beralih juga, memberi ruang buat Fawwaz untuk turun dari katil.
Berdiri saja di tepi, tuala Kyra ditarik dan dibalut pada tubuh sendiri. Langkah diatur menuju ke bilik air, namun terhenti di depan pintu cermin panjang almari pakaian milik Mike. Imej tubuhnya yang terpantul di cermin dipandang lama. Puas tengok sebelah depan, dia pusing tengok sebelah belakang pula. Siapa punya kerja laa kuku panjang sangat, habis bergarit kesan cakaran di dada dan di belakangnya. Didekatkan wajahnya ke cermin. Belek habis sebelah kiri dan kanan. Nasib baik tak ada. Kalau tak, memang ada laa yang kena amuk. Muka cari makan ni. Setakat kesan gincu yang bersememeh melata di wajah dan di tubuh tu, tak apa lagi. Boleh cuci.
Dia arahkan pandangan kembali ke katil di dalam cermin. Kyra dah tarik selimut menutup tubuh yang terdedah. Fawwaz tarik senyum senget dan gelengkan kepalanya. Memang sahih dia tak sedar diri langsung malam tadi. Perkara terakhir yang dia ingat, kaki dan tangannya diikat dengan satin sash dekat kerusi dek empat orang strippers yang dipesan Mike sebelum diorang mula beraksi. And one of them slipped him a pill masa tengah syok bercium. Lepas tu memang dia tak ingat apa-apa dah. Semuanya samar-samar dan kabur-kabur sahaja.
“Bro?” Dia toleh ke arah suara yang menegur. Pintu bilik terkuak sedikit. Mike jengukkan kepala ke dalam.
“Awal kau bangun?” sambung Mike lagi seraya menolak daun pintu lebih luas dan masuk ke dalam.
Fawwaz urut-urut batang lehernya. Menghilangkan rasa lenguh. Mike yang sama tak berbaju, hanya menyarung seluar jeans biru lusuh, bercekak pinggang memandang ke katil dengan senyum senget menghiasi bibirnya.
“Aku lapar ni. Ada apa-apa tak?”
Mike kalih pandang pada Fawwaz yang bersuara. “Takdelah bro. Aku pun baru ingat nak cari breakfast ni.” Dia datang dekat dan membuka pintu almari pakaiannya. Sehelai baju-t di tarik dan disidai ke bahu. Pintu ditutup semula dan dia bercekak pinggang memandang Fawwaz.
“So, macam mana last night? Tip top tak arrangement aku?” soalnya dengan senyum senget dan kening yang dijungkit-jungkit.
Fawwaz berhenti melurut rambutnya depan cermin dan berdiri tegak pandang Mike. Tak semena tawa terbit dari bibirnya. Mike turut ketawa. Sama-sama faham sendiri.
“Nak join aku breakfast?” soal Mike sebaik tawa reda.
“Breakfast apa? Kat mana?”
“McD kot. Nak?”
Fawwaz garu kepala. Berkira-kira. Kemudian menggeleng.
“Naaahhh. Aku nak balik. I’ll grab something to eat on the way,” jawabnya sambil menunduk mengutip semula pakaiannya dari atas lantai berlapikkan permaidani tebal itu.
“Ok, suits you. Aku gerak dulu.” Mike dah mula meninggalkan bilik.
“Eh? Mike!”
“Apa?” dia menoleh ke belakang.
“Ni diorang-diorang ni? Takkan kau nak tinggal rumah dengan diorang ni semua ada kat dalam?”
“Order delivery ajelah. Rajin pulak aku nak keluar dengan sakit-sakit kepala macam ni?” Fawwaz tarik senyum. Hangover laa tu.
“Ok. Aku mandi jap.” Dia bergerak ke bilik air.
“Sure kau tak nak eh? Kalau nak aku order sekali.” Mike masih berdiri depan pintu bilik. Fawwaz angkat tangan mengiyakan.
“Iyelaa.. Nanti aku carik sendiri. Thanks anyway.”
“Ok.” Mike terus keluar dan Fawwaz terus menutup pintu bilik air.
