Saturday, January 4, 2014

Si Mamat Jambu - Part III & IV


Kali ini dua part sekaligus. Enjoy reading! :D



Part III

“Penat gila laa hari ni.”
Tuala hotel aku sidai atas kerusi selepas mengelap rambut. Sikat atas meja aku capai. Siap mengemaskan rambut, aku betulkan getah seluar pendek paras lutut lalu menghumban tubuh atas katil. Kepala aku sandarkan pada kepala katil dengan tangan bersilang di dada yang terdedah. Nak tidur dah, pakai baju buat apa? Rimaslah.
Sedang asyik menonton drama dari saluran HBO, terasa semacam diperhatikan. Aku pandang Amal. Cepat-cepat dia toleh ke arah lain. Aku tarik senyum senget sebelum mengiring menghadap ke arah katil dia yang dipisahkan sebuah meja kecil di tengah-tengah. Tangan kiri aku menopang kepala.
“Mal,” panggil aku.
“Hmm.” Sikit pun dia tak berkalih pandang aku. Duduk memeluk lutut atas katil dengan pandangannya hanya tertumpu pada televisyen.
Aku pandang dia lama. Budak Amal jambu ni memang orang lelaki pertama aku kenal yang tidur siap pakai full clothing. Dari kali yang pertama aku heret dia pergi Kangar, sampai ke kali ini, kali yang ke-empat aku heret dia pergi site kena tidur hotel. Kalau dia setakat pakai singlet dengan seluar pendek tu, biasa jugaklah aku tengok orang lain buat. Ini full clothing bertutup habis. Yang sangat tak boleh blah tu pasal dia pakai sweat suit besar gedabak siap ada hoodie. Kalau pakai snow caplepas tu pakai sneakers, confirm boleh jadi Eminem Malaysia. Hahahahah
“Hoi! Gelak sorang, apahal? Kau jangan buat cerita seram tiba-tiba, der. Tengah malam dah ni.”
Aku tak perasan pulak aku gelak sorang-sorang tadi. Terus buat muka serius dan pandang Amal tajam-tajam. Aku perasan muka dia dah cuak gila.
“Aku pelik ah Mal.”
Muka cuak dia dah hilang. Diganti dengan muka penuh tanda tanya. “Apa?”
“Kau laa.”
Ganti pulak dengan muka tak puas hati.  “Apadia?”
Aku sengih. Tangan kanan yang tadinya melintang di dada aku letak di sisi. Amal terus alih pandangan. Nampak jelas muka dia dah merah.
“Kau gay ke Mal?”
Membuntang terus mata dia pandang aku. Bertambah merah muka dia.
“Apsal kau cakap camtu pulak?” Jelas nada marah dalam soalan dia. Aku dah gelak-gelak.
“Entah. Aku tengok kau tu semacam je. Tengoklah tu. Aku tak pakai baju macam ni pun kau punya reaction macam kan aku bogel. Kau songsang ye Mal?” Aku tuduh lagi.
“Gila kau! Aku straight lah!” Remote tv besar gedabak tu dia baling dekat aku. Nasib baik sempat elak. Kalau tak, harus senak aku semalaman. Tak ada tempat lain dia nak aim. Gila betul budak Amal jambu ni. Aku bagi dia sekali dekat situ karang, baru dia tau erti penyesalan. Heh.
“Kalau betul kau straight, apasal kau malu-malu tengok aku? We’re both guys. Aku rasa masa kau study kat US sana, lagi macam-macam kot kau dah nampak?” Giat aku lagi. Muka dia dah merah macam biji saga. Lawak gila.
“Mana ada. Aku tak biasalah. Kat sana aku duduk rumah kakak aku. Mana ada aku campur dengan orang tak senonoh macam kau ni. Hish!”
“Hoi, hoi. Cakap berlapik sikit haa. Masa bila gua tak senonoh? Gua sikit punya sopan bakal menantu pilihan ni, der.” Aku mendabik dada.
Amal mencebik.
“Blahlaa lu, Rush. Perasan. Kalau bakal menantu pilihan, dah lama lu kahwin, ok?”
Pergh! Berdesing telinga gua, der! Mendatar je nada dia, tapi memang makan dalam betul.
“Lu-“
“Dah. Malas layan kau. Aku nak tidur. Esok kau suruh aku drive, kan? So, selamat malam. Assalamualaikum.” Dia terus masuk bawah selimut dan tarik sampai ke kepala.
Aku pandang dia lama lalu gelengkan kepala. Dahlah pakai sweat suit, boleh pulak berkelubung sampai tutup kepala macam tu. Nak kata metabolic rate dia rendah, cepat sejuk, dia punya makan boleh tahan dahsyat. Mungkin kadar lemak dalam badan dia 0% kot. Tu pasal tak tahan sejuk. Badan dahlah sekeping je macam papan lapis. Hahahah
Televisyen aku padamkan sebelum menutup suis lampu di tepi katil. Selimut aku tarik sampai ke dada. Baca doa dan terus pejam. Semoga mimpi indah malam ini...
 *******************
 
