Monday, October 14, 2013

Iced Tea & Scones - Part 8

Re-branding of Until You. Tukar semula kepada tajuk lama. Lepas ni nak buat trademark. All my writings akan bertitlekan makanan. Mueheheheheh :P

Ok, jemput baca. :D



Part 8

Fawwaz dah rasa tak senang duduk. Dari tadi telefon bimbitnya yang telah diset pada silent mode asyik bergetar tak henti. Serba salah dia rasa. Tak tahu siapa pemanggilnya. Ada apa perkara yang sangat penting sampai tak berhenti mengulang panggil?
Mike dekat sebelah ikut jadi tak tenang mengikut perbincangan bila dia perasan sahabat di sebelah asyik menggelisah. Lalu lengan Fawwaz disikunya perlahan.
“Kau apasal bro?” bisiknya.
Fawwaz tak menjawab, sebaliknya mengangkat sedikit tangannya, menghentikan perbincangan.
“Maafkan saya, but I need to go the gents. I’ll catch up with you in a while?” Sopan dia minta diri. Setelah dapat persetujuan, baru dia bangun dan keluar dari bilik mesyuarat itu lalu melangkah laju menuju ke tandas sambil menarik telefon bimbitnya keluar dari poket.
Nama yang terpampang di skrin telefon buat dia tarik senyum sinis. Telefon disisip kembali ke dalam poket tanpa ada rasa mahu menjawab panggilan. Dia terus masuk ke dalam sebuah kubikel kosong sebaik tiba ke tandas.
Keluar dari kubikel, dia basuh tangan dekat sinki. Lepas tu keringkan tangan. Sengaja melambat-lambatkan. Padahal telefon dalam poket seluar tak berhenti-henti bergetar. Dan akhirnya dia tarik juga telefon. Baru berkira-kira nak jawab, talian mati sendiri. Berpuluh panggilan tak berjawab. Semuanya dari orang yang sama. Sekali lagi, dia cuma tersenyum sinis. Tak ada rasa pun nak balas panggilan, dia sekadar menatap skrin yang dah gelap. Menghitung saat nama itu terpampang semula di skrin teleefon bimbitnya.
Benar telahannya, telefon bimbit mula bergetar kembali dalam tangan. Tak berlengah, dia slide butang jawab.
What the hell do you want? Aku tengah meeting! I’ll call you back once the meeting is over!” terus putuskan talian dan matikan telefon. Mesyuarat itu lebih penting. Main tu, main juga, tapi bila masa dia tengah kerja, memang dia betul-betul kerja. Keluar dari tandas, laju kaki menghayun langkah kembali ke bilik mesyuarat untuk menyambung kembali perbincangan tadi.
Lima minit lagi nak jam satu tengahari, mesyuarat ditangguhkan ke sesi kedua selepas makan tengahari nanti. Fawwaz makan cepat-cepat sebelum meminta diri untuk keluar sebentar.
Dekat kaki lima kompleks bangunan kerajaan itu, dia hidupkan semula telefon bimbitnya. Tak ada lagi sebarang panggilan tak berjawab, cuma satu sms sahaja diterima. Laju dia periksa.
+ I need to see you TODAY!
Kot dibuka dan disidai pada lengan kiri. Tali leher dilonggarkan sedikit. Mujur kemejanya cerah hari ini. Kalau tidak, semakin berpeluh sakanlah dia dekat luar ni. Ibu jari kanan menguis-nguis skrin telefon sebelum menekapnya ke telinga.
“Dah habis meeting?” sinis suara yang menyambut panggilannya.
Fawwaz senyum senget. “Belum, sambung lepas lunch. Sorry babe. You missed me that much eh? Sampai tak berhenti call?”
“Eh, tolong sikit. Kalau tak sebab idea bodoh kau tu, aku tak teringinlah nak telefon kau. Tau tak?”
Fawwaz gelak. Seronok membuatkan gadis itu naik marah.