Andria hanya termenung memandang keluar tingkap monorel sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Stesen Bukit Bintang. Sampai dekat stesen, dia turun dan mulakan perjalanan kaki menuju ke hotel bajet tempat penginapannya sejak dua hari lepas.
Keluar dari rumah Uncle, memang dia terpaksa jadi orang nomad. Orang-orang hubungan Uncle ada merata Lembah Klang ni. Senang je kalau Uncle betul-betul nak cari dia. Sengaja jugak dia pilih untuk bersembunyi di dalam kawasan. Kan ke kata orang, dekat tempat yang senang nak cari tu laa biasanya orang tak cari.
Tangan dua-dua masuk poket, kepala tunduk menekur jalan. Batu-batu kecil sepanjang laluan kaki lima Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang itu disepak ke tepi sekali-sekala. Beria Gina offerduduk sekali dengan dia, tapi Andria menolak. Malas nak susahkan sahabatnya tu. Cuma malam tadi je dia tidur sana sebab dah lewat sangat nak balik hotel. Satu malam cukup. Kalau lama-lama nanti kalau Uncle pergi serbu rumah Gina macam mana? Oh... Tak berapa sanggup dia nak bayangkan kena seret pergi dari rumah Gina. Ok, membesar-besarkan cerita. Tak adalah Uncle semacam tu punya kejam. Tapi dia memang tak ada kekuatan lagi nak balik rumah. Nantilah.. Seminggu dua lagi ke? Tapi ibu suruh balik hari ni jugak! Isk...
“Haaiiiihhhh... Nasib badan betul... Mulut aku pun, kenapalah gatal sangat cakap macam tu? Lepas satu bala, kena bala lain... Ria... Ria... Sengal laa kau nih. Hish!” Dia sepak seketul batu yang agak besar dengan kuat. Sakit hati perlu dilampiaskan.
“Aduh!”
Andria kaget. Seorang lelaki sudah mencangkung tertunduk memegang dahi dengan dua tangannya. Si gadis tekup mulut sendiri dan menelan liur kelat. Alamak!
“Nak main sepak-sepak bola pegi padanglah! Gila ke apa?” Sambil gosok-gosok kepala lelaki tu bersuara. Marah sungguh nadanya.
“Err... Sorry... Tak sengaja... Err.. Awak ok?” Andria datang dekat, tapi berhati-hati. Nasib baik dia pakai seluar jeans dengan sneakersmasa keluar tadi. Kalau pakai skirt? Kan ke jenuh nak bersilat tu? Isk! Harap-harap tak perlu.
Sambil berdiri lelaki tu sambung menjerkah, “Banyaklah kau punya tak sengaja! Nasib baik batu kecik! Kalau pecah kepala aku tadi ni, memang aku saman kau ber... ju... ta...”
Masing-masing sudah bulat mata. Nafas Andria dah tertahan-tahan. Nak panggil, tapi segan nak mulakan. Bersungguh dia menahan lidah dari menyebut nama yang memang dah nak terkeluar sangat dari bibirnya.
“Andria.” Sebut lelaki tu tanpa nada. Andria tarik senyum selebar-lebarnya. He remembers!!
“Hakim... kan?” Konon buat-buat tak ingat. Padahal?
Rasanya setiap hari dia berdoa harap boleh dapat jumpa semula lelaki dekat depan ni. Tiap-tiap malam sebelum tidur otak ligat memutar memori daun pisang berjalan-jalan dekat Cameron Highlands dengan lelaki dekat depan ni. Dan hari ni, pagi ni, doanya termakbul. Lelaki itu senyum, angguk, depangkan tangan dan...
“Uih! Apa ni?!” Terkejut gila Andria. Sekuat hati dia tolak dada si jejaka yang gila punya selamba tiba-tiba peluk dia. Tengok Hakim punya senyum-selamba-tak-ada-sekelumit-pun-rasa-bersalah-sesuka-hati-peluk-anak-dara-orang tu, buat dia rasa nak je dia sekeh-sekeh kepala mamat ni.
