Saturday, February 9, 2013

Awek Pisang Goreng - 19

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu...

It's gonna be a long weekend... 

Malas nak cakap banyak... Baca ajelah eh? :)

Bab 19.


Sebaik memarkir kereta, aku berjalan tenang ke arah gerai yang sedang sibuk. Aviator aku tolak ke atas kepala. Leka memerhatikan Husna yang laju membuat kerja, melayan pelanggan demi pelanggan yang bertandang. Dan akhirnya bila dia terpandangkan aku yang masih tercegat berdiri depan gerai, terus berkerut kening, menghantar isyarat supaya aku berada di belakang meja jualan, tolong dia handle orang yang agak ramai. Lambat-lambat aku masuk ke bawah khemah.

“Kita kerja sampai tak cukup tangan, dia boleh selamba je tercegat kat depan tu.” sungutnya perlahan sambil tangan laju menyepit sukun goreng masuk ke dalam plastik. Aku tarik senyum.

“Ingat suruh datang jumpa je. Manalaa tau nak suruh tolong sekali. Lagipun ni tak cukup ramai lagi. Cukuplah dua tangan Allah dah bagi tu... ” Sengih. Husna kerut hidung.

“Mengadalah. Tolong kejap. Kita nak tambah pisang goreng ni kejap.” Penyepit dihulurkan pada aku. Lambat-lambat aku sambut kemudian menarik Aviator dari atas kepala dan menyelitkannya pada kolar baju.

“Eh, kejap. Kira macam mana?” Laju Husna bagi crash course harga barang dagangan. Aku sekadar angguk-angguk tanda faham. Lepas tu dia beralih ke belakang, menggoreng di kuali besar itu. Aku pulak tiba-tiba jadi blur tak ingat kira macam mana bila tengok ramai beratur depan gerai. Belasah ajelah, dah orang tengah ramai ni. Kang terkurang kang, aku top up ajelah pakai duit sendiri. Heheheheh

“Keledek seringgit, pisang seringgit. Saya jual ye kak?” Plastik dan wang bertukar tangan. Aku senyum dan mengucapkan terima kasih. Sebaik pelanggan terakhir itu beredar, aku masukkan duit ke dalam bekas dan kemudian berpusing ke belakang. Husna cepat-cepat berpusing membelakangkan aku pulak. Aku tarik senyum senget. Caught red-handed duk perati aku dari belakang rupanya.

“Ehem!” Aku tengok dia buat kalut mengemas meja belakang tu. Aku ketawa kecil dan gelengkan kepala. Apasallah perangai dia ni comel sangat entah? Naik geram aku jadinya. Nasib baik belum menikah. Kot tak, aku peluk je terus ni. Geram! Heh.

“Husna.” Tak sempat aku panggil lagi, ada satu suara lebih dulu memanggil. Serentak aku dengan Husna memusingkan tubuh menghadap ke depan. Serius aku tak perasan masa bila ada RXZ elok terparkir depan gerai dengan seorang mamat bersidai di atasnya sambil membuka helmet. Atas bawah aku pandang dia. Mamat tu sikit pun tak memandang pada aku, terus menancapkan pandangannya pada Husna sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Husna.” Panggilnya lagi. Aku pandang pada Husna yang tayang riak tak ada perasaan, kemudian kembali pada mamat RXZ tu kembali. Aku berdehem sekali.

“Eh, bang. Sorry, tak perasan. Err... Nak pinjam Husna sekejap, ada hal.” Dia masih sengih. Aku pandang Husna semula, dia terus pusing belakang, kemas barang. Dejavu sekejap aku jadinya. Jangan ada adegan main baling tepung pulak dengan mamat ni, sudah. Itu boleh mendatangkan amarah.