You know, babe? If that night you came to me this angry, I’m sure things will go pretty damn wild that night.”
“Hoiii!! Gila!!”
Fawwaz makin galak ketawa.
Andria di talian sebelah sana sudah berkerut seribu dahinya. Gigi dikancing rapat-rapat. Geram, marah, sakit hati dan tertekan. Semuanya bercampur baur dengan sebati membuatkan dada dia rasa nak pecah sebab menahan rasa.
You are one sick, psycho, crazy punya orang. Kau tau tak?” marah Andria.
Crazy for you, maybe?” Fawwaz masih ketawa.
“Eeeiii! Diamlah! Menyakitkan hati, tau tak?!” tempik Andria. Sungguh-sungguh dia rasa sakit hati. Tak terubat lagi dari malam tadi. Membawa ke hari ini. Lelaki itu memang mencabar tahap kesabarannya.
Tawa Fawwaz semakin reda bila si gadis diam sahaja. Dia berdehem sekali sebelum memulakan bicara.
“Babe, aku-“
Cut the crap,Fawwaz. Tak payah nak lencong sana-sini,” tegas Andria. Geram dan sakit hati berbaur.
 Fine. Aku dekat Putrajaya sekarang. Meeting sambung dalam pukul dua nanti. Give or take, by four thirty kau tunggu aku depan foyer Pullman.”
“Ok. Pukul empat setengah depan Pullman.” Suara Andria sudah mengendur.
And Andria babe,” sambung Fawwaz tiba-tiba, separuh berbisik.
“Apadia?” sentap gadis itu.
“Bring some clothes too...” bisik Fawwaz lagi.
Berkerut kening Andria. “Nak buat apa?”
“Kita check-in? Aku rindu nak peluk cium kau...”
“Bangsaaatttt!!” jerit Andria sekuat hatinya sebelum melemparkan telefonnya ke tepi. Lutut ditarik rapat ke dada sebelum menyembamkan wajah dan menghamburkan tangis.
Dekat sebelah sana, Fawwaz sudah tarik senyum sinis. Skrin Lumia yang dah lama gelap ditatap penuh rasa puas hati. Misinya sudah pun bermula...
***************************
 “Are you sure you want to do this, Ria?” soal Gina, ingin memastikan.
Andria angguk, yakin dengan keputusannya. Slingbag di atas study table ditarik dan disilang ke bahu. Gina ikut menarik begnya dari atas meja yang sama dan mengikut langkah Andria keluar dari bilik, terus turun ke bawah.
“Kakak nak pergi mana?” tegur ibu sebaik ternampak kelibat Andria melintasi ruang depan terus ke pintu utama.
Langkah dua anak gadis itu terhenti. Masing-masing berpusing dengan perlahan menghadap ibu. Andria gigit bibir.
“Kakak... Kakak nak settlekan hal ni. Masalah ni. Once and for all.”
“Kakak nak lari lagi? Nak timbulkan masalah apa lagi dengan lari?” bidas ibu.
“Bukan lari! Kakak tak lari! Kakak nak selesaikan semua ni,” bangkang Andria pula.
“Kakak nak selesaikan apa lagi? Apa yang perlu kakak selesaikan sekarang adalah selesaikan isi semua borang-borang tu supaya uncle boleh submit secepat mungkin!” suara ibu mula naik tinggi.
Andria kepal penumbuk di sisi. Bibir diketap rapat, menahan gelodak perasaan yang dah mula membadai dalam dada. Gina dekat sebelah memaut bahunya, mengurut-urut belakangnya. Cuba menenangkan perasaannya.
“Kakak nak pergi settlekan masalah borang ni semualah!”
Ibu terus terdiam mendengar suara Andria yang tinggi.
“Babe, janganlah macam ni...” pujuk Gina. Masih setia menenangkan perasaan sang sahabat yang nyata masih sedih dan marah dengan apa yang berlaku baru semalam.
