Wednesday, July 24, 2013

Masak Lemak Cili Api - 8

-unedited version-

Bab 8

- Esah, lama tak jumpo. Pi mano? -

Entah siapalah yang buat lawak dengan aku ni. Dahlah panggil nama klasik aku, pastu nak berdialek Negeri Sembilan yang tak jadi pulak tu. Nombor pengirim takde dalam senarai simpanan aku. Marah pun ada rasanya ni.

- Siapa ni? –
 Aku reply. Mengganggu aku nak buat assignment je. Geram betul. Aku capai semula drawing pen bila sms tak berbalas dengan segera. Bagus jugak. Kalau dia main balas laju-laju, mau tak siap drawing aku ni karang. Dahlah kena submit Selasa minggu depan. Hari ni je dah Khamis. Kalau satu je drawing, oklah jugak. Ni ada duapuluh slideaku nak kena buat. Nasib baik dah siap sepuluh.

Dah tiga minggu semester baru bermula. Minggu inilah baru bermula sibuknya dengan segala mak nenek assignment.Nasib baik jugak dah tak payah usung drawing bag besar gedabak tu. Saiz A1 ok, bukan calang-calang punya saiz. Mujur jugak semester lepas semua pass. Naya ok kalau kena repeat paper. Tak kuasa sungguh.

Telefon aku berbunyi, tanda sms masuk.

- Esah, den rindu kat awak. –

Heyyyy… aku dapat siapa yang buat lawak dengan aku ni, memang aku lipat-lipat beliau masuk dalam microwave.Geram betullah. Aku dail terus nombor tu.

“Kurang asam gelugor betullah, tak angkat pulak. Memang nak kena betul. Hiiii… bongok!” Aku tenyeh-tenyeh keypad taip sms. Geramnya tak terkata.

- Tanya tak jawab, call tak angkat. CHICKEN!!

Aku campak handphone ke atas katil. Apa ke gila nak campak kat lantai? Kau nak belikan yang baru ke?

“Shah, sibuk ke?” Kepala Wani terjengul di pintu bilik.

“Agakla. Apasal?” Aku sambung melukis semula.

“Rina dengan Fida bawak balik makanan. Banyak sangat. Kau nak?” Aku terus tutup drawing pen dan bangun. Eh, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Makan, siapa yang tak nak? Orang sakit je yang tak nak makan.

Aku terus ke depan. Tu dia atas meja. KFC, Domino’s, sebekas spaghetti, sate, dan sebekas nasi goreng juga. Pergh, heaven~~ Boleh kenyang sampai tengahari esok ni.

“Spaghetti dengan nasik goreng tu simpanlah, esok boleh panaskan buat breakfast ke, makan malam ke.” Aku berikan cadangan bernas. Ye, tak baik ikut nafsu, kan?

“Nah, pergi simpan. Kang datang bawak pinggan. Empat.” Rina serahkan bekas nasi goreng dan spaghetti kat tangan aku. Baiklah, sebagai anggota rumah yang paling muda, saya menjunjung perintah akak-akak sekelian. Wuwu~ T.T

Ecewah, mudalah sangat, kan? Padahal berapa bulan je beza. Diorang semua lebih kurang tua setahun je dari aku. Dulu aku panggil jugak kakak, masa mula-mula masuk rumah dulu. Kena marah, ok? Aku redha je, diorang yang suruh panggil nama, bukan aku yang suka-suka.

Rina dengan Fida kerja satu pejabat dekat Sungai Rasa. Kat rumah ni, diorang share master bedroom. Wani pulak dekat Klang tu je pejabat dia. Dia ambik bilik kedua. Aku ambil bilik ketiga. Sewa bilik tu sebulan RM200 je, termasuk api, air dan duit belanja dapur. Bolehlah, kan?

“Dah kenyang. Tima kaseh kakak Rina. Tima kaseh kakak Fida. Adik mintak diri dulu nak siapkan kerja sekolah ye?” Aku berdiri angkat pinggan yang penuh dengan tulang ayam dan lidi sate.

“Kang datang bawakkan air dalam peti ais tu. Dengan cawan sekali eh? Thank you adik manis.” Rina kenyit mata. Aku angguk dan berlalu ke dapur nak basuh tangan dan pinggan.

Lepas hantarkan air dan cawan, aku masuk bilik semula. Handphone yang terdampar atas katil aku ambil. Ada satu sms. Tengok nombor, pengirim yang tak dikenali tu. Huh.

- Haikal. Namo den Haikal. Bila boleh jumpo awak lagi? Den rindu. –

Haikal mana pulak ni? Ah, sudah. Siapa dia pulak Haikal ni yang mengganggu ketenteraman awam ni? Aku tak kenal orang nama Haikal. Dahlah dia boleh panggil nama klasik aku tu. Nama klasik tu cuma keluarga aku je yang panggil. Orang lain semua panggil nama aku betul-betul. Jadi, siapakah gerangannya mamat Haikal ni? Adakah mamat kurang asam gelugor? Eh, tapi hari tu dia kata nama dia Haziq.