“Fancy seeing you here. Bercuti dekat KL ke?” soal lelaki itu, agak mesra. Andria seluk poket jeans dan menggenggam penumbuk. Satu-satunya cara dia menahan diri dari menyekeh lelaki yang selamba bertanya tanpa ada rasa bersalah dekat depan ni.
“Aaa... you can say that. Haha.” Bila dah jumpa, rasa macam kelu pula nak borak apa. Pandangan dilontar ke arah jalan raya.
Gadis yang kelihatan kekok secara tiba-tiba itu dipandang atas bawah dengan mata nakalnya. Dan otak jahatnya tiba-tiba memutar semula memori atas gunung tempohari. Fawwaz telan liur.
“Err... So, nak pergi mana ni?” Soalnya memecah sunyi. Andria kalih pandang dan senyum.
“Tu. Comfort Lodge. Nak collect barang.” Jari menuding ke belakang lagi.
Fawwaz angguk-anggukkan kepala. Ligat otak berputar memikirkan cara untuk memperpanjangkan lagi pertemuan tak terjangka ni. Rancangan asal nak pergi sarapan dekat Bubu Rooftop Restolounge dia dah buang jauh-jauh. Terasa macam mustahil je Andria nak kalau diajak ke sana.
“Awak buat apa kat sini?” soal Andria pula.
“Aaaa... Malam tadi lepak rumah kawan dekat Mutiara Villa tu. So, emm... lepas ambik barang, what are you up to?”
“Aaa... Nak... balik rumah parents dah...” Andria mengeluh di hujung kata. Memang tak terasa nak balik lagi. Rasa macam ada benda tak best je nak jadi.
“Ooo... So... Emmm... Care to join me for breakfast?” Fawwaz cuma senyum separuh, konon cool. Dalam hati memang harap sangat Andria setuju.
Andria pegang perut. Memang dia lapar pun. Awal sangat dia keluar dari rumah Gina tadi sebab berkejar nak ambik barang. Dia ingat, lepas dah kemas barang-barang dan check out, baru nak singgah dekat mamak tak jauh dari sini. Andria pandang jejaka di hadapannya dan tarik senyum comel.
“Emm... Boleh jugak. Tapi tunggu saya kemas barang dulu. Boleh?”
“Boleh saja. Jom, I drive you.” Tak tunggu persetujuan, Fawwaz terus berjalan ke keretanya. Nak tak nak, Andria mengekor saja dari belakang. Rezeki jangan ditolak, weh!
********************
“Terima kasih.” Sebut Andria perlahan.
“No problem.” Tanpa nada jawapannya. Senyum pun tidak.
“Thank yousangat-sangat. Untuk breakfast, dan tolong hantar sampai depan rumah ni.” Andria tarik senyuman yang paling manis dia boleh bagi pada jejaka yang tenang duduk di tempat pemandu.
“My pleasure.” Masih tak ada nada. Muka stoned habis di balik kacamata hitam yang bertenggek di atas hidung tu.
“Err... Awak...”
“Yep?”
“Err... Nak masuk dulu?”
Kening Fawwaz terjungkit sikit. Andria dikilas sekali. “Pardon me?”
“Err... Masuk kenal dengan parents saya, family saya...” Suara Andria rendah. Segan. Nak cakap terus terang nak suruh mamat Hakim ni menyamar jadi boyfriend dia sebenarnya sejak dari keluar restoran lepas sarapan tadi lagi, tapi tak terluah. Padahal sampai kering airliurnya berceloteh dengan lelaki itu dekat dalam kereta tadi.
“What?” Aviator ditanggalkan. Tinggi kening sebelah dijungkit. “Are you expecting something from me? Sampai siap nak suruh jumpa familyni?”
“Eh! Bukan macam tu!” Andria rasa muka dia tebal gila. Berinci-inci tebalnya. “It’s just that... Err... Saya suka family saya kenal siapa kawan-kawan saya.” Sambungnya.
Fawwaz ketawa kecil. Aviator dikenakan semula sebelum dia menggeleng. “No thanks. I’ll pass. Saya ada hal. Saya pergi dulu?”
Andria tarik nafas dan angguk perlahan.
“Oh ye, Andria.”
