Friday, July 12, 2013

Iced Tea & Scones - Part 6

Assalamualaikum dan Selamat Petang Sabtu.

Dah hari ke4 berpuasa. Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan-kawan yang beragama Islam... :D

Sebab tak sempat apdet sebelum puasa, jadi kita apdet di awal puasa. Ini entry last dalam bulan puasa ni kot. Sebab cerita ni banyak menimbulkan kepanasan... Heheheheheh 

Ok, silakan baca,.









Part 6




Fawwaz mula kemas-kemaskan meja kerjanya. Fail-fail dokumen yang bersepah atas meja disusun kembali ke dalam rak di hujung bilik pejabatnya. Segala alatulis disimpan kembali ke dalam bekas alatulis di tepi monitor lepernya. Siap, dia tarik sebuah fail dari atas meja dan dikepit rapat ke tubuh. Sambil menuju ke pintu, dia sempat menyambar kot yang tergantung pada coat hanger.

“Kak Fiza, saya keluar dulu,” beritahunya dalam senyum saat melintasi depan meja setiausahanya itu.

“Eh, eh, eh. Encik Fawwaz! Nanti kejap. Ada dokumen nak kena sign ni.” Kak Fiza bangun dari kerusi.

Fawwaz tak berganjak. “Urgent ke? Kalau tak urgent,letak atas meja. Esok saya semak, baru sign. Boleh?”

“Err... Nak kata tak urgenttu, bolehlah jugak. Tapi tadi Dato’ inform mintak Encik sign, lepas tu hantar kat dia. Dia mintak Encik Fawwaz personally hantar dekat dia. Hari ni jugak,” ujar Kak Fiza perlahan.

Fawwaz merengus. Fail dokumen warna hitam dalam tangan Kak Fiza ditarik kasar dan diselak. Memang dokumen tak berapa penting. Dan tak perlu untuk dia sendiri serahkan pada papa. Semua ni alasan papa je nak jumpa dia setelah berhari-hari dia mengelak dari bertembung dengan papa, mahupun Fai. Jangan kata jumpa, jawab call pun dia tak mahu, apa lagi membalas sms. Roadster papa dia dah pulangkan dengan meninggalkannya dekat basement bangunan pejabat lepas kereta dia siap diperbaiki. Kunci dia serah pada Kak Fiza, pesan suruh bagi papa. Memang dah tak ada alasan lagi setakat ni untuk dia pergi menghadap papa.

Fawwaz menggumam sendiri. Setiausahanya itu cuma diam. Nak bersuara pun seram. Siapa tak kenal bos dia tu? Kepala angin. Singa jadian. Harimau jadian. Silap sikit, kalau tak kena gaya angin dia, harus kena baham hidup-hidup. Nampak saja macam icy cool. Datang angin puting beliung dia, dari tingkat paling atas, sampai tingkat paling bawah, semua kecut perut.

Tapi bukan selalu dia macam tu. Kena time angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, dari tingkat paling atas, sampai tingkat paling bawah, semua ikut senyum. Baik hati sebenarnya ketul ais yang seorang ni. Dari Fawwaz mula kerja di situ lagi Kak Fiza dah diaturkan untuk bekerja di bawahnya. Dah bertahun. Dia dah kenal hati budi seorang bos bernama Fawwaz ni. Serupa macam aiskrim Magnum. Dekat luar keras, sejuk dan beku. Dekat dalam, lembut berkrim, nyaman dan sangat menyelerakan. Yums! Eh? Over! Dahi diluku sendiri.

“Kak. Berangan.” Telapak tangan digawang ke kiri dan kanan. Kak Fiza tersipu-sipu sendiri.

“Pen. Saya sign. Tapi akak pergi hantar. Saya ada hal sekarang ni.”

“Eh? Tapi Dato’...”

“Kak. Saya cakap sekali je. Bak pen.” Oh, ada gaya-gaya angin puting beliung nak sampai. Baik dia ikut saja. Sebatang pen dihulurkan.

Penutup pen dikepit di bibir sebelum dokumen diletakkan atas meja untuk ditandatangan. Siap, dia tutup pen semula dan letakkan atas meja setiausahanya.

“Akak tolong hantar. I’m leaving now.” Dan baru saja dia berpusing nak beredar, dia nampak kelibat papa melangkah keluar dari lif, terus sahaja masuk ke ruang pejabatnya.

“Hah, Fawwaz. Lucky I caught you just in time,” ujar Dato’ Rahim, selamba. Macam tak ada apa-apa je.