“Balik awal. Gina, tolong tengok-tengokkan Liana,” ujar ibu, langsung tak memandang pada Andria. Ada nada terluka pada suaranya.
Gina angguk. “Ok, ibu.”
“Ibu naik dulu. Tolong kunci pintu bila keluar,” pesan ibu dan terus memanjat anak tangga naik ke atas.
Gina pandang Andria yang sedang menarik nafas panjang dan menggeleng perlahan.
“Jomlah,” ajak Andria.
Pintu dibuka dan ballerina hitam beriben merah disarungkan ke kaki. Dia berdiri tegak semula dan slingbag dibetulkan kedudukannya. Muncung shawl hitam kosong dengan lining merah di kepala ditarik sedikit. Gina yang sedang menyarung ballerina pink dengan renda putih di sebelah dipandang lama.
“Kenapa?” soal Gina sambil menggalas begnya ke bahu. Hujung sebelah shawl merah jambu polos yang melurut turun kerana menunduk memakai kasut tadi dikilas ke belakang.
Andria geleng. “Nothing.” Duduk dilabuhkan atas bangku kayu jati di depan porch rumah tak jauh dari pintu sementara menanti teksi yang dipanggil sebentar tadi tiba.
Gina pandang Andria yang tunduk menekur lantai sambil menguis-nguis jubin dengan muncung ballerinanya. Nafas panjang dihela. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Baru sahaja dia mahu menegur, ada hon pendek kedengaran dari luar pagar rumah.
“Teksi dah sampai. Jom.”
Andria lebih dulu bangkit dan bergegas keluar melalui pagar kecil di sisi diikuti Gina. Pagar dikunci kembali sebelum keduanya memboloskan diri masuk ke dalam perut teksi. Destinasi dinyatakan dan perjalan terus dimulakan.
Baik Andria mahupun Gina, dua-dua berdiam diri seribu bahasa tak bersuara walau sepatah pun sepanjang perjalanan. Gina sesekali mengerling pada Andria yang dilihatnya asyik merenung kosong ke ruang udara. Penyudahnya dia cuma membuang pandang ke luar sambil mendengar celoteh DJ radio yang sedang bertugas dari radio yang terpasang.
Setibanya depan Pullman Putrajaya, Gina cuit bahu Andria yang masih leka. Terpinga-pinga sahabatnya itu sebelum menyeluk beg dan mengeluarkan dompet. Wang kertas dihulurkan dan dia terus keluar.
“Eh, dik, tunggu duit baki ni.” Pakcik teksi kelam kabut kira duit baki bila dilihatnya yang menghulurkan wang tadi dah mula melangkah pergi.
Gina sempat tarik Andria. “Tu balance duit tu,” ujarnya memuncung pada pakcik teksi yang dah hulurkan semula wang kecil.
“Err... Takpelah pakcik. Simpan je bakinya. Ikhlas,” ujar Andria.
“Banyak sangat ni dik,” balas pakcik teksi, serba salah. Setakat sepuluh ringgit, tergamak jugalah dia nak ambil. Ini berpuluh-puluh.
Andria tarik muncung senget sedikit sebelum menarik sekeping not duapuluh ringgit, meninggalkan not merah dan biru serta wang syiling.
“Ok, yang lebih tu pakcik simpanlah. Terima kasih tolong hantar ye? Jom Gina.”
Andria terus tarik tangan Gina meninggalkan perkarangan depan Pullman tanpa menunggu sebarang balasan dari pakcik teksi itu. Sampai depan foyer, dia berhenti. Memang di situ tempatnya dia berjanji.
Gina seluk poket jeans bila merasakan Note II nya bergetar. Nama dan gambar Eddy terpampang pada skrin. Dia buat isyarat pada Andria dan terus menjauhkan diri untuk menjawab panggilan.
