Sebagai menyahut cabaran Que Sera Sera dan Farah Husain untuk apdet sebelum jam 12.30 tengah malam. Heheheheheh
Part Dua
Handbrake ditarik naik sebelum gear dibebaskan. Dia berjeda seketika di dalam kereta. Nafas panjang ditarik sebelum dahi didaratkan pada stereng Proton Wira pinjam itu. Letih berurusan di balai polis tadi. Macam-macam soalan dia dapat. Kena pulak dengan entah mana-mana datangnya tukang tarik kereta tawarkan servis untuk ditarik ke workshop mereka. Memang sahihlah dia takkan terima. Penat dia tunggu pomen kepercayaannya si Amir datang.
“Kau ni dah kenapa pulak buat drama sedih dekat sini? Cepatlah sikit, karang aku nak balik workshop balik.”
Damien angkat kepala dan toleh pada Amir di sebelah. Sengih ditarik.
“Yelah. Yelah. Kau nak apa tadi?”
“Dunhill biru sekotak,” balas Amir.
Damien sekadar angguk tanda faham. Pintu kereta dibuka dan dia terus keluar, menapak laju menuju ke arah kedai serbaneka di hujung blok bangunan. Masuk dalam 7Eleven, terus dia hala ke mesin slurpee. Nak tarik cup, tangannya berlaga dengan tangan orang lain yang kebetulan mahu mencapai cup yang sama.
“Eh,sorry!” serentak bersuara, lalu serentak berpandangan. Dan serentak juga masing-masing pasang muka cemberut.
“Aku tak tau laa apa suwey nasib aku kali ni pulak,” selamba tutur Damien buatkan si gadis membesarkan mata yang dah sedia besar.
“Encik Haid, awak-“
“Hyde laa! Hyde!” marah Damien.
“Apa-apa ajelah! Hide ke, haid ke, haitke...”
“Hyde! Kau sebut nama aku tu elok-elok sikit!” Makin berang Damien rasa. Telunjuk dah tegak dengan tegang depan muka si gadis, buatkan si gadis terdiam sekejap. Ikutkan hatinya yang tengah marah, nak angkat jari tengah je. Tapi sebab fikir yang dekat depan dia ni perempuan, keinginan yang membuak-buak tu ditahan sahaja.
Si gadis tarik nafas panjang, herotkan bibir dan menjeling tajam. Tangan Damien depan muka ditepis dan cup Slurpee ditarik.
“Malas layan awak. Saya dahaga ni, tau? Tepi sikit, saya nak ambik Slurpee,” bentaknya garang.
Damien pandang tajam pada si gadis yang masih tegak berdiri di hadapannya sebelum berganjak ke tepi sedikit. Setiap gerak laku si gadis diperhatikan bagai sang helang sedang memerhati mangsanya.
Dari mula si gadis mengisi cup sehingga penuh sampailah si gadis bergerak menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran, mata Damien tak lepas dari memerhatikannya dengan sorotan matanya yang tajam.
Selepas membuat bayaran dan menerima wang baki, si gadis mengangkat gelas plastik tingginya dan menghadap pada Damien di belakang.
“Encik Hyde,” dia buat muka, “Saya harap lepas settle hal kereta tu, saya takkan jumpa lagi dengan encik yang sombong, angkuh, bongkak, berlagak ni.” Tajam jelingan dihadiahkan buat sang jejaka.
Damien yang mendengar rasa sedikit tercabar. Terjongket keningnya sedikit sebelum senyum senget ditarik. Tangan kiri menyeluk poket slack manakala tangan kanan menyapu-nyapu belakang leher sambil dia melangkah tenang mendekati si gadis.
“Cik Vina sayang,” tangan kiri disilang di dada sementara tangan kanan mengurut dagu, renungan tajam sudah berganti dengan renungan yang lembut dan menggoda, senyum tipis menghiasi bibirnya, “... it’s a bit of a pity that I’m unable to show you the other side of me since you don’t want to see me ever again...” ujarnya dengan nada yang rendah.
Si gadis sudah terdiam, terkelip-kelip mata yang besar dan galak itu memandang sang jejaka di hadapan yang tiba-tiba berubah kelaku. Liur kelat ditelan bila lelaki itu tiba-tiba menunduk, merapatkan wajahnya.
“But then again,” Senyum Damien terus terhapus. “... you’re not worth it...” Pandangan tajamnya kembali.
“Eeeiiii!! Mental!! Ingat kau bagus sangat?!” marah Vina dari celahan gigi yang diketap rapat. Bulat matanya. Turun naik nafasnya laju.
“Bagus laa jugak daripada kau tu,” balas Damien selamba dan berjalan melepasi gadis itu menuju ke kaunter. Sengaja dia melanggar bahu si gadis yang tinggi lampai sampai terjatuh gelas Slurpee menghempas lantai.
Damien berhenti dan berkalih ke belakang. Pandangan turun ke lantai yang dah bersepah dengan Slurpee hijau sebelum naik kembali ke wajah si gadis yang sedikit melopong.
“Oopss! Did I do that?” Kening dikerut sambil menghulur pandangan konon simpati.
“Kau...” Vina kancing gigi rapat-rapat. kalau boleh dia nak letak jari mamat berlagak nak mati yang seorang ni dekat dalam mulut dan kacip bagi putus. Geram! Sakit hati! Arrggghhh!!