Fawwaz ketap gigi, dan menarik sedikit senyum senget bila bahunya dipaut dengan mesra.

“Jom masuk bilik Fawwaz sekejap. Ada hal sikit papa nak bincangkan.” Dato’ Rahim cuba mendorong anak bujangnya itu, namun Fawwaz buat keras. Tegak berdiri di tempatnya.

Sorry pa, no can’t do. Fawwaz ada appointment ni dengan Rania. Last week diorang cancel. Hari ni, tak boleh tidak, I’ve to meet them up,” tegas Fawwaz sambil meleraikan pautan sang ayah di bahunya dan terus berpusing untuk beredar.

“Fawwaz, I just need five minutes of your precious time,” mendengar suara keras papanya buat dia pegun. Nafas panjang ditarik dan dilepas perlahan.

Fine. Dalam bilik Fawwaz then.” Dia berpusing semula dan menonong terus ke biliknya. Dato’ Rahim mengekor dari belakang.

Masuk saja dalam bilik pejabat itu, Dato’ Rahim terus tekan kunci dan melabuhkan duduk di atas settee bersarung kulit di sudut pejabat.

“Lima minit je, pa. Cepat sikit. Nanti Fawwaz lambat,” ujarnya acuh tak acuh. Sedikit pun tak memandang pada si ayah. Sibuk menelek waktu di pergelangan tangannya.

AppointmentFawwaz pukul dua setengah. Sekarang ni baru pukul duabelas suku. Nak pergi GCC Kota Permai tu bukan jauh mana pun. So please, have a seat first. Then we’ll talk.”

Fawwaz merengus, yakin papa dapat jadualnya dari Kak Fiza.

“Fawwaz tak nak tersangkut dalam jem,” alasan diberi.

“Kalau ye pun, takkan sampai dua jam awal nak keluar?” bidas Dato’ Rahim.

Fawwaz diam.

“Fawwaz, please. Just have a seat first.”

“Kalau papa masih nak pujuk Fawwaz suruh kahwin dengan anak kawan papa tu, sorry. I’m not interested.” Dia terus beredar ke pintu.

“Fawwaz! Papa tak kata apa-apa pun pasal tu. I just want to have a talk with my son. Itu je.”

Lengannya dipegang kejap dek si ayah. Fawwaz putarkan bola matanya dan mengeluh panjang.

Five minutes, pa. Fawwaz ada appointment lain before Rania,” bohongnya. Sebelum meeting dengan Rania dia memang tak ada apa-apa agenda. Tapi selepas meetingtu, ada. Spontan senyum senget tersungging di bibirnya.

Dato’ Rahim yang baru hendak bertanya, tiba-tiba kaku melihat Fawwaz yang tiba-tiba senyum. Aura mendung hitam yang dari tadi memenuhi segenap ruang bilik pejabat itu terasa seperti sedang berarak pergi. Entah kenapa, terdetik dalam hati tuanya satu kemungkinan.

Is it one of your girls?” tebaknya.

She’s not like them other... girls...” tiba-tiba Fawwaz sedar dia terlepas kata bila melihat wajah sang ayah berubah riak sedikit gembira.

“Dahlah. Fawwaz dah lambat. I’m going now.” Tombol pintu diraih dan dipulas. Dengan segera dia memboloskan diri keluar dari bilik pejabatnya meninggalkan papanya sendirian.

Dato’ Rahim geleng kepala. Hampir saja dia senyum sampai ke telinga. Agak lega bila dengar cakap Fawwaz tadi. Dan rasa gelihati juga tengok si anak yang tiba-tiba malu sendiri. Tak pernah-pernah. Melihat pada reaksi Fawwaz tu saja dia dah boleh agak. Dia sendiri pun pernah melalui zaman muda.

Dato’ Rahim tarik senyum senget. Bukan dia tak tahu langsung gerak geri Fawwaz selama ni. Memang dia perhatikan. Tambah-tambah sejak satu-satunya anak kandungnya itu keluar dengan perasaan marah yang membuak-buak tempoh hari. Dihantarkan orang menurut segala jejak langkah anak bertuah tu seperti biasa kalau Fawwaz keluar dari rumah dengan rasa marah yang luar biasa. Tapi ternyata, kali ini laporan yang diterima sangat berbeza dari kebiasaannya.

