Wednesday, October 30, 2013

29 Rahsia di sebalik Ais


ZAT di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;

1) Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2) Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3) Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4) Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

5) Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6) Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7) Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8) Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

9) Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10) Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

11) Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

12) Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

13) Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

14) Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15) Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

16) Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

17) Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18) Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

19) Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

20) Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21) Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22) Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

23) Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24) Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25) Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26) Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27) Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

28) Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

29) Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Air sejuk ada kebaikan dan keburukannya. Bagi pesakit asma, air sejuk tidak berapa elok. Kesimpulannya, pesakit asma tidak digalakkan guna air sejuk banyak-banyak untuk elak daripada mendapat kemudaratan daripada mendapat kebaikan.

Info sihat! 7 ragam gangguan tidur


GANGGUAN tidur mempunyai ragam yang tersendiri dan perlu diwaspadai oleh orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dikenal pasti :

1. Delayed Sleep Phase Disorder – masalah ini ditandai dengan kesukaran tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi.  Kebanyakan orang menganggap ia merupakan sesuatu yang normal tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.

2. Insomnia – ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur, terutama di malam hari.  Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup seperti stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.

3. Apnea tidur – biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat saluran pernafasan tertutu, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru.  Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk sepanjang hari.

4. Narcolepsy – merupakan gangguan neurologi yang disebabkan kurangnya hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual tidur dan bangun setiap hari.  Narcolepsy akan membuat seseorang dapat tidur walau di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda mengantuk terlebih dahulu.

5. Restless Legs Syndrome – ia merupakan sebuah gangguan tidur yang dirasakan pada kaki.  Rasa tidak selesa dan nyaman ini seperti rasa gatal dengan intensiti gerakan yang berbeza-beza, sering dirasai menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.

6. Periodic Limb Movement Disorder – penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.

7. Sleep Walking – gangguan ini merupakan keadaan yang paling parah ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang biasanya dilakukan ketika di waktu jaga seperti berjalan, keluar rumah dan lain-lain. Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah mereka lakukan ketika sedang tidur ini.

Sumber : sinarharian

Tuesday, October 29, 2013

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita?

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala stress yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini sebenarnya muncul dari Bahagian Biologi Manusia di Universiti Pensylvania beberapa tahun yang lalu. Kajian yang dilakukan di sana membuktikan bahawa keringat lelaki buat kaum wanita  boleh menurunkan stress, membantu relaksasi dan mengatur haid. 


Seperti dilaporkan dalam Jurnal Bilogly of Reproduction America sebelum  ini, ekstrak ketiak yang sengaja 'diproses' dari lelaki yang tidak memakai  deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung  wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya. Dalam ujikaji yang  dilakukan itu, parfum alami/semulajadi ini kemudian disapukan ke atas  bibir puluhan wanita berumur 25 hingga 45 tahun. Tentunya tanpa memberi  tahu bahawa itu adalah bibit keringat lelaki dan hanya dihebahkan bahawa 
mereka sedang menguji suatu aroma pafrum baru. 

Enam jam pertama setelah itu, skala mood wanita yang disapu parfum yang  diperbuat dari bibit keringat lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, parfum ketiak lelaki ternyata dapat juga membuat wanita menjadi kurang tegang.stress. 

Moralnya : Selalulah mencium ketiak suami anda!!!...... hehhehe 

Saturday, October 26, 2013

10 Info Tentang Bayi Yang Anda Perlu Tahu


  1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

  2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

  3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

  4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

  5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

  6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

  7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

  8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

  9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

  10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Wednesday, October 23, 2013

Betul ke Otak orang bercinta tidak stabil?

Hasil kajian mendapati bagaimana seseorang yang bercinta boleh menjadi gemuruh dan tidak stabil. Mereka mendapati korteks hadapan otak yang membuat pertimbangan, menjadi tidak aktif apabila seseorang itu bercinta.

Menurut Profesor Neuroaestetik, Semir Zeki dari Kolej Universiti London :
''Apabila anda melihat seseorang yang anda sukai, beberapa bahagian otak menjadi aktif. Namun, satu bahagian besar lagi menjadi tidak aktif iaitu otak yang membuat pertimbangan,''


Hehe, adakah otak korang stabil sekarang ??..

Apakah Status Binatang di Facebook?


Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah
rezeki malam ni..

CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA : “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh..

NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw... agak-agak laa weyh

Renungan! Kisah majikan mencampakkan wang syiling kepada pekerjanya


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.(Renungan kita bersama)

Tuesday, October 22, 2013

Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki



10 Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki luahkan dan makna tersiratnya…

(1) Ayat maut lelaki : Okeylah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

(2)  Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

(3) Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

(4) Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.

(5) Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.

(6) Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.

(7) Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.

(8) Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

(9) Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih

(10) Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..

Monday, October 21, 2013

Awek Pisang Goreng


Dah keluaaarrrrr....
Alhamdulillah... Finally.. Heheheheheh

Satu lagi novel Okt 2013 dari Idea Kreatif...
AWEK PISANG GORENG - Syah Shah

Harga : RM23(sem)/RM26(Sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-11925-7-3
Muka Surat : 504


Sinopsis :

Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya.

‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’

Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’.

“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.

Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng.

“Husna sayang...”- Daus aka Firdaus

“Awak ni laa kan...” - Husna

“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus

Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba.

“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna

Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri?

Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA

Untuk tempahan online, sila lawat laman web Idea Kreatif ;

www.ideakreatif.net

Atau hubungi ejen yang pernah anda hubungi untuk mendapatkan KDH tempohari... 

Akan masuk di kedai-kedai buku penghujung Oktober atau awal.November ini... :)

Sunday, October 20, 2013

Pemotong rumput dengan kelajuan terpantas di dunia daripada Honda

Pemotong rumput ini hasil inovasi daripada syarikat Honda UK yang diberi nama Honda HF2620. Apa yang menarik tentang jentera pemotong Rumput ini adalah ia dilengkapi dengan enjin 1000cc yang boleh mencapai kelajuan maksimum 208km/j dan mampu memecut ke 100km/j dalam masa 4 saat sahaja.








Saturday, October 19, 2013

Gambar dan Video Superbike berkuasa Elektrik pertama di Dunia

Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. 

Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).

Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.








Video :


50 Fakta Menarik mengenai Facebook yang mungkin anda tidak tahu


Facebook, nama yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia mahupun mana-mana penduduk yang terdapat di pelusuk dunia. Facebook bukan sahaja menjadi tempat untuk bersosial secara maya bahkan menjadi tempat menjana pendapatan bagi mereka-mereka yang bijak menggunakan peluang yang ada selain menjadi tempat berkongsi Informasi. 
  1. Facebook telah menjadi laman rangkaian sosial yang kekal dan global dengan setiap 1 daripada 13 orang di bumi adalah pengguna Facebook.

  2. Setakat ini, sehingga 48% orang Amerika dilaporkan mendapat dan mendengar berita dan peristiwa melalui Facebook untuk pertama kalinya.

  3. 50% member Facebook melakukan login setiap hari untuk memeriksa dan melakukan update.

  4. 50% dari pengguna menghabiskan berjam-jam di Facebook setiap hari. Jadi secara total mereka menghabiskan 700 bilion minit setiap bulan untuk Facebook.

  5. Tidak kurang dari 48% pengguna berusia 18-34 tahun melakukan log on Facebook tepat ketika mereka bangun.

  6. Facebook adalah laman no.2 dengan pengguna dan traffic terbesar di dunia tepat di bawah Google.

  7. Terdapat lebih daripada 35 + demografi yang merupakan lebih dari 30% dari seluruh basis pengguna.

  8. Tahun baru telah membuat sebuah keajaiban dengan lebih daripada 750 juta foto yang dimuat naik pada malam tahun baru.

  9. Setengah dari penduduk Facebook hadir setiap jam dan jadi ada lebih dari 1,587,000 wall post yang ditulis dalam waktu 20 minit.

  10. Gambar yang diagihkan di Facebook ada sekitar 2,716,000 foto dalam setiap 20 minit.

  11. Dari jutaan foto yang di-upload, ada sekitar 1,323,000 foto yang ditag dalam masa 20 minit.

  12. Majoriti orang amerika dijumpai di Facebook, sekitar 71.2% dari seluruh pengguna internet di amerika menggunakan Facebook.

  13. Lebih daripada 900 juta interaksi ada dalam Facebook seperti Pages, Groups, Events, dll.

  14. Majoriti pengguna Facebook bukan dari Amerika Syarikat, jadi kira-kira 70% pengguna Facebook adalah bukan orang Amerika.

  15. Oleh pengguna di seluruh dunia terdapat lebih daripada 1,000,000 link yang dibahagikan di Facebook dalam masa 20 minit.

  16. Walaupun berbilion pengguna menggunakan hanya 20 minit, namun sudah ada sekitar 1,972,000 permintaan teman yang dihantar dan diterima.

  17. Dalam setiap detik muncul status baru sebanyak 1,851,000 update status yang dituliskan.

  18. Setiap detik ada 1,484,000 undangan event, group, dan parties yang diposkan.

  19. Dari milyaran orang pengguna Facebook, selama 20 minit terdapat 2,716,000 mesej yang dihantar.

  20. Rata-rata pengguna berhubung ke 80 laman komuniti, event, dan group.

  21. Facebook adalah milik semua orang kerana menyediakan lebih dari 70 terjemah yang terdapat di laman.

  22. Lebih dari 30 bilion potongan berita, cerita, posting blog, dll yang di-share setiap bulan.

  23. Sekitar 1,587,000 postingan di dinding ditulis dalam waktu 20 minit.

  24. Rata-rata pengguna mencipta 90 buah kandungan setiap bulan.

  25. Istilah yang dirahsiakan selamanya dan digunakan secara meluas adalah POKE! Anda akan mencari orang yang melakukan POKING tapi anda tidak akan pernah tahu apa maksudnya.

  26. Walaupun ada lebih dari 70 bahasa, masih ada lebih daripada 300,000 pengguna menterjemahkan laman melalui aplikasi terjemah.

  27. Ada ‘App’ untuk melihat apa yang ada di Facebook café menu.

  28. Facebook adalah “Work Network” pertama serta jaringan pendidikan asli seperti Apple dan Microsoft.

  29. Ada pengusaha dan pemaju lebih dari 190 negara yang mempunyai platform Facebook.

  30. Wajah Al Pacino adalah pada Homepage Facebook asli.

  31. Orang-orang yang terutama menggunakan Facebook melalui telefon bimbit sebenarnya mereka lebih aktif daripada orang yang menggunakannya melalui laptop.

  32. Facebook id diperlukan untuk mengakses beberapa link web sehingga 250 juta orang terlibat dengan Facebook di laman web luaran.

  33. Ada ribuan laman terintegrasi dengan Facebook dengan lebih daripada 2.5 juta count.

  34. Salah satu perkhidmatan Facebook awal yang masih tidak berubah adalah perkhidmatan File Sharing.

  35. Pengguna memasang lebih dari 20 juta aplikasi menarik setiap hari.

  36. Sejak April 2010, dengan pelancaran sosial plug-in, ada lebih dari 10,000 website baru yang terintegrasi dengan facebook setiap hari.

  37. Para pengguna aktif adalah pengguna mobile sehingga ada lebih dari 200 pembekal khidmat di 60 negara yang bekerja untuk menyebarkan dan mempromosikan produk facebook mobile.

  38. Ada lebih dari 250 juta pengguna aktif yang mengakses facebook melalui telefon bimbit.

  39. Walaupun sebahagian besar pengguna aktif melalui telefon bimbit tapi total pengguna aktif Facebook lebih dari 650 juta.

  40. Walaupun orang amerika adalah dalam fasion Facebook tapi Australia menghabiskan lebih dari 7 jam rata-rata per bulan untuk Facebook.

  41. Texas Hold’em Poker adalah laman yang paling popular dengan lebih daripada 41 juta fans.

  42. 23.6% daripada penduduk Facebook berasal dari Amerika Syarikat dengan lebih daripada 155 juta orang.