Andria jenguk kembali ke dalam kereta. Memandang si jejaka dengan penuh tanda tanya. Menanti apa yang bakal dipesan.
“Next timekalau rasa nak round KL, give me a call. Tak payah kot nak duduk hotel. It’s just... funny you know? Padahal awak duduk dekat SS7 aje pun.” Fawwaz ketawa.
“Eh, sibuklah awak! Suka hati sayalah!” Andria tarik muncung. Panjang. Dari tadi, tak habis-habis Hakim ni mengusik pasal hal ni. Tension!
“Yelah, orang kaya. Tengoklah rumah dia tu haa... So much for ‘saya on tight budgetlah mister!’ dekat Cameron the other day, eh?” Siap buat tanda quote dengan jari. Sarkastik nadanya.
Fawwaz sambung ketawa. Dia tengok Andria dah berkerut-kerut kening, dengan bibir bawah digigit sambil dimuncungkan sedikit. Melihat bibir merah itu mengundang memori atas gunung kembali terlayar dalam kepala. Fawwaz telan liur.
“Dengki.” Itu saja yang terlintas dalam kepala.
“Dengki? Pleaselaaa... Apa saya dapat? Dapat awak takpe jugak.” Fawwaz dah tarik senyum senget.
Andria terus terdiam. Telan liur. Tiba-tiba dia teringat mimpi dia goda jejaka di depannya itu sampai jadi aksi panas tu. Eh, nasib baik mimpi. Dan nasib baik mimpi tak habis. Ish! Gila! Andria tepuk pipi sendiri.
“Merepek je awak. Dahlah, saya nak masuk dulu. Thanks eh tolong hantar?” Dia tegak dan nak tutup pintu.
“Andria.”
Tunduk semula jengah ke dalam. Dah kali kedua ni. Sakit pinggang. “Apadia?”
Andria tengok mamat tu dah senyum senget dengan keningnya terjungkit sebelah. Sly gila riak wajah tu.
“If you insist to sleep out jugak walaupun sekadar pergi KL...” makin senget senyumannya.
“Apa?” soal Andria, tak sabar.
“Rumah saya ada dua lagi bilik kosong. Tapi...” Fawwaz berjeda lagi.
“Gila ke apa awak ni? Tapi apa?” soalnya kasar. Geram gila dengan makhluk tuhan yang seorang ni.
“Tapi... kalau nak kongsi bilik dengan saya pun, lagi bagus!” Tawa Fawwaz meletus, kuat.
“Ooii! Gila! Awak ni kan, Hakim... Eeiii... Tak tau laa saya nak cakap macam mana. Sengal! Sengal sangat!!” Andria hempas pintu kereta. Geram sangat. Sakit hati je dengar tawa lelaki tu. Dia terus galas beg dan merapati pagar rumah. Elok dia masuk dan kunci pagar semula, Mitsubishi merah itu terus menderu pergi.
Andria pegang pagar besi dengan dua belah tangannya. Lepas tu dia labuhkan pula pipinya pada pagar besi yang sejuk tu. Kelibat kereta Hakim memang dah lama hilang, tapi suara Hakim macam masih terngiang-ngiang je di telinga. Andria mengeluh sendiri sebelum berpusing.
“Ingat dah tak jumpa jalan balik dah.”
Andria urut dada. Entah bila Uncle AJ ada dekat belakang pun dia tak perasan. Tangan Uncle AJ diraih lalu disalam dan dikucup penuh hormat.
“Err... Uncle apa khabar?” soalnya takut-takut.
Uncle AJ geleng-gelengkan kepala. “Baik. Siapa yang hantar tadi tu?”
“Aaa... tadi tu... Err... kawan kakak...” Serius Andria rasa kecut perut gila sekarang ni.
“Kawan ke boyfriendkakak tu? Apasal dia tak masuk?” Tiba-tiba ibu muncul depan pintu rumah. Andria gigit bibir.
“Dia... Dia... Dia ada hal, ibu...”
“Dia tu nama siapa?” tanya Uncle AJ.
Andria rasa nak gigit lidah sendiri sampai putus. Nak petik nama siapa nih?? Oh Tuhan... Tolong...