“Bah, ni kawan den.” Aku imbas semula cerita hampir sebulan yang lepas.

“Ha, namo apo kawan kau ni Sah?” Aku pandang dia.

“Muhammad Haziq, pakcik. Apa khabar?” Dia salam tangan abah aku siap cium tangan. Itulah first timeaku tau nama dia. Tu pun sebab abah tanya. Cuba kalau abah tak tanya? Aku rasa sampai tahun depan pun tak tentu lagi aku tahu. Heh. Tapi, itulah… nama dah cukup sedap, tapi sayang pemiliknya kekurangan asam. Kesian.

Masa makan jemput-jemput petang tu, dia cerita. Katanya baru balik dari hantar barang dekat depot KTM dekat Kajang tu. Lepas tu singgah minum sekejap dekat restoran sate tu. Itu yang dia ternampak aku, lalu menegur.

“Dia terkejut kot saya tegur dia. Tu yang terjatuh skuter tu agaknya.” Padahal aku terkejut tengok dia, bukan masa dia tegur. Aku kuat semangat ok? Setakat kena sergah-sergah tu, kira small matter ajelah…

Lepas siap betulkan motor dan dia dah balik, mama terus pergi call Along dengan Angah. Nasib baik Usu sekolah asrama, kalau tak, harus dengan Usu sekali dapat dengar cerita excited mama tu. Seminggu ye aku tahan telinga dengar Along dengan Angah mengusik. Tension betul.

Dan sejak lepas balik dari Rinching, baru sekali aku jejak kaki ke kedai Pak Din. Itupun selepas seminggu kejadian. Tak bolehlah, rasa malu gila kat beliau. Malu yang amat sangat-sangat.


* * * * * * * * * * 

Wednesday, July 17, 2013

Masak Lemak Cili Api - 7

*unedited version*

Bab 7

“Kojap laie ekau makan sini sekali la yo? Lopeh makan kang kito nengok an lah laie kek mano silap eh skuter tu. Pakcik bukan ghoti bona, si Esah ni lak pandai laie pado pakcik ni haa…”

“Eh, takpelah pakcik. Tadi dah makan dah.” Jawabnya sambil menyeka peluh di dahi. Aku perhati je dari depan pintu rumah. Nampak macam pomen sungguh dah mamat kurang asam gelugor tu. Dahlah dia memang duk pakai baju kerja dia. Kalau bukan sebab abah ada kat situ, memang aku dah join sekali pegi bukak body kit skuter tu.
“Makan jomput-jomput yo manolah cukup. Mohlah masuk dulu. Maghrib dokek dah ni. Esah! Ekau poie ambik an baju Along ko, Angah ko, mo kain pelikat. Ambik an kain sal sekali.” aku follow je cakap abah. Sebab abah yang cakap. Cuba kalau mamat kurang asam gelugor tu sendiri yang cakap, toksah mimpilah aku nak pergi ambilkan. Silakan ambik sendiri. Heh.

“Ni Bah, den lotak an kek bilik Angah. Sonang dio nak tuka baju kek dalam tu yo.”

“Iyolah. Poie tambah lauk sikit yo, Sah? Karang lopeh maghrib buleh makan.” Aku akur lagi, terus ke dapur. Menyampah tengok reaksi muka mamat tu. Buat geram je. Mesti dia gelakkan nama klasik aku tu dalam hati. Bukan tak tau. Huh. Benci.

“Padanlah tetibo yo nak boli kain lah, nak buek baju kurung lah. Dah ado calon kau yo, Sah? Konon yo lopeh limo nam tahun. Ni ontah-ontah sok lopeh limo nam bulan abih bolaja sok, mama dapek laa menantu laki yo, Sah?” Baru je sebelah kaki jejak lantai dapur, mama dah sound gitu. Bencinya, bencinya, bencinya, bencinya mamat kurang asam gelugor tu. Semua dia punya pasal lah ni. Hish!

“Takdo makno do Ma. Kawan biaso-biaso yo. Bukan den kona boto pun mo dio. Kebetulan yo dio ado kek situ maso moto den ghusak.” Aku selinsing lengan t-shirt sampai ke siku. Baki ayam yang dah dilumur garam kunyit tengahari tadi aku keluarkan dari peti sejuk.

“Takpo Sah. Ado maso laie nak kona-kona sementagho ekau skolah laie ni. Abih yo skolah sok, sughuh dio masuk minang. Mama teghimo toghuih, takyah runding-runding laie.” Serentak itu juga ada seseorang terbatuk-batuk. Aku toleh ke belakang. Ya Allah, malu gila! Mama lah ni. Lain kali tunggu beliau tu takde kat rumah baru cakap boleh tak? Eh, lain kali? Eh?

“Minta maaf ye makcik. Nak tumpang lalu pegi bilik air.” Tuturnya sopan, macam tak ada apa-apa. Mama angguk dalam senyuman. Heh, benci benci benci benci. Dia berlalu ke bilik air tanpa sedikit pun memandang. Aku raba kepala, ok, tudung ada. Lepas tengok tangan baru perasan. Heh, lupa nak turunkan lengan baju tadi. Salah dia lah, siapa suruh masuk tak bagi salam? Huh.