  43. Seorang pekerja Facebook menjual hoodie sebanyak $4000 di eBay.

  44. Lebih dari 16juta laman Facebook fans yang dibuat.

  45. Saat ini Facebook bernilai kira-kira $80 trilion.

  46. Facebook hampir diakhiri gugatan hukum oleh ConnectU yang mendakwa bahawa Zuckerberg mencuri idea dan teknologi untuk Facebook.

  47. Iklan dan produk virtual adalah bahan rahsia untuk pengeluar wang di Facebook.

  48. Mark Zukerberg menyebut dirinya seorang ‘Harvard Graduated’ semasa dia tidak lulus.

  49. Rata-rata pengguna mempunyai lebih dari 130 teman dalam lingkaran yang menjadi peserta aktif.

  50. Facebook adalah media sosial kegemaran untuk aktiviti kecurangan pada pasangan.

Friday, October 18, 2013

Iced Tea & Scones - Part 9

Tiba-tiba rasa rajin dan baik hati. Hahahahah :D



Part 9
 
Pintu bilik dihempas kuat sebelum dia menghumbankan diri di atas katil sebelah Gina. Sebiji bantal diambil dan ditekup ke muka kemudian dia menjerit sekuat hati melampiaskan marah yang meluap-luap.
“Kau ni kenapa?” Gina tepuk belakang Andria yang sedang meniarap itu.
“Ibu laa... Sakit betul hati aku. Apa alasan aku bagi pun dia tak nak dengar. Fine! Aku pun tak nak dengar ibu cakap apa. Huh!” Dia bangkit dan bersila atas katil, memeluk tubuh. Muncung ditarik panjang sedepa. Betul-betul dia rasa tak puas hati.
“Dahlaa.. Jangan marah-marah dengan ibu. Tak baik. Ni, sekarang ni kita fikir macam mana nak settle hal telefon mamat sekor ni,” sela Gina sambil menunjuk pada telefon bimbit milik Fawwaz.
Lumia merah di tengah katil Andria pandang lama. Sejak dari petang tadi, sampai dah masuk waktu malam, telefon merah itu tak berhenti bergetar. Sekejap masuk sms. Sekejap masukcall. Sekejap Whatsapp dan sekejap lagi Facebook notification.
Bila masuk panggilan tu, dia jawab jugalah, mana tahu, Fawwaz yang call mencari telefon bimbitnya. Tapi tak ada pulak. Lelaki dan perempuan cari mamat tu. Famous Amos much! Dia cuma jawab yang nama pemanggilnya lelaki saja, mana tahu, itu kawan Fawwaz yang bersama mereka tadi. Tapi tak ada pun. Memang pelik sangat. Mamat tu tak perasan telefon dia hilang atau dia tak peduli pun telefon dia hilang?
“Tak nak check mesej ke? Mana tau, dia hantar sms ke, Whatsapp ke, tak call,” cadang Gina. Dari tadi. Tak habis-habis suruh check semua jenis mesej yang masuk. Siap suruh masuk akaun Facebook lelaki tu.
Andria kerut hidung. Takut nak setuju. Mana tahu, nanti tiba-tiba lelaki tu menyinga bila dapat tau telefon bimbitnya dah diceroboh. Mood ice tea prince tu bukan boleh nak dijangka sangat. Sekejap terlebih sweet, sekejap beku, sekejap singa, sekejap musang, sekejap kucing. Ish! Pening!
Baru saja dia geleng, telefon tu berdering.
Lambat-lambat Andria capai juga telefon tu. Skrin diteliti, memeriksa pengenalan pemanggil. Kyra. Nama yang paling kerap tertera dekat skrin sejak dari petang tadi. Andria pandang Gina. Laju Gina rampas telefon dan menyambung talian, meletakkannya pada mode loud speaker.
“Fawwaaazzz...! Finally  you angkat call I. Sampai hati you buat I macam ni, kan? Dahla semalam you dengan Mike dua-dua tinggalkan I macam tu je. I miss your touch tau? Your kisses... Your...” Ayat terakhir dibiar tergantung dan ada tawa manja menggoda di hujung rengekan suara di talian sebelah sana.
Gina pandang Andria yang dah merah muka.
“Alaa you... Sorry... Fawwaz takde laa at the moment. Dia busy. You nak tinggalkan pesan? Nanti I sampaikan dekat dia.” Tak sempat dihalang, Gina lebih dulu bersuara. Bulat mata Andria memandang pada Gina yang berlagak selamba.
“Hey! Siapa ni? Fawwaz tak pernah bagi sesiapa pun pegang handphone dia tau? You ni siapa?!” Hilang rengek manja, menjerit-jerit pula di sebelah sana.
Gina tutup mulut, tahan ketawa. Andria dah berkerut kening sambil menggeleng, cuba menghalang Gina dari terus bersuara.
Really? Then I must be someone extra special for him to enthrust me with his phone.” Gina dah mula galak nak menyakat. Andria dekat sebelah dah cubit-cubit halus lengan sahabatnya.
You!”
“Apa?” balas Gina, berani.
Talian terus senyap. Gina dah ketawa sakan sambil menyerahkan telefon itu kembali pada Andria yang berkerut muka.
“Gina! You’re not making this easier for me!” marah Andria.
 I’m making it hard for him, babe. Not for you, ok? Confirm laa entah siapa si gedik tu nanti akan serang mamat tu. Sure masa tu kau terlepas, kan?
Andria masih tak puas hati. Nafas panjang dihela perlahan.
“Kalau dia pergi serang mamat tu. Kalau dia datang serang aku?”
Soalan Andria buat Gina terdiam. Kepala yang tiba-tiba dirasakan gatal, digaru perlahan sebelum telunjuknya turun mengetuk dagu sendiri.
“Emm... takkan kot... Melainkan mamat kerek tu bagi alamat kau. Tapi, takkanlah dia nak bagi kot...” telahnya sendiri.
Andria mendecitkan lidah. “Tu laa kau... Main cakap je tak nak fikir dulu. Kalau aku kena serang, siap kau. Aku serang kau pulak,” ugut Andria seraya menjeling tajam pada sang sahabat yang tersengih-sengih menayang barisan giginya yang putih.
