Saturday, December 21, 2013

Menikmati ‘Penis’ Di Restoran Guolizhuang

Restoran Guolizhuang di Beijing mula beroperasi pada tahun 2006. Ia menyediakan pelbagai jenis makanan yang menjadikan organ sulit atau lebih tepat lagi, penis haiwan sebagai bahan masakan utama. Kebanyakan orang China percaya, organ sulit haiwan, mampu meningkat tenaga batin lelaki dan mencantikkan kulit wanita. Namun mereka yang berusia dibawah 15 tahun dilarang makan di restoran ini kerana dipercayai hormon yang terhasil akibat daripada pemakanan ‘bahan’ tersebut mengganggu proses tumbesaran normal badan. Antara makanan termahal di sini ialah organ sulit Yak, dengan harga mencecah USD 220 sepinggan. Ada juga yang memesan penis harimau (harganya sekitar USD 1,500) tapi ia perlu ditempah awal beberapa bulan. Pelik-pelik betul rakyat China ni… (sumber Real Man Food)









No comments:

Post a Comment