“Sah masak yo? Ekau tak buleh solat ari ni, kan?” tegur mama tiba-tiba. Isk, mama ni pun. Janganlah cakap kuat-kuat. Beliau tu ada dalam bilik air, ok? Boleh dengar kot cakap-cakap macam ni. Isk. Malulah, malu! Aku pusing menghadap dapur semula. Tebal muka toksah cakaplah.

“Sah.”

“Iyo.”

“Mama bokonan boto lah kalau dio yang jadik menantu mama. Baik budak eh. Sopan yo. Agamo pun mama nengok an baguih yo.” Baik? Sopan? Ya ampuuunnn… Rasa macam nak potong jari je dengar mama puji-puji mamat kurang asam gelugor tu. Ni baru sekali jumpa beliau tu, belum banyak kali lagi. Eh, banyak kali? Ah, takde makna!

“Dah, dah. Mama poie solat. Den nak masak ni. Poie copek.” Eh, bukan halau ni. Tapi, maghrib kan waktu yang paling pendek. Tak baik lengah-lengah. Betul tak alasan aku tu? Haha~  Lagipun karang entah amende je lagi mama nak cakap. Beliau tu dahlah masih dalam bilik air. Kalau dia pasang telinga camna? Ha, camna? Camna? Malulah ai kalau macam tu, ok?

“Lagipun sodang elok bona lah umur dio tuo pado kau lapan tahun. Kojo pun dah elok. Motokar pun ado. Tingga nak carik ghumah yo laie.” Argh!! Mama ni tak habis-habis lagi ke? Dahlah sikit-sikit. Simpan untuk lain kali pulaklah Ma. Den dah malu amek dah ni aa..

“Yah, siaplah copek. Kito jomaah kek dopan.” Abah menegur dari muka pintu ruang dapur. Mama angguk. Serentak itu mamat kurang asam gelugor keluar dari bilik air dengan berbaju t dan bertuala yang labuh sampai ke buku lali. Memang sengaja aku bagi tuala jenis besar. Cepat-cepat aku turunkan lengan baju aku.

“Aaa… Haziq, kito jomaah samo la yo kek dopan tu haa. Ekau jadik imam.” Saran abah. Pergh! Tanggungjawab berat tu. Aku pandang mamat tu, dia senyum.

“Err… Takpe ke saya jadi imam? Rumah pakcik ni, segan pulak saya.” Jawab dia. Eleh, takutlah tu.

“Apo pulak nak sogan-sogan. Sesekali tukar imam, apolah salah eh. Copeklah, kami tunggu kek dopan.”

“Oklah. Kejap saya pakai kain.” Dia beredar. Mama dengan abah menurut. Aku selinsing semula lengan baju, mula memasak. Tak lama, sayup aku dengar suara dia melaungkan iqamat. Sambil memasak aku pasang telinga mendengar bacaanya. Sedapnya dia mengaji, siap ada lagu.

Ah, sudah. Tambah dua-tiga pointlagilah lepas ni mama nak jek mamat kurang asam gelugor tu. Haih… kes naya betul… Kesian aku… Huhu~~ T.T


* * * * * * * * * * *

Friday, July 12, 2013

Iced Tea & Scones - Part 6

Assalamualaikum dan Selamat Petang Sabtu.

Dah hari ke4 berpuasa. Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan-kawan yang beragama Islam... :D

Sebab tak sempat apdet sebelum puasa, jadi kita apdet di awal puasa. Ini entry last dalam bulan puasa ni kot. Sebab cerita ni banyak menimbulkan kepanasan... Heheheheheh 

Ok, silakan baca,.









Part 6




Fawwaz mula kemas-kemaskan meja kerjanya. Fail-fail dokumen yang bersepah atas meja disusun kembali ke dalam rak di hujung bilik pejabatnya. Segala alatulis disimpan kembali ke dalam bekas alatulis di tepi monitor lepernya. Siap, dia tarik sebuah fail dari atas meja dan dikepit rapat ke tubuh. Sambil menuju ke pintu, dia sempat menyambar kot yang tergantung pada coat hanger.

“Kak Fiza, saya keluar dulu,” beritahunya dalam senyum saat melintasi depan meja setiausahanya itu.

“Eh, eh, eh. Encik Fawwaz! Nanti kejap. Ada dokumen nak kena sign ni.” Kak Fiza bangun dari kerusi.

Fawwaz tak berganjak. “Urgent ke? Kalau tak urgent,letak atas meja. Esok saya semak, baru sign. Boleh?”

“Err... Nak kata tak urgenttu, bolehlah jugak. Tapi tadi Dato’ inform mintak Encik sign, lepas tu hantar kat dia. Dia mintak Encik Fawwaz personally hantar dekat dia. Hari ni jugak,” ujar Kak Fiza perlahan.

