Assalamualaikum. Haa.. Jangan ada yang terkejut sampai heart attack plak hari ni update uber punya awal than usual... Kakakakakak :P
Ok, baca dulu.
Bab 4.
Aku padamkan televisyen. Tak ada rancangan yang menarik malam minggu macam ni. Sudahlah tinggal sorang-sorang je kat rumah. Budak-budak lain semua dah keluar meronggeng. Aku malas nak ikut. Badan rasa sangat penat. Aku rasa ada dekat dua bulan kot aku tak cuti hujung minggu. Dah dapat can ni, haruslah aku gunakan sebaik yang mungkin. Aku bangkit dari sofa PVC. Mug yang sudah kosong kubawa ke dapur untuk dibasuh sebelum mengurung diri di dalam bilik. Suis stand fan aku petik dan menghalakannya ke arah meja kerja. Punggung kulabuhkan atas kerusi. Earpiece aku sumbat ke dalam telinga dan Ipod aku hidupkan. Lagu Holiday yang berkumandang serta merta buat aku teringatkan seseorang. Aku pandang pada diari kepunyaannya yang masih aku simpan. Dah dua hari aku simpan. Tak sempat nak pergi bagi, tak sempat nak balas dendam lagi. Esok ajelah. Diari kuambil.
Buku berkulit tebal itu aku buka lagi untuk ke sekian kalinya. Masih pada mukasurat yang pertama. ‘Senah Punya’ masih tertera di muka hadapan sekali. Aku tahu berdosa kalau aku selak lagi membaca kisah hatinya, tapi perasaan ingin nak tahu tu terlalu membuak-buak. Aku nak tahu jugak ada tak dia catatkan kisah tentang aku. Tentang pertemuan pertama aku dan dia. nak tahu apa pandangan dia terhadap aku. Apa perasaan dia pada aku. Uber curious to find out! Teragak-agak aku menyelak helaian pertama. Biodata diri. Wah, ini sudah bagus! Free info! Laju mata aku menatap maklumat yang tertulis.
“Ting tong punya budak!” Aku gelak. Memang tak boleh blah langsung. Satu maklumat pun tak boleh pakai. Semua main-main punya jawapan. Tak ada yang serius. Well, kalau jawapan tu serius pun, separa sahaja. Memang kepala ting tong punya orang ni.
Galaxy Ace yang tergeletak di hujung meja mengalunkan lagu tema Super Mario Brothers tiba-tiba. Diari aku letakkan atas meja dan mencapai telefon. Nama pemanggil yang tertera buat aku mengeluh berat. Apa pulaklah pesanan penaja kali ini? Ipod aku matikan dan earpiece aku tanggalkan. Lambat-lambat aku tekan juga punat hijau. Telefon kutekap ke telinga.
“Assalamualaikum mak.”
“Waalaikumussalam. Achik duk buatpa tu?” Aku bangkit dari kerusi, halakan stand fan ke katil dan melabuh duduk di atas katil. Belakang badan kusandarkan pada dinding.
“Takdak buatpa. Nak tidoq dah ni.”
“Awai tidoq, baru pukui sepuluh. Esok gheja ka?” Aku geleng.
“Dak aih, cuti.”
“Cuti awat tak balik kampung?” Adeh.
“Achik tak dapat cuti lama mak. Gheja duk tengah banyak laa ni. Ni pun baru nak meghasa cuti. Kot dak straight Ahad sampai Ahad Achik duk gheja.” Terdengar mak mengeluh di hujung talian. Aiseh, bersalah betul rasa.
“Mak mai sini laa. Achik memang tak dapat nak cuti lama nak balik SP. Kalau mak mai sini, boleh jugak Achik lari-lari sat pi jumpak mak, bawak mak pi jalan ka, pi pusing-pusing ka. Mak ajaklaa Acaq mai.” Mak mengeluh lagi di hujung talian. Aku garu kepala. Nak pusing cakap kut mana lagi pun tak berapa nak tau dah ni.