“Hakim...” perlahan suaranya sambil menunduk.
“Ooo... Macam tu punya senang Hakim tu lepas tangan ye?” Ibu dah ada tanda-tanda nak mulakan syarahan panjang. Uncle AJ bergerak masuk dengan Andria mengikut di belakang.
“Senang sungguh budak-budak sekarang, ye bang? Dah porak perandakan keluarga orang, lepas tangan macam tu je. Kurang-kurang masuklah dulu. Jumpa ibu, jumpa Uncle. Minta maaf ke. Ini ditinggalkan aje kakak macam tu?” Berderet-deret sudah butir bicara ibu. Andria telan liur.
“Lelaki macam Hakim tu yang kakak puja-puja sangat? Tak reti nak bertanggungjawab macam tu yang kakak nak?” Eh? Bertanggungjawab?
“Bertanggungjawab apa maksud ibu ni?”
Ibu tak menjawab. Sekadar menjeling tajam. Andria lambat-lambat masuk ke dalam. Mengikut sahaja Uncle AJ dan ibu sampai ke ruang depan.
“Duduk. Ibu nak cakap.”
Arahan ringkas ibu diturut dengan patuh. Punggung dilabuhkan atas sofa jati tunggal menghadap Uncle AJ dan Ibu.
“Kakak menghilang pergi mana?” Ibu yang mulakan soal siasat. Macam biasa. Uncle AJ memang biasanya jadi pemerhati bebas.
“Dalam Malaysia je, ibu...”
“Yelah, pergi mana? Ke mana Hakim tu bawak kakak?” garang habis suara ibu. Andria tunduk, meramas tangan sendiri.
“Pergi Cameron...”
“Seminggu dekat sana?”
Laju Andria geleng. “Tak. Kakak duduk sana dua hari je.”
“Lepas tu Hakim bawak ke mana?” Err... takde kemana ibu. Dia tinggalkan kakak sensorang atas gunung tu.
“Dia kat sana sehari je bu. Esok tu kakak jalan sendiri.”
“Ibu tak percaya!”
“Betul bu. Ibu tanya Gina.”
“Kakak pergi dengan Gina ke?”
“Err... tak...”
Ibu jeling tajam. Andria kemam bibir. Aduh...
“Balik dari Cameron, kakak pergi mana?”
“Err... Kakak duduk kat KL.” Ibu merengus. Uncle AJ hanya geleng kepala. Dan Andria, sekali lagi meneguk liur.
“Hakim tu, budak mana?” Andria pegun. Alamak! Tadi Hakim cakap dia tinggal kat mana? Bukit Bintang tu rumah kawan dia. Dia... Err... Rumah dia... Hah!
“Damansara. Dia duduk dekat Damansara Damai.”
“Damansara Damai?” Uncle AJ tiba-tiba menyampuk. Andria angguk.
“Kakak duduk rumah dia ke?” Andria geleng pula. Dia masih belum hilang akal lagi nak buat benda-benda macam tu kalau betul sekalipun dia lari dengan Hakim.
“Kakak cakap dengan ibu betul-betul. Kakak sampai tahap sanggup lari dengan dia. Kakak dengan dia... pernah terlanjur ke?”
“Hish! Ibu nih! Mana ada!”
“Betul ni?”
“Ibu, kakak tau lagi halal haram, bu. Kakak tak jahat sampai macam tu. Kakak berani sumpah junjung Quran.” Bersungguh Andria bela diri. Ibu dengan Uncle AJ saling berpandangan.
“Ok. Ibu percaya. Kalau macam tu, pergi bersiap.”
“Pergi mana?”
“Rumah Uncle Him. Ibu nak kakak ikut sekali.”
“Uncle Him? Uncle Him mana?” Andria rasa dia pernah dengar nama tu, cuma tak berapa sure.
“Uncle Him lah! Bakal mertua kakak!”
Mata Andria membulat. Hampir dia melompat bangun. “Ibu! Kakak taknak!”
“Kakak!! Cukup calarkan nama ibu sekali! Dengar cakap ibu! Tak ada excuses lagi. Faham?!”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Pergi bersiap! Pukul dua setengah nanti kita jalan!” Ibu bagi ultimatum dan terus beredar dari ruang depan bersama Uncle AJ.