Fawwaz merengus. Fail dokumen warna hitam dalam tangan Kak Fiza ditarik kasar dan diselak. Memang dokumen tak berapa penting. Dan tak perlu untuk dia sendiri serahkan pada papa. Semua ni alasan papa je nak jumpa dia setelah berhari-hari dia mengelak dari bertembung dengan papa, mahupun Fai. Jangan kata jumpa, jawab call pun dia tak mahu, apa lagi membalas sms. Roadster papa dia dah pulangkan dengan meninggalkannya dekat basement bangunan pejabat lepas kereta dia siap diperbaiki. Kunci dia serah pada Kak Fiza, pesan suruh bagi papa. Memang dah tak ada alasan lagi setakat ni untuk dia pergi menghadap papa.

Fawwaz menggumam sendiri. Setiausahanya itu cuma diam. Nak bersuara pun seram. Siapa tak kenal bos dia tu? Kepala angin. Singa jadian. Harimau jadian. Silap sikit, kalau tak kena gaya angin dia, harus kena baham hidup-hidup. Nampak saja macam icy cool. Datang angin puting beliung dia, dari tingkat paling atas, sampai tingkat paling bawah, semua kecut perut.

Tapi bukan selalu dia macam tu. Kena time angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, dari tingkat paling atas, sampai tingkat paling bawah, semua ikut senyum. Baik hati sebenarnya ketul ais yang seorang ni. Dari Fawwaz mula kerja di situ lagi Kak Fiza dah diaturkan untuk bekerja di bawahnya. Dah bertahun. Dia dah kenal hati budi seorang bos bernama Fawwaz ni. Serupa macam aiskrim Magnum. Dekat luar keras, sejuk dan beku. Dekat dalam, lembut berkrim, nyaman dan sangat menyelerakan. Yums! Eh? Over! Dahi diluku sendiri.

“Kak. Berangan.” Telapak tangan digawang ke kiri dan kanan. Kak Fiza tersipu-sipu sendiri.

“Pen. Saya sign. Tapi akak pergi hantar. Saya ada hal sekarang ni.”

“Eh? Tapi Dato’...”

“Kak. Saya cakap sekali je. Bak pen.” Oh, ada gaya-gaya angin puting beliung nak sampai. Baik dia ikut saja. Sebatang pen dihulurkan.

Penutup pen dikepit di bibir sebelum dokumen diletakkan atas meja untuk ditandatangan. Siap, dia tutup pen semula dan letakkan atas meja setiausahanya.

“Akak tolong hantar. I’m leaving now.” Dan baru saja dia berpusing nak beredar, dia nampak kelibat papa melangkah keluar dari lif, terus sahaja masuk ke ruang pejabatnya.

“Hah, Fawwaz. Lucky I caught you just in time,” ujar Dato’ Rahim, selamba. Macam tak ada apa-apa je.

Fawwaz ketap gigi, dan menarik sedikit senyum senget bila bahunya dipaut dengan mesra.

“Jom masuk bilik Fawwaz sekejap. Ada hal sikit papa nak bincangkan.” Dato’ Rahim cuba mendorong anak bujangnya itu, namun Fawwaz buat keras. Tegak berdiri di tempatnya.

Sorry pa, no can’t do. Fawwaz ada appointment ni dengan Rania. Last week diorang cancel. Hari ni, tak boleh tidak, I’ve to meet them up,” tegas Fawwaz sambil meleraikan pautan sang ayah di bahunya dan terus berpusing untuk beredar.

“Fawwaz, I just need five minutes of your precious time,” mendengar suara keras papanya buat dia pegun. Nafas panjang ditarik dan dilepas perlahan.

Fine. Dalam bilik Fawwaz then.” Dia berpusing semula dan menonong terus ke biliknya. Dato’ Rahim mengekor dari belakang.

Masuk saja dalam bilik pejabat itu, Dato’ Rahim terus tekan kunci dan melabuhkan duduk di atas settee bersarung kulit di sudut pejabat.

“Lima minit je, pa. Cepat sikit. Nanti Fawwaz lambat,” ujarnya acuh tak acuh. Sedikit pun tak memandang pada si ayah. Sibuk menelek waktu di pergelangan tangannya.

AppointmentFawwaz pukul dua setengah. Sekarang ni baru pukul duabelas suku. Nak pergi GCC Kota Permai tu bukan jauh mana pun. So please, have a seat first. Then we’ll talk.”

Fawwaz merengus, yakin papa dapat jadualnya dari Kak Fiza.

“Fawwaz tak nak tersangkut dalam jem,” alasan diberi.

“Kalau ye pun, takkan sampai dua jam awal nak keluar?” bidas Dato’ Rahim.

Fawwaz diam.

“Fawwaz, please. Just have a seat first.”

“Kalau papa masih nak pujuk Fawwaz suruh kahwin dengan anak kawan papa tu, sorry. I’m not interested.” Dia terus beredar ke pintu.

“Fawwaz! Papa tak kata apa-apa pun pasal tu. I just want to have a talk with my son. Itu je.”