 Part IV
Pintu frosted glass bilik pejabat aku diketuk berkali-kali. Aku terus cepat-cepat matikan perbualan telefon dengan kontraktor. Gagang telefon aku hempas dan terus bangkit menuju ke pintu. Sakit hati betul. Siapalah yang tak reti-reti aku cakap sekejap, sekejap, masih duk terus ketuk pintu jugak dari tadi ni? Aku pulas tangkai pintu dan menariknya kasar.
“Siap... Eh? Err... Dato’ Fuad. Err... Jemput masuk.”
Dato’ Fuad senyum dan angguk. Langkahnya diatur masuk ke dalam ruang pejabat lalu terus duduk di atas sofa yang tersedia. Tongkatnya disandarkan pada tepi sofa.
“Err.. Dato’ nak minum ke, apa ke? I’ll ask Maria to get you some.”
Dia geleng kepala sambil melurut janggut.
“Tak payah. Takpe. Uncle saja datang nak tengok-tengok syarikat je. Ingat nak tengok-tengok Amal sekali, tak nampak pulak. Err... dia keluar ke?”
Aku labuhkan duduk atas sofa bertentangan dengan Dato’ Fuad.
“Saya suruh dia pergi MPSJ sekejap tadi, ambik pelan. Sekejap lagi balik laa tu.”
Orang tua tu angguk-angguk lagi. Tangan kanannya masih setia melurut janggut sejemputnya. Aku longgarkan sedikit tali leher. Rasa macam terjerut je dengan kedatangan share partner Tuan Haji secara tiba-tiba ni. Nak cakap apa pun tak tau ni.
“Macam mana Amal kerja? Ok?” Akhirnya dia juga yang mulakan.
“Haa, ok. Bagus. Cepat tangkap. Kira Dato’-“
“Uncle. Panggil Uncle je Rush. Dah banyak kali Uncle pesan, kan?” pangkasnya.
Aku berdehem sekali.
“Err.. ye, Uncle. Err... Uncle tak payah risaulah. Amal tu memang kategori boleh diharap in case Uncle nak serahkan syarikat untuk dia handle.” Aku senyum. Dato’... eh, err... Uncle Fuad ikut senyum.
“Alhamdulillah.” Dia sandarkan badan pada sofa.
“Err... Dato’.. Err... Uncle nak minum? Saya suruh Maria buatkan.”
Dia geleng lagi.
“Tak payah, tak payah. Kamu pun buatlah kerja kamu. Bagi Uncle duduk rehat sekejap dekat sini. Penat pulak berjalan pusing-pusing officetadi.”
Hailah orang tua, macam mana aku nak buat kerja aku kalau kau melepak kat sini? Terbantut semangat gua laa.
“Kalau Uncle nak rehat saya boleh mintak Maria siapkan tempat dekat lounge.”
“Uncle ganggu kamu ke?”
Ye. Sangat.
“Eh, takdelah. Cuma, yelah. At least selesa sikit duduk dekat loungetu.” Terbaik lakonan kau Rush. Dalam hati cakap lain, mulut cakap lain. Bagus sangat. Kalau Malaysia ada Anugerah Oscar, confirm kau dapat. Heh.
“Takpe, sekejap je. Nak jumpa Amal sekejap. Dia tu sekarang jarang nampak dekat rumah. Balik lewat, outstation lagi. Sibuk katanya.”
Aku angguk-angguk.
“Memang tengah sibuk sekarang ni, Uncle. Projek jalan serentak empat tempat. Tu yang tak berapa nak menang tangan sangat tu. Takpelah Uncle, bagi dia belajar susah. Nanti baru pandai menghargai.”
“Betul tu, betul. Uncle setuju.” Dan serentak itu pintu pejabat aku diketuk sekali dan pintu dikuak sedikit. Panjang umur mamat jambu ni.
“Rush, ni... Eh, papa. Err... Papa buat apa kat sini?” Amal terus salam cium tangan Uncle Fuad.
“Saja datang tengok-tengok syarikat. Tengok-tengok Amal sekali. Rasa macam dah lama tak jumpa Amal.”
Aku sengih. Uncle Fuad ni gaya cakap macam nak salahkan aku bagi kerja banyak kat anak dia je. Ketahuilah olehmu Uncle, bahawasanya saya juga pulang lambat setiap hari. Outstation selalu. Sebab saya outstation lah saya heret anak Uncle yang jambu tu sekali, supaya dia boleh faham dengan lebih banyak macam mana nak uruskan syarikat esok-esok. Fahamilah niat baik saya tu, Uncle.