Andria tersandar di sofa. Pandangannya sudah kabur dengan air mata. Menyesal ikut cakap ibu untuk pulang hari ini.
“Gina... Tolong...” Sambil mengongoi sendiri, dia atur langkah mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
“Kakak? Dah balik?”
Andria mendongak bila mendengar suara adiknya. Dan entah macam mana, dia tersalah langkah dan...
“Ibuuu!!!”
“Kakaakk!!”
**************************
Fawwaz kosongkan poket seluarnya. Semuanya dilambakkan di atas meja almari cermin sebelum merungkaikan ikatan jaket denimnya di pinggang dan disangkut pada penyangkut di belakang pintu. Panas tubuh yang terpaksa berjemur sekejap tadi tak sepanas hatinya. Sebal. Nak marah orang lain pun tak boleh. Salah sendiri.
Dia yang cuai. Sibuk sangat membayangkan yang tidak-tidak, hampir sahaja dia kemalangan bila dia tak sedar kereta depan dah lama tekan brek untuk berhenti, tapi dia masih tekan pedal minyak. Dan bila sedar, dia dah lambat sangat. Kiri ada motor datang belakang, sudahnya dia kilas stereng ke kanan dan naik atas divider. Nasib baik tak langgar tiang.
Fawwaz tarik sengih sendiri. Semua Andria punya pasal. Memang dia tak boleh padam langsung bayangan Andria dari dalam ingatan. Senyum Andria. Tawa Andria. Gaya tutur kata Andria. Lenggok tubuh genit yang dia yakin Andria sendiri tak sedar, begitu seksi di pandangan mata seorang lelaki. Dan yang paling dia tak boleh lupa, bibir Andria. Bibir yang penuh, merah dan basah. Mujur saja masih boleh menahan diri from leaning towards her and smooch those smoking hot lips. Aaahhh... After effect yang sangat kuat. Sesuatu yang dia tak pernah rasa sebelum ni.
Tapi bila mengenangkan semula kejadian tengahari tadi, penyudahnya dia tetap bengang sendiri. Skirtingdepan habis jahanam. Sport rimnya tak usah dikata. Bengkok dek kerana mendaki divider. Arm tayar pun ikut sama bengkok. Terpaksa panggil tow truck. Lepas tu telefon Fai suruh ambil dia.
Sekarang ‘bini’ kesayangan dah kena masuk bengkel. Patah kaki sungguh. Terpaksa menumpang Fai atau papa untuk pergi dan balik kerja. Dan untuk itu, dia kena tinggal dekat rumah ni untuk beberapa hari sampai keretanya siap. Rumah yang mendatangkan rasa ‘panas’ untuknya.
“Aarrgghhh!! Tension!!” Baju-t yang tersarung ditubuh ditanggalkan dan dilempar atas katil. Buckle tali pinggang dirungkai dan baru je nak buka butang jeans bila pintu biliknya diketuk bertalu-talu.
Fawwaz melangkah deras ke pintu dan membukanya dengan kasar. “Apa?” Tak semena dia menyinga. Tapi demi melihat wajah yang terkulat-kulat di depannya itu, automatik dia tarik senyum senget.
“Ye kakak iparku sayang. Nak apa? Nak masuk? Siang lagi ni. Tunggu malam sikitla, eh?”
“Fawwaz!” Lafaz Irdina dari balik gigi yang diketap rapat. Geram betul dengan makhluk Allah yang seorang ni. Dulu kata dah insaf. Tapi dia tak nampak langsung dekat mana keinsafan tu.
“Aahh... That just sends me to orgasm!” tawanya meletus kuat.
“Pergi mampuslah kau! Turun! Bakal mertua kau dah sampai!” jerkah Irdina sebelum terus melarikan diri. Memang tak sanggup dia nak tunggu situ lama-lama. Boleh jadi gila!
Fawwaz kaku tak bergerak. Irdina cakap apa tadi? Bakal mertua dia dah sampai? Jadi? Bukannya dia yang beria nak jumpa pun. Papa yang sibuk. So they can wait. Dia nak mandi dulu.