Lengannya dipegang kejap dek si ayah. Fawwaz putarkan bola matanya dan mengeluh panjang.

Five minutes, pa. Fawwaz ada appointment lain before Rania,” bohongnya. Sebelum meeting dengan Rania dia memang tak ada apa-apa agenda. Tapi selepas meetingtu, ada. Spontan senyum senget tersungging di bibirnya.

Dato’ Rahim yang baru hendak bertanya, tiba-tiba kaku melihat Fawwaz yang tiba-tiba senyum. Aura mendung hitam yang dari tadi memenuhi segenap ruang bilik pejabat itu terasa seperti sedang berarak pergi. Entah kenapa, terdetik dalam hati tuanya satu kemungkinan.

Is it one of your girls?” tebaknya.

She’s not like them other... girls...” tiba-tiba Fawwaz sedar dia terlepas kata bila melihat wajah sang ayah berubah riak sedikit gembira.

“Dahlah. Fawwaz dah lambat. I’m going now.” Tombol pintu diraih dan dipulas. Dengan segera dia memboloskan diri keluar dari bilik pejabatnya meninggalkan papanya sendirian.

Dato’ Rahim geleng kepala. Hampir saja dia senyum sampai ke telinga. Agak lega bila dengar cakap Fawwaz tadi. Dan rasa gelihati juga tengok si anak yang tiba-tiba malu sendiri. Tak pernah-pernah. Melihat pada reaksi Fawwaz tu saja dia dah boleh agak. Dia sendiri pun pernah melalui zaman muda.

Dato’ Rahim tarik senyum senget. Bukan dia tak tahu langsung gerak geri Fawwaz selama ni. Memang dia perhatikan. Tambah-tambah sejak satu-satunya anak kandungnya itu keluar dengan perasaan marah yang membuak-buak tempoh hari. Dihantarkan orang menurut segala jejak langkah anak bertuah tu seperti biasa kalau Fawwaz keluar dari rumah dengan rasa marah yang luar biasa. Tapi ternyata, kali ini laporan yang diterima sangat berbeza dari kebiasaannya.

Fawwaz tak ke kelab malam. Fawwaz tak mabuk-mabuk. Fawwaz tak ambil dadah. Fawwaz tak cari perempuan. Fawwaz tak ke mana-mana pun. Walau pada asalnya dia terima berita anak itu hampir menjejakkan kaki ke sarang dadah, tapi tak jadi dek kerana menerima satu panggilan. Ada nama yang disebutnya. Dan selepas itu, anak bertuah itu terus pulang ke kondominiumnya. Sesuatu yang julung-julung kali dia dengar.

Dan menambah lagi anehnya, bila Fawwaz tetap muncul di pejabat pada pagi Isnin dan hadir ke mesyuarat mingguan pagi itu seperti biasa. Itu memang di luar jangkaannya. Disangka anak itu akan mengambil cuti untuk beberapa hari seperti kelazimannya bila ada isu besar timbul, tapi ternyata tidak. Ada sesuatu yang hendak dibuktikankah? Atau ada seseorang yang telah merubahnya? Mungkin juga disebabkan gadis itukah Fawwaz menolak untuk dijodohkan dengan anak kepada sahabatnya?

‘Adira? Alia? Whatever her name is, papa tak kisah lagi dah, Fawwaz. Kalau dia boleh buat Fawwaz berhenti dari terus bergelumang dengan segala maksiat tu, then be it. Biar siapa pun dia nanti, papa terima,’ detik hatinya. Nafas lega dihela sebelum dia turut meninggalkan bilik pejabat milik anaknya itu.

********************

“Macam tak percaya je kau ni laa.”

Andria sengih. “Babe, Gina, aku sendiri pun rasa macam tak percaya, tau?” Silangan kakinya ditukar, lenguh.

But seriously babe, cuba kau describe apa feel kau dekat dia?”

Andria hela nafas panjang. Jam di dinding bilik dipandang sekilas sebelum pandangannya kembali ke siling lepa di atas.

“Tak reti aku nak describe. Macam... Entah...”

“Oooohhhh my dear babe Andria. Aku rasa kau ni memang betul-betul dah fall for him. Sebab sejak dari kau balik Cameron, kau tak berhenti sebut nama Hakim tu. Tak berhenti ulang cerita Hakim. Love struck much.” Dengar sangat ada nada mengusik bercampur sedikit nada jengkel dalam suara Gina.

Andria ketawa. “Besarkan cerita tau kau ni. Mana ada...” nafinya.

“Adaaa... Kau mana nak perasan. Aku dengan Eddy ni yang penat tadah telinga, tau?” balas Gina membuatkan temannya itu terdiam.

Terkelip-kelip mata Andria memandang siling. Cuba memutar kembali memorinya, mencari kebenaran dalam kata-kata Gina. Sebolehnya dia mahu menafikan, tapi sepertinya memang dia tak akan mampu untuk menidakkan.

Babe,” panggil Gina.

“Apa?”