“Amal sibuklah Pa. Bukan saja-saja balik lambat.”
“Ye, takpe, papa faham.”
“Err.. Mal, pelan mana? Bak sini. Kau pergilah teman Uncle Fuad keluar minum sekejap ke, apa ke.”
“Err.. Sekejap. Ada benda nak kena terang sikit. Papa tunggu sekejap ye?” Uncle Fuad angguk dan bangkit dari sofa. Amal labuhkan duduk sebelah aku. Gulungan pelan dibuka dan dibentang atas meja kopi.
“Gila bodoh lu der! Macam tu pun boleh!” Aku tumbuk bahu dia dan gelak.
Sengal gila budak Amal jambu ni. Dalam duk terang-terang semula pada aku pesanan-pesanan dari pegawai kat MPSJ tu, dia boleh buat lawak spastik pulak. Amal tumbuk bahu aku balik.
“Lu lah gila! Ada ke boleh selamba letak sticky note tulis camtu? Nak mati tersiat dah gua kena jeling dengan pegawai tu.” Dan tiba-tiba ada suara berdehem.
Alamak! Mampus aku! Macam mana boleh lupa bapak budak Amal jambu ni ada kat dalam ni, ni? Masak aku! Dahlah selamba bertepuk tampar, siap bodoh-bodohkan anak dia pulak tu. Aiseh. Spontan tangan aku naik menggaru belakang kepala. Aku pandang Uncle Fuad, kemudian pada Amal yang menyengih macam kerang busuk. Pandangan aku halakan semula pada Uncle Fuad.
“Ehem, mesra betul nampak?”
Aku sengih.
“Setahu Uncle selama ni, tak pernah pun ada kamu sentuh-sentuh perempuan, kan?”
Mati terus senyuman aku. Uncle Fuad ni nak cakap apa? Nak kata aku sangkut dengan mamat jambu anak dia ni ke? Pergh!! Mintak simpang!! Kepala otak aku ni waras lagi lah!
“Er.. memanglah tak ada. Haram kot, bukan mahram.” Berkerut sudah kening aku. Aku toleh pada Amal. Muka dia sedikit tegang.
“Pa.” Suara Amal keras, seolah memberi amaran. Uncle Fuad senyum dan geleng. Dia labuhkan duduk atas sofa tadi, bertentangan dengan aku dan Amal.
“Tau, tapi buat jugak?”
Eh, orang tua ni apahal main tuduh-tuduh ni? Masa bila dia nampak aku sentuh-sentuh perempuan ni? Tak pernah, ok? Mak ayah aku bagi didikan sempurna. Walau aku tak adalah baik sangat, tapi aku jaga jugak batas-batas pergaulan tu.
“Uncle cakap apa ni?”
Uncle Fuad senyum sinis. Amal dah berdiri.
“Pa, stop it.” Keras. Diorang anak beranak ni dah kenapa sebenarnya?
“Depan-depan Uncle kamu bertepuk tampar dengan Amal. Siap pulak peluk-peluk bahu bagai. Apa tu?”
Membuntang mata aku. Uncle Fuad ni nyanyuk ke apa? Aku pulak berdiri.
“Uncle merepek apa ni? Saya rasa selesa dengan Amal. Dah anggap dia macam adik pun. Tak boleh ke saya buat macam tu?” Lelaki sama lelaki kot. Bukan aku pegi peluk cium dia macam peluk cium pasangan kekasih pun. Apa tinggi sangat ke martabat dia sampai aku nak layan anak dia sebagai adik pun tak boleh?
“Sebab Amal tu anak Uncle! Anak dara Uncle!”
Say what?
“Pa! Stop!” Amal dah menjerit.
“Anak dar... Anak dara Uncle? Amal anak dara?”
“Shahirah Amalia anak dara Uncle. Kamu tak tau?”
Rahang bawah dah cecah lantai. Serius tak percaya. Aku pandang Amal atas bawah. Sumpah susah nak percaya. Dan kemudian aku teringatkan sesuatu.
Patutlah dia malu! Patutlah dia pakai tutup litup!! Argh!! Tak pasal-pasal banyak gila dosa aku sebab dia!! Astaghfirullahal ‘adziimm!!
“Kau!!”
Telunjuk aku lurus tepat depan muka dia yang tayang muka toya. Aku ketap gigi kuat-kuat. Serius rasa nak bagi penumbuk aje sedas biar pecah muka jambu tu. Dia buat aku menyirap! Betul-betul menyirap!! Mulai hari ini, waktu ni, saat dan ketika ini, aku isytiharkan perang dunia ketiga dengan dia!
********************************





Okey. Dah boleh hentam sekarang.. :D

No comments:

Post a Comment