Jemput baca unedited version of MLCA. :)
Hujung minggu tiba lagi. Selepas penat bekerja dan belajar sepanjang lima hari, marilah kita berehat di hujung minggu. Yeah, right. I wish I can. Dah masuk final year ni bukan boleh nak relaks-relaks sangat. Course subjects makin susah dan kerja-kerja assignment juga menimbun-nimbun. Dulu aku boleh lagi nak balik Rinching sebulan sekali. sekarang ni problem sikit.
Dah dua bulan lebih aku tak balik. Kesian mama, asyik call je. Nak buek camano laie ma, anakmu ini busy. Kalau tak kenangkan duit gaji tu nak tampung-tampung belanja, memang aku berhenti je kerja part time tu. Tapi sebab mikirkan jugak kerja tu senang aje, dan tak mengganggu Sabtu dan Ahad, aku kuatkan jugak semangat.
“Shah, tolong belikan Panadol Actifast kejap, boleh?” Fida berdiri depan pintu bilik aku yang sengaja aku biarkan ternganga. Panas. Aku pandang dia. Kesian betul tengok muka sugul dia tu. Baru semalam dia clash dengan pakwe dia yang dah tiga tahun bersama.
“Rina tak balik lagi?” Aku tanya. Dia geleng. Rina buat overtime hari ni. Pukul sepuluh pagi tadi, lepas sarapan dia dah keluar. Wani pulak keluar lepas makan tengahari tadi. Fida ni kalau tak sebab mata bengkak duk menangis, dia pun pergi overtime sama dengan Rina. Memang aku je yang selalu lekat dekat rumah. Itupun kalau tak balik Rinching lah.
“Kau dah makan belum? Tadi tengahari tak makan. Pagi pun tak makan.” Fida geleng.
“Tak lapar. Kau tolong beli ye? Kepala aku sakit sangat ni.”
“Angin tu. Makanlah dulu. Nanti aku pegi beli.” Try pujuk lagi. Risau jugak. Dari malam tadi dia tak makan. Fida geleng lagi. Aku terus paut bahu dia dan berjalan ke meja makan. Lauk tengahari tadi masih ada. Nasi pun masih banyak dalam periuk. Dah standby untuk makan malam.
“Lepas kau makan sikit, baru aku pegi beli.” Aku sendukkan nasi sikit ke dalam pinggan kosong yang memang dah standby atas meja tu. Tudung saji ku angkat dan letak atas kerusi lain. Cedokkan sedikit masak lemak kobis dan ayam masak kicap ke pinggannya. Fida gaul nasinya perlahan-lahan, kemudian mula makan, perlahan-lahan juga.
Kesian betul aku tengok. Sebegini dahsyat rupanya penangan putus cinta. Mujur aku tak pernah lalui. Dan tak teringin nak tempuhi. Fuh, harap dijauhkan. Kalau aku ditakdirkan bercinta sekalipun, biarlah kekal sampai ke jinjang pelamin, sampai ke syurga. Amin… Eh? Ok, lambat lagi. Sekarang bukan masanya. Heh.
“Aku pegi kedai kejap eh? Habiskan nasik tu tau?” Fida sekadar angguk. Aku masuk bilik, tukar baju t lengan panjang dan sarung tudung. Cepat-cepat keluar dan start skuter lalu memecut dengan kelajuan cahaya. Eh? Ok, gurau.
Sampai depan kedai Pak Din, aku tiba-tiba rasa tak nak masuk. Dua bulan aku berusaha mengelak dari menjejakkan kaki ke sini. Kalau budak-budak rumah nak beli apa-apa, aku cepat-cepat pergi tandaslah, mandilah, dan segala macam alas an aku ciptakan semata tak mahu jejak kaki di sini. Tapi kalau kena jugak, aku sanggup pergi kedai yang jauh gila dari rumah daripada ke sini. Tapi hari ini, atas dasar perikemanusiaan dan setiakawan yang tinggi, aku jejak juga. Heh. Ayat tak boleh blah betul.
Aku tinjau-tinjau dulu, takut jugak kot-kot ada mamat kurang asam gelugor tu. Rasanya malu aku ni masih ada lagi. He. Dah tinjau, line clear. Aku cuma nampak Pak Din sorang tengah susun barang dekat rak rempah sana. Pelanggan lain adalah tiada. Bagus. Aku terus pergi dekat kaunter. Kang Pak Din nampak kang dia datanglah.
“Yep? Hang nak ndak apa?” Satu suara lelaki muncul dari belakang aku dan pastinya bukan Pak Din sebab aku tengah mengadap tengok Pak Din yang masih menyusun barang. Pelan-pelan aku pusing. Allahuakbar…
“Aaa… Panadol Soluble... Eh, Actifast! Actifast!” Dia senyum segaris, kemudian melangkah ke belakang kaunter.
“Berapa bijik nak ndak?”
“Sepapan teruslah.” Lambat-lambat dia ambil Panadol dari rak belakang kaunter tu.
“Tak sihat ka? Dah pi klinik?”
“Aaa… Bukan saya punya, budak satu rumah.”
“Lama tak nampak hang. Pi mana?” Eh, dah serupa polis pulak banyak nau soalannya.
“Ada je. Sibuk sekarang. Dengan kerja lagi, study lagi…. Itulah…” Eh, aku pun apesal entah tetiba ramah pulak mulut ni.
“Ingatkan dah tak mau mai kot ni. Kot laa hang duk marah lagi kat aku pasai skuter hang tu dulu.” Dia key in harga Panadol. Aku hulur not merah. Lambat-lambat dia kira duit baki.
“Aaa? Takdelah. Benda kecik je tu.” Duit baki yang dia letak atas kaunter aku kaut, sekali dengan Panadol, dan sumbat dalam poket jeans.
“Terima kasih ye? Saya balik dulu.” Eh? Apahal main mintak diri pulak ni? Hish, buek tambah malu yo lah ekau ni Sah! Harap-harap beliau tak dengar ayat mintak diri tu.
“Hmm? Ha, ok. Baik-baik bawak skuter na?” Ergh, dengar rupanya. Cepat-cepat aku keluar dari kedai. Malu gila ding dong ah! Benci benci benci benci tahu?
Saat aku memecut skuter meninggalkan kedai tu, dari cermin pandang belakang aku nampak dia melambai-lambai secara agresif. Gila ah. Tak malu ke dengan bapak dia kot ye pun nak mengorat aku? Chiss… Memang dasar kurang asam gelugor punya mamat. Hish, tak koso den nak melayan dio do. Tak sonang!
* * * * * * * * *