Lumia merah dalam tangan diletakkan atas night stand tepi katil, kemudian dia mengesot rapat ke kepala katil dan bersandar melunjurkan kedua kaki.Gina ambil kesempatan terus berbaring di atas paha Andria sambil menatap telefon bimbit miliknya. Berbalas Whatsapp dengan buah hati kesayangan, membiarkan Andria melayang melayan perasaan sendiri.
“Eh, babe,” panggil Gina tanpa memandang. Jemari masih lincah menaip pada skrin telefon sambil tersenyum-senyum sendiri.
“Apadia?” jawab Andria, acuh tak acuh.
“Eddy ajak aku supper. Kau nak ikut? Tapi lepas tu aku ingat nak balik Bangi. Baju aku dah habis,” beritahunya.
“Alaa... Macam laa tak biasa pakai baju aku...” balas Andria. Pandangan masih menghala ke udara. Kosong. Tapi jemarinya leka bermain-main dengan rambut Gina di atas paha.
“Memanglah biasa. Tapi yang kecik-kecik tu takkan nak pakai kau punya jugak? Saiz lain-lain maa...” seloroh Gina.
Andria tergelak, terus menepuk lengan Gina. Note II di tangan terlepas, jatuh menimpa hidung. Gina terjerit kuat.
“Eh! Sorry! Sorry! Sorry babe! Aku tak sengaja!”
Note II dialihkan sebelum dia menggosok batang hidung Gina yang dah memerah.
“Kau sengaja je sabotaj aku...” Gina genyeh mata yang sedikit basah. Sakit sangat sampai terbit airmata. Dijelingnya Andria tajam-tajam.
“Aku tak sengaja laa babe. Sorry...” kedua telapak tangan dirapatkan.
Gina cuma tarik muncung sebelum kembali mengangkat telefon bimbitnya. Laju mengadu pada Eddy tentang kejadian yang baru saja terjadi. Tapi bukan kesian yang dia dapat, Eddy siap keluar ikon gelak berguling-guling. Kurang garam punya boyfriend! Huh!
“Eh, babe, Eddy tanya ni. Nak ikut ke? Kalau kau ikut nanti dia hantar laa kau balik dulu, baru hantar aku.”
Andria diam. Masih menimbang-tara ajakan Gina.
“Nak supper kat mana?” soalnya.
“Entah. Dia kata nak pergi Uptown Damansara.”
Sekali lagi Andria diam. Masih menimbang. Tak pasti ibu bagi ke tidak. Sudahlah dia masih memberi layanan bahu sejuk pada ibu... Haaaiiiihhhh.... Panjang keluhan dilepaskan.
“Apasal babe?” soal Gina. “Nak ikut tak?” sambungnya lagi.
Melihat Andria masih diam, Gina dah mula rasa nak gigit orang. Bunyi dari getaran Lumia merah atas night stand yang tak berhenti-henti itu akhirnya buat Gina jadi hilang sabar. Segera dia bangkit dari baringnya dan mencapai telefon. Butang jawab ditekan dan segera telefon ditekap ke telinga.
“Hello!” Garang suara Gina buat Andria terkejut.
Put me to Andria.” Dingin saja suara di talian sebelah sana.
Gina tarik muka. Digamitnya Andria sambil menghulurkan telefon.
“Hello?” sapa Andria sebaik menekap telefon ke telinga.
“Dah habis belek telefon aku?” Kasual habis cara soalan dilontar.
“Eh, takde masa laa nak belek-belek telefon kau! Banyak lagi kerja lain aku nak buat, tau?” Dengar saja suara itu, darah Andria terus mendidih sampai ke otak.
Fawwaz dekat hujung talian sudah tergelak-gelak. “Awww... Busy for the wedding preparation eh? So sweet of you. Aku tak prepare apa pun lagi ni. Kau buatkan untuk aku sekali, boleh?”
“Eh, boleh blah! Takde masa aku nak prepare apa-apa pun, tau? Ni, telefon kau ni. Asyik memekak je dari tadi. Girlfriend-girlfriend kau pun asyik telefon je. Naik menyampah aku tengok, tau?” Andria menyinga lagi.
Fawwaz masih ketawa dengan senang hati. “Let those bitches be. So... kau kat mana ni? Kat rumah? Aku datang, nak ambik phone.” Tona suaranya sudah kembali dingin dalam sekelip mata.
“Takde. Aku takde kat rumah,” bohong Andria.
Then? Just name the place, I’ll be there.”
“Tak payah. Dah malam. Esok je kau datang ambik.”
“Ok. I know you have already missed me. Malam ni peluk phoneye? Next week dah boleh peluk aku,” sakat Fawwaz lagi buat Andria rasa nak hempas Lumia merah tu ke lantai.
“Bodoh laa kau!” terus talian dia matikan dan telefon diselit tanpa sedar ke dalam poket jeansnya.
“Jomlah Gina, aku lapar!” ajaknya garang. Marah dengan orang lain, orang lain yang kena tempiasnya.
Gina automatik sengih. Diam-diam berterima kasih pada mamat bongkah ais kutub tu yang mempercepatkan keputusan.
“Kau tolong cakapkan dekat ibu, aku nak pergi toilet kejap,” sambung Andria sebelum dia beralih turun dari katil menuju ke bilik air untuk bersiap. Layanan bahu sejuk pada ibu mesti diteruskan.
Gina ikut bangkit dan keluar dari bilik, mencari ibu. Jumpa. Diterangkan agenda malam itu. Siap berjanji akan menghantar Andria pulang dengan selamat. Selepas ibu dan Uncle AJ beri izin, barulah Gina pulang semula ke bilik dengan senyum yang lebar terukir di bibir.
Dengan segera dia bersiap secara ala kadar. Barang-barang peribadinya disumbat laju masuk ke dalam beg. Siap, dia rebahkan diri semula atas katil sementara menunggu Andria pula bersiap.
“Babe, dah. Jom turun,” ajak Andria sambil mencapai slingbagnya di atas meja.
