Saturday, March 8, 2014

Doakan keselamatan Pesawat MAS #MH370


SHAH ALAM - Susulan insiden pesawat MAS yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi, pengguna internet di Facebook dan Twitter melahirkan rasa simpati dan doa untuk semua penumpang pesawat tersebut.


Rotimi Adegunloye : Let us set aside nationality, religion, race, etc and continue to pray for those on the #Malaysian Airlines flight. #PrayForMH370

Aishah Azmii: The aircraft is out of radar. Ya ALLAH please protect the people who are in flight MH370

Diyana Halik: Ya ALLAH, please save everyone in #MH370 #PrayForMH370 This is too sad.

Turut berkongsi pendapat, tidak ketinggalan golongan selebriti tempatan.

Sharifah Aleya, Nelydia Senrose dan Mizz Nina juga berkongsi kesedihan dan doa tentang kejadian tersebut:

Sharifah Aleya: More than anything, I'm praying for peace in the lives of the families. Ya ALLAH, what they must be going through right now. #PrayForMH370

Nelydia Senrose: It's sad. We can only hope for the best. Our prayers are with you #PrayForMH370

Mizz Nina: Ya ALLAH, I pray for the safety of the passengers on board the missing plane #PrayForMH370

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya menegaskan, syarikat penerbangan itu
hanya mengikut SOP apabila hanya mengumumkan pesawat MH370 gagal dihubungi sejak jam 2.40 pagi tadi.

Ahmad Jauhari berkata, sejak pagi tadi, pihaknya berusaha menghubungi kerana pesawat itu hilang dari radar pusat kawalan operasi Subang.

"Jangan jadikan isu mengapa lewat. Walaupun mengambil masa hampir lima jam, kami terus cuba. Namun keadaan pesawat tidak dapat dipastikan.

"Sepanjang tempoh ini, kami turut mendapatkan kerjasama dengan pihak dari Vietnam dan China bagi mengesan pesawat ini," katanya lagi.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac, dan dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Marilah kita sama-sama berdoa keselamatan dan kesejahteraan penumpang #MH370. - Sinarharian

No comments:

Post a Comment