Fawwaz tak ke kelab malam. Fawwaz tak mabuk-mabuk. Fawwaz tak ambil dadah. Fawwaz tak cari perempuan. Fawwaz tak ke mana-mana pun. Walau pada asalnya dia terima berita anak itu hampir menjejakkan kaki ke sarang dadah, tapi tak jadi dek kerana menerima satu panggilan. Ada nama yang disebutnya. Dan selepas itu, anak bertuah itu terus pulang ke kondominiumnya. Sesuatu yang julung-julung kali dia dengar.

Dan menambah lagi anehnya, bila Fawwaz tetap muncul di pejabat pada pagi Isnin dan hadir ke mesyuarat mingguan pagi itu seperti biasa. Itu memang di luar jangkaannya. Disangka anak itu akan mengambil cuti untuk beberapa hari seperti kelazimannya bila ada isu besar timbul, tapi ternyata tidak. Ada sesuatu yang hendak dibuktikankah? Atau ada seseorang yang telah merubahnya? Mungkin juga disebabkan gadis itukah Fawwaz menolak untuk dijodohkan dengan anak kepada sahabatnya?

‘Adira? Alia? Whatever her name is, papa tak kisah lagi dah, Fawwaz. Kalau dia boleh buat Fawwaz berhenti dari terus bergelumang dengan segala maksiat tu, then be it. Biar siapa pun dia nanti, papa terima,’ detik hatinya. Nafas lega dihela sebelum dia turut meninggalkan bilik pejabat milik anaknya itu.

********************

“Macam tak percaya je kau ni laa.”

Andria sengih. “Babe, Gina, aku sendiri pun rasa macam tak percaya, tau?” Silangan kakinya ditukar, lenguh.

But seriously babe, cuba kau describe apa feel kau dekat dia?”

Andria hela nafas panjang. Jam di dinding bilik dipandang sekilas sebelum pandangannya kembali ke siling lepa di atas.

“Tak reti aku nak describe. Macam... Entah...”

“Oooohhhh my dear babe Andria. Aku rasa kau ni memang betul-betul dah fall for him. Sebab sejak dari kau balik Cameron, kau tak berhenti sebut nama Hakim tu. Tak berhenti ulang cerita Hakim. Love struck much.” Dengar sangat ada nada mengusik bercampur sedikit nada jengkel dalam suara Gina.

Andria ketawa. “Besarkan cerita tau kau ni. Mana ada...” nafinya.

“Adaaa... Kau mana nak perasan. Aku dengan Eddy ni yang penat tadah telinga, tau?” balas Gina membuatkan temannya itu terdiam.

Terkelip-kelip mata Andria memandang siling. Cuba memutar kembali memorinya, mencari kebenaran dalam kata-kata Gina. Sebolehnya dia mahu menafikan, tapi sepertinya memang dia tak akan mampu untuk menidakkan.

Babe,” panggil Gina.

“Apa?”

“Kau betul suka dia?”

Andria tak menjawab. Dia bangun dari baringnya dan bersila di atas katil.

“Suka laa jugak...” desisnya perlahan.

“Sebab apa kau suka dia?”

Soalan Gina dibalas dengan keluhan panjang. Telefon bertukar ke tangan kiri manakala tangan kanan sudah turun mengutil kain cadar dengan bibir memuncung.

“Entahlaa Gina. Kau tau kan, how us girls just love to fall for the wrong guys before the right one comes?”

Gina ketawa. “What made you think he’s the wrong guy? Manalaa tau he is the right one. Kesatria dalam perisai berkilat bak kata orang putih.” Dia sambung ketawa.

“Kesatria laa sangaaattt... Kesat hingus bolehlah,” sambung Andria sebelum ikut ketawa.

“Tapi serius laa babe. Apasal kau boleh suka dia, tapi kau rasa dia the wrong guy ni?” soal Gina sebaik tawa reda.

Andria tarik nafas panjang. “Entahlah. I just felt like it. Lagipun, aura bad boy dia tu agak kuat. Penyebab aku rasa suka, dan pada masa yang sama, rasa he’s not the right one for me,” jelasnya dan menghela kembali nafas yang ditahan.

“Aura bad boy? Woah! That’s new! Kau tak pernah cakap pun dia ada aura bad boysebelum ni? Spill. Apa yang dia buat sampai terasa sangat aura bad boy dia tu,” arah Gina.

Excited lebih, nampak?” perli Andria.

Well, you know me. Bad boys are so delicious and hard to resist!”

“Hoi! Miang tak agak-agak!”