“Kau betul suka dia?”

Andria tak menjawab. Dia bangun dari baringnya dan bersila di atas katil.

“Suka laa jugak...” desisnya perlahan.

“Sebab apa kau suka dia?”

Soalan Gina dibalas dengan keluhan panjang. Telefon bertukar ke tangan kiri manakala tangan kanan sudah turun mengutil kain cadar dengan bibir memuncung.

“Entahlaa Gina. Kau tau kan, how us girls just love to fall for the wrong guys before the right one comes?”

Gina ketawa. “What made you think he’s the wrong guy? Manalaa tau he is the right one. Kesatria dalam perisai berkilat bak kata orang putih.” Dia sambung ketawa.

“Kesatria laa sangaaattt... Kesat hingus bolehlah,” sambung Andria sebelum ikut ketawa.

“Tapi serius laa babe. Apasal kau boleh suka dia, tapi kau rasa dia the wrong guy ni?” soal Gina sebaik tawa reda.

Andria tarik nafas panjang. “Entahlah. I just felt like it. Lagipun, aura bad boy dia tu agak kuat. Penyebab aku rasa suka, dan pada masa yang sama, rasa he’s not the right one for me,” jelasnya dan menghela kembali nafas yang ditahan.

“Aura bad boy? Woah! That’s new! Kau tak pernah cakap pun dia ada aura bad boysebelum ni? Spill. Apa yang dia buat sampai terasa sangat aura bad boy dia tu,” arah Gina.

Excited lebih, nampak?” perli Andria.

Well, you know me. Bad boys are so delicious and hard to resist!”

“Hoi! Miang tak agak-agak!”

“Eh, toksah nak mengata aku. Kau pun sama jugak, ok? Siap mimpi make out lagi dengan si Hakim tu. Lagi gila miang.”

“Err... ok. Guilty.” Andria angkat tangan, mengaku salah. Dan tawa mereka pecah lagi.

“Hey, cukup-cukup gelak tu. Spill dekat aku cepat.” Gina tukar tona suara. Garang bunyinya.

Andria berdehem sekali. Tapi tak sempat buka hikayat, ada panggilan lain masuk ke telefon bimbitnya. Dia tarik telefon dan tengok skrin.

“Weh, babe, dia call ni. Dah habis meeting kot. Nanti aku call kau baliklah. Ok?”

“Haa... Ok. Nanti jangan lupa cerita kat aku how did it goes, tau?”

“Yelah, yelah. Ok, bye.” Talian terus dimatikan sebelum menukar ke talian satu lagi. “Hello?”

Hey babe. Missed me?” Bulat mata Andria mendengar suara jejaka itu. Soalan... Tak agak-agak sungguh!

“Ha, awak. Err... Kat mana dah?” sedikitpun dia tak jawab soalan Hakim yang sangat tiba-tiba tu tadi.

“Baru je keluar dari Kota Kemuning. Dalam twenty minutes or so, saya sampailah. Cukup tak time frame tu for you to get ready?”

“Eh, cukup sangat. I’m a very simple person. Ok. Saya tunggu awak.”

“Ok, see you.”

“Haa. Ok, bye.” Dan talian terus dimatikan.

Telefon dibaling atas katil dan Andria bangun dari katil, tarik tuala dari rak kayu lalu terus ke bilik air. Usai bersiram, dia keringkan badan dan balut tuala pada tubuh sebelum keluar. Pintu almari dibuka dan pakaian dicapai.

Jarum peniti disematkan pada shawl rona putih bersih yang dikenakannya. Puas hati, dia pandang pantulan imej diri sendiri dalam cermin panjang di depannya. Loose cotton pantskelabu, tank top putih dan cardigan kelabu. Oklaa ni rasanya. Not too formal, yet not too casual.

Andria tarik nafas panjang dan angguk puas hati. Telefon bimbit atas katil dicapai dan disisip masuk ke dalam poket seluarnya. Beg sandangnya ditarik dari atas kerusi di study table. Ngam-ngam lima belas minit dia bersiap.

Dengan kaki yang sedikit terhencot-hencot, dia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Kelibat ibu tak kelihatan. Mungkin di luar. Mungkin juga di atas. Dia pun tak perasan. Beg diletakkan atas meja kopi. Baru nak labuhkan duduk, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Laju dikeluarkan dari poket.

“Yep?”

“Kat depan.” Ringkas sahaja makluman diberi.

“Ok. Kejap.” Telefon dikembalikan ke dalam poket dan dia bangun.

“Ibuuu... Kawan kakak dah sampaiii...” Panggilnya. Diam, tak ada sebarang balasan. Ibu kat mana ni?

“Haa. Suruh dia masuk dulu! Ibu nak solat asar kejap. Ibu tertidur tadi.” Belum sempat dia panggil sekali lagi, ibu dah menjawab dari tingkat atas.

“Ok.” Jawabnya pendek dan bergerak merapati pintu rumah. Nafas panjang ditarik sebelum tombol pintu dipulas dan dikuak. Kaki terus menyarung selipar dan berjalan ke pagar.