Gina dengan senyum lebar di bibir menarik beg galasnya keluar dari bilik turun ke tingkat bawah sementara menunggu ketibaan Eddy.
**********************
“Habis tu, korang dah kelebek habislaa telefon mamat tu?” soal Eddy.
“Eh, mana ada! Kau ni, suka je tuduh-tuduh,” bangkang Andria dari kerusi belakang. tak puas hati betul kena tuduh macam tu. Sesuka hati je Eddy ni. Benci.
“Mana ada tuduh. Aku tanya laa... Tuduh dengan tanya tu kan lain,” ujar Eddy membela diri.
“Elleh, macam tak tau kau tu. Asal aku je, semua jahat. Gina je yang baik. Padahal, tu, tu girlfriend intan payung kau tu laa yang menghasut aku suruh explore habis telefon mamat tu, tau?” Andria tarik muncung.
Gina dengan Eddy dekat depan dah gelak sakan. Lagi panjang muncung Andria. Tak puas hati betul. Gina kalau dah ada dengan Eddy sekali memang macam tu laa... Lupa kawan. Geram betul.
“Eh, Ria, bak jap handphonemamat tu,” pinta Gina yang tiba-tiba berkalih pandang ke belakang.
“Nak buat apa? Mana ada aku bawak!” bohongnya. Padahal baru je sekejap tadi dia terperasan dia salah bawa telefon bila dia seluk poket sebab telefon bergetar.
“Aku nampak kau selit handphonedia masuk poket sebelum keluar tadi. Toksah tipu.” Gina dah goyang-goyang telunjuk. Eddy dekat sebelah tu ikut goyang telunjuk pada cermin pandang belakang.
Andria kancing gigi rapat-rapat. Marah dengan kecuaian diri sendiri. Sambil menjeling, dia tarik juga telefon merah milik Fawwaz keluar dari poket jeansnya dan dihulur pada Gina.
Handphone kau?” Gina tadah tangan sebelah lagi.
Andria geleng. “Aku tersalah bawak phone...” perlahan sahaja suaranya.
“Angau much?” tempelak Eddy, mengundang tamparan manja dari Gina pada bahunya.
“Angau kepala hotak kau lah Eddy!” marah Andria. Geram betul. Mamat sorang ni memang. Rasa nak je dia cili-cilikan mulut Eddy tu. Hish!
Pandangan dialih pada Gina yang sibuk melarikan jari atas skrin Lumia.
“Kau baca mesej dia ke wei?”
“Taklah. Aku tengah cari nama kau dalam contact dia ni. Tak jumpa pulak. Dia tak ada nombor kau ke?” sahut Gina tanpa mengangkat kepala.
“Kau nak buat apa cari nama aku?” soal Andria lagi, pelik. Tambah pelik sebab Gina kata nama dia tak ada dalam senarai contact. Habis hari tu mamat tu telefon dia, macam mana? Kan dia dah bagi dulu masa Fawwaz hantar dia balik dulu? Sebelum segalanya terbongkar dulu?
“Saja. Curious. Hish! Tak jumpa laa... Nah laa...” Gina hulurkan telefon kembali.
Baru Andria nak capai, Gina tarik semula.
“Aku try dail nombor kau ajelah. Apa ke sengal sangat ntah tak boleh nak fikir?” Gina ketawa sendiri.
Andria mendesis perlahan. Diam sahaja dia memerhatikan gelagat Gina.
“Huh? My race track? Weiii! Apa ke gila mamat ni letak nama kau jadi race track ni??” tempik Gina. Eddy dah selamat terbahak-bahak ketawa.
Bulat mata Andria mendengarnya. Laju dia rampas Lumia merah itu dari tangan Gina. Skrin diteliti lama. Betul, race track tertera sebagai pengenalan namanya. Cepat-cepat dia matikan talian. Mendidih je rasanya. Nama perempuan lain elok-elok je mamat tu letak, boleh pulak nama dia, nama bakal isteri yang sikit punya sedap ni dia letak race track? Apa ke gila? Andria rasa macam nak menjerit je. Sakit hati gila-gila tahap petala langit ketujuh!!
Telefon itu bergetar lagi. Tak fikir panjang, Andria terus sambungkan talian.
“Hello!” jerkahnya garang.
“Woah, girl! Easy!”
Dengar suara selamba tu, makin mencanak darjah kepanasan dalam hatinya. “Kau nak apa telefon ni?” tinggi suaranya.
Fawwaz cuma ketawa senang. “Saja. Rindu pulak nak dengar suara kau,” jawabnya selamba.
“Boleh jalanlah! Huh!”
“Eh, serious! I missed listening to your voice. But not this kind of voice. Aku rindu nak dengar kau merengek...”
Nafas Andria terus tertahan.
Moan for me, babe...” rendah dan mendatar suara Fawwaz, buat Andria menggeletar seluruh tubuh.
“Gilaaa!!” jeritnya.
“Wei! Sakit telinga lah!” marah Eddy.
Fawwaz di talian sebelah sana terus surut tawanya.
Who’s that?”
Andria pandang Gina, kemudian beralih pada Eddy. “Boyfriend aku. Kenapa?”
Gina terus angkat ibu jari.
Boyfriend? Ooo... I get it... Kau tengah break the news ye? Nak aku tolong sekali?”
“Apa news? Hey! Mana ada lah! Aku tengah rancang nak kahwin lari je dengan dia!”
Makin kuat tawa lelaki itu buat Andria makin panas hati. Sudahlah hal nama tadi buat dia geram... eh, ye, nama.
“Hei, aku nak tanya ni.”
Shoot.”
“Kenapa race track?”
Race track?”
“Eeiii... Bongok! Sendiri letak, sendiri lupa. Nama aku. Apsal race track?” kasar sekali nadanya.
Sekali lagi tawa Fawwaz pecah. Andria makin bengang. Didiamkan sahaja sampai tawa lelaki itu reda.
Because babe, your body has got more curves than the race track,that’s why.” Bersahaja Fawwaz menjawab buat Andria terkedu terus!
Tak tau kenapa, tak semena-mena sebutir mutiara jernih terbit dari hujung kelopak matanya dan perlahan menuruni lekuk pipinya. Andria gigit bibir yang mula menggeletar. Kata-kata Fawwaz tadi terasa bagai terlalu kesat dan merobek maruahnya yang dah sedia dicalar lelaki itu.