Pintu bilik ditutup semula. Tuala dari palang dicapai dan sambil melangkah menuju ke bilik air, dia londehkan jeansnya.
Lima belas minit kemudian, baru Fawwaz keluar dari bilik. Baju-t polos warna biru turquoiseditarik supaya kemas. Baju-t sajalah. Takkan nak berkemeja bagai? Hi-tea dekat rumah aje pun. Dua keluarga saja pun. Puas hati dengan diri sendiri, baru dia menapak turun.
Langkah dihayun santai menuju ke ruang tamu di mana semua orang berkumpul.
“Pa,” tegurnya. Dato’ Rahim bangun.
“Haa, Fawwaz. Kenapa lambat?”
“Mandi. Berlengas sangat tadi,” jawabnya bersahaja. Sikit pun tak rasa bersalah. Dia kerling ke arah sepasang suami isteri yang dia kira kawan papa. Merangkap bakal mertuanya.
Dia tarik senyum senget. ‘Bakal mertua? Hmmpphh! I’ll make sure it won’t be happening anytime soon. No matter what it takes.’
“Haa... Papa lupa. Aaa.. Jalil,” lelaki yang sebaya dengannya di sebelah di gamit Dato’ Rahim, “... anak bujang aku.” Kemudian dia berpaling pada Fawwaz pula. “Fawwaz, ni kawan papa, Uncle Jalil.”
“Hai Uncle. Apa khabar?” tangan dihulur dan disambut mesra oleh Uncle Jalil.
“Baik. Baik. Ini wifeUncle, panggil Aunty Linda.”
“Aunty.” Fawwaz senyum dan hulur tangan juga dan disambut Aunty Linda.
“Haa... Yang ni, Lily.”
Fawwaz berpusing ke belakang. Dan dia pegun. Nafasnya tertahan. His heart skipped a beat. Gadis di depannya... Dan lepas tu dia perasan sendiri. Tak. Bukan. Nampak saja macam serupa, tapi tak sama. Andrianya lebih berisi. Pipi Andrianya lebih tembam. Andrianya lebih cantik dan ayu. Andrianya lebih... WOAH!! Reverse balik, Fawwaz! What did he just say? Andrianya? What the hell? Sejak bila?
“Abang Fawwaz?” teguran gadis di depannya buat Fawwaz kembali berpijak ke alam realiti.
“Err... Uhh... Hai... Err... Lily?” tangan dihulur, tapi tak bersambut. Lily cuma senyum dan tunduk sikit. Fawwaz jatuhkan tangan dan tarik senyum juga.
“Fawwaz bawak Lily borak-borak dekat taman dekat luar. Papa nak bincang sikit dekat dalam ni.”
“Okay Pa. Whatever you wished for... Jom Lily?” Tangan diunjuk ke arah pintu, berlagak gentleman.
Lily angguk. Lebih dulu dia berjalan keluar menuju ke taman di tepi rumah bersama Fawwaz yang tak jauh mengekori di belakang.
Fawwaz perhati gadis itu dari belakang. Lily ni rendah sikit. Andrianya lebih tinggi. Dan... Fawwaz sedut nafas dalam-dalam. Bau Andrianya lebih manis dan wangi. Lily cuma setakat wangi sahaja. That distinctive sweet, succulent and fragrant scent tu, tak ada. Aahh... dia describe bau Andria macam buah pulak.
Sampai dekat taman, Lily memilih untuk melabuhkan duduk atas kerusi dekat dengan sebuah kolam kecil, lengkap dengan air terjun mini. Fawwaz ikut duduk atas kerusi di sebelah Lily. Sengaja. Dia nak tengok sejauh mana tahap decentnya gadis ini. Siku diletak atas meja kecil, menongkat kepala sambil memandang raut wajah Lily yang saling tak tumpah. Dia perasan Lily larikan pandangan ke arah kolam di belakangnya. Dia senyum sinis dalam hati.
“So, kau buat apa sekarang?”
“Buat ijazah. Dekat UM.”