Pintu kereta dibuka dan jejaka itu keluar. Senyum dilemparkan dan aviator ditanggalkan. Mata bertentang mata. Liur ditelan. Andria bungkam. Tak tau nak kata apa. Lain sikit rupa mamat ni kali ni. Hari tu masa jumpa nampak santai. Sekarang jumpa mamat ni nampak formal. Masih dalam pakaian pejabatnya.

Dengan seluar slack kelabu, kemeja lengan panjang warna baby blue dan vest rona sama dengan seluar. Tapi vest dah tak berbutang. Lelaki itu sedang melonggarkan sedikit tali lehernya. Sekali lagi Andria menelan liur. Begitupun dah nampak menyelerakan, kalau vest dia berbutang kemas, talileher diikat kemas, lepas tu siap pakai coat... Smart and sleek... Aaahhh... Droooolllll... Dan ooohhhh... Hampir je sedondon kalau dia pakai tank top warna baby blue tadi. Serasi sangat. Ecewah!

“Hello... Earth to Andria. Earth to Andria. Ada lagi tak ni?” Tangan digawang-gawang di depan muka si gadis yang tak berkelip dari tadi sehingga gadis itu tersentak sendiri. Pipi tembam dan mulus itu merona merah. Fawwaz tarik senyum. Cantik.

“Emm... Hakim... Err... Hai...” Tergagap dia dibuatnya sambil melarikan pandangan ke arah lain. Kantoi merenung anak teruna orang adalah sangat memalukan. Lebih memalukan bila kantoi dengan tuan punya badan sendiri. Perlahan tangannya naik mengetuk kepala sendiri.

So, shall we?” ajak Fawwaz sambil melemparkan talileher ke seat belakang keretanya.

“Eh, nanti! Err... Masuklah dulu. Ibu nak kenal...” suara Andria perlahan. Serba salah pun ada. Dia tak cakap awal-awal dengan mamat tu tadi pasal ibu nak jumpa. Jangan tiba-tiba mamat ni naik angin, sudah.

“Perlu ke?”

“Perlu! Ibu biasa jumpa dengan semua kawan saya.”

Fawwaz hela nafas panjang. Tak pernah lagi seumur hidupnya dia bawak keluar perempuan nak kena hadap mak ayah perempuan tu dulu. Dipandangnya Andria lama.

“Fine. Saya jumpa. Tapi awak kena kahwin dengan saya.” Siap pakej kenyit sebelah mata. Dan demi melihat mata Andria membulat, dia ketawa senang sambil membuka vestnya sebelum disangkut pada hanger di tempat duduk belakang..

“Siapa nak kahwin dengan dia entah. Perasan lebih. Dahlah, jom masuk,” balas Andria sambil terus berpusing dan masuk semula ke dalam. Menutup debar dalam dada. Memang tak terjangka Hakim nak cakap macam tu. Rasa macam nak dapat serangan jantung dah sekejap tadi. Dia dengar Hakim masih ketawa di belakang, tapi dia buat tak tahu saja.

“Awak duduk dulu. Ibu tengah solat. Err... Nak minum tak?”

“Boleh jugak,” balas Fawwaz dan gadis itu terus menghilangkan diri ke dapur.

Punggung dilabuhkan atas kusyen empuk perabot kayu jati di ruang tengah itu. Pandangan dilemparkan ke serata rumah sebelum kembali menghadap ke hadapan. Baru dia nak tarik telefon bimbit dari poket seluar, telinganya menangkap bunyi seseorang sedang datang ke arahnya.

“Assalamualaikum,” lembut suara seorang wanita memberi salam. Fawwaz bangun dan pusing ke belakang.

“Waalai... kumus... salam...” Masing-masing gamam. Tegang.

*************************

Hampir lima minit kedua-duanya kaku di tempat masing-masing. Fawwaz rasa bercelaru sungguh saat ini. Ada rasa lega, juga ada rasa sesuatu yang tak kena. Serba salah. Dan dia pasti, wanita yang berada tidak jauh darinya juga merasakan perasaan yang lebih kurang sama.

“Ibu dah turun? Haa ibu, ni Hakim. Hakim, ni ibu.” Andria yang baru tiba dari dapur tarik senyum lebar.

Ibu pandang tajam wajah anak gadisnya. Lengan Andria dipegang kejap. “Arliana Andria.” Keras suara ibu.

Andria yang mendengar nama penuhnya dipanggil, mula rasa tak senang. Seakan ada kesalahan besar telah dia lakukan. Dikerlingnya sekilas pada si jejaka yang sudah agak keruh riaknya. Pandangannya kembali pada si ibu.

“Kenapa, bu?” soalnya takut-takut.

“Kakak kata kakak kenal sangat dengan Fawwaz anak Uncle Him tu, kan?” mata ibu merenung tajam pada si anak gadis.

Berkerut kening Andria. Apa ibu ni? Tiba-tiba je? Perlu ke ibu bangkitkan soal ni sekarang? Depan Hakim pulak tu? Ish... Lambat-lambat dia angguk.