“Husna. Sinilah sekejap. Aku ada hal nak cakap dengan kau ni.” Panggil mamat tu sedikit keras sambil senyum-senyum memandang pada aku. Aku buat muka stoned. Penggunaan aku dan kau mamat tu dengan Husna sikit sebanyak meredakan perasaan yang sedikit bergolak dalam hati ni sejak tadi. Lama aku perhatikan mamat tu. Rasa-rasa mungkin tua sikit je dari Husna. Setahun dua, mungkin. Muka kira boleh tahan jugaklah. Tapi hensem lagi aku... Cheh. Tak mau kalah. Hahahah

“Husna!” Dan akhirnya Husna berpaling jugak. Merah padam kulit muka yang putih tu.

“Eeeiii!! Sibuk!!” Marahnya dengan gigi terketap rapat. Berkerut-kerut kening lebat tu. Aku berginjak sedikit ke tepi, memerhati dengan tangan bersilang di dada.

“Sekejap ye bang? Pinjam Husna sekejap ye bang?” Aku cuma tarik senyum senget. Angguk tidak, geleng pun tidak. Mamat tu dah turun dan menongkat RXZnya. Helmet diletakkan atas seat motor.

“Nak apa?” Garang betul budak nih. Aku rasa dia memang garang dengan orang lelaki kot. Tapi bagus jugak macam tu. Sekurang-kurangnya aku tau dia bukan jenis mudah mesra dengan lelaki. Senang sikit aku nak jaga. Haha~

“Takkan aku nak cakap kat sini.” Balas mamat tu. Penumbuk comel yang siap terkepal di sisi itu aku perhatikan sedikit menggigil. Marah sangat ke Husna ni?

“Cakap ajelah apa kau nak cakap!” Ok, sekarang aku rasa bukan dia garang dengan orang lelaki, tapi dia garang dengan mamat ni lebih kepada sebab ada isu antara diorang. Isu apa ye? Isk... Musykil ni, musykil.

“Abang kau ada tu...” Dua-dua toleh pada aku. Terjungkit kening aku sebelah. Abang? Aku ni ada rupa macam abang Husna ke? Abang sayang, ye. Abang kandung, no. Aku masih tayang muka stoned tak ada perasaan.

“Kalau tak mau cakap sekarang, tak payah cakap langsung!” Bentaknya. Dulang-dulang yang dah kosong ditarik kasar. Mamat tu merengus dan dalam sekelip mata, pantas dia menarik semula dulang yang sedang Husna pegang membuatkan dia terdorong ke depan dan melanggar meja.

“Woi!” Dia ni memang bikin panas! Aku pandang Husna yang berkerut muka mengusap perut yang berlaga kuat dengan meja tadi. Aku pandang balik pada mamat tu sambil ketap gigi rapat-rapat.

“Kau ni apahal? Hah?” Serius aku nampak dia macam kecik je. Nak je aku tenyeh-tenyeh macam tenyeh semut. Huh!

“Tak sengaja! Sorrylah!” Membuntang luas mata aku dengar ayat yang terbit dari mulut mamat tu. Memang carik nahas betul!

“Tak sengaja? Tak sengaja kau cakap? Kau buat lawak cap apa ni, der? Huh? Boleh kalah Jozan dengan kau ni.” Aku gelak sinis. Nampak je cool, dalam imaginasi dah lumat dah aku kerjakan mamat tu.

“Husna... Sorry... Aku betul-betul takde niat pun nak buat kau macam tu. Aku tak sengaja. Betul!” Langsung dia tak pedulikan aku dan cuba menggapai tangan Husna yang menopang di atas meja.

Bad move, bro. Bad move.” Tangan aku lagi laju tahan tangan dia. Mencerlung dia memandang pada aku sambil merentap kembali tangan dia. Husna larikan diri belakang aku. Terus terasa macam her knight in shining armour. Cheh. Sempat berangan.

“Bang, bagi saya cakap dengan dia sekejap bang. Tolong.” Dia siap buat muka kesian.