Kening Fawwaz terjungkit sebelah. Muda lagilah kiranya. “How old are you right now?”
“Nak masuk dua puluh satu dah.” Lily masih terlihat tenang. Padahal dalam hati dah macam dilanda ribut. Tak senang duduk sebenarnya ditenung sebegitu rupa. Dia akui lelaki yang duduk berhadapan dengannya ini memang sangat kacak, tapi sayang seribu kali sayang, dia dah ada pilihan lain.
“Owh? So, bila grad?”
“Lambat lagi. Tiga tahun lagi.”
“Ooo... Hmm...” Fawwaz berdehem sekali. “Aku taknak kahwin dengan kau.” Tiba-tiba. Dia perasan Lily nampak terkejut, tapi dia tak peduli.
“Oh, tak. InsyaAllah kita tak kahwin.” Kali ini, Fawwaz pula yang terkejut.
“Eh?”
“Mak ayah saya datang sebab nak berbincang dengan papa abang Fawwaz.”
“Oh? Bincang apa?” Fawwaz dah rasa macam orang bodoh. Kenapa dia tak dapat maklumat semua ni lebih awal?
“Pasal tunang abang Fawwaz tu laa.”
“Eh? Tunang aku? Bukan kau ke tunang aku?”
Lily senyum, angguk, kemudian menggeleng pula. Fawwaz dah rasa tenggelam punca. Apa budak ni? Main-mainkan aku ke apa? Ada jugak yang mendapat dekat sini nanti karang.
“Apa maksud kau ni?”
“Kakak. Sepatutnya kakak yang bertunang dengan abang Fawwaz. Bukan saya. Kakak dah balik, jadi mak ayah saya nak bincang semula.”
“Aaaahhhh... Dah balik... Bila dia balik?” Sengaja. Mahu memprovok sebenarnya.
“Hmm... Tadi. Dekat-dekat tengahari tadi.”
Jawapan Lily buat Fawwaz terdiam sekejap. Sekali lagi dia merenung lama wajah gadis tu. Serupa, tapi tak sama. Mungkin ke...
“Dia yang nak kahwin dengan aku, tapi mana dia?”
“Kakak... dia... tak sihat...”
Tak sihat? Rasanya dia hantar Andria tadi bukan main sihat lagi. Ke... memang bukan? Tapi macam iya...
“Kakak kau tu... panggil apa?”
“Liana.”
Oh? Bukanlah maknanya?
“Kenapa abang Fawwaz tanya?”
Fawwaz geleng. “Nothing. Aku cuma nak cakap, aku tak nak kahwin. Dengan kau. Atau pun dengan kakak kau.” Nafas panjang ditarik. “Apalagi sebab kakak kau tu haritu lari dengan boyfriend dia. Please lah. Aku tak hadaplah sisa-sisa orang ni.” Fawwaz bangun dari kerusinya. Wajah Lily yang sudah merona merah itu cuma dipandang sekilas.
“Tolong cakap dengan mak ayah kau tu, dengan kau pun aku tak ada rasa berkenan, apa lagi dengan kakak kau yang dah confirm kena tebuk dengan boyfrienddia tu. Ok? Ciao. Aku naik dulu.” Dia berpusing. Pegun bila melihat wajah papa yang merah padam, mama yang dah takut-takut, Fai dengan Irdina sudah tergeleng-geleng kesal, serta Uncle Jalil dan Aunty Linda yang menahan malu.
“Fawwaz!!” Dato’ Rahim meluru laju. Tak sempat Fawwaz nak mengelak, pipinya sudah menjadi mangsa.
***********************
Buat yang selalu tanya, 'Bila Fawwaz nak insaf nihh?' tu, jawapan dia adalah, laaaaaaammmmmbaaaaaaaaatttt lagi... Kata pun nak jadi novel, kan? Bukan senang nak insaf nih.. Old habits die hard kata orang German. Eh? Akakakakakak :P
Lupa nak tanya... Ok tak tukar tajuk ni??? Ok, kan?
Oraits, nak ready nak lari laju-laju.
Anda dipersilakan menghentam sekarang.
Eheheheheheh :D