“Mestilah kenal, ibu. Mamat kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan tu, satu Selangor dengan KL kenal dia siapa,” balasnya dengan nada perlahan, mengelak dari perbualan didengari sang jejaka.

“Satu Selangor, satu KL kenal Fawwaz kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan tu ye kakak? Hmm?” Andria rasa macam nak tolong pekup mulut ibu. Penat dia cakap pelan-pelan tak nak bagi Hakim dengar, ibu selamba ulang for the world to hear. Ibu nih... Dia curi-curi pandang pada Hakim yang kelihatan... amused? Eh? Kenapa?

“Ibu ni cakap kuat-kuat kenapa? Malulah kakak,” rungutnya dekat dengan telinga ibu.

“Kakak cakap kakak tak nak kahwin dengan Fawwaz kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan tu, kan?”

Andria rasa muka dia dah tebal gila. Bukan takat berpuluh-puluh inci aje ni, macam dah berpuluh ribu inci dah rasanya. “Ibu...” marahnya. Kening dikerutkan, bibir sudah memuncung.

“Liana... Kakak... Ibu tak rasa kakak kenal pun siapa Fawwaz tu sebenarnya, kan?” riak wajah ibu nampak kesal sangat buatkan Andria rasa bersalah yang amat.

“Ibu... Kakak...” terhenti kata-katanya bila ibu geleng-gelengkan kepala. Sebelah tangannya ibu genggam dengan erat sebelum ibu kalih pandang pada Hakim, kemudian kembali padanya semula.

“Kakak... Itulah Fawwaz, anak Uncle Him...”

Gelas di tangan hampir terjatuh tapi cepat-cepat disambut ibu. Andria tutup mulut dengan tapak tangan. Dipandangnya pada si jejaka yang sudah mula senyum.

“Aaahhh... So you’re the infamous Liana yang lari dengan boyfriend sebab tak nak bertunang tu... Patut memang dah boleh agak sangat dah bila tengok Lily hari tu...” tenang sahaja Fawwaz menuturkan kata-kata.

Mata Andria semakin membuntang. Nafasnya turun naik dengan deras.

Babe, penat kita lari sampai ke Cameron sama-sama sebab tak nak kahwin. Tapi rupa-rupanya, kalau dah jodoh, memang tak kemana, kan?” Senyum senget ditarik, tangan kanan dilambai, “Hi, fiancee.”

“Kakak... Kakak cakap kakak pergi sorang...” suara ibu keras.

Andria sudah tergeleng-geleng perlahan. “No...” sebutnya lemah. Tak mahu percaya. Sebolehnya tak ingin percaya dengan kenyataan yang terbentang.

Fawwaz kalih pandang pada ibu Andria. “Aunty Linda, kalau inilah orangnya, memang saya tak silap kata hari tu.” Senyum sinisnya semakin lebar. Tercabar sebenarnya bila mendengar apa yang Andria katakan tentangnya sebentar tadi, lalu dia terus nekad.

“Apa maksud kamu?”

“Saya yang bawak dia naik Cameron. And yes, dia memang dah... kena sentuh... If you get what I mean.” Senyum mengejek sambil melangkah merapati dua beranak itu.

Ibu pandang Andria macam nak makan. Si anak gadis sudah menggeletar satu badan.

“Kakak...”

“Tak... Takde... Kakak tak buat, bu. Sumpah!“

Babe, you don’t remember? It was you who came to me that night. Tak ingat?” selamba pipi Andria dielus lembut membuatkan si gadis berundur setapak ke belakang.

No... That was... That was... A dream... It was just a dream!”

Fawwaz melangkah setapak menghampiri Andria semula. “Aawwhhh babe... Sadly, it wasn’t just a dream. We did it for real, sayang,” ujarnya, lembut. Sekali lagi tangannya naik mengelus pipi gadis itu.

Dan entah mengapa, tangan Fawwaz yang mengelus pipinya sekadar dipegang. Andria mendongak merenung ke dalam mata jejaka di hadapannya. Dia rasa... dejavu...

“Hakim... sayang Ria...?”

Fawwaz tarik senyum. “You remembered...” Dia tunduk dan mencium dahi Andria membuatkan mata gadis itu terpejam. Segala yang berlaku tempoh hari terbias kembali dalam kepalanya. Tanpa mampu berfikir panjang lagi, bibir Andria yang sedikit terbuka itu terus dipagut lembut.

“Astaghfirullahal ‘adziim... Kakak!”

Andria yang baru tersedar, terus menolak Fawwaz sekuat hati sebelum dia sendiri jatuh terjelepuk di atas lantai.

*********************
 


Jumpa lagi lepas raya... Atau kalau saya rajin *doa-doakanlah saya rajin*, mungkin saya naikkan entry special sempena Ramadhan ke, sempena raya nanti ke. Tapi itulah, kenalah doakan banyak-banyak supaya saya rajin. Hahahahahah :P

Ok, dah, boleh hentam sekarang. :)