I hate you, Fawwaz...” sebutnya perlahan sebelum terus mematikan talian sekaligus memadamkan telefon dan mengesat pipi dengan belakang tangan.
“Babe...” tegur Gina, serba salah tak pasti mahu bereaksi.
Tangisan Andria tiba-tiba pecah. Sebelah tangan memeluk tubuh, sebelah lagi menutup mulut sendiri.
Gina pandang Eddy yang ikut nampak serba tak kena. Cepat-cepat Eddy masuk ke dalam petak parkir yang ada dan membebaskan gear serta menarik brek tangan. Gina meluru keluar dari kerusinya menuju ke belakang. Duduk di sebelah Andria dan mendakap erat sahabatnya itu tanpa bersuara sepatah pun.
Lebih kurang sepuluh minit berkeadaan begitu, barulah Andria mula bertenang. Badan ditegakkan dari sandaran pada pintu kereta. Kedua belah pipi yang basah dikesat dengan lengan baju.
“Kau ok ke?” Eddy yang mula-mula dulu menyoal.
Andria sekadar mengangguk sambil menyapu seluruh wajah dengan tapak tangan. Bersungguh-sungguh mengeringkan wajah dari sisa airmatanya.
“Betul ke ok ni? Kita balik ajelah, ye?” tanya Gina pula.
Andria geleng. “Aku tak nak balik lagi. Aku nak Eddy belanja dulu dekat Steven’s.” Dia tersenyum tawar.
“Betul tak nak balik lagi ni?” Eddy tanya semula, minta kepastian.
Andria senyum hambar dan mengangguk. Pintunya dibuka dan dia keluar. Udara malam disedut dalam-dalam. Jari menenyeh tubir mata yang dirasakan masih basah sebelum mengesat hidung yang rasa tersumbat sebab menangis teruk sekejap tadi. Sebelum menutup pintu kereta, dia tunduk semula ke dalam, mengambil Lumia merah yang terdampar di atas seat kereta.
“Kau nak buat apa lagi dengan telefon tu?” soal Gina.
“Nak derma dekat siapa-siapa yang mintak sedekah nanti,” selamba Andria menjawab. Telefon diselit masuk ke dalam poket.
Gina hela nafas. “Suka hati kaulah. Dah, jom. Kita bagi Eddy bankrap malam ni,” sengih Gina, cuba menukar suasana.
“Banyaklah. Ni bawak duit ngam-ngam je. Kalau habis kat makan, sama-sama laa karang tolak kereta tu sampai rumah, ye?”
“Eleh, kedekut tu, cakap ajelah,” tempelak Andria.
“Bukan kedekut... Nak jimaattt...”
Andria mencebik geram.
“Dah, jangan nak bertekak dekat sini. Jom cepat!” ajak Gina lagi, terus menarik tangan Andria, namun ditepis perlahan.
“Korang jalan dulu. Aku nak pergi bank sekejap,” jawabnya bila Gina memandang dengan riak penuh tanda tanya.
“Jalan sekalilah,” ajak Eddy.
“Takpe, korang jalan ajelah dulu. Aku datang nanti. Orderkan siap-siap untuk aku. Macam biasa eh Gina?” Dan Andria terus berlari anak meninggalkan Gina dan Eddy menuju ke arah bangunan bank di seberang jalan.
Usai urusan mengeluarkan sedikit wang dekat bank, Andria mula melangkah menuju ke kompleks food court di Uptown Damansara itu. Saat melewati deretan kenderaan yang bersusun, tiba-tiba dia dicekup dari belakang.
Mulutnya ditutup kejap dengan tangan dan sebilah pisau tajam berkilat dilayang depan mata. Kecut perut Andria jadinya. Lemah segala sendinya. ‘Ya Allah...’ rintihnya di dalam hati.
“Kalau nak selamat, jangan menjerit. Karang aku rodok pisau ni dekat perut kau, nak?” ugut suara garau seorang lelaki berbisik dekat di telinga buat Andria menggeleng perlahan.
Lelaki itu mengilas sebelah tangan Andria ke belakang dan menghimpitnya rapat ke badan sebuah van. “Jangan menjerit, tau?” ugut lelaki itu lagi.
Andria angguk perlahan. Sedikit pun tak mengeluarkan suara. Tekupan di mulut dilepas perlahan sebelum pisau beralih tangan. Belakang tubuh Andria dihimpit dengan tubuhnya  dan mata pisau diletak dekat dengan tengkuknya. Dengan sebelah tangan yang masih bebas, lelaki itu mula meraba poket seluar Andria, mencari barang yang berharga.
Andria gigit bibir dan pejamkan mata, berdoa dalam hati moga segera lelaki itu melepaskannya setelah mendapat apa yang dihajatkan. Tetapi bila tangan lelaki itu mula menyelak selendangnya, dia tersentak hebat.
“Jangan!” Keras, namun masih perlahan.
“Aku kata jangan melawan, kau faham tak? Hah?”
Terasa mata pisau ditekan kuat ke lehernya, dan tangan lelaki itu terus menyelak selendangnya dengan kasar. Tanpa diminta, airmatanya mengalir laju dengan sendiri. Memang rasa maruah diri berada di bawah tapak kasut. Semudahnya diinjak tanpa ada belas kasihan.
“Tolonglah. Awak dah ambil duit. Dah ambil handphone. Tolong lepaskan saya...” Andria cuba merayu. Rasanya dia tak mampu lagi menerima sebarang penghinaan.
“Kau memang tak faham bahasa ye? Ke kau nak aku sembelih kau dekat sini?”
Andria dah rasa pedih di lehernya bila mata pisau ditekan dengan lebih dalam. Mata dipejam rapat. Wajah ibu, Lily dan Uncle AJ bergilir-gilir terbias dalam kepala. sesungguhnya dia lebih rela mati dari terus membiarkan maruahnya diinjak sesuka hati. Tapi, dia masih berdosa dengan ibu. Berdosa sangat-sangat.
“Macam ni laa... Aku senang, kau pun selamat, kan? Nak sedap, kan? Mestilah tak tolak,” sinis nada lelaki itu.