“Cakaplah. Dia ada kat sini, kau pun ada kat sini, kan? Cakaplah apa kau nak cakap.” Memang tak laa aku nak tinggalkan kau berdua je bercakap dengan dia lepas hal tadi. Dalam mimpi pun jangan harap!

“Ini antara saya dengan dia, bang! Tolonglah!” Aku tarik senyum sinis dan menggeleng.

“Apa saja hal dia, hal aku jugak. Kau nak cakap, kau cakap sekarang. Kalau tak... kau blah.” Tegas aku. Mamat tu merengus sekali lagi dan menumbuk meja. Setakat tumbuk meja, aku pun boleh buat. Tumbuk muka kau sekali pun aku boleh buat.

“Der, kau nak cakap, kau cakap. Tak payah nak tunjuk hero kat sini.”

“Husna... Aku mintak maaf. Hari tu-“

“Blah. Aku tak nak dengar apa-apa pun.” Pangkas Husna tanpa nada dari belakang yang membuatkan mamat tu naik bengang terus.

“Husna!” sekali lagi dia tumbuk meja. Aku geleng kepala. Nampak sangat budak belum matang lagi.

“Khai. Blah. Sekarang.” Ahhh... Khai nama dia rupanya...

“Aku tak sengaja, Husna! Hari tu aku betul-betul tak-“

“Diam!”

“Aku-“

“Der, cukup.” Pangkas aku laju. Semak kepala dengar bergaduh budak-budak ni. Dia terus mencerlung marah pada aku.

“Bang, ni antara-“

“Diamlah! Aku cakap blah tu, blah ajelah!” Puk! Seketul pisang goreng dibaling laju ke arah Khai. Masa bila Husna dah berdiri dekat sebelah aku pun aku tak perasan. Khai kibas-kibas bajunya yang terlekat serpihan tepung gorengan.

“Husna...” Khai buat muka seposen.

“Blah!” Husna siap hentak kaki sebelah. Nak tergelak aku tengok. Jangan buat perangai comel tu dekat orang lain, boleh tak? Dekat aku takpe. Heh.

“Husna, tolonglah dengar apa aku nak cakap ni. Bagilah can aku nak jelaskan.” Suara Khai dah mendayu bunyinya. Semacam je. Diorang ni pernah ada apa-apa ke dulu? Aiseh, rasa tercabar pulak dah sikit.

“Tak payah. Aku tak teringin nak dengar. Kau balik sekarang. Balik!” Laju kedua belah tangan Husna mencapai beberapa ketul pisang goreng dan angkat tangan, bersedia nak membaling.

“Husna. Benda makan tu.” Spontan kedua tangannya diturunkan.

“Husna...”

“Der, cukup-cukuplah tu.” Khai diam sekejap, kemudian merengus perlahan. Langkahnya longlai menghampiri RXZnya semula. Helmet diangkat dan dia naik ke atas motor. Sebelum menyarungkan helmet ke kepala, dia pandang pada Husna dengan pandangan minta simpati.

“Balik!” Dan beberapa ketul pisang goreng ikut terbang ke arah Khai. Dah serupa orang bersilat atas motor mamat tu menepis.

“Saya cakap apa tadi?” Aku jegilkan mata pada Husna. Budak ni, aku dah sound tadi kot. Degil betul. Dia buat selamba. Matanya masih mencerun pada Khai. Aku pandang semula arah Khai. Dia kenakan helmet lalu menghidupkan enjin motor. Throttle dipulas beberapa kali sebelum dia meluncur laju meninggalkan gerai.

Aku pandang Husna yang dah mula sibuk mengemas. Dah jungkit kening mintak penjelasan pun dia masih buat tak reti, buat tak tau, buat tak faham. Aku silangkan tangan ke dada.

Care for an explanation, my dear Husna?” Dia berhenti sekejap dan memandang pada aku.

“Nak explainapa?”

“Mamat tadi tu?” Dia sambung mengemas.