Andria sandarkan tubuh ke dinding sebelum menyilangkan tangan ke dada. Pandangannya ditundukkan, memandang lantai kaki lima yang dikuis-kuis dengan hujung kasut ballerinanya. Sesekali dia mengerling ke arah jam tangan Fossil dari rangkaian Rose Watches di pergelangan tangan kirinya. Dia awal hampir sepuluh minit dari masa yang dijanjikan. Macam ni lah kalau naik public transport. Memang kena datang lebih awal. Atau end up lambat gila-gila punya lambat tahap boleh buat orang meletup menunggu.
Dia angkat kepala. Pandangan dilemparkan ke arah orang yang lalu lalang di kawasan itu. Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Dia kembali memandang ke lantai. Sampai dah saat-saat akhir ni dia masih menimbang-tara keputusan yang diambil. Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Gina suruh dia fikir masak-masak keputusan yang dia ambil.
“Ni bukan benda main-main beb. Kau betul-betul sanggup ke?” Soalan yang dia hanya menjawab dengan mengeluh panjang.
Dan dia mengeluh sekali lagi. Fikirannya celaru. Payah bila hati menidakkan kata akal, dan akal membantah kata hati. Payah. Payah sangat-sangat.
Hey, beautiful.” Tiba-tiba ada sepasang kaki bersepatu kulit warna hitam berkilat berhenti di hadapannya.
Suara tu... Andria terus angkat kepala. Mata bertentang mata. Liur ditelan. Dia bungkam. Tak tau nak kata apa.
 Cat got your tongue, or you’re just too mesmerized with my presence sampai jadi speechless?” Mata dikenyit sebelah sambil tangan merungkaikan ikatan talileher.
Andria tiba-tiba rasa nak marah.
“Jangan nak perasanlah! I’m just too angry with you I couldn’t think of anything good to say to you!”
I don’t mind dirty languages. But I prefer dirty talks,” sahut Fawwaz, laju. Dia tarik senyum senget. Tangan lincah menggulung talileher yang berjaya dirungkai dan disimpan ke dalam poket kot yang tersarung di tubuh. Dua butang teratas kemejanya dibuka dan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya selepas itu.
Buntang mata Andria. Memang dia rasa nak mencarut sungguh-sungguh dah ni. Kesabarannya memang benar-benar diuji dengan hebat oleh lelaki di depannya ini.
"Kau,” Telunjuk sudah menuding pada lelaki itu. “Kau memang-“
Selamba Fawwaz turunkan tangan Andria dan terus menggenggamnya, erat, mematikan terus kata-kata gadis itu. Kepalanya digeleng perlahan. Mata tak lepas dari merenung seraut wajah polos yang sedang berang di hadapannya itu.
“Macam ni ke cara bercakap dengan bakal suami?” Sekali lagi kepala digeleng sambil mendecitkan lidah.
Andria ketap gigi. Bulat matanya, tajam pandangannya menikam pada seraut wajah tenang milik Fawwaz.
“Dengan orang macam kau, memang aku tak ada rasa hormat! Aku datang jumpa kau sebab nak discusspasal masalah ni je,” tegasnya.
Fawwaz masih senyum. “Let’s discuss over coffee, shall we? Hmm?” Kening dijungkit meminta persetujuan. Sikit pun dia tak peduli dengan kata-kata balasan Andria tadi.
Fine!”
Where to?”
“Tak kisah!”
“Kita check-in?”
“Boleh!”
“Yeay!” Fawwaz dah sengih lebar.
Jeda. Satu. Dua. Tiga.
“Gila! Siapa yang nak check-indengan kau?!” Merah padam kulit wajahnya. Andria sendiri kurang pasti kerana marah atau malu sebab dia rasa dua-dua sekali. Marah kerana dipermainkan. Malu sebab terjebak dalam perangkap soalan bodoh itu.
Fawwaz ketawa. Senang hati betul dia rasa. Hilang sekejap kusut sebab hal dalam mesyuarat tadi. Ingatkan tengahari dah boleh selesai, membawa sampai ke petang baru selesai isunya. Ngam-ngam saja selesai setengah jam sebelum waktu dia janji dengan Andria untuk berjumpa.