Andria menggeleng perlahan sambil menggigit bibir kuat-kuat. Airmata dah mencurah-curah macam air terjun tak berpenghujung. Tak nak. Tak nak. Dia memang tak nak. Timbul kesal dalam hati kerana berkeras suruh Gina dan Eddy beredar lebih dulu tadi. Lebih kesal kerana tak minta izin sendiri dari ibu untuk keluar tadi. Ya Allah.. beratnya hukumanMu...
Tangan kasar itu menjalar perlahan mengelus batang lehernya dari balik selendang yang telah diselak. Andria dah nekad. Mati pun, matilah. Dia rela! Dia tarik nafas dalam-dalam, mengumpul kekuatan.
“Der, lu buat hal dalam kawasan gua ni der.” Ada suara yang keras menyeru dari belakang, namun Andria tak mampu menoleh untuk melihat.
Tangan lelaki itu berhenti serta-merta.
*******************************
“Lu jangan buat hal dekat sini der.”
Fawwaz berlagak selamba dengan memikul rod besi di sebelah bahu. Pandangan tajamnya masih tak lepas dari penyangak yang ikut memandang tajam ke arahnya.
“Lu buat hal lu, gua buat hal gua laa der,” balas penyangak itu.
Fawwaz tarik senyum senget. Hujung rod besi yang panjang dan berat itu dihentak-hentak ke jalan tar. “Masalahnya hal lu tu jadi dekat jajahan gua ni der. Kalau lu tak nak kepala lu gua hentak dengan besi ni, lu lepaskan perempuan tu. Lu dah dapat apa lu nak dari dia, kan?”
Penyangak itu merengus kuat. Tak puas hati, tapi memandangkan beza saiz tubuh dan senjata yang ada, dia tak punya pilihan lain melainkan menurut sahaja. Pautannya di leher gadis itu dilepaskan sebelum dia menolak si gadis sekuat hati ke arah lelaki itu dan terus membuka langkah seribu.
Andria rasa tubuhnya melayang sebelum disambut dan dipeluk kemas, tak sempat menyembam ke bawah. Dia pejamkan mata. Terlepas dari mulut harimau, terjatuh ke dalam mulut naga yang lebih luas. Ya Allah...
“Andria, are you ok?”
Suara yang menyapa telinga kedengaran lain dari tadi. Spontan Andria tarik tubuh dari dakapan lelaki itu dan membuka mata. Wajah Fawwaz yang jelas nampak risau ditatap lama sebelum dia terus mendakap lelaki itu semula dengan erat. Tangisan dihambur di dada lelaki itu semahu-mahunya.
You’re safe now. Syyyhhh... It’s ok now, babe,” pujuk Fawwaz dengan lembut. Selendang yang terselak tinggi dibetulkan semula. Belakang Andria digosok perlahan. Sesekali dia mengucup ubun-ubun gadis itu. Cuba bersungguh-sungguh menenangkan emosi, hati dan perasaan Andria.
Dalam hati dia ucap kata syukur berulang kali. Lega bila penyangak tadi tak berkeras. Lebih lega bila dia nekad mengekori Andria dari rumah tadi lagi. Memang dia dah sampai dekat-dekat kawasan rumah gadis itu awal-awal tadi. Bila dia telefon, si gadis mengatakan dia keluar, tapi dia nampak bilik gadis itu terang benderang dari seberang jalan. Sengaja dia menunggu sebentar sambil membalas mesej-mesej yang diterima dalam akaun Facebooknya.
Baru nak beredar, dia nampak Andria dan sahabatnya keluar dari rumah menaiki sebuah Vios yang berhenti depan pagar rumah. Tak tahu kenapa, gerak hatinya kuat menyuruh dia mengekori kereta itu.
Memang tak salah dia ikut gerak hatinya malam ini. Bila melihat depan mata sendiri tiba-tiba Andria dicekup dan ditarik ke celahan kenderaan di tempat parkir buat dia hampir diserang panik. Mujur masih boleh berfikir. Berlari dia mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata sebelum kembali ke tempat kejadian.
Syukur! Syukur sangat-sangat gadis itu selamat. Masih selamat. Macam nak pecah jantungnya melihat Andria diperlakukan sebegitu. Rasa nak meletup dadanya menahan perasaan amarah dari terus menguasai fikiran untuk menggila dan menyerang penyangak itu tadi. Kalau tersilap percaturan? Tersalah langkah? Kalau Andria yang jadi mangsa kesilapannya?
Fawwaz geleng-gelengkan kepala. Tak sanggup dia nak fikirkan akibatnya. Andria yang sudah mula reda tangisannya perlahan menjarakkan tubuh dari terus berada dalam pelukannya.
You ok, babe?” soal Fawwaz dengan lembut.
Gadis itu mengangguk perlahan. Fawwaz senyum. Kedua belah tangannya melekap pada pipi si gadis, mengesat sisa air mata yang masih ada sebelum dengan spontan melabuhkan bibirnya pada dahi Andria. Lama.
“Fawwaz...” Andria bagai baru tersedar, menolak dada lelaki itu perlahan dan cuba untuk bangun.
Fawwaz bangkit terlebih dulu dan membantu Andria untuk berdiri tegak. Kedua belah tangannya memaut bahu gadis itu, menolong menstabilkan tubuh yang sedikit goyah. Bila si gadis dah tegak berdiri di hadapannya, baru Fawwaz perasan ada kesan darah pada selendang di bahagian leher Andria.
Tanpa berfikir panjang, dia selak selendang Andria. Serentak itu juga ada tumbukan padu hinggap di rahangnya. Jatuh terduduk Fawwaz dibuatnya.
“Eddy!” jerit Andria.
Gina terus menerpa dan memeluk Andria. Dipegangnya pipi sang sahabat dan merenung mata itu dalam-dalam. Ada terbias ketakutan di dalamnya.
“Kau ok ke Ria? Dia buat apa dengan kau?” soal Gina.