“Eh, toksah nak mengata aku. Kau pun sama jugak, ok? Siap mimpi make out lagi dengan si Hakim tu. Lagi gila miang.”

“Err... ok. Guilty.” Andria angkat tangan, mengaku salah. Dan tawa mereka pecah lagi.

“Hey, cukup-cukup gelak tu. Spill dekat aku cepat.” Gina tukar tona suara. Garang bunyinya.

Andria berdehem sekali. Tapi tak sempat buka hikayat, ada panggilan lain masuk ke telefon bimbitnya. Dia tarik telefon dan tengok skrin.

“Weh, babe, dia call ni. Dah habis meeting kot. Nanti aku call kau baliklah. Ok?”

“Haa... Ok. Nanti jangan lupa cerita kat aku how did it goes, tau?”

“Yelah, yelah. Ok, bye.” Talian terus dimatikan sebelum menukar ke talian satu lagi. “Hello?”

Hey babe. Missed me?” Bulat mata Andria mendengar suara jejaka itu. Soalan... Tak agak-agak sungguh!

“Ha, awak. Err... Kat mana dah?” sedikitpun dia tak jawab soalan Hakim yang sangat tiba-tiba tu tadi.

“Baru je keluar dari Kota Kemuning. Dalam twenty minutes or so, saya sampailah. Cukup tak time frame tu for you to get ready?”

“Eh, cukup sangat. I’m a very simple person. Ok. Saya tunggu awak.”

“Ok, see you.”

“Haa. Ok, bye.” Dan talian terus dimatikan.

Telefon dibaling atas katil dan Andria bangun dari katil, tarik tuala dari rak kayu lalu terus ke bilik air. Usai bersiram, dia keringkan badan dan balut tuala pada tubuh sebelum keluar. Pintu almari dibuka dan pakaian dicapai.

Jarum peniti disematkan pada shawl rona putih bersih yang dikenakannya. Puas hati, dia pandang pantulan imej diri sendiri dalam cermin panjang di depannya. Loose cotton pantskelabu, tank top putih dan cardigan kelabu. Oklaa ni rasanya. Not too formal, yet not too casual.

Andria tarik nafas panjang dan angguk puas hati. Telefon bimbit atas katil dicapai dan disisip masuk ke dalam poket seluarnya. Beg sandangnya ditarik dari atas kerusi di study table. Ngam-ngam lima belas minit dia bersiap.

Dengan kaki yang sedikit terhencot-hencot, dia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Kelibat ibu tak kelihatan. Mungkin di luar. Mungkin juga di atas. Dia pun tak perasan. Beg diletakkan atas meja kopi. Baru nak labuhkan duduk, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Laju dikeluarkan dari poket.

“Yep?”

“Kat depan.” Ringkas sahaja makluman diberi.

“Ok. Kejap.” Telefon dikembalikan ke dalam poket dan dia bangun.

“Ibuuu... Kawan kakak dah sampaiii...” Panggilnya. Diam, tak ada sebarang balasan. Ibu kat mana ni?

“Haa. Suruh dia masuk dulu! Ibu nak solat asar kejap. Ibu tertidur tadi.” Belum sempat dia panggil sekali lagi, ibu dah menjawab dari tingkat atas.

“Ok.” Jawabnya pendek dan bergerak merapati pintu rumah. Nafas panjang ditarik sebelum tombol pintu dipulas dan dikuak. Kaki terus menyarung selipar dan berjalan ke pagar.

Pintu kereta dibuka dan jejaka itu keluar. Senyum dilemparkan dan aviator ditanggalkan. Mata bertentang mata. Liur ditelan. Andria bungkam. Tak tau nak kata apa. Lain sikit rupa mamat ni kali ni. Hari tu masa jumpa nampak santai. Sekarang jumpa mamat ni nampak formal. Masih dalam pakaian pejabatnya.

Dengan seluar slack kelabu, kemeja lengan panjang warna baby blue dan vest rona sama dengan seluar. Tapi vest dah tak berbutang. Lelaki itu sedang melonggarkan sedikit tali lehernya. Sekali lagi Andria menelan liur. Begitupun dah nampak menyelerakan, kalau vest dia berbutang kemas, talileher diikat kemas, lepas tu siap pakai coat... Smart and sleek... Aaahhh... Droooolllll... Dan ooohhhh... Hampir je sedondon kalau dia pakai tank top warna baby blue tadi. Serasi sangat. Ecewah!