“Sorry... Tak sengaja...” ujar Damien sebelum terus berkalih pandang pada budak-budak cashier yang dari tadi setia menonton di kaunter. Dompet dikeluarkan dari poket belakang seluar slacknya.
“Dunhill biru sekotak. Ni, tolong gantikan slurpee kakak tu,” dua keping not merah diletak atas kaunter.
“Dan ni,” sekeping not seratus dilayang sekali sebelum diletak atas kaunter juga, “... upah tolong bersihkan lantai tu nanti. Terima kasih,” ucap Damien selamba dan terus mencapai kotak rokok yang dihulurkan lalu keluar tanpa mengambil sebarang wang baki.
Keluar sahaja dari kedai serbaneka itu, Damien dah kulum-kulum senyum. puas hati dapat kenakan orang. Memang silap betul gadis tu cari pasal dengan dia masa dia tengah tak ada mood. Masa dia tengah penat. Masa dia tengah bengang. Memang silap besar sangat-sangat.
“Woi!”
Tak jadi Damien buka pintu kereta bila dipanggil begitu. Saat dia berkalih ke belakang, secawan penuh slurpee hijau terbang melayang. Spontan dia mengelak ke tepi. Cermin depan Wira pinjam yang jadi mangsa.
Damien kalih pandang semula. “Kau...”
Si gadis terus berlari pecut meninggalkan kawasan itu.
“Woi! Woi! Ni apahal kereta aku jadi mangsa pulak ni?” Amir kelam kabut keluar dari kereta.
Damien tak menjawab. Pandangan masih terhala pada arah si gadis berlari tadi. Bergerit-gerit gigi dilagakan. Geram. Nafas panjang dihela keluar melalui celahan gigi yang terkancing rapat sebelum dia berpusing menghadap kereta semula.
“Apahal ni? Siapa tu tadi? Perang apa kau ni tiba-tiba kereta aku kena mandi dengan air hijau ni?” Bertubi-tubi soalan Amir.
“Itulah budak perempuan gila sengal yang langgar kereta pinjam aku tu,” jawab Damien acuh tak acuh sambil masuk ke dalam kereta. Pintu ditarik kasar melampiaskan rasa yang mendongkol dalam hati.
“Gila ganaaasss main serang-serang orang. Nasib baik dia baling cawan air. Kalau dia baling batu-bata tadi? Fuuuhhhhh!” Amir dah geleng-geleng kepala.
“What do you expect laa Mir? Perempuan kan lebih emosi dari rasional? Fikir guna hati, tak pakai akal,” cemuh Damien sambil memandu Wira beredar dari situ.
“Eh, kau jangan label semua perempuan macam tu, bro. Cuma sebab kau jupa kebanyakannya macam tu, tak bermakna semuanya macam tu.” Amir goyang telunjuk.
“Aahh! Sama je semuanya. Aku tak pernah jumpa laa perempuan yang rasional. Semua jenis emosi lebih. Tu tadi tu, contoh paling besar laa tu. Suka hati baling Slurpee tu kat aku. Kalau aku cedera, macam mana? Itulah perempuan. Buat dulu, dah jadi apa-apa kang baru terfikir baik buruk. Huh!”
Amir diam. Malas nak campur. Dia faham sangat kenapa Damien agak skeptik dalam hal ni. Dah lama dia kenal lelaki berdarah campuran di sebelahnya ini. Mungkin dia tak rapat, tapi dia tahu serba sedikit tentang lelaki ini.
Damien ikut diam bila Amir tak menjawab. Masing-masing senyap sehingga tiba ke bangunan pejabat tempat kerja Damien.
“Ok, bro. Thanks for the ride. Nanti kereta dah siap call aku. Buat cepat-cepat sikit. Aku kalau boleh nak settle cepat dengan budak perempuan kerek tu. Buat mendidih je,” rengusnya seraya keluar dari perut kereta.
“Alrightbro. Sepantas kilat aku siapkan kereta kau. Aku balik dulu... Eh? Rokok aku tadi mana?” Amir yang dah berginjak ke tempat duduk pemandu hulurkan tangan ke luar tingkap.
Damien ketawa. “Lupa pulak aku.” Poket diseluk dan kotak rokok jenama Dunhill berwarna biru diletak atas tapak tangan yang terngadah itu.
“Ok, aku blah dulu. Again, thanks a lot.”
“No sweat, bro. Aku jalan dulu.” Tangan diangkat sekali dan Amir terus memandu pergi.
Damien hela nafas panjang. Jam di pergelangan tangan kiri dikilas sekali. Dah hampir tengahari. Padanlah tekaknya rasa kering gila. Ini semua sebab budak perempuan gila tu tadi. Kalau tak, dah tentu-tentu boleh layan brain freeze dengan secawan besar Slurpee dari tadi. Memang suwey nasib dia hari ni. Memang suwey gila-gila!
Sekali lagi nafas dihela. Kaki mula membawa langkah memanjat anak tangga untuk memasuki bangunan empat tingkat itu.
**************************
P/s : masa kena cabar entry tinggal sikitttt je lagi nak abes, memanglaa kusahut cabaran itu... Cuba kalau baru start dua tiga perenggan? Haruslah ku diaaaammmm sahajaaaa... Muahahahahahah :P
P/s 2 : Cerita ni part dia pendek2 je unlike ITS. Tu yang senang sikit tu.. Hahahahahah :P
P/s 3 : Masih belum dapat tajuk yang sesuai.... Ada sebarang cadangan? :D
No comments:
Post a Comment