“Takde apa nak diceritakan.” Jawabnya kemudian. Aku mencebik.

“Drama swasta gila macam tu, takde apa nak cerita?”

“Takde apa-apa pun. Dia tu yang lebih-lebih.”

Really? Then, apa maksud dia cakap hari tu dia tak sengaja?” Husna terus pegun. Kedua tangannya menopang pada meja, sedikit membongkok membelakangkan aku.

“Jangan tanya, boleh tak?” Suara dia bergetar. Mendengar perubahan pada nada suara Husna buat
aku sedikit kaget. Eh, takkan nangis pulak? Aku rungkaikan silangan tangan dan mendekat pada dia sedikit.

“Husna... I’m-“ Telefon bimbit Husna berlagu kuat. Dia kesat mata dengan lengan baju sebelum mencapai telefon dari dalam bakul atas meja tu.

“Abah datang cepat sikit boleh? Una rasa sakit kepalalah. Panas sangat hari ni.” Dia diam, kemudian mengangguk-angguk.

“Hmm... Ok... Ada... Daus ada sini... Tadi kan Una dah bagitau abah dia nak datang.” Spontan terjungkit kening aku. Dah report rupanya. Tiba-tiba Husna hulurkan telefonnya pada aku. Aku pandang dia. Mata tu nampak masih basah.

“Abah nak cakap.” Lambat-lambat aku capai telefon dan tekapkan ke telinga.

“Assalamualaikum pakcik.”

“Waalaikumussalam. Firdaus, kamu tolong hantarkan Husna balik dulu, boleh? Pakcik tersangkut lagi dekat Ampang ni.” Kecik tapak tangan saya ni pakcik, tu, stadium Bukit Jalil saya tadahkan. Boleh sangat!

“Haa... Boleh, boleh. Takde masalah. Hmm... Barang-barang ni semua nak angkut ke macam mana?” Teruja tu memang tak boleh nak katalah, tapi mesti maintain cool. Aku kilas pada Husna yang macam dah siap mengemas, readynak beredar.

“Tak payah semua, esok nak meniaga lagi. Yang biasa-biasa je. Mintak tolong ya? Barang hantar rumah makcik dia, Husna tu hantar balik rumah pakcik.” Aku angguk-angguk.

“Ok pakcik. Takde hal.”

“Terima kasih banyak naa? Pakcik nak driving ni. Assalamualaikum.” Salam aku jawab dan pulangkan telefon pada Husna. Disambut dan terus disisip masuk ke dalam poket seluar tracknya.

“Dah habis kemas ke?” soalan aku cuma dijawab dengan anggukan dan dia membuang pandangan ke arah jalanraya dengan kenderaan yang bertali arus. Aku pandang dia lama, tapi dia buat tak endah pun. Haih, tiba-tiba je jadi macam ni, kenapa Husna? Saya ada tersalah cakap ke dengan awak?

I’ll bring the car closer. Tunggu kejap eh?” Dia angguk lagi. Segera aku beredar ke kereta, mengalih kedudukan supaya lebih dekat dan mudah nak angkut barang.

“Ini je eh?” Soal aku. Husna angguk lagi buat kesekian kalinya. But aku tutup. Baru nak melangkah aku perasan pandangan pelik Husna melepasi belakang aku. Tiba-tiba bahu disentuh dari belakang. Laju aku berpusing. Allahuakbar! Airmata yang mengalir menuruni pipi putih bersih itu diseka perlahan. Dia tarik nafas panjang.

“Patutlah Mar callFir dari tadi tak dapat-dapat...” Aku pandang Husna. Mata kucing itu sudah membuntang luas. Aduh! Masak aku, masak!!

******************



Pendek je... Sakit kepala punya pasal... Hahahahah :D

Dah, memang tak kuasa nak cerita banyak-banyak, sakit kepala tak hilang2 lagi... Dipersilakanlah untuk menghentam sekarang.. :D

No comments:

Post a Comment