“Jomlah pergi The Deli. Tak check-in pun, takpelah. Aku boleh tahan lagi. Seminggu je lagi, kan?” ujarnya senang sambil menarik tangan Andria yang sedari tadi digenggam tak lepas-lepas.
“Kau... Urrgghhh! Lepaskan tangan aku, lah!” Andria pegun di tempatnya. Tak berganjak walau seinci, memaksa Fawwaz ikut berhenti.
Fawwaz cuma memandang pada tangannya yang masih erat menggenggam tangan Andria. Pandangan beralih semula pada wajah cemberut gadis itu. Senyum manis terhias di bibir.
Your hand looks heavy, let me hold it for you, eh?” Lembut bicaranya.
Andria rasa pipi dia pijar. Panas! Tangannya direntap kasar.
“Aku boleh pegang tangan sendirilah!” Dan dia terus mendapatkan seorang gadis lain tak jauh dari situ kemudian beredar dengan laju menuju ke kafe The Deli.
Fawwaz ketawa kecil. Hiburan petang hari. Dia tahu Andria datang dengan seorang teman, dah diberitahu lebih awal sebelum berjumpa lagi. Cuma tak diberitahu jantina sahaja. Nasib baik perempuan. Kalau lelaki tadi? Entah apa yang dia rasa agaknya. Tak pasti. Buat masa ni dia cuma seronok buat gadis itu berang. Menghiburkan.
Lambat-lambat kemudian dia mengekor juga Andria dari belakang.
*******************************
Mike lajukan langkahnya menuju ke arah kafe The Deli. Fawwaz dah pesan tadi, kalau tak nampak dia dekat foyer depan Pullman, cari di sana. Itulah yang dia terus ke kafe itu sebab dia tak nampak Fawwaz dekat foyertadi bila dia sampai.
Sampai di The Deli, dia terus panjangkan leher, mencari kelibat Fawwaz. Nampak. Sedang duduk menghadap arahnya bersama dua wanita yang bertudung. Terjungkit kening dia sekali. Dia yakin sangat si bongkah ais tu tak ada mention pun perempuan yang bakal dikahwini tu bertudung.
Memang luar alam ni. Tak pernah sekali pun dia nampak Fawwaz menunjukkan minat pada perempuan bertudung, all of a sudden he trapped this girl into marriage? This is new. Eh? Tapi... Bila masanya pun Fawwaz tunjuk minat dengan mana-mana perempuan? Perempuan je yang kejar dia. Dia steady je. Memang bongkah ais kutub, tak cair-cair!
Sorry bro, lambat sikit,” sapanya sebaik tiba di meja. Terus mengambil tempat di kerusi yang kosong sebelah Fawwaz, bertentang dengan si gadis berselendang pink dengan muka yang garang.
No probs, bro. We have just arrived ourselves. I’ve ordered your iced cap.”
“Bila pulak aku nak iced cap?”
“Dah? Kau nak apa? Biasa memang kau order iced cap, kan?”
“Sebab pemandangan indah hari ni, aku teringin nak minum strawberry smoothies,” Dia berhenti, memandang si gadis berselendang pink yang masih bermuka garang. “... with a dash of Tabasco sauce,” sambungnya sambil menarik senyum senget.
Fawwaz yang mulanya berkerut dahi tak faham, baru perasan maksud kata-kata Mike tu bila dia ikut memandang ke arah yang sama. Terus meledak tawanya. Bahu Mike ditumbuk sekali bila sahabatnya itu ikut ketawa.
Gina menjeling tajam pada lelaki yang baru tiba itu tadi. Sedar dirinya yang dimaksudkan bila pandangan lelaki itu tetap terarah padanya. Dia toleh pada Andria pula. Berkerut kening dan mengherot bibir tanda tak puas hati jadi bahan tak pasal-pasal.
Andria ikut menjeling mamat sebelah Fawwaz tu. Memang sesuai sangatlah tu jadi kawan. Dua-dua sengal... Hish!