“Tengoklah lagu mana. Sat ni mak habaq kat Acaq. Ni, mak ada hal nak habaq ni.”
“Err... Habaq apa mak?” Janganlah mak habaq kata mak dah ada calon untuk aku. Sesungguhnya Achik belum ready lagi, mak.
“Ni, duit Achik ni mak pakai beli barang sekolah adik-adik na?” Fuuuhhhh~~ lega tak tau nak habaq laa cheq dengaq...
“Laa mak nih. Memang Achik duk bagi untuk mak pakai. Mak guna pi lah, nak habaq kat Achik buatpa? Kalau habaq tak cukup tu lainlah, laa ni jugak Achik pi masuk duit.”
“Manalaa tau kot Achik nak pakai buat kahwin.” Aiseh, dah start naik bunga-bunga dah tu. Harus. Cantas. Segera.
“Lambat lagi mak. Mak pakai dululah nak buat apa pun, tak payah habaq. Nanti esok Achik tambah lagi.” Dah siap cantas. Harap tak melata lagi.
“Eh, takpalah. Hat yang duk bagi tiap-tiap bulan tu pun melambak lagi. Mak bukan guna banyak sangat pun. Kot Achik nak pakai buat apa-apa nanti.” Kenapa aku rasa macam cantasan tadi tak berjaya aje? Mak ni, liat betul laaa... Haiiissshhhh....
“Takpa mak, Achik ada simpan lain. Bulan-bulan Achik duk bagi tu, memang untuk mak guna. Mak pakailah macam mana mak nak pakai. Tak payah habaq. Kalau tak cukup ja baru habaq kat Achik. Ok?” Mak mengeluh lagi buat kesekian kalinya.
“Adik-adik apa habaq? Mak sihat?” Tukar topik. Dah lama cakap baru nak tanya khabar, bengong. Tapi takpe, ada jugak topik lain nak dibangkitkan sekurang-kurangnya. Bab-bab duit ni aku malas sikit. Eh, bukan sikit. Tapi malas banyak.
“Alhamdulillah, sihat. Achik kat sana apa habaq? Sibuk-sibuk gheja tu, solat buat dak?” Haish mak nih.
“Solatlah mak. Apa punya soalan laa mak bagi nih.”
“Manalaa nak tau. Dulu hang liat nak solat.”
“Tu dulu, masa kecik-kecik. Sejak baligh Achik tak tinggai dah. Lambat dengan cepat jaa. Mak ni... Saja nak bagi jatuh saham Achik ni...” Mak gelak di hujung talian. Aku tarik sengih. Bingo!
“Lain kali solat tu awal-awal waktu. Jangan lewat-lewat, tak bek.” Mak dah mula bagi tazkirah. Aku redha je tadah telinga, terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya.
“Yelah mak, Achik ingat.” Jawabku setelah tazkirah ringkas mak tamat.
“Haa, Achik ni bila nak bawak balik calon menantu kat mak? Mak nak tengok.” Aik? Tukar balik? Tak cantas habis lagi ke tadi? Aduh!
“Achik tak dak masa laa mak. Tak sampai seru lagi. Ada nanti, adalah. Mak sabaq sajalah.” Jawabku acuh tak acuh.
“Mak nak sabaq sampai bila Achik? Mak bukan muda lagi dah pun. Achik pun umuq dah berapa. Nak tunggu sampai bila lagi Chik?” Mak dah buat suara sedih. Adui... tak menahan betullah.
“Belum sampai masa dia lagi laa mak. Adik-adik pun duk tak habih mengaji lagi.” Nada aku dah sedikit tegas.
“Allah, nak tunggu adik-adik hang semua pakat habih mengaji, pakat mati kempunan laa mak.”