“Hello... Earth to Andria. Earth to Andria. Ada lagi tak ni?” Tangan digawang-gawang di depan muka si gadis yang tak berkelip dari tadi sehingga gadis itu tersentak sendiri. Pipi tembam dan mulus itu merona merah. Fawwaz tarik senyum. Cantik.

“Emm... Hakim... Err... Hai...” Tergagap dia dibuatnya sambil melarikan pandangan ke arah lain. Kantoi merenung anak teruna orang adalah sangat memalukan. Lebih memalukan bila kantoi dengan tuan punya badan sendiri. Perlahan tangannya naik mengetuk kepala sendiri.

So, shall we?” ajak Fawwaz sambil melemparkan talileher ke seat belakang keretanya.

“Eh, nanti! Err... Masuklah dulu. Ibu nak kenal...” suara Andria perlahan. Serba salah pun ada. Dia tak cakap awal-awal dengan mamat tu tadi pasal ibu nak jumpa. Jangan tiba-tiba mamat ni naik angin, sudah.

“Perlu ke?”

“Perlu! Ibu biasa jumpa dengan semua kawan saya.”

Fawwaz hela nafas panjang. Tak pernah lagi seumur hidupnya dia bawak keluar perempuan nak kena hadap mak ayah perempuan tu dulu. Dipandangnya Andria lama.

“Fine. Saya jumpa. Tapi awak kena kahwin dengan saya.” Siap pakej kenyit sebelah mata. Dan demi melihat mata Andria membulat, dia ketawa senang sambil membuka vestnya sebelum disangkut pada hanger di tempat duduk belakang..

“Siapa nak kahwin dengan dia entah. Perasan lebih. Dahlah, jom masuk,” balas Andria sambil terus berpusing dan masuk semula ke dalam. Menutup debar dalam dada. Memang tak terjangka Hakim nak cakap macam tu. Rasa macam nak dapat serangan jantung dah sekejap tadi. Dia dengar Hakim masih ketawa di belakang, tapi dia buat tak tahu saja.

“Awak duduk dulu. Ibu tengah solat. Err... Nak minum tak?”

“Boleh jugak,” balas Fawwaz dan gadis itu terus menghilangkan diri ke dapur.

Punggung dilabuhkan atas kusyen empuk perabot kayu jati di ruang tengah itu. Pandangan dilemparkan ke serata rumah sebelum kembali menghadap ke hadapan. Baru dia nak tarik telefon bimbit dari poket seluar, telinganya menangkap bunyi seseorang sedang datang ke arahnya.

“Assalamualaikum,” lembut suara seorang wanita memberi salam. Fawwaz bangun dan pusing ke belakang.

“Waalai... kumus... salam...” Masing-masing gamam. Tegang.

*************************

Hampir lima minit kedua-duanya kaku di tempat masing-masing. Fawwaz rasa bercelaru sungguh saat ini. Ada rasa lega, juga ada rasa sesuatu yang tak kena. Serba salah. Dan dia pasti, wanita yang berada tidak jauh darinya juga merasakan perasaan yang lebih kurang sama.

“Ibu dah turun? Haa ibu, ni Hakim. Hakim, ni ibu.” Andria yang baru tiba dari dapur tarik senyum lebar.

Ibu pandang tajam wajah anak gadisnya. Lengan Andria dipegang kejap. “Arliana Andria.” Keras suara ibu.

Andria yang mendengar nama penuhnya dipanggil, mula rasa tak senang. Seakan ada kesalahan besar telah dia lakukan. Dikerlingnya sekilas pada si jejaka yang sudah agak keruh riaknya. Pandangannya kembali pada si ibu.

“Kenapa, bu?” soalnya takut-takut.

“Kakak kata kakak kenal sangat dengan Fawwaz anak Uncle Him tu, kan?” mata ibu merenung tajam pada si anak gadis.

Berkerut kening Andria. Apa ibu ni? Tiba-tiba je? Perlu ke ibu bangkitkan soal ni sekarang? Depan Hakim pulak tu? Ish... Lambat-lambat dia angguk.

“Mestilah kenal, ibu. Mamat kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan tu, satu Selangor dengan KL kenal dia siapa,” balasnya dengan nada perlahan, mengelak dari perbualan didengari sang jejaka.

“Satu Selangor, satu KL kenal Fawwaz kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan tu ye kakak? Hmm?” Andria rasa macam nak tolong pekup mulut ibu. Penat dia cakap pelan-pelan tak nak bagi Hakim dengar, ibu selamba ulang for the world to hear. Ibu nih... Dia curi-curi pandang pada Hakim yang kelihatan... amused? Eh? Kenapa?