Andria geleng laju-laju. Lidah seakan kelu untuk berbicara. Terlalu banyak hal yang terjadi, buat dia kehilangan kata-kata. Pandangan terus beralih ke arah Fawwaz yang masih selamba duduk di atas bahu jalan sambil mengesat bibir. Eddy dah berdiri di tengah-tengah antara dia dan lelaki itu dalam keadaan berjaga-jaga.
“Kau nak buat apa, hah?” jerkah Gina, garang sekali.
Fawwaz angkat muka, bergilir memandang ke arah Andria dan Gina sebelum perlahan bangkit berdiri. Belakang seluar ditepuk membuang pasir dan batu kecil yang melekat.
“Suka hati aku nak buat apa dengan dia. She’s going to be mine, soon,” jawabnya dengan nada angkuh. Tangan mengusap rahang yang terasa sakit sambil menggerakkan membetulkan rahang yang terasa sedikit lari alignmentnya.
“Agak-agaklaa der. Kot ye pun, perlu ke nak main kasar? Paksa-paksa? Heiii... Ada jugak yang aku taji kat sini, kang!” marah Eddy.
Fawwaz ketawa sinis sebelum tiba-tiba memandang Eddy dengan serius dan merenung tajam. “Kau jaga awek kau je, sudah. Ini urusan aku dengan dia. Kau tak perlu campur,”
Eddy yang geram dah sedia nak melayangkan penumbuk sekali lagi bila Andria melaungkan namanya sekali lagi. Terhenti penumbuknya di tengah udara.
Fawwaz tarik senyum sinis sebelum memandang pada Andria. Langkahnya diatur mendekati si gadis yang masih kekal kaku berdiri di tempatnya. Gina yang cuba menghalang, ditolak ke arah Eddy.
“Aku balik dulu. You don’t have to tell anyone what happened, or I’ll make sure you’ll regret it,” ujarnya tanpa sebarang nada di hadapan Andria.
But you-“
“Syyyhhh!” Jari telunjuknya diletakkan ke bibir memberi isyarat membuatkan Andria diam terus. Fawwaz tarik kepala Andria dan rapatkan bibir ke telinga gadis itu.
Go back. Jangan merayau lagi. Have a look at your neck. I think you’re wounded. Ada kesan darah dekat tudung,” beritahu Fawwaz sebelum terus berlalu meninggalkan Andria dan kawan-kawannya.
Gina segera kembali mendapatkan Andria setelah lelaki jahat itu beredar. Tak sempat dia nak belek Andria semula, gadis itu lebih dulu menepis tangannya.
“Eddy, tolong hantar aku balik sekarang. Please?” ujarnya separuh merayu.
Eddy merengus kuat. “Kita pergi balai je buat report. Jangan bagi can dekat mamat tu. Kurang ajar sangat!” marahnya, tak puas hati. Gina dah terangguk-angguk bersetuju, namun Andria tetap menggeleng membantah.
“Aku nak balik. Please. Aku dah tak larat. Tolong hantar aku balik Eddy.” Sekali lagi Andria merayu.
Eddy akhirnya mengangguk sambil menghela nafas panjang. Redha sajalah dengan keputusan muktamad sahabat karib kekasih hatinya itu. “Jomlah. Aku hantarkan,” ajaknya seraya mengeluarkan kunci kereta dari dalam poket seluar.
Andria yang lebih dulu berjalan ke kereta. Tangan Gina yang cuba memegangnya asyik ditepis. Bila Eddy buka kunci dia terus masuk ke tempat duduk belakang dan kunci pintu, memaksa Gina duduk di kerusi hadapan.
“Babe? Kau betul-betul ok ke ni?” soal Gina.
Andria cuma diam. Tubuh direbahkan di atas seat dan mata dipejamkan. Sepanjang perjalanan pulang dia sekadar membisu melayan perasaan sendiri.
Tiba depan rumah, berulang kali dia memberi amaran pada Eddy dan Gina supaya menyimpan rahsia. Memaksa keduanya bersumpah untuk tidak membuka cerita pada sesiapa pun. Dan bila dia berpuas hati dengan janji mereka, barulah dia masuk ke dalam rumah, terus meluru laju masuk ke dalam bilik.
Setelah mengunci pintu bilik dan menghidupkan lampu serta suis pendingin hawa, dia berdiri depan meja solek. Memang nampak kesan darah pada selendang putihnya. Mujur tak seberapa besar, dan cuma boleh nampak kalau betul-betul menghadap dia.
Jarum peniti ditanggalkan sebelum selendang ditarik. Leher diperiksa. Benar, ada sedikit kesan luka. Segera dia ke bilik air menanggalkan pakaian dan membersihkan diri. Walau cuma lehernya yang sempat disentuh penyangak itu tadi, dia tetap rasa jijik dan kotor.
Usai membersihkan diri dan menyalin pakaian tidur, Andria rebahkan diri atas katil. Lesu terasa seluruh tubuhnya. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidupnya pada masa ini. Terutama dalam dua hari ini. Dia penat. Terlalu penat. Mata dipejam rapat.
Suara gemersik Fawwaz memujuknya tadi tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga. Bayangan wajah Fawwaz penuh dengan riak risau bermain di mata. Bibir digigit. Perlahan kelopak mata dibuka semula. Andria tarik nafas panjang dan menahannya sebentar sebelum menghembusnya sedikit demi sedikit.
Do you really care, Fawwaz? Do you?” bisiknya sendirian.
Andria rasa dada dia sakit tiba-tiba. Mata naik panas tiba-tiba. Bibir bawah digigit kuat, cuba menahan airmata yang dah mula bergenang di hujung kelopak.
“Ya Allah...” rintihnya sendirian. Dada yang terasa sakit dicengkam kuat. Dan untuk ke sekian kalinya malam itu, Andria menangis lagi.

***************************
Menulis dalam keadaan tergesa-gesa. Apa-apa typo tu abaikan ajelah dulu. Nanti bila free baru edit semula.. Hehehehehheh.
Gambar malas nak taruh. Sekian, terima kasih. :D