“Boleh start discuss sekarang? Aku tak ada banyak masa, tau tak?” ujar Andria, garang.
Mike terus terdiam. Dipandangnya Fawwaz di sebelah yang terlihat tenang. Ok, this is also new. Kena macam ni pun mamat bongkah ais ni boleh relaks dan senyum? Selalunya dah terus angkat kaki. Dari celah mana datangnya kesabaran si bongkah ais ni? Tapi Mike perasan jugak. Senyum Fawwaz tu bukan senyum manis-manis, bukan senyum biasa-biasa, bukan senyum suka-suka. Tapi senyum yang sinis lagi sinikal rupanya.
Shoot. Aku pun tak ada banyak masa ni. What do you want to discuss about?”
This. Us. Marriage,”sebut Andria, satu persatu.
What about us?” balas Fawwaz selamba. Acuh tak acuh sahaja sambil membelek Lumianya, memeriksa emel.
Andria ketap gigi. Baru nak buka mulut, pelayan lebih dulu datang menghantarkan pesanan. Dia diam sehinggalah pelayan itu selesaikan tugas dan beredar. Pandangan dialih, memerhatikan Fawwaz yang sesekali berbisik dengan mamat dekat sebelah dia tu. Serius je muka dua-dua. Entah apa yang dibincangkan pun dia tak tau.
Gina yang duduk di sebelah Andria tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam, sebelum menghembusnya kembali dengan perlahan. Dia rasa sesak nafas betul. Ada aura yang sangat jelas terasa di ruang udara. Aura yang buat dia rasa sangat tertarik. Aura yang macam magnet buat seluruh perhatian terasa mahu diberikan pada dua lelaki di depannya itu sahaja. Aura kerek yang mempesonakan. Dengan Fawwaz sahaja tadi dah memang terasa, tambah pula seorang lagi... Gina rasa dia perlukan tong oksigen sekarang untuk bernafas. Lemas!
So... Nak bincang apa?” soal Fawwaz tiba-tiba. Telefon bimbit sudah diletak atas meja. Tumpuannya kini beralih sepenuhnya pada Andria di hadapannya.
“Tangguhkan,” jawab Andria sepatah.
“Tangguhkan?”
Andria jeling tajam. Main ulang balik pulak macam burung tiong.
“Iyelah, tangguhkan. Tapi lagi bagus kalau boleh batalkan aje terus,” jawabnya dengan penuh rasa geram.
But why? Wouldn't we look cute on a wedding cake together?” sengih Fawwaz. Mike dekat sebelah dah tergelak kecil.
Cute tengkorak kau!’ jerit Andria dalam hati. Gigi dikacip rapat. Geram betul. Dia jeling Gina, pinjam kekuatan kononnya, sebelum berkalih pandang semula pada si jejaka yang sangatlah menyakitkan hati di depannya. Senyum plastik ditarik.
Yes, I would. Especially without you,” sindirnya bersama jelingan yang tajam.
Fawwaz cuma diam. Gelas minumannya ditarik ke bibir. Perlahan dia menyedut minuman sejuk itu sebelum mengembalikannya ke atas meja. Tubuhnya didekatkan ke meja. Dua tangannya menongkat dagu. Andria ditenung lama sehingga gadis itu naik tak senang duduk.
“Kita cakap hal ni in private, boleh? Just the two of us.”
No!” bangkang Andria, laju. “We talk here! Dekat sini!”
“Kenapa tak boleh?”
I don’t trust you!”
Fawwaz ketawa.
Andria kancing gigi rapat-rapat. Marah, sakit hati dan geram, semuanya sebati bergaul membuatkan dadanya rasa nak meletup. Kalaulah membunuh tu bukan satu dosa, memang dia dah cekik-cekik lelaki yang sangat menjengkelkan hati di depannya ini.