“Ibu ni cakap kuat-kuat kenapa? Malulah kakak,” rungutnya dekat dengan telinga ibu.

“Kakak cakap kakak tak nak kahwin dengan Fawwaz kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan tu, kan?”

Andria rasa muka dia dah tebal gila. Bukan takat berpuluh-puluh inci aje ni, macam dah berpuluh ribu inci dah rasanya. “Ibu...” marahnya. Kening dikerutkan, bibir sudah memuncung.

“Liana... Kakak... Ibu tak rasa kakak kenal pun siapa Fawwaz tu sebenarnya, kan?” riak wajah ibu nampak kesal sangat buatkan Andria rasa bersalah yang amat.

“Ibu... Kakak...” terhenti kata-katanya bila ibu geleng-gelengkan kepala. Sebelah tangannya ibu genggam dengan erat sebelum ibu kalih pandang pada Hakim, kemudian kembali padanya semula.

“Kakak... Itulah Fawwaz, anak Uncle Him...”

Gelas di tangan hampir terjatuh tapi cepat-cepat disambut ibu. Andria tutup mulut dengan tapak tangan. Dipandangnya pada si jejaka yang sudah mula senyum.

“Aaahhh... So you’re the infamous Liana yang lari dengan boyfriend sebab tak nak bertunang tu... Patut memang dah boleh agak sangat dah bila tengok Lily hari tu...” tenang sahaja Fawwaz menuturkan kata-kata.

Mata Andria semakin membuntang. Nafasnya turun naik dengan deras.

Babe, penat kita lari sampai ke Cameron sama-sama sebab tak nak kahwin. Tapi rupa-rupanya, kalau dah jodoh, memang tak kemana, kan?” Senyum senget ditarik, tangan kanan dilambai, “Hi, fiancee.”

“Kakak... Kakak cakap kakak pergi sorang...” suara ibu keras.

Andria sudah tergeleng-geleng perlahan. “No...” sebutnya lemah. Tak mahu percaya. Sebolehnya tak ingin percaya dengan kenyataan yang terbentang.

Fawwaz kalih pandang pada ibu Andria. “Aunty Linda, kalau inilah orangnya, memang saya tak silap kata hari tu.” Senyum sinisnya semakin lebar. Tercabar sebenarnya bila mendengar apa yang Andria katakan tentangnya sebentar tadi, lalu dia terus nekad.

“Apa maksud kamu?”

“Saya yang bawak dia naik Cameron. And yes, dia memang dah... kena sentuh... If you get what I mean.” Senyum mengejek sambil melangkah merapati dua beranak itu.

Ibu pandang Andria macam nak makan. Si anak gadis sudah menggeletar satu badan.

“Kakak...”

“Tak... Takde... Kakak tak buat, bu. Sumpah!“

Babe, you don’t remember? It was you who came to me that night. Tak ingat?” selamba pipi Andria dielus lembut membuatkan si gadis berundur setapak ke belakang.

No... That was... That was... A dream... It was just a dream!”

Fawwaz melangkah setapak menghampiri Andria semula. “Aawwhhh babe... Sadly, it wasn’t just a dream. We did it for real, sayang,” ujarnya, lembut. Sekali lagi tangannya naik mengelus pipi gadis itu.

Dan entah mengapa, tangan Fawwaz yang mengelus pipinya sekadar dipegang. Andria mendongak merenung ke dalam mata jejaka di hadapannya. Dia rasa... dejavu...

“Hakim... sayang Ria...?”

Fawwaz tarik senyum. “You remembered...” Dia tunduk dan mencium dahi Andria membuatkan mata gadis itu terpejam. Segala yang berlaku tempoh hari terbias kembali dalam kepalanya. Tanpa mampu berfikir panjang lagi, bibir Andria yang sedikit terbuka itu terus dipagut lembut.

“Astaghfirullahal ‘adziim... Kakak!”

Andria yang baru tersedar, terus menolak Fawwaz sekuat hati sebelum dia sendiri jatuh terjelepuk di atas lantai.

*********************
 


Jumpa lagi lepas raya... Atau kalau saya rajin *doa-doakanlah saya rajin*, mungkin saya naikkan entry special sempena Ramadhan ke, sempena raya nanti ke. Tapi itulah, kenalah doakan banyak-banyak supaya saya rajin. Hahahahahah :P

Ok, dah, boleh hentam sekarang. :)

No comments:

Post a Comment