“Mak ni, cakap lagu tu pulak. Lagipun Achik duk sibuk gheja laa mak. Mana sempat.” Ni yang mula nak datang kepala angin aku ni. Tak suka betul laa mak cakap macam tu.
“Susah-susah sangat mak carik laa sorang kat Achik. Nak? Anak Cikgu Derus duk hujung kampung tu anak dara dia baru habih mengaji. Kot dak, tu, anak makcik Aton tu. Dia gheja kat KL jugak. Senang Achik nanti. Lawa pulak tu budak dia. Mak tengok pun berkenan.” Apa?
“Hah? Tak mau laa mak! Achik carik sendiri!” Anak Cikgu Derus? Siapa? Anak makcik Aton? Mintak simpang! Bukan aku tak kenal minah tu. Balik kampung je cantik bertutup, dekat sini? Fuuuhhhh~~ Malas nak bagitau laa.
“Bila Achik nak carik?”
“Nanti Achik carikla. Achik duk banyak gheja laa nih. Tak sempat.”
“Duk nanti, nanti. Ka memang Achik macam Haziq duk habaq kat mak hari tu? Apa tu? Gay?” tersedak air liur sendiri terus aku.
“Mak percaya sangatlah cakap dia tu.” Mak ketawa. Aku rasa macam nak tarik muncung panjang-panjang.
“Dahtu, sampai laa ni susah sangat nak bawak calon menantu tunjuk kat mak. Awat?” Haiihhh... Berapa kali mau cakap daa...
“Achik sibuk, mak. Tak dak masa.”
“Mak tak percaya lah. Ka Achik sorok bakal menantu mak ni?”
“Ha, mak mai sinilah. Nanti Achik tunjuk macam mana, senang. Duk tak percaya sangat.” Sinis aku.
“Betui ka? Hujung minggu depan jugak mak ajak Acaq mai!” Suara mak dah kedengaran teruja gila. Eh, apasal pulak teruja tiba-tiba?
“Err... mak, Achik-“
“Mak nak pi habaq kat Acaq na? Nak bawak apa-apa ka? Cincin ka? Apa ka?” Haa? Bawak cincin? Eh, Mak cakap apa pulak ni?
“Mak, Achik-“
“Minggu depan mak mai na? Jumaat mak mai, hari Sabtu ka, Ahad ka, kita pi tengok bakal menantu mak na?” What? Mak! Achik cakap nak tunjuk berapa punya busy kerja Achik lah! Bukan tunjuk bakal menantu! Aduh! Mati aku!
“Mak! Achik tak-“
“Ok, mak nak telefon Acaq nak habaq sat. Assalamualaikum.” Dan mak terus matikan talian. Maaaakkkkkkkkkkkk! Achik cakap lain laaaa!! Telefon aku campakkan atas katil. Dua-dua belah tangan dah menggaru-garu kepala. Aku bangkit dari katil, alihkan stand fan dan duduk di meja kerja semula.
“Mampus aku macam ni. Aduh, mak ni... Nak explain balik macam mana ni? Masak aku, masak!” Aku tarik nafas panjang-panjang dan menghembusnya perlahan. Relax Daus, jangan gabra. Hal kecik je. Sekarang memang tak boleh nak reasoning lagi dengan mak, dia tengah teruja lebih, cakap apa pun nanti dia tak dengar.
Komputer yang dah masuk mode standby aku aktifkan semula. Aku duk tension-tension pun tak boleh nak fikir alasan yang waras, tahu nak naik angin je nanti. Kasi main gamedulu seround-dua, baru boleh fikir semula. Tetikus aku gerakkan untuk klik pada portal game online. Tangan aku berlaga dengan diari Senah.
Senah? Senah? Hmmm... Senah... Haaa!! Senah!! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Bingo!! Calon dah dapat!!
**********************
Ok, going to in-laws' crib now. Komen-komen dulu haa... Nanti balik I'll see to it. :)
No comments:
Post a Comment