Fawwaz turunkan kedua tangannya dan menggesel hidung. Mike dekat sebelah dikilas sekali. Kemudian pada sahabat Andria yang dari tadi tak diperkenalkan namanya. Dan akhir sekali kembali pada Andria.
You don’t trust me, or-“
Or what?” pangkas Andria. Tajam renungan matanya menikam seraut wajah sang jejaka yang sudah menyungging senyum sinis.
“Tak ada apalah. Fine. We’ll talk here. Anyway, kawan kau yang cantik manis ni nama apa?” Fawwaz pandang si manis bermuka garang sebelah Andria. Senyum diberikan, ikhlas.
“Tak penting pun awak tau. Sekarang ni kita nak bincang pasal hal awak dengan kawan saya,” tegas Gina.
“Kalau kau tak penting untuk aku kenal siapa, then why is it important for you to be here? Ini hal aku dengan kawan kau, kan?” bidas Fawwaz dengan selamba. Serius riaknya tak ada lagi sebarang senyum walau segaris pun.
Terdiam terus Gina. Andria apatah lagi. Tak terjangka dibidas tajam sebegitu.
Fawwaz terus berdiri. Dompet dikeluarkan dari poket dan sekeping not seratus dicampak atas meja.
Discussion is over. I’m trying to do you a favour here, babe. End of story. Bro, aku blah dulu.” Kot yang disangkut belakang kerusi ditarik dan kaki terus melangkah laju meninggalkan kafe itu.
Mike pandang dua gadis di depannya yang jelas terpinga-pinga. Dia ikut bangun.
Sorry girls. Would love to stay, but I can’t. Jumpa lagi, ciao.” Dan Mike pun terus beredar.
Gina dengan Andria saling berpandangan.
“Wow! That was... errr.. abrupt,” komen Andria.
And rude too,” tokok Gina.
Very,” sahut Andria.
Extremely,” sambung Gina, menjulingkan mata ke atas sambil menggeleng.
 Andria pandang sahabatnya di sebelah. Lidahnya kelu tak mampu nak berkata-kata. Bibir digigit kuat menahan rasa.
Selfish. Arrogant. Perasan bagus. Berlagak. Eeiii! Sakitnya hati aku!” luah Gina.
Andria mengeluh panjang. Kena kahwin jugaklah ni jawabnya? Takpe, dia akan cari cara untuk dilepaskan secepat yang dapat!
 Andria tunduk merenung gelas minumannya. Dan saat dia mengangkat kepala, matanya menangkap Lumia merah di  atas meja. Dia toleh laju ke belakang, tak ada. Lelaki itu dan sahabatnya dah menghilang. Teragak-agak sahaja dia mahu mencapai telefon bimbit itu.
Baru je dia berniat nak tinggalkan sahaja telefon tu di situ, Gina lagi pantas bertindak.
“Jom balik,” ajak Gina, selamba. Telefon bimbit itu diselitnya ke dalam poket.
“Eh?”  terpinga-pinga sahaja Andria. Tiba-tiba rasa dungu.
Gina lambai pada salah seorang pelayan dan menunjukkan wang di atas meja kemudian dia terus tarik tangan Andria beredar.
“Wei! Apasal laju sangat ni?” Tercungap-cungap mengatur nafasnya. Terkejut dipaksa berlari tiba-tiba.
Gina sengih. “Kita skodeng life dia. He must have lots of personal things dalam phoneni, kan?”
Bulat mata Andria. Ooohhh... Sengih Gina tu nampak sangat jahaaattt...
***************************





Sebenarnya tak puas hati dengan Part 8 ni. Tapi sebab dah janji nak release, maka saya release juga. Ada kemungkinan akan ditarik balik untuk penambahbaikan. atau mungkin biar je kat blog, tapi penambahbaikan buat dalam manuskrip, so bila kuar cuma kat edisi cetak je. Heheheheh. :D

Anyways, dah habis baca tu, sila lah mengomen. I am very ready to be hentamed. Heheheheh

No comments:

Post a Comment